Geo

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Geo as PDF for free.

More details

  • Words: 1,994
  • Pages: 18
PENGHARGAAN Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya akhirnya saya dapat juga menyiapkan Kerja Kursus Geografi ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Saya juga dapat menyiapkannya tanpa sebarang masalah yang boleh mengendalakan perjalanan ketika menyiapkan Kerja Kursus Geografi (KKG) ini. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Tuan Haji ……….., pengetua Maktab Rendah Sains Mara Pasir Salak dan cikgu ………….. selaku guru matapelajaran Geografi Tingkatan 2E 2008 yang telah banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar serta panduan ketika menyiapkan KKG ini. Sekalung jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu, …………., ayah, ……………., serta ahli keluarga lain yang telah banyak memberi sokongan. Terima kasih juga kepada mereka kerana telah banyak membantu dalam segi kewangan mahupun pengetahuan dalam mencari bahan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain, iaitu, …………….., ………………., ……… … ….. dan juga ahli-ahli kelas yang lain kerana telah banyak beri kerjasama dengan berkongsi pengetahuan dan tunjuk ajar. Selain itu, tidak lupa juga kepada para responden yang juga merupakan ahliahli kampung ………. yang sudi memberi dan berkongsi maklumat dan memberi komited ketika kajian dilakukan. Akhir sekali, tidak lupa juga kepada orang-orang sumber yang juga maklumat terpenting dalam menjayakan kajian ini iaitu, terdiri daripada penghulu kampung … ………, bilal-bilal dan juga imam-imam kampung ………..

1

PENDAHULUAN Saya, ……………………….. merupakan salah seorang pelajar Tingkatan 2E di Maktab Rendah Sains Mara Pasir Salak. Tajuk yang telah saya dan rakan-rakan Tingkatan 2 terima untuk kerja kursus geografi bagi persediaan kerja sekolah pada cuti kali ini ialah Petempatan. Kawasan saya menjalankan kajian ini ialah kawasan Kampung ………… Manakala kawasan kajian yang saya hendak bandingkan pula ialah kawasan Bangkok di Thailand. Tujuan saya memilih kawasan Kampung ………… ini adalah kerana kawasan ini merupakan kawasan tempat tinggal saya. Ekoran itu, kawasan ini memudahkan lagi saya menjalankan kajian ini. Manakala, kawasan kajian bandingan saya iaitu Bangkok, Thailand pula, bertujuan kerana saya amat tertarik untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang kawasan tersebut. Tempoh kajian yang diberikan kepada saya serta rakan seperjuangan saya yang lain adalah selama satu minggu dua hari. Saya mula menjalankan kajian saya pada 15 Ogos tepat jam 9 pagi dan berakhir pada 23 Ogos 2008 pada jam 3 petang. Saya telah menemu ramah seramai 20 orang responden yang terpilih untuk mendapatkan maklumat terkini tentang fungsi petempatan, masalah yang dihadapi dan cadangan untuk mengatasinya dan kesemua mereka telah memberi kerjasama yang baik kepada saya. Kerjasama yang diberi telah dapat menjimatkan masa dan memudahkan kerja bagi melengkapkan Kerja Kursus Geografi (KKG) ini. Semua data dan maklumat yang dipilih telah direkod. 2

OBJEKTIF KAJIAN Terdapat beberapa objektif kajian yang didapati sepanjang menyiapkan Kerja Kursus Geografi (KKG) ini. Antaranya ialah :-

I. II.

Mengenal pasti jenis dan pola petempatan di kawasan kajian. Mengkaji fungsi petempatan kajian.

III.

Mengeal pasti faktor yang mempengaruhi perkembangan petempatan kajian.

IV.

Mengenal pasti masalah petempatan kajian.

V.

Mencadangkan langkah-langkah mengatasi masalah petempatan tersebut.



Saya bangga menjadi ahli Kampung ……… dan berusaha untuk membangunkan Negara Malaysia juga melalui masalah yang dihadapi.

