Gigi

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Gigi as PDF for free.

More details

  • Words: 1,835
  • Pages: 14
Perkhidmatan Pergigian Sekolah Pengenalan Perkhidmatan pergigian sekolah secara incremental telah diperkenalkan pada tahun 1985. Penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif dan sistematik ini diberi untuk memastikan murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman persekolahan. Jururawat pergigian bertanggungjawab memeriksa dan merawat murid-murid tersebut di bawah penyeliaan dan pengawasan doktor pergigian. Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah disampaikan melalui: •

Klinik Pergigian Sekolah Klinik-klinik pergigian sekolah terletak dalam bilik khas di sekolah-sekolah rendah atau menengah tajaan kerajaan yang terpilih.



Pasukan Pergigian Bergerak Pasukan ini memberikan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada murid-murid sekolah, termasuk yang tinggal di kawasan pedalaman. Klinik pergigian sementara diadakan di tempat yang sesuai di sekolah, menggunakan peralatan mudah alih.



Klinik Pergigian Bergerak Merupakan sebuah kenderaan yang diubah suai serta dilengkapi dengan kerusi dan peralatan pergigian. Klinik ini memberikan perkhidmatan kepada murid-murid di sekolah-sekolah yang mempunyai ruang terhad.

Perkhidmatan yang disediakan di sekolah adalah penjagaan pergigian asas termasuk pendidikan kesihatan pergigian, pemeriksaan, tampalan, penskaleran dan penggilapan gigi.

Jika rawatan yang kompleks diperlukan, murid-sekolah tersebut akan dirujuk kepada pegawai pergigian atau pakar pergigian. Rawatan asas yang diberikan kepada murid-murid sekolah tidak dikenakan sebarang bayaran dan semua murid sekolah rendah dan menengah tajaan kerajaan yang diberi keizinan (consent) oleh ibu bapa atau penjaga, layak menerima rawatan ini.

FAKTA MENGENAI GIGI

Gigi adalah bahagian keras yang terdapat di dalam mulut. Mereka memiliki struktur yang bervariasi yang memungkinkan mereka untuk melakukan banyak tugas. Fungsi utama dari gigi pada manusia adalah untuk merobek dan mengunyah makanan. Pada bahagian gigi manusia terstruktur / tersusun atas 4 (empat) jaringan yakni : 1. Email Email adalah jaringan yang berfungsi untuk melindungi tulang gigi dengan zat yang sangat keras yang berada di bahagian paling luar gigi manusia.

2. Tulang Tulang merupakan lapisan yang berada pada lapisan setelah email yang dibentuk dari ion karbonat.

3. Rongga Gigi Rongga gigi adalah rongga yang di dalamnya terdapat kapilari darah dan urat saraf

4. Semen / Sementum Semen merupakan bagian dari akar gigi yang berdekatan dengan tulang rahang di mana gigi manusia tumbuh.

Jenis-jenis Gigi dan Fungsinya

Gigi Kacip

Gigi taring

Gigi Geraham kecil

Gigi Geraham Besar

JENIS GIGI KEDUDUKAN Insisor ( Gigi Kacip ) Di bahagian hadapan mulut Canine ( Gigi Taring ) Di sisi insisor ( gigi kacip ) Premolar ( Geraham Kecil ) Molar ( Geraham Besar )

FUNGSI memotong makanan Menyiat dan mengoyak makanan

Di belakang Canine ( gigi Memecah makanan taring ) Di belakang premolar ( Geraham Menghancur dan melumatkan gigi kecil ) makanan

Kepentingan Penjagaan Gigi, Penyakit Gigi dan Rawatan

Aspek yang terpenting bagi penjagaan gigi dan gusi ialah kebersihan mulut yang baik sama ada di rumah mahupun ketika di dalam bilik pembedahan bersama doktor gigi. Kebanyakan gigi hilang/tercabut disebabkan penyakit gusi dan masalah ini boleh diatasi dengan penjagaan di rumah yang sempurna dan temujanji berkala dengan doktor gigi.

