HADITH - PENGAJARAN DAN SUNNAH NABI MUHAMMAD Seorang pembaca Mingguan Malaysia telah mengirim surat membalasnya kepada Editor akhbar itu dan telah cuba mempertahankan penggunaan Hadith sebagai satu asas bagi amalan-amalan umat Islam seperti berikut. "Saya nak tanya sikit, awak ini Islam atau munafik? Awak tidak percaya Hadis? OK-lah, saya nak tanya sikit: Awak makan ikan atau tidak? Kalau makan, baik hentikan segera sebab al-Quran kata: 'Tak boleh makan bangkai'. Hadis sahaja yang kata ikan boleh dimakan. Macam mana anda sembahyang? Kalau tidak sembahyang - itu bukan Islam namanya. Kalau sembahyang, kena rujuk Hadis. Hadis sahaja yang beritahu cara sembahyang.. Al-Quran kata 'dirikanlah sembahyang', Tapi nak sembahyang macam mana kalau tidak tahu caranya!" Walaupun begitu, dewasa ini, terdapat lebih ramai umat Muslim yang alim sendiri, yang mempersoalkan kesahihan dan kewibawaan Hadith yang dianggap 'sahih' atau koleksi hadith yang dianggap 'kuat' atau hadith yang bukan 'daif' (seperti Hadis Sahih(HS) Bukhari dan HS Muslim dan sebagainya). Kamu hanya kena melayari laman-laman web berkenaan di Internet seperti site-site 'Code 19', site Ropers, 'Submission' dan laman-laman web seperti itu -yang semuanya digubah oleh orang Islam sendiri, untuk menyedari bagaimana umat Islam sendiri kini semakin sedar dan insaf akan kejanggalan, kepelikan dan sesungguhnya, kepalsuan Hadithhadith ini yang merupakan sumber pengajaran dan akidah bagi umat Islam sehingga ini! Di bawah ini ada disenaraikan beberapa contoh-contoh Hadith 'sahih' itu yang membuktikan betapa pelik, janggal dan tidak masuk akal sumber akidah Islam ini. 1.Nabi Adam adalah setinggi 87 kaki (60 CUBITS) ! - Hadith Sahih Bukhari IV,no.543. Jika begitu, berapa tinggikah Siti Hawa, isterinya itu? Jika mereka sebenarnya setinggi itu, kenapa cucu-cicit mereka yaitu manusia hari ini TIDAK SETINGGI BEGITU!? Adakah ini mungkin dari segi perubatan mahupun biologis bagi mereka menjadi setinggi itu ? 2. Nabi Muhammad adalah pembenci anjing. Dalam Hadith tercatat pengajaran Muhammad bahawa Malaikat Tuhan tidak akan masuki ke dalam sebuah rumah jika ada anjing di sana! Juga dia ajar bahawa anjing berwarna hitam itu adalah iblis! Jadi, dia telah mengarahkan supaya anjing-anjing dibunuh, serta ditegah daripada menjual anjing. Hadith Sahih Bukhari IV no.539,540; Hadith Sahih Muslim I no.551, 552;HSM II no.3803, 3829 3. Syaitan dan Iblis menginap di dalam lubang hidung manusia di waktu malam. Ia boleh disembur keluar dengan menghembus air kedalam hidung dan kemudian disembur keluar melalui lubang hidung yang sama. Hadith Sahih Bukhari IV no.516, HS Muslim I no.462 Soalan-soalannya: Betapa besarkah saiznya Iblis itu ? Adakah ia menginapi lubang-lubang hidung setiap orang?? Adakah si Iblis itu wujud di merata tempat pada waktu yang sama ?? Sesudah dikeluarkan dari hidung-hidung manusia - apakah rupa dan bentuk si Iblis itu? 4. Muhammad melarang permainan Catur! Larangan pelik ini langsung tidak masuk akal sekali bagi sesiapa pun! Hadis Sahih Muslim IV no.5612 5. Manusia telah diubah ke dalam bentuk Tikus, Babi/khinzir dan juga Monyet-monyet/Kera ! Hadis Sahih Bukhari IV,No.524,627, HS Muslim IV,no.7135. Bapa Nabi Ibrahim telah ditukar menjadi seekor haiwan, menurut Hadis Sahih Bukhari IV no.569.
6. Umat Islam mempunyai SATU USUS, sementara mereka yang bukan Islam mempunyai TUJUH usus! Hadith Sahih Muslim III,no.5113-5115 (Jadi nampaknya orang-orang yang masuk Islam nanti akan mencicirkan usus-usus mereka satupersatu, kan!?!) 8. Semasa bersolat, jika sesiapa mengangkat kepalanya menghala ke atas kearah Syurga, matanya akan dicungkil keluar! Hadith Sahih Muslim III, no.862-863 8. Sebelah sayap seekor lalat, beracun tetapi sayap di sebelah lainnya pula terdapat mujarab untuk mengubatinya! Hadith Sahih Bukhari vol. IV, no. 537 (Lalat! Oh lalat...sejak bilakah engkau miliki nilai mujarab? Pakar perubatan sebulat suara mengutuk engkau sebagai penyebar bermacam-macam penyakit dan kekotoran..!) 9. Kita semua seharusnya meminum air kencing Unta kerana itu adalah satu ubat yang mujarab...! Hadith Sahih Bukhari I, no. 234. (Kalau begitu ayoh cepat beramai-ramai bikin bisnes mengimpot Unta mendapatkan air kencingnya untuk dijadikan ubat-ubatan...) 10. Penyakit Demam berpunca dari api neraka, dan ia boleh disejukkan dengan air sejuk! Hadith Sahih Bukhari IV, no. 483, 486. Kita semua boleh melihat dari contoh-contoh Hadis-hadis yang 'sah' diatas, bagaimana peliknya dan ganjilnya segala-gala seruan dan saranan-saranan semua hadis ini. Sebenarnya ada banyak lagi 'contoh-contoh' serta ajaran-ajaran yang janggal dan tidak masuk akal seperti di atas yang dipelopori hadis. Sudah mencukupilah contoh sepuluh kerat hadis di atas sebagai satu selingan yang amat melucukan bagi kita semua. Sudah amat jelaslah hakikatnya bahawa koleksi Hadith-hadith itu, mahupun yang 'Daif' atau sebaliknya, mustahil sebagai sesuatu yang diilhamkan Tuhan. Masakan Tuhan sendiri atau pun hambaNya yang terbimbing tidak sedar yang hadith-hadith seperti di atas - dan juga koleksi hadith yang sama seperti mereka, adalah karut belaka! Tidak hairanlah ada para Muslimin sendiri berasa sangat malu di atas hadis-hadis pelik yang anih dan tidak masuk akal ini, dan kini mereka menyarankan untuk MENOLAK penggunaan Hadis sama sekali. Malangnya, ini akan membawa kepada masalah yang amat besar kepada umat Islam hari ini, seperti yang terdapat di minda pembaca Akhbar mingguan di atas. Para Muslim sudah pun tuduh-menuduh dakwaan 'Munafik' dan 'Kafir!' sesama sendiri keatas mereka yang tidak mahu menerima ajaran Hadis itu! Ini pun lagi satu bukti bahawa dunia Islam berpecah-belah dan tidak bersefahaman mengenai akidah mereka. Indeks Utama