Geo 2

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Geo 2 as PDF for free.

More details

  • Words: 3,503
  • Pages: 30
KERJA KHUSUS GEOGRAFI PMR 2009

PETEMPATAN DI KAWASAN TAMAN SRI GOMBAK DAN PERBANDINGAN DENGAN NEGERA JEPUN

Nama Murid

: Muhammad Imran Hanafi bin Abdul Aziz No. Kad Pengenalan : 940111-14-5385 Tingkatan : 3 Amanah Nama Guru : Puan Sapiah binti Baki

Tanda Tangan Penilai

Tanda Tangan Calon

1

Senarai Kandungan TAJUK SURAT

MUKA

Penghargaan

1

Pendahuluan

2

Objektif Kajian

3

Kawasan Kajian

4

Kaedah Kajian

10

Dapatan Kajian

12

Rumusan

24

Rujukan

26

Lampiran

26

2

Penghargaan Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan yang tinggi kepada guru Geografi saya iaitu Puan Sapiah binti Baki kerana tunjuk ajar dan bimbingannya. Tunjuk ajar beliau telah memberi keyakinan kepada saya menyiapkan Kerja Khusus Geografi PMR. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pengetua sekolah, iaitu Puan Rahimah binti Omar yang telah memberikan kebenaran kepada kami untuk menjalankan kajian ini selepas waktu sekolah. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa yang saya amat sayangi kerana telah banyak memberi panduan, bahan rujukan dan sokongan moral serta mendoakan kejayaan saya untuk menjayakan Kerja Khusus Geografi. Tidak lupa juga untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya di kelas 3 Amanah iaitu Muhd Farhan, Mohd Fakrul Nizam , Firdaus, Muhd Zulfadli dan Wan Aminur Rahman yang membantu mendapatkan serta menyusun maklumat dan fakta berkaitan dengan Kerja Khusus Geografi ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada 10 orang yang telah saya temu bual di kawasan kajian kerana telah berkerjasama menjawab soalan-soalan yang saya ajukan.

1

Pendahuluan Saya pelajar Tingkatan Tiga Amanah telah menjalankan tugas bagi menyiapkan Kerja Khusus Geografi PMR tahun ini, iaitu 2009. Kerja khusus ini dijalankan bertujuan untuk memenuhi keperluaan Kerja Khusus Geografi Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009. Kawasan persekitaran pelajar digunakan sebagai asas pengajaran dan pembelajaran untuk memahami beberapa aspek dan konsep yang telah dipelajari. Saya dan ahli kumpulan saya iaitu Muhd Farhan, Mohd Fakrul Nizam , Firdaus, Muhd Zulfadli dan Wan Aminur Rahman telah diberi tajuk “Petempatan di kawasan Taman Sri Gombak dan perbandingan dengan negara Jepun” untuk Projek Kerja Khusus Geografi kami. Taman Sri Gombak menjadi pilihan saya untuk dikaji kerana kawasan ini mempunyai banyak kemudahan dan juga berdekatan dengan tempat kediaman saya iaitu kirakira 2 km jauhnya. Saya memilih negara Jepun sebagai negara yang dibandingkan dengan kawasan saya kerana negara Jepun merupakan negara yang moden. Masa yang diberikan untuk menyiapkan kajian ini ialah 2 bulan iaitu daripada 6 April hingga 31 Mei. Melalui kajian ini saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang jenis dan fungsi petempatan yang ada di kawasan saya dan negara Jepun. Oleh itu, saya berharap kajian ini dapat membantu pelajar-pelajar lain yang ingin mempelajari tajuk ini. Selepas mengumpulkan semua maklumat yang diperlukan, saya menulis laporan yang lengkap tentang kajian ini secara individu.

2

Objektif Kajian Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut: a) b)

c) d) e)

f)

Mengenal pasti jenis dan pola petempatan di Taman Sri Gombak dan negara Jepun. Mengkaji faktor yang mempengaruhi petempatan di Taman Sri Gombak dan negara Jepun. Menyenaraikan fungsi petempatan di Taman Sri Gombak dan negara Jepun. Mengkaji masalah petempatan di Taman Sri Gombak dan negara Jepun. Menyatakan langkah-langkah bagi mengurangkan masalah petempatan di Taman Sri Gombak dan negara Jepun. Kepentingan penerapan nilai patriotisma terhadap Taman Sri Gombak dan negara Jepun.