Kepentingan gigi primer (gigi susu)

Sepertimana gigi kekal sepatutnya bertahan sepanjang hayat, gigi susu juga sepatutnya tahan sehingga gigi kekal mula tumbuh. Gigi susu kanak-kanak digunakan untuk mengunyah makanan dengan sempurna, bercakap dengan jelas dan memupuk rasa harga diri yang baik. Ia juga menyediakan ruang di dalam rahang untuk gigi kekal tumbuh. Ini dapat mengelakkan gigi kekal tumbuh senget atau bertindih. Adalah penting untuk melindungi anak anda dari kerosakan/pereputan gigi susu yang menyakitkan.

Panduan Penjagaan Oral

Baru lahir hingga 24 bulan



Bersihkan mulut kanak-kanak dengan kain kasa atau kain selepas makan dan sebelum tidur.



Elakkan membiar bayi anda tertidur dengan botol susu di dalam mulutnya kecuali ia diisi dengan air kosong sahaja.



Mengatur tabiat makan anak anda.



Berhentikan anak anda secara beransur-ansur dari susu badan atau botol apabila mencapai umur 1 tahun.



Berjumpa dengan doktor gigi apabila gigi pertama muncul atau jika gigi pertama tidak muncul setelah anak anda mencapai umur 1 tahun.



Gosok gigi dengan menggunakan berus gigi yang kecil dan lembut selepas makan dan sebelum tidur.



Teruskan mencuci bahagian-bahagian dalam mulut yang lain dengan kain kasa atau kain.



Berbincang dengan doktor gigi atau pakar kanak-kanak mengenai tambahan florida.

Umur 2-6 tahun



Ibu bapa perlu terus membersihkan mulut anak-anak dan membenarkan mereka mengambil bahagian berdasarkan minat dan kebolehan.



Mula menggunakan flos di bahagian-bahagian gigi yang rapat.



Berjumpa doktor gigi untuk pembersihan gigi secara berkala.

Umur 6-12 tahun



Mula memindahkan tanggungjawab memberus dan flos gigi kepada kanak-kanak di bawah pengawasan ibu bapa. Umur 8 tahun adalah purata umur kanak-kanak mampu memberus gigi sendiri. Manakala flos gigi boleh dilakukan sendiri apabila mencapai umur 10 tahun.



Kanak-kanak harus memberus gigi menggunakan teknik dan jenis berus gigi yang disyorkan oleh doktor gigi mereka.



Menggunakan pengedap (sealant) untuk gigi geraham kekal.



Jika perlu teruskan mengambil florida tambahan seperti yang telah dipreskripsikan oleh doktor.

Kanak-kanak dari semua peringkat umur



Tukar berus gigi setiap 3-4 bulan sekali.



Berus gigi dua kali sehari, iaitu selepas makan sarapan pagi dan sebelum tidur.

Penjagaan sendiri



Makanlah makanan yang seimbang dan pelbagai.



Gosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari sebaik sahaja selepas makan. Jika anda tidak dapat memberus gigi selepas makan, berkumurlah dengan air.



Gunakan ubat gigi berflorida atau jel untuk menguatkan struktur enamel gigi.



Jalani pemeriksaan dengan doktor gigi setiap 6 bulan - mulakan pemeriksaan gigi anak-anak anda pada umur 3 tahun.



Gunakan alat pelindung mulut jika anda terlibat dalam sukan seperti bolasepak dan hoki.



Sentiasa memakai tali pinggang keselamatan ketika memandu.



Jika anda menghadapi masalah mengunyah gigi semasa tidur, dapatkan nasihat doktor gigi sama ada anda perlu memakai alat tertentu untuk mengelakkan dari menggesel gigi.



Jangan mengunyah ais, pen atau pensil.



Jangan gunakan gigi untuk membuka klip kertas dan lain-lain.



