Gerko Full Version

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Gerko Full Version as PDF for free.

More details

  • Words: 8,309
  • Pages: 50
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM) KAMPUS PERLIS BEHOR PULAI, PERLIS

KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH ( KPLI ) LPBS j-QAF ( Ambilan 2009 ) TUGASAN GERKO (PERINGKAT 1) NAMA

: IRWAN BIN JAMALUDIN

SEKOLAH NO. K/P

: SK PIDA TIGA, TUNJANG : 840528-01-6011

NAMA TUTOR

: EN. MAHAMAD BIN ABDULLAH

TARIKH SERAHAN :

MEI 2009

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008

Biodata Pelajar……………………………………………………………… 1.0

2.0

Penerangan tentang Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO) 1.1

Konsep.............................................................................................

1.2

Matlamat..........................................................................................

1.3

Kepentingan.....................................................................................

1.4

Strategi Pelaksanaan.......................................................................

1.5

Piagam Pelanggan .........................................................................

4 5 6 7 8 10 12

Komponen / Bidang, Struktur dan Carta Organisasi GERKO di

sekolah anda. 2.1 2.2 2.3 3.0

Komponen bidang............................................................................ Struktur dan Carta Organisasi...................................................... Organisasi Kokurikulum SK Sungai Ara 2008.................................

13 15 16

LAMPIRAN 3.1

Akta Pelajaran................................................................................

3.2

Pekeliling Ikhtisas.......................................................................... 3.2.1 Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah 3.2.2 Penubuhan sekolah sebagai institusi Masyarakat 3.2.3 Rekod Kedatangan dan Laporan Gerak Kerja KoKurikulum Pelajar 3.2.4 Keselamatan Diri Pelajar di Sekolah

2

17 23

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008

3.2.5 Penglibatan Guru dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan PakaianSeragam Anjuran Agensi Kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan 3.2.6 Panduan Keselamatan Diri Pelajar semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta kegiatan Kokurikulum dan Sukan di dalam dan di Luar Kawasan Sekolah 3.2.7 Lawatan Pendidikan Murid di Hari Persekolahan 3.2.8 Rekod Penglibatan Murid Dalam Aktiviti Kokurikulum 3.2.9 Perlaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu 3.2.10 Panduan Penglibatan murid-murid Sekolah dalam Program atau Aktiviti Anjuran Agensi-agensi Selain daripada Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 3.2.11 Penggalakan Aktiviti Fotografi di kalangan Murid Sekolah 3.2.12 Penubuhan Kelab Rukun Negara di Sekolah-sekolah 3.3

Peraturan-peraturan Gerko.....................................................................

4.0

Pentaksiran Gerak Kerja Kokurikulum...................................................

5.0

Refleksi

6.0

5.1

Huraian aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan di sekolah.................

5.2

Kelebihan………………………………………………………………

5.3

Kelemahan……………………………………………………………...

5.4

Cadangan untuk membaikinya……………………………………….

Penutup………………………………………………………………………… 3

24 37

40 42 44 45 46

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008

BIODATA PELAJAR

NAMA PELAJAR

: IRWAN BIN JAMALUDIN

NO K/P

: 840528-01-6011

TARIKH LAHIR

: 28 MEI 1984

ALAMAT

: NO. 116 TAMAN CAHAYA, MK HUTAN KAMPONG, 05350, ALOR SETAR, KEDAH

NO TEL

: 017-4993775

PUSAT KURSUS: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM) KAMPUS PERLIS, PERLIS OPSYEN

: PENGAJIAN ISLAM

NAMA TUTOR

: EN. MAHAMAD BIN ABDULLAH

KUMPULAN

: PA 2

NAMA SEKOLAH

: SK PIDA TIGA, TUNJANG

4

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008

SOALAN Sediakan satu folio mengenai perkara-perkara berikut :-

1.0 PENERANGAN TENTANG GERAK KERJA KOKURIKULUM (GERKO) Menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga) Dewan Bahasa Dan Pustaka (2002), kokurikulum adalah kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yang diajar dalam bilik darjah tetapi yang dianggap sebagai sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah (misalnya kegiatan dalam persatuan-persatuan, kegiatan sukan dan lainlain)

Definisi kokurikulum menurut Warta Kerajaan No.5652 Jld. 11/Bil. 27 bth. 28.12.1967 (Peraturan Kursus Pengajian sekolah 1956) pula ialah kegiatan kumpulan.

Manakala Peraturan 2 dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 mentakrifkan kokurikulum adalah sebagai kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh, dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.

5

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008

Kesimpulannya kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Gerak kerja ini ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu, aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di bilik darjah.

1.1

KONSEP

Pada asasnya, gerak kerja kokurikulum boleh menyediakan pengetahuan dan pengalaman bagi perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif di luar bilik darjah. Untuk menjayakan matlamat kokurikulum, semua murid dan ahli masyarakat perlu bekerjasama berdasarkan andaian bahawa :•

Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan mental (akademik) dengan perkemmbangan sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani dan rohani)



Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dimajukan



Semua murid boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri



Sekolah bertanggungjawab bagi melahirkan murid-murid untuk keperluan masyarakat dan Negara



Masyarakat juga bertanggungjawab dan memainkan peranan mereka dalam mendidik murid-murid termasuklah pendidikan kemasyarakatan. 6

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008

1.2

MATLAMAT

Matlamat utamanya adalah untuk menyemai kesedaran dan kepatuhan terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan di kalangan murid-murid selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Antara matlamat lain adalah :•

Memberi keseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sahsiah murid.



Mengukuhkan interaksi dan integrasi di kalangan murid dalam gerak kerja kokurikulum yang mereka ceburi.



Memberi pengukuhan dan penggayaan sesuatu perkara yang dipelajari dalam bilik darjah serta meluaskan pengetahuan dan pengalaman murid dalam bidang tertentu.



Meransang pengisian masa lapang murid dengan dengan cara yang berfaedah, memberi kegembiraan serta menggalakkan pembinaan kesihatan dan kesejahteraan diri.



Meningkatkan tahap disiplin murid melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap yang positif selaras dengan hasrat Rukun Negara.

7

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008



Meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan murid.



Meningkatkan penglibatan dan kerjasama serta sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat. Matlamat gerak kerja kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Sungai Ara ialah ;-

A. Unit Beruniform :•

Melahirkan ahli-ahli yang boleh menguasai asas-asas kemahiran Unit Beruniform, berdikari dan bersedia untuk memberi khidmat kepada sekolah dan masyarakat.

B. Persatuan / Kelab :•

Membentuk dan menyuburkan bakat kepimpinan yang sedia ada pada murid-murid.

C. Sukan / Permainan :•

Melahirkan atlit yang berbakat / berpotensi dan berdisiplin untuk mewakili sekolah, daerah, negeri dan negara.



Membentuk pasukan pelapis yang mantap dan bakal menerajui pasukan sekolah pada masa yang akan datang.



Membentuk semangat kerjasama dan toleransi antara kaum dalam usaha menaikkan nama dan semangat cintakan sekolah.

8

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008

1.3

KEPENTINGAN

Pada masa kini, gerak kerja kokurikulum merupakan kegiatan yang sangat penting kerana diandaikan bahawa murid-murid tidak mungkin dapat pengalaman yang menyeluruh di sekolah. Justeru itu, kerajaan telah mewajibkan kepada semua sekolah di Malaysia untuk melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah. Ia adalah merujuk kepada Seksyen 18 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Gerak kerja kokurikulum juga boleh menyediakan pengalaman tersebut bagi perkembangan mental, minat dan bakat, sosial, fizikal dan rohani murid-murid. Gerak kerja ini juga dapat membantu menjadikan sekolah sebagai tempat yang menarik dan menggembirakan murid-murid.

Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah untuk mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu dan dihormati. Hasrat ini akan dapat dicapai jika generasi muda sekarang dapat diberi pendidikan yang seimbang dan sempurna. Pendidikan yang seimbang dan sempurna sentiasa memberi penekanan kepada kedua-dua aspek iaitu akademik dan gerak kerja kokurikulum.

Menurut Yang Berbahagia Dato’ Abdul Rahman Hj. Arshad, akademik dan kokurikulum seharusnya digabungkan, diberi penekanan baru, diberi penilaian dan pengiktirafan yang sesuai supaya keseluruhan pelajar dan guru dapat memahami konsep pendidikan yang berasaskan kepada penekanan yang sama kepada bidang kokurikulum dan akademik. 9

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008

Gerak kerja kokurikulum adalah penting untuk menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan ataupun ‘esprit de corps’ di antara pelajar-pelajar pelbagai keturunan yang mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berlainan. Ia juga bertujuan untuk melatih pelajar-pelajar supaya bersikap bertanggungjawab. Kegiatan ini juga boleh melatih mereka berdisiplin, berdikari dan berkemahiran di dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusan dan menetapkan bahawa dasar dan syarat pemilihan pelajar ke Tingkatan satu di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bermula kemasukan tahun 2000, memberi penekanan utama kepada penglibatan dan pencapaian pelajar dalam aspek kepimpinan, sukan dan kokurikulum di samping mengekalkan syarat kecemerlangan akademik. Hal ini adalah disahkan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Abdul Shukor bin Abdullah iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dalam Surat KP(BS) 8575 – 196 Jld.IV(26) bertarikh 2 Jun 1996.

Kesimpulannya ialah gerak kerja kokurikulum amat penting untuk menjamin masa depan yang cerah kepada murid-murid untuk masa kini, mendatang dan masa hadapan disamping dapat membina ketahanan diri dan kesihatan yang baik.

1.4

STRATEGI PELAKSANAAN 10

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008

Sejak

beberapa

tahun

kebelakangan

ini,

pelaksanaan

aktiviti-aktiviti

kokurikulum di sekolah-sekolah semakin memberangsangkan. Namun begitu, terdapat juga sebahagian aktiviti yang dilaksanakan tidak berlandaskan kepada matlamat pendidikan yang jelas dan kurang berkesan untuk merealisasikan konsep “pengetahuan dan kemahiran merentas kokurikulum” atau “pensejagatan ilmu, pengetahuan, pengalaman dan kemahiran”.

Di antara strategi pelaksanaan yang boleh diambil ialah :•

Menubuhkan jawatankuasa yang berkaitan serta merancang aktiviti / program untuk mencungkil bakat murid.



Menyediakan takwim sekolah dan jadual waktu kegiatan.



Guru-guru yang berkaitan membincangkan kemudahan peralatan dan aktiviti kokurikulum yang akan dilaksanakan.



Mengenalpasti murid yang berpotensi mengikut acara yang bersesuaian dengan bakat murid tersebut.



Murid diberi latihan kemahiran mengikut sukan olahraga dan permainan yang bersesuaian dengannya seperti yang dirancang dalam program tahunan.



Memberi kesedaran kepada masyarakat setempat mengenai peranan mereka dalam program sukan olahraga dan permainan.



Menggalakkan

guru

menyertai

kursus

peningkatan

pengetahuan

kemahiran. Strategi pelaksanaan kokurikulum Sekolah Kebangsaan Sungai Ara ialah :-

11

dan

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008



Setiap murid Tahun 3 dan Tahap ‘2’ diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum iaitu Unit Beruniform, Persatuan / Kelab dan Sukan / Permainan.



Merekodkan jenis kegiatan murid dalam Buku Kegiatan Kokurikulum.



Memberi penghargaan kepada murid-murid yang berjaya dalam kegiatannya.



Mengadakan pelbagai aktiviti / program dan pertandingan yang melibatkan semua kecuali yang mendapat pengecualian khas.



Semua aktiviti kokurikulum akan diadakan pada setiap hari ‘Rabu’ pada masa yang ditetapkan.

1.5

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Sekolah Kebangsaan Sungai Ara, dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan :•

Menganggap kerja adalah Ibadah, untuk itu kami akan berusaha dan

memastikan agar semua murid mendapat pendidikan yang sempurna dan terbaik. •

Memberi layanan yang mesra, adil dan saksama kepada semua murid, rakan-

rakan, ibubapa dan tetamu. •

Mengamalkan kerja secara bermesyuarat dan berpasukan untuk mencapai

hasil yang terbaik. •

Bekerjasama dengan Ibubapa dan masyarakat setempat bagi bermaufakat

bersama-sama membangunkan kecemerlangan sekolah demi kepentingan bersama. •

Sentiasa memelihara dan mempertingkatkan

Kementerian Pelajaran setiap masa.

12

imej sekolah, Jabatan dan

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008

2.0 KOMPONEN / BIDANG, STRUKTUR DAN CARTA ORGANISASI GERKO 2.1

DI

SEKOLAH ANDA.

KOMPONEN / BIDANG

Komponen

atau

bidang

gerak

kerja

kokurikulum

sekolah-sekolah

telah

diperuntukkan di dalam Peraturan 4, Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai Warta Kerajaan Jld. 42 / No 11 (Tambahan No 41), Perundangan (A), P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998. Peraturan 4 tersebut memperuntukkan bahawa kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan meliputi kegiatan dalam persatuan yang ditubuhkan di sekolah daripada kategori berikut :a) Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997. b) Hobi dan rekreasi. c) Sukan dan permainan. 13

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008

d) Badan beruniform ; atau e) Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar. Komponen atau bidang gerak kerja kokurikulum Sekolah Kebangsaan Sungai Ara ialah :a) Unit Beruniform :•

Pengakap



Badan Bulan Sabit Merah

b) Persatuan / Kelab •

Persatuan Bahasa Melayu



Persatuan Bahasa Inggeris



Persatuan Agama Islam



Persatuan Sains dan Matematik



Kelab Komputer

c) Sukan / Permainan •

Bola Tampar



Bola Jaring



Sepak Takraw



Badminton



Bola Baling

14

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008

Pengerusi En. Zamri B Yakin 2.2

STRUKTUR DAN CARTA RGANISASI NaibOPengerusi En Rohaizad B Abdullah Fisol

Setiausaha Ko-Kurikulum

Pn Rojamalar Setiausaha Sukan En Sea Keng Kang

Penyelaras Persatuan

Penyelaras Permainan

Setiausaha Ko-Kurikulum

Guru Kanan Ko-Kurikulum

Penyelaras Unit Beruniform

Penyelaras Pasukan Sekolah

En Mohd Fathi B Samsudin

Guru Kanan Ko-Kurikulum

Penyelaras Rumah Sukan

Setiausaha Sukan

15

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008

16

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008

Penyelaras Persatuan

Penyelaras Permainan

Penyelaras Unit Beruniform

Penyelaras Pasukan Sekolah

Penyelaras Rumah Sukan

Setiausaha Ko-Kurikulum

Guru Kanan Ko-Kurikulum

En Mohd Fathi B Samsudin

Guru Kanan Ko-Kurikulum

Setiausaha Sukan

Bahasa Melayu Pn Normah Radzi En Rosly Yahaya

Bola Tampar En Sea Keng Kang Pn Norihan Ahmad

Bahasa Inggeris Pn K Rojamalar En Hafas Abdullah

Bola Baling Pn Norlia Ismail En Rohaizad Abdullah Fisol

Mate / Sains Pn Normaizura Pn Norlia Ismail

Agama Islam Pn Sarmila Ibrahim Pn Norfazrina

Bola Jaring Pn Sarmila Ibrahim Pn Nor Fazrina Md Zain Cik Zarina Saruddin

Pengakap Pn Norizan Mahamad Khalid Pn Norihan Ahmad En Hafas Abdullah En Rohaizad Abdullah Fisol