3

Kawasan Kajian Taman Sri Gombak Taman Sri Gombak terletak di Mukim Batu iaitu di Batu Caves. Kedudukan kawasan ini ialah ke arah barat dari Pusat Bandar Kuala Lumpur dan jaraknya kira-kira 25 kilometer. Perjalanan dengan menaiki bas awam dari Taman Sri Gombak ke pusat bandar mengambil masa kirakira 30 minit. Tambangnya pula ialah RM1.00 bagi pelajar yang memakai pakaian sekolah, manakala dewasa sebanyak RM2.00. Keluasan Taman Sri Gombak ialah 264506.8km persegi (Sumber: Pejabat Daerah Gombak). Kawasan ini di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Kawasan ini juga terletak berhampiran dengan sempadan negeri Selangor dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Taman ini terletak di sepanjang Lebuhraya Lingkaran Tengah II. Lebuhraya ini menjadi sempadan antara Taman Samudera dengan Taman Sri Gombak yang terletak di Daerah Gombak. Taman perumahan ini dihubungkan dengan tempat-tempat lain seperti Taman Greenwood, Taman Selayang, Pinggiran Batu Caves, dan Sunway Batu Caves melalui jalan raya dan lebuh raya. Kawasan ini mula dimajukan pada lewat akhir kurun ke-20. Pada masa dahulu, jalan yang menghubungkan kawasan ini dengan pusat Bandar Raya Kuala Lumpur tidak begitu baik seperti yang terdapat pada hari ini. Penduduk asal kawasan perumahan ini mengambil masa 35 minit untuk sampai ke pusat bandaraya Kuala Lumpur dengan menaiki kereta. Perlebaran dan peningkatan taraf jalan raya serta pembinaan lebuh raya telah memendekkan masa perjalanan kepada 25 minit. Melalui pemerhatian, saya mendapati permukaan bumi kawasan ini hampir rata. Di bahagian belakang kawasan perumahan ini terdapat beberapa bukit. Kawasan 4

ini mempunyai beberapa fungsi. Antaranya sebagai tempat kediaman, ekonomi, dan sosial. Jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan kajian saya ialah perniagaan dan perkhidmatan. Terdapat pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan. Contohnya perniagan makanan, barangan runcit, hiasan, buku, alat sukan, membuat cermin mata, pendidikan, dan komputer. Negara Jepun Jepun terdiri daripada gugusan pulau-pulau yang terletak di persisiran Lautan Pasifik di timur benua Asia. Pulau-pulau utama jepun, dari utara ke selatan, adalah Hokkaido, Honshu (pulau paling utama), Shikoku, dan kepulauan Ryukyu yang terletak 600 km selatan barat dari Kyushu. Naha dan Okinawa merupakan salah satu daripada pulau-pulau yang terkenal di kepulauan Ryukyu. Di samping itu, (kepulauan archipelago) Jepun mempunyai 3,000 pulau-pulau kecil. 73% daripada negara Jepun terdiri daripada gunungganang yang merentasi setiap pulau-pulau utama. Gunung yang paling tinggi adalah Gunung Fuji dengan ketinggian 3,776 m. Disebabkan oleh peratusan tanah rata yang rendah, kebanyakan lereng-lereng bukit dgunakan sepenuhnya untuk perusahaan pertanian. Dan Bandarbandar utama dibangunkan di setiap tanah rata yang terdapat di negara Jepun. Jepun terletak di dalam zon gunung berapi iaitu di atas Lilitan Gunung Berapi Pasifik (Pacific Ring of Fire). Ini menyebabkan Jepun kerap mengalami gegaran bumi berkekuatan rendah dan kadang-kala merasai letusan gunung berapi. Gempa bumi yang membinasakan juga dirasai beberapa kali dalam satu abad. Gempa bumi ini sering menyebabkan terbentuknya tsunami. Gempa bumi yang terbaru adalah Great Hanshin Earthquake yang terjadi pada tahun 1995. Disebabkan oleh kedudukan