Jika anda menghisap paip, jangan menggigit batang paip tersebut.



Berhenti mengambil alkohol dan menggunakan produk daripada tembakau.



Elakkan daripada menghisap buah lemon atau mengunyah aspirin dan pil vitamin C, mengambil minuman ringan, gula-gula, kek, pastri, karbohidrat yang halus (telah disaring) dan apa-apa bentuk gula. Mengambil makanan bergula menyebabkan bakteria membentuk asid yang akan _memakan_ gigi. Asid ini akan menghakis enamel gigi.

Memberus gigi

Jika boleh beruslah gigi anda setiap kali selepas makan. Jika tidak beruslah gigi sekurangkurangnya 2 kali sehari - selepas sarapan dan sebelum tidur dan berkumurlah selepas setiap kali makan dan snek. Pemberusan yang sempurna melibatkan pemilihan dan penjagaan berus gigi serta penggunaannya yang betul. Terdapat banyak jenis berus gigi yang boleh didapati di pasaran dalam pelbagai saiz, bentuk dan panjangnya. Ciri-ciri yang penting semasa memilih berus gigi ialah:

 Pemegang yang mudah dikendalikan.  Kepalanya leper dan disesuaikan supaya boleh sampai ke mana-mana bahagian mulut.

 Permukaan berus yang padat.  Bulu-bulu berusnya diperbuat daripada filamen nilon yang lembut, panjang menirus, anjal dan berbentuk bulat di hujungnya.

Terdapat 3 kaedah memberus gigi yang boleh dipilih. Bagaimanapun, tidak kira teknik mana yang dipilih, ketelitian anda memberus yang menentukan kebersihan gigi, bukannya sekuat mana atau sekerap mana.Semua teknik memberus berikut boleh digunakan:

 Letakkan kepala berus gigi pada sudut 450 di sisi barisan gigi. Dengan perlahan gosokkan di sepanjang pangkal gigi-gusi dan permukaan setiap gigi.  Letakkan berus gigi di sepanjang pangkal gigi-gusi dan berus dengan gerakan memusing atau menyapu menghala ke permukaan gigi.  Putarkan berus dalam gerakan membulat di sepanjang pangkal gigi-gusi dan permukaan gigi.  Dalam semua kaedah di atas, gusi dan juga lidah perlu di berus kerana ia biasanya mengandungi kuman.

Kaedah-Kaedah Memberus

1. Gerakan membulat.: Putar berus dalam gerakan membulat dari pangkal gigi-gusi mengelilingi permukaan gigi. 2.

Gerakan menggetar : Pegang berus pada kedudukan 450 di sisi barisan gigi dan gosokkannya di sepanjang permukaan pangkal gigi-gusi dan di atas permukaan gigi.

3. Gerakan menyapu: Letakkan berus pada pangkal gigi-gusi dan sapu atau pusingkan berus menghala ke permukaan gigi.

Teknik memberus yang betul

 Bersihkan permukaan luar gigi atas, diikuti dengan permukaan luar gigi bawah.  Bersihkan permukaan dalam gigi atas.  Bersihkan permukaan dalam gigi bawah.  Akhirnya bersihkan permukaan mengunyah gigi atas, diikuti gigi bawah.

Teknik flos

Flos gigi yang dilakukan secara tekal dapat membersihkan plak dan partikel makanan dari celah-celah gigi yang tidak dapat dicapai dengan berus gigi. Flos juga merupakan alat yang penting untuk mencegah penyakit gusi. Bagaimanapun, jika gusi di antara gigi tersebut sudah menjadi rata/leper, menyusut dengan teruk, atau membentuk lekuk yang dalam (lekang dari gigi), kaedah flos tidak lagi berkesan.

Teknik flos yang berkesan



Tegangkan lebih kurang 1 inci flos di antara dua jari. (Memegang lebih dari satu inci flos akan menyebabkan kurang kawalan oleh jari semasa menggerakkannya di celah gigi).