Bola Tampar En Sea Keng Kang En Arshad Abdul Wahab

Bola Baling En Rosly Yahaya Pn Norlia Ismail

Bulan Sabit Merah Malaysia En Sea Keng Kang En Rosly Yahaya Pn Wan Normah Mohd Radzi Pn Norfazrina Md Zain

Bola Jaring Pn Sarmila Ibrahim Pn Norizan Mahamad Khalid

Badminton En Rosly Yahaya

Badminton En Rosly Yahaya Pn Wan Normah Mohd Radzi

Sepak Takraw En Mohd Fathi Samsudin En Hafas Abdullah

Komputer En K.K. Sea En Mohd Fathi

Catur En Hafas Abdullah

17

Olahraga Pn Norizan M. Khalid En Rosly Yahaya En Hafas Abdullah Pn Norlia Ismail

Rumah Biru ( Gabenor ) Pn.Norizan M. Khalid Pn. Norlia Ismail Pn. Rojamalar Cik Zarina Saruddin En. Bakar Hashim Pn. Rogayah Bakar

Rumah Kuning ( Agong ) En Arshad Wahab Pn Nor Fazrina Pn Wan Normah En Zaman Zahari Pn Sahara Che May

Rumah Hijau ( Menteri ) En Hafas Abdullah Pn Sarmila Ibrahim En Rohaizad Pn Norazlina En Mohd Zulkifli

Rumah Merah ( Sultan ) En Rosly Yahaya Pn Normaizura Pn Norihan Ahmad En Mohd Zul Wahab Cik Rozi Abu Karim

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008

18

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008

BAB I PENGUATKUASAAN AKTA PENDIDIKAN 1996 Dalam Warta Kerajaan Bertarikh 21hb Mei 1998, Jilid 42. No. 11 Tambahan No.41, Perundangan (A), P.U (A) 196. AKTA PENDIDIKAN 1996 ada dinyatakan; PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998 Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 130 Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan yang berikut: 1.

Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 21 Mei 1998.

2.

Peraturan-peraturan ini adalah terpakai bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.

3.

Dalam Peraturan-Peraturan ini:“guru besar” atau “pengetua” ertinya pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pendidikan untuk mengurus sekolah; “jawatankuasa“ ertinya sekumpulan menjalankan tugas persatuan sekolah;

orang

yang

dilantik

atau

dipilih

untuk

“penasihat” ertinya guru yang dilantik oleh guru besar atau pengetua untuk memberi nasihat kepada persatuan sekolah; “persatuan sekolah” ertinya apa-apa kelab atau persatuan murid dan guru sekolah; 4.

Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis, hendaklah menubuhkan persatuan sekolah daripada kategori yang berikut:(a) mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997; (b) hobi dan rekreasi; (c) sukan dan permainan; (d) badan beruniform; atau (e) apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.

5. (1) Jawatankuasa tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah mengemukakan secara bertulis kepada Guru Besar atau Pengetua, laporan yang lengkap mengenai perkaraperkara berikut:(a) (b) (c)

perlembagaan persatuan; senarai ahli jawatankuasa; senarai aktiviti utama persatuan.

19

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008

6.

(2)

Laporan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas hari mula berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini atau dalam hal persatuan yang ditubuhkan selepas Peraturan-Peraturan ini berkuatkuasa, dalam tempoh empat belas hari selepas mesyuarat pertama persatuan tersebut.

(3)

Perlembagaan dan peraturan persatuan sekolah hendaklah diluluskan oleh Guru Besar atau Pengetua.

(1)

Jawatankuasa tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah mengemukakan secara bertulis kepada Guru Besar atau Pengetua, laporan yang lengkap mengenai apa-apa perubahan dalam perlembagaan, peraturan, jawatankuasa atau ahli persatuan.

(2)

Laporan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas hari dari tarikh yang laporan tentang perubahan itu dibuat, dan hendaklah disahkan dengan tandatangan pengerusi dan setiausaha persatuan berkenaan.

(3)

Guru Besar atau Pengetua boleh, menerima atau enggan untuk menerima perubahan yang dinyatakan dalam subperaturan (1).

7.

Guru Besar atau Pengetua hendaklah menyimpan atau menyebabkan disimpan suatu rekod tentang ahli-ahli persatuan sekolah dalam tempoh tiga puluh hari selepas berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksaan oleh Pendaftar.

8.

Guru Besar atau Pengetua hendaklah melantik seorang atau beberapa orang guru untuk bertindak sebagai penasihat atau penasihat-penasihat bagi setiap persatuan sekolah dan Guru Besar atau Pengetua itu hendaklah menyimpan atau menyebabkan disimpan suatu rekod bertulis tentang maklumat itu dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksaan oleh Pendaftar.

9.

(1)

Akaun bagi tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah di bawah kawalan Guru Besar atau Pengetua atau Guru Penasihat.

(2)

Guru Besar atau Pengetua hendaklah menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan suatu akaun yang sewajarnya dan hendaklah menyimpannya dibawah jagaannya bagi tempoh tidak kurang dari enam bulan setelah berakhir tiap-tiap tahun kewangan dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksan oleh Pendaftar.

10.

Pendaftar, Guru Besar atau Pengetua boleh, mengarahkan mana-mana persatuan sekolah mematuhi peraturan tentang pengurusan, aktiviti, keahlian atau yang selainnya berkenaan dengan persatuan itu.

12. (1) Pendaftar, Guru Besar atau Pengetua boleh, secara bertulis mengarah manamana persatuan sekolah dibubarkan jika dia berpuas hati bahawa persatuan itu mungkin digunakan bagi maksud:a. b. c. d.

Yang tidak memberi manfaat kepada murid dan guru; Propaganda politik yang memudaratkan kepentingan Malaysia atau awam; Yang memudaratkan kepentingan murid; atau Yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-peraturan ini.

20

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008 (2)

13.

Tiap-tiap arahan yang dibuat di bawah subperaturan (1) atau peraturan 10 hendaklah disiarkan dengan menampalkan suatu salinan mengenainya di papan kenyataan sekolah atau mana-mana tempat yang boleh dilihat di premis sekolah.

Peraturan-peraturan Di Bawah Seksyen 92 Ordinan Pelajaran 1952 Dibatalkan.

Dibuat 8 April 1998 [KP (PUU) S 10075/07/1/Jld. IV (25): PN. (PU²) 569.] DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK Menteri Pendidikan

LAPORAN JAWATANKUASA KABINET MENGKAJI PELAKSANAAN DASAR PELAJARAN 7hb NOVEMBER 1979 TELAH MEMPERAKUKAN Perkara 50.

Semua murid hendaklah digalakkan supaya mengambil bahagian secara lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum. Guru-guru hendaklah didedahkan kepada pendekatan yang menarik dalam pengendalian kegiatan-kegiatan kokurikulum apabila mereka menjalani kursus latihan perguruan. Guru-guru yang telah banyak berjasa dalam kegiatan kokurikulum hendaklah diberi pengiktirafan yang sewajarnya.

Perkara 51. Untuk meninggikan lagi mutu kegiatan pasukan pakaian seragam di sekolahsekolah, maka adalah diperakukan supaya guru-guru yang memimpin pasukan tersebut hendaklah terdiri dari mereka yang telah menerima latihan kepimpinan dan pengendalian dalam pergerakan-pergerakan tersebut. Perkara 52.