3

KAWASAN KAJIAN Guru Geografi tingkatan 2E CIKGU ……………. mengalakkan kami memilih tempat kediaman masing-masing sebagai kawasan kajian. Hal ini demekian kerana, ia lebih menjimatkan masa dan tenaga. Saya telah memilih Bangkok, Thailand dan Kampung ……….. sebagai kawasan kajian. Pekan yang terhampir dengan Kampung …… ialah pekan ………….. Jarak Kampung ……… dengan pekan ………… kira-kira 30 kilometer. Kampung ini terletak di antara pekan ……… dengan pekan …………. Kampung ini mempunyai jaringan pengangkutan yang baik. Iklim di kawasan kajian ialah panas dan lembap sepanjang tahun. Bandar Bangkok dalam bahasa Thailand ialah Krung Thep atau Krung Thep Maha Nakhon. Bandar Bangkok adalah ibu kota dan kota terbesar di Thailand. Kota ini terletak di tepi barat Sungai Chao Phraya, dekat Teluk Thailand. Bangkok adalah salah satu kota dengan perkembangan terpesat, dengan ekonomi yang dinamis dan kemasyarakatan yang progresif di Asia Tenggara. Kota ini sedang berkembang menjadi pusat regional yang dapat menyaingi Singapura dan Hong Kong, namun masih mempunyai masalah dalam sektor infrastruktur dan sosial sebagai akibat perkembangannya yang pesat. Kota ini juga mencatat sebagai salah satu kota di dunia dengan laju penambahan konstruksi gedung pencakar langit tercepat.

4

Peta daerah Kampung ……….. iaitu daerah Hilir Perak.

5

Peta Negara Thailand

U

Bangkok,Thail and.

6

Peta kawasan ……………………

7

KAEDAH KAJIAN Dalam kajian yang telah dilakukan oleh saya, antara kaedah-kaedah yang telah digunakan ialah :

1. Pemerhatian. Saya telah melawat kawasan kajian saya bersama-sama keluarga saya untuk melihat kegiatan jenis-jenis ekonomi kawasan tersebut.

2. Temu bual. Saya juga sempat untuk menemu bual beberapa orang penduduk di kawasan Kampung ……….. bagi mendapatkan maklumat-maklumat penting.

3. Soal selidik. Saya telah membuat soal selidik di kawasan kajian serta penduduk-penduduk kampung berdekatan.

4. Rujukan. Saya telah membuat banyak rujukan dari internet, buku ilmiah serta buku teks geografi serta beberapa buku rujukan geografi yang lain.

KAMPUNG ………… 1. JENIS PETEMPATAN 8

I.

Petempatan kampung:

Jenis petempatan di kawasan kajian, iaitu Kampung …………, adalah petempatan kampong. Di sekitar kawasan kajian juga merupakan kampung-kampung yang semakin membangun.

2. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN I.

Bentuk Muka Bumi:

Kajian yang saya lakukan, saya mendapati kawasan kajian saya, Kampung ………… terletak di kawasan tanah pamah. Ekoran itu, kerja-kerja membangunkan dan membina jalan-jalan raya serta bangunan lebih mudah dilakukan. II.

Jenis Tanih:

Di kawasan kajian yang saya lakukan, saya mendapati kawasan kajian, Kampung … ……, mempunyai tanah leterit. Ekoran itu, kerja-kerja pertanian lebih rancak dijalankan berbanding perkhidmatan atau perindustrian. Hal ini demikian kerana, banyak ladang-ladang serta kebun-kebun yang didirikan di kampung ini, seperti, kebun kelapa sawit dan juga ladang kelapa sawit. III.

Kegiatan ekonomi:

Kegiatan ekonomi di kawasan kajian, Kampung …….., bercorakkan pertanian seperti menanam kelapa sawit, berkebun dan sebagainya. IV.

Tahap ketersampaian:

Tahap ketersampaian bagi kawasan kajian, Kampung ………., tahapnya adalah tinggi. Hal ini demikian kerana, banyak pengangkutan awam seperti bas, teksi dan sebagainya yang disediakan untuk memudahkan ke kawasan kajian telah disediakan. Selain itu, jalan-jalan raya juga dibina bagi memudahkan perjalanan para penduduk.

9

3. POLA PETEMPATAN Pola berkelompok:

I.

Hasil dari kajian yang telah saya lakukan, kawasan kajian, Kampung ……….., merupakan pola petempatan berselerak. Hal ini demikian kerana, kawasan kajian merupakan sebuah kampung dan kebanyakan penduduk mempunyai tanah masingmasing. Hal ini, menyebabkan pola petempatan berselerak. 4. FUNGSI PETEMPATAN I.

Ekonomi:

Hasil daripada kajian yang dilakukan di Kampung ………, fungsi petempatan kepada ekonomi adalah dalam sektor pertanian adalah lebih menggalakan berbanding dengan sektor perindustrian dan perkhidmatan. Hal ini demikian kerana, banyak lading-ladang dan kebun-kebun yang didirikan di kawasan tersebut, menyebabkan penduduk tertumpu kea rah pertanian. II.

