Geomorfologi Pinggir Pantai

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Geomorfologi Pinggir Pantai as PDF for free.

More details

  • Words: 1,528
  • Pages: 5
GEOMORFOLOGI PINGGIR PANTAI Konsep Pinggir Pantai Adalah zon yg terletak di antara tikas air pasang dgn tikas air surut ombak. Pantai merupakan satu jalur linear daratan yg terdiri drp timbunan bahan mendak yg peroi seperti pasir, kulit kerang dan siput, lumpur dan kelodak yg berasal dari laut dan sungai. Antara agen geomorfologi yg bertindak di zon pinggir pantai ialah: Ombak Arus Arus Pasang-surut Tindakan Angin Agen Geomorfologi Pinggir Pantai 1. Ombak, terbahagi 2; Ombak Pembina mengangkut dan memendapkan bahan muatannya di pinggir pantai lalu membentuk jaluran pantai yg lebar. Ombak Pembinasa menghakis dan memusnahkan jaluran pantai yg telah dibina oleh ombak pembina. Biasa berlaku ketika ribut pada musim tengkujuh atau kesan gelombang ‘Tsunami’ akibat gempa bumi dan gerakan tektonik di dasar laut. 2. Arus Terdapat pelbagai jenis arus seperti arus pesisir pantai (hanyutan pesisir pantai) terhasil drp perbezaan sudut damparan dan balikan ombak. Arus ini bergerak disepanjang garis pantai dan mengangkut bahan pantai secara ‘zig-zag’. 3. Arus pasang-surut Agen pasang dan surut juga mempengaruhi bentuk-bentuk bumi di zon pinggir pantai khususnya di muara sungai. Pasang dan surut terjadi akibat putaran bumi di atas paksinya. 4. Angin Bertindak di zon luar pesisir yg tidak dicapai oleh tikas air pasang. Angin boleh mengangkut, memendap dan memusnahkan bentuk-bentuk muka bumi yg terdapat di zon luar pesisir. Faktor mempengaruhi proses geomorfologi Pinggir Pantai 1. Halaju angin Menentukan saiz dan kekuatan ombak. Tiupan angin perlahan membolehkan ombak pembina terbentuk untuk memendapkan muatannya. Angin kencang menghasilkan ombak pembinasa yg bertindak menghasilkan hakisan. 2. Orientasi pantai Pantai yg terdedah secara langsung kepada serangan ombak seperti kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia akan mengalami kadar hakisan yg kuat semasa Monsun Timur Laut. Pantai yg terlindung pula akan mengalami kadar pemendapan yg tinggi kerana di kawasan ini halaju ombak menjadi perlahan.

3. Kedalaman air Kawasan pantai yg dalam mengalami kadar hakisan yg tinggi. Kawasan pantai yg cetek pula mengalami pemendapan yg tinggi kerana ombak kehilangan tenaga akibat geseran dgn dasar pantai. 4. Faktor Geologi Meliputi jenis dan ketahanan batuan serta struktur cerun tersebut. Pantai yg terbentuk oleh batuan yg keras tahan di hakis ombak dan pantai itu berbentuk tanjung. Pantai yang berbatuan lembut, mudah terhakis dan ia akan membentuk teluk. 5. Kualiti dan kuantiti bahan Jika Ombak membawa muatan yg keras seperti batu kerikil dan batu tongkol maka kadar hakisan pantai akan meningkat kerana bahan tersebut bertindak sebagai alat penghakis yg berkesan. Jika ombak membawa batuan yg lembut dalam kuantiti yg banyak seperti batu lada, kulit-kulit kerang dan siput serta pasir laut akan mempengaruhi pemendapan di pantai berkenaan. 6. Pertembungan arus laut dgn arus sungai Pertembungan kedua-dua arus ini selalunya berlaku di muara. Kedua-dua arus kehilangan tenaga lalu memendapkan bahan-bahanya di dasar muara berkenaan. Kadar pemendapan bergantung kepada kuantiti bahan yg di bawa oleh kedua-dua arus. 7. Perbezaan tikas air pasang dan tikas air surut Semakin besar beza maka zon yang boleh dihakis dan dimendapkan menjadi semakin lebar. Tikas air pasang yg tinggi dan tikas air surut yg rendah di muara akan mempengaruhi kelebaran bahan muatan yg akan dimendapkan seterusnya kelebaran delta yg akan terbentuk. Faktor penyebab kelandaian dan kecuraman pantai 1. Jenis dan saiz bahan mendak (Sedimen) Bahan mendak kasar akan membentuk pantai yang curam manakala bahan mendak halus akan membentuk pantai yg landai. Taburan bijian pasir menunjukkan bijian kasar di sebelah atas cerun dan semakin halus menghala ke gigi air. Cerun pandai lebih curam di bahagian atas berbanding dgn bahagian bawah. Keadaan ini disebabkan tenaga damparan ombak lebih tinggi semasa menghempas pantai berbanding tenaga lurutannya. 2. Faktor jenis dan kekuatan ombak. Ombak pembinasa (ombak junam) mempunyai tenaga kinetik yg kuat untuk menghempas dan memusnahkan cerun pantai. Selepas ombak ini berlaku cerun pantai yg landai bertukar menjadi ceun curam. Profil rentas pantai juga menjadi lebih pendek krn ombak ini mempunyai kusa hakis-angkut yg kuat. Sekiranya ombak pembina (ombak limpah) berlaku pantai akan banyak bahan enapan yg akan dimendapkan menjadi pantai yg landai. 3. Orientasi pantai