Memandangkan latihan Pasukan Kadet Tentera dan Pasukan Kadet Polis adalah sangat berfaedah untuk menyemai semangat disiplin dan berdikari, maka adalah diperakukan supaya pasukan-pasukan tersebut hendaklah diperluaskan keseberapa banyak yang boleh.

Perkara 53.

Untuk menjamin supaya persatuan-persatuan atau kelab-kelab di sekolahsekolah dapat memainkan peranan dalam pembentukan perpaduan di kalangan murid-murid, adalah diperakukan bahawa: 1. Sekolah-sekolah digalakkan menubuhkan persatuan/kelab yang boleh mendatangkan faedah kepada murid-murid. Pemilihan persatuan/kelab yang hendak ditubuhkan itu hendaklah berasaskan kepada kemudahan yang ada dengan suasana dan persekitaran serta keperluan tempatan. 2.

Persatuan Bahasa seperti Persatuan Bahasa Malaysia, Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan Bahasa Cina, Persatuan Bahasa Tamil dan sebagainya hendaklah ditubuhkan dengan tujuan untuk menyemai, memupuk dan menanam minat murid-murid dan meningkatkan kemajuan mereka dalam penggunaan sesuatu bahasa. Murid-murid dari berbagai kaum hendaklah juga digalakkan menyertai persatuan bahasa selain daripada persatuan bahasa ibunda mereka sendiri.

21

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008 Perkara 54.

Untuk memastikan kegiatan sukan dan olahraga dapat mencapai matlamat yang ditentukan adalah diperakukan: 1. Sekolah-sekolah hendaklah mengadakan senaman beramai-ramai yang melibatkan penyertaan semua murid. Pertandingan senaman beramairamai diantara pasukan-pasukan di sesebuah sekolah dan diantara sekolah-sekolah hendaklah dijalankan. 2. Permainan-permainan di sekolah seberapa yang boleh hendaklah melibatkan penyertaan murid yang ramai seperti dalam perlumbaan merentas desa, jalan kaki dan sebagainya. Di samping itu mereka yang hendak diberikan latihan atau kemahiran peringkat tinggi hendaklah dilayani juga. 3. Kegiatan sukan dan olahraga di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan hendaklah terus dipergiatkan supaya matlamat perpaduan di antara murid-murid berbilang kaum dan lapisan masyarakat dapat dicapai.

Perkara 55. program-

Adalah diperakukan bahawa semua sekolah memperkemaskan lagi program kokurikulum dan dalam pelaksanaan program-program ini keutamaan hendaklah diberikan kepada kegiatan-kegiatan yang boleh memupuk disiplin dikalangan murid-murid. Di samping itu guru-guru yang mengendalikan kegiatan kokurikulum hendaklah diberi pengiktirafan yang sewajarnya supaya mereka lebih bergiat lagi terutama dari segi penyeliaan

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN 1996 BAHAWASANYA

mengakui bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa;

DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat; DAN BAHAWASANYA

pendidikan mempunyai peranan penting dalam sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan sesuatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik;

DAN BAHAWASANYA adalah menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi Negara Malaysia; DAN BAHAWASANYA Falsafah

Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah

berlandaskan

Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti berikut:

22

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008 “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga negara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga dan negara.” DAN BAHAWASANYA

dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama; pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan yang akan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara;

DAN BAHAWASANYA adalah dianggap sesuatu yang perlu, selagi ia selaras dengan dasar itu, dengan menyediakan pengajaran yang cekap dan selagi ia tidak melibatkan perbelanjaan awam yang tidak munasabah, untuk mengambil kira akan prinsip am bahawa murid harus dididik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing.

23

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008

24

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008

25

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008

PERATURAN-PERATURAN GERKO Dengan berpandukan kepada BUKU PANDUAN PENGURUSAN GERAK KERJA KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH yang telah dikeluarkan oleh pihak KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 1985, adalalah dimaklumkan bahawa : PIHAK SEKOLAH BOLEH MENYEDIAKAN GARIS PANDUAN DAN PERATURAN GERAK KERJA KOKURIKULUM A

1.

Keahlian/Penyertaan 1.1 Tiap-tiap seorang murid dikehendaki mengambil bahagian dalam gerak kerja kokurikulum sekolah iaitu :Komponen A....................Persatuan Akademik Komponen B.....................Kelab Permaianan Komponen C.....................Pasuakan Pakaian Seragam 1.2

2.

Setiap murid Tahap 2: (Tahun 4,5 dan 6) dikehendaki melibatkan diri dengan ketiga-tiga komponen kegiatan kokurikulum tersebut.

Kedatangan 2.1 Kedatangan adalah WAJIB, setiap murid adalah dikehendaki hadir dan menyertai kegiatan yang dirancangkan.

3. Pakaian Semasa menghadiri setiapa kegiatan, setiap orang murid hendaklah memakai pakaian seragam sekolah ATAU pakaian yang sesuai untuk krgiatan bersukan ATAU pakaian seragam bagi unit pakaian seragam. 4. Keselamatan dan Disiplin Setiap oarang murid hendaklan mematuhi segala peraturan sekolah, peraturan gerakkerja kokurikulum sekolah. 5. Kad Pelaporan Kokurikulum Kad Pelaporan ini hendaklah dibawa pada setiap kali murid menghadiri gerakkerja kokurikulum yang dilibati dan hendaklah diserahkan kepada uru penasihat untuk ditandatanganinya. 6.

Penggunaan Kemudahan dan Alatan 6.1 Setiap murid adalah tanggungjawab bagi menjaga dan manjamin kemudahan dan peralatan sekolah yang digunakan itu dalam keadaan baik.

7.

Perjalanan Gerakerja Kokurikulum

26

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008 7.1

B.

KEGIATAN KOKURIKULUM YANG DIRANCANG DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH. 1. -

Komponen A Persatuan Agama Islam Persatuan Bahasa Melayu Persatuan Bahasa Inggeris Persatuan Sains dan Matematik

-

Komponen B Sofbol Bola Baling Bola Sepak Bola Jaring

-

Komponen C Pengakap Bulan Sabit Merah

2.

3.

C

PELAPORAN 1. 2.

3. D

Setiap persatuan/ kelab HENDAKLAH MEMPUNYAI PERLEMBAGAAN sendiri yang diluluskan oleh Guru Besar.

Pelaporan ialah penyampaian rekod maklumat tentang penglibatan murid. dalam gerakerja kokurikulum sekolah. Tujuan Pelaporan ialah untuk : 2.1 merekod maklumat berkenaan dengan peyertaan murid dalam bidang gerakerja kokurikulum. 2.2 mengadakan laporan yang seragam untuk ibubapa dan penjaga mengenai kegiatan murid dalam gerakerja kokurikulumnya. Pihak sekolah adalah bertanggungjawab bagi menyediakan Kad Pelaporan Gerakerja Kokurikulum.

MESYUARAT Mesyuarat Gerakerja KOKURIKULUM hendakalah diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun (awal tahun dan akhir tahun) dimana laporan perkembangan tiap-tiap gerakerja dinilai dan dikaji untuk tindakan selanjutnya. Mesyuarat ini hendaklah diadakan bersama Guru Besar dan Penyelaras Kokurikulum.

PERLEMBAGAAN : UNIT BERUNIFORM, PERMAINAN, PERSATUAN/ KELAB 1.

NAMA 1.1 Persatuan ini dinamakan (Unit Beruniform, Permaianan, Persatuan/Kelab)

27

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008 ……………………………………………………………………………….. 2.

ALAMAT 2.1 Alamat sekolah

3.

TUJUAN Tujuan persatuan ini antara lain adalah untuk : 3.1 ……………………………………………………………………………...... 3.2 ……………………………………………………………………………….. 3.3 ……………………………………………………………………………….. 3.4 ……………………………………………………………………………….. 3.5 ………………………………………………………………………………..