5

geografinya, terdapat banyak mata air panas di Jepun dan kebanyakkannya dijadikan tempat peranginan. Jepun merupakan kawasan beriklim sederhana dengan empat musim yang jelas. Disebabkan oleh jarak yang jauh dari utara Jepun ke selatan Jepun, iklimnya berbeza dari kawasan ke kawasan di mana utara jepun mengalami iklim yang sangat sejuk pada musim salji dan selatan jepun mengalami iklim subtropika. Iklim Jepun juga dipengaruhi oleh tiupan angin bermusim yang bertiup dari benua Asia ke Lautan Pasifik pada musim salji dan sebalik pada musim panas. Akhir Jun dan awal Julai merupakan musim hujan bagi Jepun kecuali di Hokkaido. Pada akhir musim panas dan awal musim luruh taufan sering terbentuk. Taufan ini terjadi akibat daripada tekanan tropika di garisan khatulistiwa yang bergerak dari selatan barat ke timur laut dan ia sering membawa hujan yang sangat lebat. Jepun juga mempunyai sebuah Landasan Keretapi Tobu Kyuryo yang menghampiri Banpaku Kinen Koen, ke arah stesen Fujigaoka. Sistem yang digunakan ialah Sistem Urban Maglev yang pertama di dunia menggunakan kawalan automatik telah beroperasi di Jepun pada Mac 2005. Keretapi yang menggunakan motor linear bermagnet ini mempunyai halaju maksima 100km/j. Laluan ini memberi kemudahan kepada penduduk tempatan selain kawasan Ekspo 2005.

6

Peta Daerah: Daerah Gombak

7

Peta Kawasan Kajian: Taman Sri Gombak

8

Peta Negara Bandingan: Jepun

9

Kaedah Kajian Berikut adalah kaedah yang kami gunakan: a)

Pemerhatian: - Pemerhatian dibuat terhadap bentuk muka bumi kawasan kajian, fungsi dan jenis petempatan, kemudahan asas serta jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan. Kami mencatatkan semua yang di perhatikan.

b)

Temu bual: - Sesi temu bual dijalankan di hadapan rumah-rumah di sepanjang Jalan Sri Gombak 1/10. Kami menemu bual 10 orang penghuni yang tinggal di lorong tersebut.

c)

Rujukan Perpustakaan:

- Saya telah membuat rujukan mengenai kawasan Taman Sri Gombak dan negara bandingan iaitu Jepun dengan menelaah buku-buku, majalah, jurnal di Perpustakaan Negara Malaysia. Rujukan daripada buku teks Geografi Tingkatan 3 juga dibuat. d)

Melayari Internet:

- Dengan menggunakan teknologi yang sedia ada, saya telah melayari beberapa buah laman web untuk mendapatkan peta daerah Gombak dan peta negara Jepun serta memperoleh maklumat tambahan berkaitan dengan Jepun. 10

e)

Soal Selidik:

- Sebelum memulakan temu bual, kami telah menyediakan borang soal selidik terlebih dahulu untuk diisi bagi mengumpulkan maklumat. Sila lihat contoh di Lampiran 1. f)

Perbincangan: -Saya berbincang dengan guru penilai, guru-guru sejarah yang lain dan rakan sekelas agar dapat menyiapkan hasil kerja kursus dengan baik dan mantap.

11

Dapatan Kajian Jenis Dan Pola Petempatan Berdasarkan kaedah kajian yang telah dibuat oleh saya dan rakan-rakan dengan melayari internet dan rujukan perpustakaan, kami mendapati bahawa kawasan Taman Sri Gombak dan negara Jepun terletak di kawasan yang berdekatan dengan bandar. Ini adalah disebabkan oleh dasar kerajaan yang telah dibuat bagi memajukan kawasan Taman Sri Gombak dan perkara yang sama juga terjadi di Jepun. Berdasarkan kajian melalui pemerhatian pula, saya dapati kebanyakan rumah di kawasan Taman Sri Gombak dibina dengan tersusun dan rapat antara satu sama lain. Susun atur ini dikenali sebagai pola terancang. Di kawasan bandar di negara Jepun pula, rumahrumah di sana juga dibina rapat-rapat tetapi tidak tersusun serta terdapat banyak bangunan tinggi untuk menampung penduduk. Ini kerana penduduk di Jepun amat padat dan ramai serta terdapat banyak kegiatan ekonomi yang dijalankan di sekitarnya. Susun atur di kawasan ini pula dikenali sebagai pola berselerak. Saya amat bersyukur dan selesa tinggal di kawasan Taman Sri Gombak kerana kejadian yang berlaku di Jepun tidak berlaku di kawasan Taman Sri Gombak. Semua ini adalah berikutan negara kita yang mampu menampung jumlah penduduknya yang sekata. Kerajaan selalu memainkan peranan mereka untuk memajukan kawasan ini.