Untuk membersihkan gigi, gerakkan flos ke atas dan ke bawah juga ke depan dan ke belakang secara lembut dan perlahan-lahan.



Untuk membersihkan gusi, lengkungkan flos di sekeliling bahagian dasar gigi.



Dengan perlahan-lahan, gerakkan flos berulang kali ke belakang dan ke depan di bawah gusi.



Untuk mengeluarkan flos, gunakan pergerakan yang sama iaitu ke belakang dan ke depan untuk menggerakkannya ke luar dan menjauhi gigi. Jangan memaksa atau merentap flos (semasa memasukkan atau semasa mengeluarkannya). Ini mungkin akan mencederakan atau menyebabkan tisu gusi yang lembut menjadi lebam.

Penyakit Gigi dan Rawatan

Bila anda perlu berjumpa doktor gigi?



Anda merasa sakit gigi apabila memakan makanan yang manis, sangat panas atau sangat sejuk.



Rasa dalam mulut yang tidak sedap berpunca darii makanan atau bakteria yang terperangkap di dalam rongga.



Gigi berlubang.



Gusi berdarah semasa memberus gigi.



Gusi bengkak, kemerahan dan sensitif.



Gusi menyusut.



Gigi longgar.



Terdapat ruang di antara gigi (gigi menjadi jarang).



Gigi yang terdedah di sepanjang garis gusi (pangkal gigi-gusi).



Nafas terus-terusan berbau.



Terdapat nanah di sekitar gusi dan gigi.

Masalah oral yang umum

Plak dan kalkulus

Plak merupakan lapisan nipis dan melekit mengandungi bakteria yang sentiasa terbentuk di dalam mulut. Ianya lembut dan mudah dihilangkan dengan memberus gigi atau flos. Selepas makan, sisa makanan akan ditukarkan menjadi plak melalui tindakan penguraian bakteria. Jika dibiarkan, plak ini akan menebal dan bakteria akan membiak. Jika ia tidak dibersihkan dalam masa 24 jam, plak ini akan mula mengeras disebabkan enapan garam kalsium dari air liur dan membentuk kalkulus, ataupun tartar. Struktur enapan yang keras dan melekat kuat ini hanya dapat disingkirkan melalui pembersihan gigi oleh doktor iaitu "pengikisan". Rawatan bagi kes plak adalah seperti berikut(bergantung kepada kes-kes) • • •

Penskaleran Root planning Pembedahan gusi

Penyakit Periodontal

Penyebab etiologi utama bagi penyakit periodontal ialah pengumpulan plak bakteria. Apabila plak terbentuk di sepanjang permukaan gusi, ia akan menyebabkan gusi membengkak dan mudah berdarah. Ini dikenali sebagai gingivitis. Jika plak ini tidak disingkirkan, toksin akan menyebabkan gusi lekang dari gigi dan membentuk lekuk di antara gigi dan gusi. Jangkitan di bahagian ini akan memusnahkan gentian yang memegang gigi di tempatnya. Tulang penyokong gigi juga akan rosak. Keadaan ini dikenali sebagai periodontitis.

Karies gigi

Karies gigi merupakan penyakit disebabkan mikrob yang memusnahkan gigi. Ia menjejaskan tisu-tisu gigi yang keras (enamel). Sesetengah bakteria plak akan menghasilkan asid dari karbohidrat; asid ini akan melarutkan enamel gigi dan membentuk lesi karies yang akhirnya memusnahkan gigi jika tidak dirawat. Rawatan karies gigi adalah bergantung kepada keadaan yang ditentukan oleh doktor gigi • • • •

Tampalan Rawatan akar Korona gigi Cabutan gigi

Related Documents

Gigi
May 2020 39
Gigi
December 2019 50
Gigi
April 2020 45
Gigi Becali
November 2019 41
Gigi Anat.docx
May 2020 28
Gigi Lansia.docx
November 2019 42