4.

KEAHLIAN 4.1 Keahlian bagi persatuan ini terbuka kepada semua pelajar ini yang belajar di Tahap 2 : Tahun 4,5 dan 6. 4.2

5.

Tanggungjawab Ahli : a. Setiap ahli mematuhi hak bersara dalam menentukan sesuatu keputusan b. Ahli-ahli bertanggungjawab dalm memerhati dan mengambl tindakan yang berlunaskan perlembagaan supaya Persatuan ini bergerak dengan giat mengikut Perlembagaan. c. Ahli-ahli berhak menyemak hal-hal kewangan Persatuan untuk memastikan tidak berlaku penyelewengan d. Setiap ahli Persatuan DIWAJIBKAN hadir atau mengambil bahagian dalam segala bentuk aktiviti yang dianjurkan. e. Mereka yang tidak dapat berbuat demikian hendakalah memberitahu Guru . f. Penasihat dengan memberi sebab-sebab yang munasabah.

PENTADBIRAN 5.1 PENAUNG : 5.2 PENASIHAT :

5.3

AJK

:

i ii iii iv 6.

Guru Besar Beberapa orang guru dilantik oleh Guru Besar sebagai Guru Penasihat. Seorang daripadanya sebagai ketua, manakala yang lainnya membantu. Guru Penasihat berperanan mengendalikan perjalanan persatuan. Persatuan ini ditadbirkan oleh AJK Persatuan yang dipilih dalam Mesyuarat Agong Tahunan yang diadakan pada awal sesi persekolahan setiap tahun. Jawatankuasa tersebut terdiri daripada Pengerusi : Naib Pengerusi : Setiausaha : AJK :

YURAN

28

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008 Setiap ahli dikenakan yuran sebanyak RM ____setahun dan wang itu dikutip melalui Bendahari Persatuan. 7.

KUMPULAN WANG Kumpulan atau yuran hanya boleh digunakan untuk aktiviti Persatuan. Persatuan berhak menerima sumbangan dalam bentuk wang atau lain-lain dari mana-mana pihak .

8.

MESYUARAT 8.1 Mesyuarat Agong Tahunan diadakan pada ____________persekolahan atau pada satu tarikh yang sesuai yang diputuskan oleh AJK dan Guru Penasihat 8.2 Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan diadakan sekurang-kurangnya dua bulan sekali atau bile-bile masa diperlukan. 8.3 Mesyuarat Agong Tahunan hanya sah apabila dua pertiga dari ahli-ahli hadir 8.4 8.5

9.

Menghadiri mesyuarat pada masa-masa yang ditentukan adalah wajib kepada ahli-ahli kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pengumuman setiap mesyuarat hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum mesyuarat diadakan.

PINDAAN PERLEMBAGAAN 9.1 Pindaan kepada Perlembagaan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa yang diperlukan atas nasihat Guru Besar atau Guru Penasihat Persatuan.

29

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008

Contoh:

LAMPIRAN PERGERAKAN PENGAKAP SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA TUN UDA NO. PENDAFTARAN 18/2002/SMKRTU PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Pergerakan Pengakap Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda yang selepas ini disebut sebagai ”persatuan” sahaja. PERATURAN 1

NAMA DAN ALAMAT

a.

Nama Persatuan:

Pergerakan Pengakap Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun

b.

Alamat:

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun

Uda, Uda, Jalan Tengah 11950 Pulau Pinang. PERATURAN 2

MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek PERATURAN 3 3.1

OBJEKTIF

Supaya ahli dapat menganggotai Pasukan Pakaian Seragam (Pergerakan Pengakap) dengan lebih terpimpin dalam menimba Ilmu Berpengakap dan memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri.

30

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008 3.2

Ahli-ahli Pergerakan Pengakap akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujianujian kecekapan yang diikutiinya.

PERATURAN 4

KEAHLIAN

4.1

Dibuka kepada semua murid sekolah ini.

4.2

Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan

4.3

Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

PERATURAN 5

GURU PENASIHAT

5.1

Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

5.2

Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.

5.3

Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

PERATURAN 6

AHLI JAWATANKUASA

6.1

Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

6.2

Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

6.3

Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

6.4

Ahli Jawatankuasa Kecil mengadakan mesyuarat.

6.5

Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

6.6

Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:6.6.1

Pengerusi

6.6.2

Naib Pengerusi

6.6.3

Setiausaha

6.6.4

Penolong Setiausaha

6.6.5

Bendahari

6.6.6

Penolong Bendahari

boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa

31

hendaklah

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008 6.6.7

Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan)

6.6.8

Pemeriksa Kira-Kira(2 orang)

PERATURAN 7 7.1

7.2

7.3

7.4

7.5

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

Pengerusi 7.1.1

Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat

7.1.2

Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

7.1.3

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

Naib Pengerusi 7.2.1

Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.

7.2.2

Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

7.2.3

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

Setiausaha 7.3.1

Menguruskan hal-hal surat menyurat.

7.3.2

Mencatat kegiatan.

7.3.3

Mencatat kehadiran ahli

7.3.4

Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

7.3.5

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

dan

menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-

Penolong Setiausaha 7.4.1

Membantu setiausaha tanggungjawabnya.

7.4.2

Menjalankan

7.4.3

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

tugas

dalam

Setiausaha

Bendahari

32

menjalankan

segala tugas dan

sewaktu ketiadaan Setiausaha.

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008

7.6

7.7

7.8

7.5.1

Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan

7.5.2

Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.

7.5.3

Menyebdiakan Penyata menandatanganinya.

7.5.4

Melaporkan kedudukan kewangan mesyuarat ahli jawatankuasa.

7.5.5

Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.

7.5.6

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

Kira-Kira

bulanan sekiranya

perkara

dan tahunan serta diminta

di dalam

Penolong Bendahari 7.6.1

Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.

7.6.2

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

Ahli Jawatankuasa 7.7.1

Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.

7.7.2

Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

7.7.3

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa

Pemeriksa Kira-Kira 7.8.1

Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertangungjawab keatasnya.

7.8.2

Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

PERATURAN 8

KEWANGAN

8.1

Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM 1.00 seorang sebulan.

8.2

Persatuan juga boleh memperolehi

8.3

Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

33

kewangan melalui aktiviti.

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008 8.4

Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar.

PERATURAN 9

KEHADIRAN/PENYERTAAN

9.1

Ahli persatuan dikehendaki menghadiri oleh persatuan sepanjang tahun.

9.2

Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 10

semua aktiviti yang dijalankan

AKTIVITI

10.1

Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.

10.2

Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.

PERATURAN 11

PERATURAN-PERATURAN

11.1

Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

11.2

Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

11.3

Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 12

TINDAKAN DISIPLIN

12.1

Diambil terhadap ahli yang melanggar tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

12.2

Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

perlembagaan persatuan dan

12.2.1 Amaran lisan 12.2.2 Amaran bertulis 12.3

Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 13

PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1

Mana-mana dipinda.

bahagian

dalam

13.2

Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

13.3

Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

34

perlembagaan

ini sah sehingga ia

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008 13.4

Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.

PERATURAN 14 14.1

PEMBUBARAN PERSATUAN

Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

14.2Segala hutang wajib dijelaskan. Agung Tergempar. PERATURAN 15 15.1

jika didapati

Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat

HAL-HAL LAIN

Setiap ahli perlu yang dijalankan.

mengetahui

tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti

15.2

Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat. ………………………. ……………………. …….………………. (HALIZABIN AHMAD) (HALIM BIN HASBULLAH) (RAMLI BIN PUTIH) Setiausaha Pengerusi Guru Pemimpin Pergerakan Pengakap Pergerakan Pengakap Pergerakan Pengakap Tarikh: .................