12

Faktor Yang Mempengaruhi Jenis Petampatan Di Kawasan Kajian BENTUK MUKA BUMI Mengikut kajian yang saya lakukan, saya mendapati kawasan kajian saya, Taman Sri Gombak terletak di kawasan tanah pamah iaitu keadaan bentuk muka buminya yang hampir rata. Namun begitu, terdapat juga sebahagian kawasan yang mempunyai bukit-bukit kecil. Bukit-bukit ini telah mempengaruhi jenis petempatan di kawasan kajian saya. Ini dapat dibuktikan dimana terdapat banyak bangunan, kedai, pejabat, kawasan perumahan dan kemudahan asas yang lain dibina bukan sahaja hanya tertumpu di kawasan rata. Hal ini menjadikan kawasan ini padat. KEGIATAN EKONOMI Petempatan di sini juga turut dipengaruhi oleh kegiatan ekonomi. Kegiatan penduduk setempat yang banyak bekerja dalam sektor perkhidmatan dan perniagaan menyebabkan bilangan tenaga buruh meningkat. Berikutan permintaan yang tinggi bangunan dan kedai ditambah dan ini seterusnya mempengaruhi petampatan. KEPERLUAN PENDUDUK Keperluan penduduk semakin bertambah setiap tahun dan keadaan ini mempengaruhi petempatan di sini. Oleh itu, suatu perumahan yang besar telah di wujudkan mengikut keperluan penduduk dan didiami penduduk yang berbilang bangsa. Ini memberi peluang kepada mereka yang mempunyai anak yang ramai dan berkeluarga besar untuk tinggal di Taman Sri Gombak. Pembinaan ini juga memudahkan pekerjaan yang bekerja di kawasan ini untuk berulang-alik ke tempat kerja.

13

Bandingannya Dengan Kawasan Di Negara Jepun BENTUK MUKA BUMI Kawasan di Jepun juga mempunyai keadaan bentuk muka bumi yang rata. Banyak terdapat kawasan yang terdiri daripada tanah pamah. Oleh sebab itu kawasankawasan ini telah dibangunkan untuk dijadikan sebagai kawasan yang terdapat banyak sektor-sektor perindustrian. KEGIATAN EKONOMI Kegiatan ekonomi utama yang terdapat di Jepun ialah pelabuhan dan perindustrian. Oleh kerana negara Jepun mengalami masalah sumber yang terhad, kegiatan industri dan kehidupan seharian bergantung dengan mengimport bahan mentah dari negara luar dan mengeksport bahan yang telah siap. Bahan mentah yang telah diimport digunakan oleh sektor industri bagi menghasilkan barangan siap. KEPERLUAN PENDUDUK Petempatan di Jepun turut dipengaruhi oleh keperluan penduduk. Ini kerana penduduk di Jepun amat padat dan ramai serta terdapat banyak kegiatan ekonomi yang dijalankan. Keadaan ini menyebabkan rumah-rumah di sana dibina rapat-rapat tetapi berbeza sedikit berbanding Taman Sri Gombak kerana perumahannya tidak tersusun serta terdapat banyak bangunan tinggi untuk menampung penduduk.