Sosial:

Hasil daripada kajian yang telah dilakukan di kawasan kajian, Kampung …….., fungsi petempatan kepada aspek sosial menyebabkan kebanyakan penduduk memilih untuk melakukan aktiviti berkebun, mengait buah dari hasil tanaman dan sebagainya yang terjerumus kepada aspek pertanian.

5. Masalah yang dihadapi I.

Penipisan ozon.: Pelepasan CFC ke udara menyebabkan penipisan ozon. Ini disebabkan kebocoran saluran penghawa dingin di tempat-tempat tertentu seperti di sekolah, bank, dan sebagainya.

10

II.

Jenayah:

Masalah jenayah seperti mencuri, semakin meningkat di kawasan kajian. Hal ini demikian kerana, kebanyakan kes kecurian ini sering berlaku di kawasan yang sunyi, kurang berpenduduk dan ketika penghuni rumah sedang tidur. Masalah curi ini juga sering berlaku di kebun mahupun ladang. III.

Peparitan:

Masalah peparitan sering berlaku di kawasan kajian, terutama sekali ketika hujan. Hal ini demikian kerana, air tidak dapat mengalir dengan lancer akibat dari sikap penduduk juga yang suka membuang sampah-sarap ke dalam parit menyebabkan ia tersumbat.

6. Cara mengatasi masalah I.

Kempen:

Mengadakan kempen untuk kesedaran penduduk tentang penipisan ozon yang semakin meningkat. Hal ini dapat mengurangkan pelepasan gas CFC ke udara dan juga meningkatkan kesedaran terhadap penduduk bahayanya pelepasan gas CFC ke udara. II.

Menguatkuasakan undang-undang:

Pihak kerajaan perlulah menguatkuasakan undang-undang bagi kes-kes jenayah yang berlaku. Hal ini sekaligus dapat mengurangkan kes-kes jenayah di kawasan kajian. III.

Poster:

Penyebaran poster tentang akibat atau kesedaran yang berlaku akibat dari pembuangan sampah-sarap ke dalam parit juga akan dapat mengurangkan masalah perparitan daripada terus teruk.

11

BANGKOK, THAILAND 1. Jenis petempatan I.

Petempatan Bandar:

Terdapat banyak pembangunan yang terdiri di sekitar kawasan Bangkok, Thailand. Kawasan perumahan dikelilingi oleh pelbagai bangunan seperti sekolah-sekolah, perpustakaan, medan selera, serta macam-macam lagi.

2. Faktor yang mempengaruhi petempatan I.

Bentuk muka bumi:

Bentuk muka bumi di kawasan Bangkok, Thailand adalah tanah rata dan luas. Ekoran itu, banyak pembinaan bangunan dan prasarana yang lain boleh didirikan di kawasan tersebut menyebabkan Bangkok, Thailand menjadi tumpuan penduduk dan menjadikan ia maju. II.

Ketersampaian:

Tahap ketersampaian bagi kota Bangkok, Thailand amat tinggi. Hal ini demikian kerana, banyak alternatif untuk ke kawasan tersebut disediakan seperti pengangkutan awam, bas, kereta, teksi dan sebagainya. Selain itu, pembinaan jalan-jalan raya juga memudahkan perjalanan ke kota tersebut. III.

Kegiatan ekonomi:

Kegiatan ekonomi bagi kawasan Bangkok, Thailand merupakan pusat pelabuhan serta pusat pelancongan. Bangkok juga merupakan pusat kegiatan ekonomi bagi Negara Thailand.

3. Pola petempatan

12

I.

Pola berjajar:

Pola petempatan bagi kawasan Bangkok, Thailand adalah pola petempatan berjajar.

4. Fungsi petempatan I.

Ekonomi:

Fungsi petempatan terhadap ekonomi kawasan Bangkok, Thailand adalah menyebabkan ekonomi kawasan tersebut tertumpu kea rah aspek perindustrian, perkhidmatan dan juga pelancongan. II.

Sosial:

Fungsi petempatan kepada aktiviti sosial di kota Bangkok,Thailand adalah memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk yang lebih besar dalam bidang perindustrian dan juga perkhidmatan. Hal ini menyebabkan kebanyakan penduduk di kawasan tersebut bekerja dalam sektor tersebut sebagai kerani, pengurus, pembantu hotel dan sebagainya.

5. Masalah yang dihadapi I.

Pencemaran:

Asap-asap kenderaan yang sentiasa banyak pada setiap masa telah menimbulkan masalah pencemaran udara seperti jerebu yang teruk. Ini boleh mengakibatkan banyak penyakit yang akan berjangkit kepada penduduk sekitar kawasan tersebut. II.