Tarikh: ....................

Tarikh: ..............

Skema Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah. 1.2.1

Menubuhkan Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.

1.2.2

Menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah. {Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 bertarikh 2hb. Januari 1985}

1.2.3

Merumus dan menetapkan visi dan misi kegiatan kokurikulum sekolah dan menghebahkannya kepada guru-guru dan pelajar-pelajar. (Visi dan misi sekolah dalam bidang kokurikulum ditetapkan dalam mesyuarat bersama di antara Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan Kokurikulum Sekolah dengan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah).

1.2.4

Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengurusan dan Penyelarasan Kegiatan Kokurikulum yang terdiri daripada guru-guru penasihat persatuan/kelab, pasukan pakaian seragam, dan sukan/permainan.

1.2.5

Mengkaji dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan kegiatan kokurikulum pada tahun-tahun sebelumnya dan merumuskan dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan.

1.2.6

Memberi taklimat kepada guru-guru tentang dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan kokurikulum yang telah dirumuskan.

35

Pengurusan

dan

Penyelarasan

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008 1.2.7

Menyediakan keperluan asas pentadbiran (termasuklah fail; dokumendokumen rujukan berkaitan prosedur, undang-undang atau peraturan dan tatacara pelaksanaan; kurikulum kegiatan; borang-borang penilaian; dan sijil-sijil).

1.2.8

Menyediakan atau memperolehi keperluan prasarana dan kemudahankemudahan asas.

1.2.9

Mengenalpasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan, seperti sumber tenaga dan kepakaran, kesesuaian persekitaran, sumber bantuan dan kewangan, dan kecendorongan pelajar.

1.2.10 Memperolehi dan mengemaskini inventori , bekalan pejabat, dan harta modal bidang kokurikulum. 1.2.11 Menyediakan perancangan dan jadual tahunan (takwim) kegiatan kokurikulum sekolah.

1.2.12 Menubuhkan persatuan/kelab/badan beruniform dan melantik guru-guru penasihat. {Rujuk Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Hb. Mei 1998 Jil. 42/No. 11 : PU (A) 196} 1.2.13 Menyediakan kurikulum kegiatan setiap persatuan/kelab. 1.2.14 Melaksanakan kursus-kursus pengurusan kokurikulum kepadas guruguru. 1.2.15 Menyelaraskan kegiatan atau aktiviti persatuan/kelab/badan beruniform berdasarkan objektif/matlamat setiap persatuan/kelab/badan beruniform berkenaan, rangka perancangan kokurikulum sekolah, dan jadual aktiviti kokurikulum peringkat daerah dan negeri. 1.2.16 Memantau dan menyelia pelaksanaan kegiatan kokurikulum. 1.2.17 Menyedia, mengumpul dan menyemak dokumentasi pelaksanaan oleh setiap persatuan/kelab, badan beruniform dan persatuan/kelab sukan dan permainan. 1.2.18 Melaksanakan Skema Penilian Aktiviti Kokurikulum untuk setiap pelajar. 1.2.19 Merancang dan melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan. 1.2.20 Meneroka dan mewujudkan peluang-peluang penyertaan dan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antara bangsa.

1.2.21 Menyediakan laporan Tahunan Kokurikulum.(Lampiran Laporan) 1.3

Prinsip Pelaksanaan Kokurikulum. 1.3.1

Menyediakan ruang, peluang, kesempatan, dan kemudahan pembelajaran yang menarik, menyeronokkan, dan merentasi kurikulum, bagi membantu murid/pelajar mengikuti, melalui, dan mengalami alam

36

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008 persekolahan dalam keadaan selesa, selamat, dan sejahtera dengan pewujudan iklim, budaya, dan persekitaran sekolah yang kondusif, ceria dan bersih; 1.3.2

Merancang, menganjur, dan mengelolakan kegiatan kokurikulum yang berbentuk aktiviti bagi tujuan mempelbagaikan pengalaman pembelajaran dan persekolahan murid/pelajar dalam usaha untuk melengkapkan dan memantapkan lagi pelaksanaan program akademik dan menjadikannya lebih berkaitan dan relevan dengan alam dan kehidupan di luar sekolah.

1.3.3

Dalam semua program kokurikulum penekanan diberi kepada pemerolehan dan peningkatan ilmu dan kemahiran baru, dan pemupukan sikap positif dan nilai-nilai murni kemanusiaan dan keinsanan demi meningkatkan kualiti sahsiah, disiplin, ketahanan diri, daya saing, dan kesejahteraan diri murid/pelajar dan masyarakat.

1.3.4

Dalam semua program kokurikulum penekanan diberi secara sedar kepada usaha bersepadu ke arah memperkukuhkan semangat patriotisme, dan semangat perpaduan antara kaum dan wilayah bagi kesejahteraan masyarakat, bangsa, dan negara.

1.3.5

Menyediakan peluang, ruang, dan kemudahan yang mencukupi dengan mempelbagaikan program dan aktiviti kokurikulum bagi membolehkan penyertaan murid/pelajar secara beramai-ramai; penyertaan seramai mungkin murid-murid terpilih; dan peragaan murid kepada khalayak yang lebih ramai dan terbuka.

1.3.6

Menyediakan skema peningkatan pengetahuan, kemahiran, pencapaian, dan kepemimpinan dalam setiap bidang kokurikulum supaya murid/pelajar dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan masing-masing dalam bidang-bidang yang mereka sertai, dan berpeluang mengatasi atau mempertingkatkannya secara berterusan.

1.3.7

Semua program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang, dianjur, dan dikelolakan memberi peluang dan kesempatan kepada murid/pelajar mengembangkan minat, bakat kreatif dan inovatif masing-masing; dan menatarkan idea, pendapat, buah fikiran, ilham, dan cita rasa secara berhemah dan bijaksana melalui pelbagai genre dan budaya warisan bangsa.

1.3.8

Menyediakan peluang dan kesempatan kepada pelajar-pelajar memperagakan kepada khalayak bakat dan kebolehan masing-masing dalam bidang-bidang yang mereka minati.

1.3.9

Menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang, dianjur dan dikelolakan.

1.3.10 Seberapa boleh mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensiagensi kerajaan, syarikat-syarikat swasta, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, dan institusi-institusi pengajina tinggi, untuk

37

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008 memperluas, mempelbagai, dan mempertingkatkan murid/pelajar dalam kegiatan-kegiatan kokurikulum.

penglibatan

1.3.11 Mewujudkan peluang kepada pelajar-pelajar mempertingkatkan daya saing dan daya tahan masing-masing, di samping memperteguh semangat kesukarelawanan dan kekendirian. 1.3.12 Merealisasikan unsur-unsur penghargaan dalam setiap aktiviti/kegiatan kokurikulum yang dianjur dan dikelolakan.

4.0

PENTAKSIRAN GERAK KERJA KOKURIKULUM. Penilaian kegiatan kokurikulum boleh meransang murid-murid untuk bergiat

lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum. Semua murid mempunyai peluang yang sama untuk memperolehi markah kerana penilaian yang dibuat adalah setara. Bagi murid yang bercita-cita untuk memasuki sekolah berasrama penuh, penglibatan yang cemerlang dalam kegiatan kokurikulum boleh dijadikan sandaran untuk mencapai cita-cita tersebut.