Pantai yg terdedah kepada lautan luas akan menerima damparan dan arus yg kuat membantuk cerun yg curam seperti pantai timur Semenanjung Malaysia yg terdedah kepada damparan ombak Laut China Selatan. Pantai yg terlindung pula akan menerima damparan dan arus yang lemah yg membentuk cerun landai dengan bahan enapannya seperti pantai barat Semenanjung Malaysia yang terlindung dari tiupan angin oleh Pulau Sumatera. 4. Faktor manusia Pantai yang dibangunkan dengan aktiviti penebangan pokok hutau pantai, mengorek pasir dan mendalamkan muara sungai akan mengalami hakisan yang kuat menyebabkan cerun pantai menjadi curam. Aktiviti penyuburan pantai seperti penanaman pokok rhu dan bakau, membina benteng pecah ombak akan menyebabkan penambahan pasir pantai yang menjadikan cerun landai. 5. Pengaruh arus Arus pasang surut yang bergerak selari dengan garis pantai akan memendakkan bahan enapan yang banyak jika pantai bersebelahan dengan muara sungai. Semakin banyak bahan mendapan yang di bawa arus maka cerun pantai menjadi landai. Pantai yang berlumpur lebih landai berbanding pantai yang berpasir kerana ia mempunyai kuantiti, mengalami serakan dan timbun-tambah bahan sedimen yang lebih banyak. Hakisan Ombak 1. Tindakan Hidraulik Tindakan hakisan yang disebabkan oleh kuasa air laut itu sendiri tanpa melibatkan bahan/muatan yang dibawanya. Ombak yang menghempas pantai (swash) akan memampatkan udara yang terdapat dalam rekahan batuan menyebabkan rekahan mengalami pengembangan. Apabila ombak mengundur (backwash) udara dalam rekahan menguncup maka rekahan mengalami kenduran. Proses yang berulang-ulang menyebabkan batuan pecah dan runtuh. 2. Tindakan kikisan atau lelasan Tindakan ini melibatkan bahan-bahan muatan yg di bawa ombak dgn batuan di kaki cenuram atau tanjung yg mengadap ombak. Bahan ombak seperti batu pasir, kerikil, batu lada, serpihan batuan akan bertindak sebagai alat penghakis untuk mengesel dan menghauskan kaki cenuram tadi. Keberkesanan proses ini amat dipengaruhi oleh bahan yg dibawa oleh ombak. 3. Tindakan lagaan Proses hakisan yang melibatkan perubahan saiz dan bentuk pada bahan-bahan pantai apabila mereka berlanggar dan berlaga sesama sendiri. Contohnya batu tongkol bertukar menjadi serpihan prismatik yg lebih kecil akibat perlanggaran. Perlanggaran berlaku dalam dua arah iaitu ke atas dan ke bawah semasa damparan dan semasa lurutan ombak. 4. Tindakan larutan Proses hakisan laut secara kimia iaitu air laut bertindak melarutkan mineral batuan yang ada di pinggir pantai. Contohnya mineral mudah larut dan bersifat menyerap air seperti kalsium karbonat (batu kapur) akan menjadi kalsium hidrogen karbonat atau kalsium bikarbonat.