Pulau haba: Pembangunan yang pesat seperti pembinaan banyak banggunan pencakar langit menyebabkan berlakunya pulau haba.

13

III.

Kepupusan sumber: Penebangan hutan yang dilakukan untuk pembinaan kawasan pelancongan menyebabkan kepupusan flora dan fauna.

6. Cara mengatasi masalah I.

Kempen: Melancarkan kempen-kempen serta program-program untuk kesedaran masyarakat agar mengetahui bahayanya pencemaran udara yang berlaku yang akan mengakibatkan penipisan ozon serta jerebuhal ini berkemungkinan besar dapat mengurangkan pencemaran ini dari terus meningkat.

II.

Mengadakan hari penanaman pokok hijau kebangsaan: Melalui hari penanaman pokok hijau kebangsaan dapat memberi ruang kepada penduduk di kawasan kajian untuk member kesempatan membantu daripada berlakunya pulau haba di kawasan tersebut.

III.

Poster: Penampalan atau pengedaran poster kepada penduduk tentang kepupusan sumber di kawasan tersebut haruslah dikenalkan agar masalah kepupusan sumber seperti flora dan fauna dapat diatasi.

14

Jadual (Masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung ………) Sumber : Penduduk Kampung ………

Perkara Perparitan Penipisan ozon Jenayah ( mencuri ) Lain-lain

Bilangan 7 orang 6 orang 5 orang 2 orang

Graf masalah yang dihadapi penduduk Kampung ……….. Sumber : Penduduk Kampung …….

8 6 perparitan

4

penipisan ozon jenayah (mencuri) lain-lain

2 0

Carta pai masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung …….. Sumber : Penduduk Kampung ………… 15

perparitan penipisanozon jenayah (mencuri) lain-lain



Hasil daripada dapatan kajian ini membuatkan saya berasa sangat bertuah kerana dilahirkan di Kampung ………..

RUMUSAN 16

Jenis petempatan di Kampung ….. merupakan sebuah kampung. Mempunyai bentuk muka bumi yang baik untuk melakukan aktiviti pertanian menyebabkan kawasan tersebut tidak berkembang maju seperti Bandar-bandar yang lain. Pola petempatan bagi kawasan tersebut adalah berselerak. Fungsi petempatan bagi kawasan Kampung ……. banyak tertumpu kepada aktiviti-aktiviti pertanian. Di kawasan Kampung ……… juga mempunyai beberapa masalah seperti masalah perparitan, penipisan ozon, kecurian dan sebagainya. Ekoran itu, saya telah membuat kajian cara untuk mengatasi masalah tersebut, iaitu, dengan menguatkuasakan undang-undang, menampal poster-poster dan sebagainya. Jenis petempatan Bangkok, Thailand merupakan sebuah Bandar. Mempunyai bentuk muka bumi yang rata dan luas menyebabkan banyak bangunan-bangunan didirikan di kawasan tersebut. Hal ini demikian menyebabkan kawasan tersebut menjadi tumpuan penduduk dan semakin pesat membangun dan menjadi sebuah Bandar yang penting bagi Thailand. Pola petempatan bagi kawasan tersebut adalah pola petempatan berjajar. Fungsi petempatan bagi kawasan Bangkok, Thailand banyak tertumpu kepada aktiviti-aktiviti perindustrian, perlancongan dan juga perkhidmatan. Namun begitu, kawasan Bangkok, Thailand juga mempunyai beberapa masalah seperti pencemaran udara, pulau haba, kepupusan sumber dan sebagainya. Oleh yang demikian, beberapa langkah telah diambil bagi mengatasi masalah tersebut, antaranya, menampal poster-poster, mengadakan kempenkempen serta program-program yang sesuai. 

Melalui dari kajian ini menyebabkan saya lebih bangga menjadi rakyat Malaysia.

17

RUJUKAN 1. http://alifbatha.blogspot.com/search?updated-min=2008-0101T00%3A00%3A00%2B08%3A00&updated-max=2009-0101T00%3A00%3A00%2B08%3A00&max-results=4 2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangkok 3. http://nurinazul94-nurin.blogspot.com/2008/04/pola-petempatan-dimalaysia.html

18

Related Documents

Geo
June 2020 38
Geo
November 2019 68
Geo
May 2020 54
Geo
June 2020 47
Geo
June 2020 11
Geo
April 2020 21