38

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008

Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang murid dalam setiap jenis aktiviti yang disertainya adalah berdasarkan kepada beberapa aspek iaitu :BIL 1 2 3 4

ASPEK PENILAIAN Kehadiran Pencapaian Penglibatan Jawatan yang disandang JUMLAH

% MARKAH 50 20 20 10 100

Markah untuk aspek kehadiran adalah yang tertinggi bertujuan untuk menggalakkan murid hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan. Markah aspek pencapaian diukur melalui pencapaian murid dalam pertandingan di peringkat Sekolah / Zon / Daerah / Negeri / kebangsaan dan antarabangsa. Markah aspek penglibatan pula diberikan kepada semua ahli berdasarkan sumbangan dan komitmen mereka di dalam semua aktiviti yang dijalankan dan tahap penglibatan yang disertai. Manakala markah bagi aspek jawatan yang disandang pula diberikan kepada individu yang memegang sesuatu jawatan yang tertinggi dalam kegiatan kokurikulum.

Semua murid tahun 3 dan tahap 2 diwajibkan menganggotai pasukan pakaian seragam, persatuan / kelab serta sukan dan permainan. Dalam hal ini, setiap murid akan memilih salah satu daripada aktiviti yang terdapat dalam kegiatan kokurikulum tersebut. Penilaian kegiatan adalah berdasarkan kepada :a. Aktiviti pasukan pakaian seragam seperti Pengakap, Puteri Islam, Tunas Kadet Remaja dan Persatuan Bulan Sabit Merah. b. Aktiviti persatuan / kelab seperti Persatuan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Agama Islam, Sains Dan Matematik dan Kelab Keselamatan dan Sivik. 39

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008

c. Aktiviti sukan dan permainan seperti Bola Sepak, Bola Jaring, Sepak Takraw dan Badminton.

Markah bonus akan diberi berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan yang disandang oleh murid dan jawatan tersebut bertujuan membantu pengurusan dan pentadbiran sekolah. Markah bonus yang ditetapkan adalah seperti jadual berikut :-

BIL 1 2 3 4 5 6

JAWATAN Ketua Murid Timbalan / Penolong Ketua Murid Pengawas Sekolah Pengawas Perpustakaan Badan-badan Tertentu Ahli jawatankuasa termasuk penolng ketua /

MARKAH BONUS 10 8 7 6 5 3

pengerusi / setiausaha / bendahari bagi badan7 8

badan dalam komponen aktiviti kokurikulum. Ketua Kelas Penolong ketua kelas

2 1

Gred keseluruhan boleh diperolehi dengan mencampurkan jumlah markah ketiga-tiga kegiatan kokurikulum yang diperolehi dan mendapatkan purata bagi ketigatiga markah tersebut. Setelah mendapat nilai tersebut, ia hendaklah ditambah pula dengan markah bonus yang diperolehi.

40

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008

5.0 5.1

REFLEKSI HURAIAN AKTIVITI KO-KURIKULUM YANG DIJALANKAN

DI

SEKOLAH Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sungai Ara adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dan juga unit kokurikulum sekolah. Sekolah ini juga merupakan sekolah yang aktif di dalam kegiatan kokurikulum di Daerah Larut Matang Dan Selama. Hal ini adalah kerana sekolah ini menyertai pelbagai pertandingan di peringkat zon Batu Kurau dan Daerah Larut Matang dan Selama.

Aktiviti kokurikulum di sekolah ini merangkumi unit beruniform, persatuan / kelab dan sukan / permainan. Komponen unit beruniform terdiri daripada Pengakap dan Badan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Persatuan / Kelab pula terdiri daripada

Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan Agama Islam, Persatuan Sains dan Matematik serta Kelab Komputer. Manakala sukan / permainan 41

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008

pula terdiri daripada Bola Sepak, Bola Jaring, Bola Baling, Bola Tampar dan Badminton. Kesemua aktiviti kokurikulum ini dilaksanakan pada setiap hari Rabu pagi sebelum waktu pembelajaran dimulakan dan selepas waktu persekolahan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Unit Kokurikulum sekolah Kebangsaan Sungai Ara.

Sekolah ini juga banyak menyertai permainan dalam Majlis Sukan Sekolahsekolah Daerah (MSSD) peringkat Larut Matang dan Selama. Antara sukan yang disertai ialah Bola Jaring, Badminton, Sepak Takraw, Bola Baling, Olahraga, Catur, Bola Sepak dan Bola Tampar. Banyak kejayaan yang telah dikecapi dalam pertandingan yang disertai. Contohnya seperti Sepak Takraw, pasukan sekolah telah menjadi Johan di peringkat zon. Bagi kejohanan Olahraga pula, ada di antara murid sekolah ini terpilih untuk mewakili zon ke peringkat daerah. SK Sungai Ara juag telah menjadi johan dalam pertandingan Bola Tampar di peringkat Zon Batu Kurau. Begitu juga dengan Badminton, pasukan murid lelaki SK Sungai Ara juga turut menjadi johan di peringkat Zon Batu Kurau.

Selain aktiviti kokurikulum, Sekolah Kebangsaan Sungai Ara

juga banyak

menyertai pertandingan ko-akademik seperti Tilawah Al-quran, Hafazan, Nasyid, Berzanji, Tulisan Jawi dan Bercerita. Sekolah ini telah berjaya menjadi johan peringkat zon dalam tulisan jawi dan mendapat tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan tilawah al-Quran.

42

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008

Kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh Sekolah Kebangsaan Sungai Ara adalah hasil daripada guru dan murid yang begitu komited dan bersungguh-sungguh dalam setiap aktiviti yang disertai. Latihan yang kerap diadakan ke atas murid yang akan memasuki pertandingan giat dijalankan. Kesimpulannya ialah, Sekolah Kebangsaan Sungai Ara mempunyai potensi yang cerah untuk mencapai tahap sekolah yang cemerlang dan gemilang dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum kerana mempunyai guru-guru dan murid-murid yang berbakat dan bersungguhsungguh. Jika usaha ini dapat dilipatgandakan, matlamat tersebut akan dapat direalisasikan suatu hari nanti.

5.2

KELEBIHAN Kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan

potensi pelajar secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin pelajar serta meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Oleh yang demikian, setiap sekolah harus menitikberatkan aktiviti kokurikulum ini tanpa mengabaikan kurikulum.

Sekolah Kebangsaan Sungai Ara adalah sebuah sekolah yang amat menitikberatkan aktiviti kokurikulum ini. Hal ini dapat dibuktikan melalui kesungguhan dan minat yang mendalam oleh guru dan murid-murid dalam semua aktiviti yang dijalankan.

43

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008

Murid-murid akan diberi latihan oleh guru untuk menyertai pertandingan di pelbagai peringkat iaitu di peringkat kelompok, zon, daerah dan negeri. Misalnya kejayaan Sekolah Kebangsaan Sungai Ara dalam pertandingan sepak takraw, bola tampar, dan badminton di peringkat zon dan melayakkan ke peringkat daerah sudah cukup membuktikan hasil usaha gigih guru-guru dan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum. Sekolah ini juga mempunyai guru dan kakitangan sokongan yang berdedikasi. Hal ini adalah kerana mereka bersedia dan sanggup berkorban tidak kira masa untuk melatih dan menghantar murid-murid jika ada pertandingan yang dijalankan di sekolah lain. Mereka juga amat bertanggungjawab dalam memastikan murid-murid selamat dan terurus semasa berada di dalam jagaan mereka di luar sekolah.

Dari segi waktu perlaksanaan aktiviti kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Sungai Ara, waktu yang dipilih untuk perlaksanaan kokurikulum ini adalah waktu yang paling sesuai dan baik. Sekolah ini telah menetapkan aktiviti ini dijalankan pada setiap pagi Rabu bermula jam 7.45 pagi hingga 8.45 pagi bagi aktiviti permainan, dan disambung semula pada jam 2.05 hingga 3.05 petang bagi aktiviti unit beruniform dan diselang-selikan dengan aktivti persatuan.

