Geo

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Geo as PDF for free.

More details

  • Words: 478
  • Pages: 8
PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Bantuan, dorongan, dan tunjuk ajar mereka telah mebolehkan saya menjalankan kajian ini dengan jayanya.

Jutaan terima kasih juga saya ingin ucapkan kepada keduadua ibu bapa saya kerana mereka telah banyak membantu saya dari segi kewangan dan memberikan semangat kepada saya.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru geografi saya,en zulkifli bin aman kerana telah banyak membantu saya. Tidak ketinggalan juga kepada rakan-rakan saya yang banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini.

PENDAHULUAN

Semua pelajar tingkatan 1 wajib menjalankan kajian geografi tempatan (kgt) untuk kajian yang saya pilih ialah tenyang bentuk muka bumi dan potensinya di seksyen 7, kota damansara.

Saya telah memilih kawasan seksyen 7 sebagai kawasan kajian kerana kawasan ini terletak berhampiran dengan rumah saya. Ia juga mempunyai banyak kemudahan. Kemudahan pengangkutan disini juga amat memuaskan. Ini disebabkan oleh, bas dan teksi sentiasa lalu-lalang di kawasan ini.

Tambahan pula, kawasan ini adalah kawasan yang membangun dan kawasan perumahan yang pesat serta indah. Bentuk muka buminya yang sesuai dan cantik dapat menjadikan seksyen 7 ini sebuah tempat persinggahan.

Selain itu, tempoh yang telah diberikan kepada untuk menyiapkan kajian ini ialah selama 5 minggu. Tempoh ini telah saya gunakan dengan sebaik-baiknya dan akhirnya, saya berjaya menyiapkan kajian geografi ini.

• Mengkaji jenis petempatan di seksyen 7 kota damansara.

• Mengkaji factor-faktor yang mempengaruhi jenis petempatan di seksyen 7 kota damansara.

• Mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk seksyen 7 kota damansara.

• Mencari langkah bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk seksyen 7 kota damansara.



Kawasan kajian yang telah disyaratkan untu dibuat kajian ialah kawasan seksyen 7, kota damansara. Sebelum saya menghuraikan kawasan yang perlu dibuat kajian, disini saya ingin memeri penerangan berkaitan dengan kota damansara.

Kota damansara Kota damansara yang terletak di daerah petaling jaya merupakan sebuah tempat yang cantik. Kota damansara mempunyai keluasan 2923 hektar. Kota damansara terdiri daripada 11seksyen. Kota damansara terletak 55 kilometer dari lapangan terbang antarabangsa, kuala lumpur di sebelah selatan.

Seksyen 7 Manakala seksyen 7, pula merupakan sebahagian daripada kawasan petempatan dan komersial yang terletak di kota damansara. Seksyen 7 juga terletak berdekatan dengan dewan pentadbiran kota damansara. Ia telah dimajukan oleh majlis bandaraya petaling jaya. Jumlah keluasan keseluruhan kawasan ini ialah seluas lebih kurang 155.4 hektar. Penduduk disini dianggarkan seramai 4320 orang.

Kawasan petempatan atau perumahan merangkumi keluasan seluas 81.8 hektar atau 33 peratus daripada keluasan kawasan. Ia juga dibangunkan oleh perbadanan dan pembangunan petaling jaya. Daripada itu, 27.9 hektar merupakan kawasan hartanah jenis bertanah (landed property) manakala 53.9 hektar merupakan jenis strata ( apartment, rumah semi-d, kondominium dan banglo ).

Kawasan perniagaan terdiri daripada kedai, pasar dan medan selera merangkumi keluasan seluas 21.3 hektar daripada keluasan seksyen 7. Kawasan kemudahan awam seperti surau, sekolah, pejabat pos, kawasan komuniti dan lain-lain pula merangkumi keluasan seluas 37.9 hektar

Related Documents

Geo
June 2020 38
Geo
November 2019 68
Geo
May 2020 54
Geo
June 2020 47
Geo
June 2020 11
Geo
April 2020 21