Bentuk bumi Hakisan Ombak 1.Tebing tinggi Terhasil apabila cerun di tepi pantai runtuh akibat tindakan hidraul pada rekahan di tebing. Terbentuk apabila ombak menghakis kaki cerun tebing pantai semasa air pasang. Apabila batuan atau lekukan yang terbentuk runtuh, maka tebing tinggi terbentuk. 2. Tanjung Terbentuk di kawasan pinggir pantai yang mempunyai susunan batuan keras dan lembut yang berselang-seli. Terbentuk di bahagian batuan keras yang tahan hakisan ombak. 3. Teluk Terbentuk di kawasan pinggir pantai yang mempunyai susunan batuan keras dan lembut yang berselang seli. Terbentuk di bahagian batuan lembut yang dihakis oleh ombak. 4. Gerbang Laut Terhasil daripada hakisan gua laut. Hakisan ombak yang berterusan dan menembusi dinding dua buah gua laut yang bertentangan akan membentuk gerbang laut. 5. Batu Tunggul Terhasil akibat tindakan penggondolan terhadap gerbang laut. Apabila bumbung gerbang laut runtuh, batu tunggul terbentuk. Pengangkutan Ombak 1. GolekanBahan –bahan yang bundar dan besar yang digerakkan di dasar laut oleh ombak. 2. Hanyutan pesisir pantai -Pergerakan bahan-bahan seperti pasir, batu kelikir selari dengan pantai. 3. Ampaian - Bahan-bahan mendak yang halus dan ringan seperti tanah liat dan kelodak digerakkan secara terampai-ampai dalam laut. 4. SeretanBahan -bahan diseret di bahagian bawah laut dari atas pantai ke luar pantai oleh arus seret. Faktor mempengaruhi pengangkutan ombak 1. Tenaga arus Arus yang kuat mampu mengangkut bahan-bahan ke tempat yang lebih jauh. 2. Saiz bahan Semakin berat dan besar bahan yang diangkut kadar pengangkutan menjadi lemah. 3. Orientasi pantai Pantai yang terdedah kepada ombak akan menggalakkan proses pengangkutan 4. Halangan Pokok bakau dan binaan groin akan menghalang proses pengangkutan.

5. Tenaga ombak Ombak pecah menyeret bahan-bahan ke arah pantai dan unduran ombak menarik balik setengah daripada bahan tersebut.Ombak yang serong mengangkut bahan di sepanjang pantai.Jika tenaga ombak hilang, proses pengangkutan terhenti. Bentuk Bumi Pemendapan Ombak 1. Pantai Kawasan pingir laut yg terletak antara tikas air surut yg terendah dgn tikas air pasang yg tertimggi. 2. Beting pasir Merupakan penimbunan pasir yang merentangi sesebuah teluk. Terbentuk samada selari dengan garisan pantai atau bersudut tepat dengannya. 3. Tetanjung Merupakan permatang berupa tanduk yang dibentuk oleh pemendapan pasir di hujung teluk atau muara sungai. Anak tanjung menganjur ke laut manakala bahagian hujungnya bersambung dengan pinggir pantai. Juga dikenali sebagai tetanjung. Kesan aktiviti pembangunan ke atas pinggir pantai Aktiviti manusia yang menyebabkan hakisan pantai 1.Pembangunan pelancongan – pembinaan hotel, resort, chalet dll 2.Pemusnahan hutan bakau untuk projek pembangunan 3.Aktiviti pengorekan pasir. Kadar hakisan meningkat menyebabkan pantai semakin sempit. Langkah Mengawal hakisan pantai 1. Langkah perundangan Melibatkan pelaksanaan akta-akta tertentu bagi mencegah sesuatu sumber daripada mengalami kemusnahan. Cth Melalui Akta Perhutanan Negara 1984 kawasan hutan bakau di gazetkan sebagai kawasan hutan simpan. 2. Pengurusan Strategik - Pengawalan penebangan hutan bakau. Cthnya menggunakan kaedah tebangan memilih. - Penanaman semula tumbuhan pinggir pantai. - Pembinaan benteng batuan dan tembok penahan untuk mencegah hanyutan pasir. - Pembinaan daik untuk mencegah kemasukan air laut. - Pembinaan dinding konkrit di cerun curam pinggir pantai 3. Kempen - kesedaran dalam kalangan masyarakat umum sentiasa dilakukan melalui kempen, forum, usaha gotong-royong. - pendidikan alam sekitar sama ada secara formal atau tak formal

Related Documents

Geomorfologi
December 2019 25
Geomorfologi Pantai.docx
November 2019 30
Pantai Carolina
June 2020 17