Di sini kita dapat lihat banyak kelebihan dari sudut waktu perlaksanaannya. Dengan menjalankan aktiviti ini dalam waktu persekolahan, semua murid dan guru akan dapat melibatkan diri. Jadi, semua aktiviti kokurikulum dapat dijalankan dengan baik. 44

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008

Selain daripada itu, perlaksanaan aktiviti kokurukulum ini pada waktu pagi dan tengahari dapat mengelakkan masalah cuaca dari menjadi halangan dalam menjalankan aktiviti yang telah dirancang. Ini kerana setiap petang biasanya kawasan Batu Kurau dan Taiping sering hujan. Jadi, aktiviti kokurikulum akan ditangguhkan. Kesimpulannya, waktu perlaksanaan aktiviti kokurikulum Sekolah Kebangsaan Sungai Ara adalah waktu yang amat sesuai dan baik dan harus dicontohi oleh sekolah lain.

Sekolah Kebangsaan Sungai Ara juga memberi peluang kepada murid-murid untuk menceburkan diri dalam sukan sekolah-sekolah jemputan. Dengan ini, murid akan dapat membiasakan diri dengan pertandingan-pertandingan sukan dan dapat menjadikan murid agar sentiasa bersedia untuk sebarang pertandingan yang akan dijalankan.

Kesimpulannya ialah aktiviti kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Sungai Ara berjaya melahirkan insan yang serba boleh serta seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, sosial serta intelek agar dapat mengharungi cabaran dan wawasan negara.

5.3

KELEMAHAN Kementerian Pendidikan sentiasa menggalakkan penyertaan murid-murid

dalam apa jua aktiviti sukan dan memperakukan bahawa sukan sememangnya penting untuk membina ketahanan diri dan kesihatan disamping memupuk 45

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008

perkembangan jasmani, rohani dan emosi murid-murid. Sukan juga merupakan satusatunya saluran yang berkesan bagi memupuk persefahaman dan perpaduan di kalangan murid.

Namun begitu, terdapat beberapa kekangan atau kelemahan yang dapat saya lihat daripada aktiviti yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sungai Ara. Antaranya ialah kemudahan padang yang tidak selesa iaitu padang terlalu kecil dan menyukarkan guru dan murid untuk menjalankan aktiviti dengan jayanya. Justeru itu, ia akan menyukarkan murid-murid yang memasuki pertandingan yang memerlukan padang yang besar untuk latihan olahraga dan sebagainya.

Selain itu, bilangan murid yang kecil atau kurang menyebabkan aktiviti kokurikulum sukar untuk dilaksanakan. Sesuatu aktiviti yang dijalankan atau sukan untuk pertandingan akan melibatkan murid yang sama. Ini akan menyukarkan guru untuk melatih murid membuat persediaan awal bagi sesuatu pertandingan kerana jarak di antara sesuatu pertandingan adalah rapat. Ia akan menjadi lebih teruk apabila berlaku pertindihan program atau perlawanan yang melibatkan penyertaan murid yang sama kerana ia akan menyebabkan murid terbabit terpaksa menarik diri bagi salah satu program yang disertai.

Kesimpulannya kelemahan ini dapat ditangani agar kecemerlangan murid di dalam bidang kokurikulum boleh bergerak seiring dengan kecemerlangan di dalam bidang kurikulum. 46

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008

5.4

CADANGAN UNTUK MEMBAIKINYA. Cadangan saya untuk meningkatkan pelaksanaan dan keberkesanan program

kokurikulum di sekolah antaranya ialah pihak sekolah perlu prihatin dengan kelemahan yang wujud di sekolah ini. Langkah proaktif perlu dilakukan untuk menyelamat suasana dan keadaan. Setiap pelaksanaan gerak kerja kokurikulum perlulah dibuat analisa dan penilaian terlebih dahulu agar segala kegiatan dapat dijalankan dengan sempurna. Selain itu, guru-guru juga perlu sentiasa diperingatkan tentang tugasan masing-masing. Guru-guru perlu bersifat aktif, bersemangat dan prihatin dalam menjalankan tugas yang telah diberikan. Mencari jurulatih atau pembimbing yang berkebolehan dalam sesuatu kegiatan amatlah diperlukan agar tujuan dan matlamat sebenar gerak kerja kokurikulum dapat dicapai.

Program motivasi, kem dan seminar juga perlu dianjurkan oleh pihak sekolah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan terhadap murid-murid tentang kepentingan gerak kerja kokurikulum dalam kehidupan mereka sebagai pelajar di samping meningkatkan semangat dan kesungguhan bagi murid-murid dalam mencapai kemajuan dalam bidang kokurikulum mahupun kurikulum. Ini kerana dunia hari ini tidak lagi memandang kecemerlangan dalam bidang kurikulum sahaja yang membolehkan mereka melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi bahkan ianya merangkumi penglibatan dan keaktifan murid dalam kokurikulum di sekolah.

47

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008

Selain itu, pihak sekolah perlu mencari inisiatif bagaimana gerak kerja kokurikulum di sekolah dapat menarik minat murid. Antaranya, acara atau majlis yang berbentuk penghargaan dan ucapan perlu diadakan bagi meraikan murid-murid yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dan penglibatan diri dalam bidang yang diceburi.

Kesimpulannya ialah semua pihak harus bekerjasama dan bertanggungjawab dalam memastikan kecemerlangan murid-murid di dalam bidang kokurikulum. Jika ini berlaku, seruan negara untuk melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang akan dapat direalisasikan dengan jayanya.

6.0

PENUTUP

Konklusi yang dapat dibuat hasil daripada kajian ini ialah kecemerlangan murid pada hari ini tidak hanya diukur berdasarkan kejayaan cemerlang dalam bidang akademik semata-mata sebaliknya penglibatan murid dan kejayaan dalam bidang kokurikulum banyak membantu seseorang dalam menjamin kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan.

Bidang kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum formal yang merangkumi aktiviti yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan peluang kepada murid

48

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008

menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni di bilik darjah.

Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi pernah menyatakan bahawa, “hasrat kerajaan bukan sahaja untuk melahirkan belia yang cemerlang tetapi mereka yang memiliki semangat yang tinggi dan mempunyai daya kepimpinan yang unggul serta berkualiti. Sekiranya para belia memiliki nilai-nilai tersebut, mereka mampu menghadapi apa jua cabaran dan pengaruh negatif yang bakal dilalui.”

Kegiatan kokurikulum dilaksanakan melalui penubuhan persatuan mata pelajaran dan persatuan-persatuan lain yang diluluskan, kelab dan unit beruniform. Aktiviti kokurikulum perlu di sekolah perlu dipertingkatkan agar nilai-nilai murni seperti kerjasama, berdikari, dedikasi, komited, kejujuran, taat setia, semangat patriotik, perpaduan, keberanian dan semangat berkomuniti dapat diperkukuh. Nilai-nilai murni merupakan teras dalam pembentukan sikap kenegaraan dan iklim persekolahan yang kondusif untuk segala kegiatan pendidikan.

Justeru itu, bagi merealisasikan matlamat kokurikulum dengan jayanya, semua pihak termasuklah murid-murid, guru-guru, PIBG dan juga masyarakat haruslah berganding bahu dalam setiap aktiviti yang dijalankan di sekolah. Sumbangan dalam bentuk wang ringgit, buah fikiran, penyertaan dan sokongan amat perlu dalam menjayakan sesuatu aktiviti kokurikulum di sekolah.

49

TUGASAN GERKO KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2008

Untuk mempertingkatkan lagi prestasi pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah, beberapa perubahan dan tindakan strategik perlu diambil, dilaksana dan direalisasikan. Kejayaan sesuatu aktiviti kokurikulum sangat penting untuk mencapai matlamat

pendidikan negara yang dilaungkan dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan untuk melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

50

Related Documents