Fungsi Petempatan

14

Terdapat banyak fungsi petempatan yang dibuat terhadap pembangunan kawasan Taman Sri Gombak serta penduduk di tamannya. Antara salah satu fungsi petempatan yang terdapat di kawasan Taman Sri Gombak adalah sistem pendidikan. Banyak sekolah di Taman Sri Gombak telah dinaiktaraf pendidikannya. Contohnya ialah pembukaan sekolah baru di kawasan Taman Sri Gombak seperti Sek. Ren. Keb. Taman Sri Gombak 2. Sekolah tersebut mempunyai banyak kemudahan yang lengkap dan kawasannya yang lebih luas berbanding sekolah lain yang ada di Taman Sri Gombak. Secara tidak langsung terdapat juga peningkatan taraf hidup yang berlaku di sini. Ini termasuklah taraf kesihatan dan pendidikan penduduk di Taman Sri Gombak yang semakin baik dan selesa. Di Taman Sri Gombak juga terdapat kemudahan infrastruktur yang lengkap untuk keselesaan dan kemudahan penduduk seperti bekalan elektrik, jalan bertar dan juga sekolah yang dinyatakan di atas. Petempatan di sini juga berfungsi sebagai tempat kediaman kerana banyak rumah dibina rapat-rapat bagi menampung bilangan penduduk. Selain itu, Taman Sri Gombak berfungsi sebagai tempat perniagaan. Perniagaan yang dijalankan di Taman Sri Gombak dapat di buktikan di mana terdapat rumah-rumah kedai, bangunan, restoran dan bank dibuka dan dibina di Taman Sri Gombak. Manakala di negara Jepun pula, fungsi petempatannya ialah sebagai sebuah kawasan perdagangan yang luas dan bersistematik. Perkembangan ekonomi yang pesat menyebabkan banyak jalan raya baru di bina untuk memudahkan barang dagangan di bawa dari satu tempat ke tempat yang lain. Bersesuaian dengan kegiatan yang melibatkan pelabuhan naik mendadak, pembaharuan telah dilakukan dengan membuka banyak pelabuhan-pelabuhan yang baru yang lebih luas di Jepun. Kita mestilah mempunyai sikap cinta akan negara dan tempat tinggal kita. Ini kerana kita bertuah dapat tinggal di sebuah negara yang aman dan makmur. Kita juga 15

seharusnya berusaha mengekalkan keamanan tempat tinggal kita dan negara yang tercinta dan kita juga perlulah menjaga segala kemudahan yang telah disediakan.

16

Masalah Petempatan Berdasarkan kajian yang telah saya buat melalui kaedah kajian soal selidik, beberapa masalah telah dinyatakan oleh 10 responden, antaranya ialah kesesakan lalu lintas dan juga pencemaran alam sekitar. Pencemaran alam sekitar terjadi akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir penduduk kawasan Taman Sri Gombak. Selain itu, Taman Sri Gombak tidak terkecuali daripada pencemaran ini kerana ia terletak berhampiran dengan bandar yang semakin pesat membangun dengan arus pemodenan yang terdiri daripada pelbagai kemudahan. Pencemaran udara juga terjadi disebabkan oleh pelepasan asap daripada kenderaan bermotor khususnya daripada kenderaan berat yang mengandungi plumbum dan karbon dioksida ke udara. Pencemaran tanih pula berlaku disebabkan oleh sampah-sarap yang dibuang di merata-rata tempat. Kesan daripada pembuangan sampah yang tidak teratur menyebabkan sampah mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan dan mencacatkan permandangan sekeliling. Kejadian hujan asid juga berlaku di Taman Sri Gombak berikutan pelepasan gas bercun daripada kenderaan-kenderaan bermotor dan kilang-kilang. Bandar di negara Jepun juga tidak lari dari mengalami masalah seperti yang berlaku di Taman Sri Gombak. Jepun juga mengalami masalah pencemaran udara. Ini berikutan dengan pembangunan pusat-pusat industri baru dan penggunaan kenderaan-kenderaan bermotor yang melepaskan gas nitrogen dioksida dan sulfur yang boleh menghasilkan hujan asid. Oleh disebabkan petempatan yang padat di kawasan kajian, pertambahan bilangan kenderaan juga turut menyumbang kepada kesan negatif seperti kesesakan lalu lintas. Kesesakan sering berlaku di Lebuhraya Lingkaran Tengah II berhadapan Taman Sri Gombak terutamanya ketika waktu puncak.

17

Ini disebabkan oleh kerana jalan tersebut menghala ke Bandaraya Kuala Lumpur. Jalan tersebut juga berdekatan dengan pusat membeli-belah Gaint dan laluan utama menuju ke Taman Samudra dan Taman Selaseh. Kemalangan jalan raya juga sering berlaku di Taman Sri Gombak. Di lingkaran tengah banyak berlaku kemalangan kerana jalan yang berbukit bukau menyebabkan penglihatan yang kurang jelas. Keadaan ini juga sama dengan fenomena yang berlaku di Jepun kerana penduduknya amat padat. Bandar di Jepun juga mengalami masalah kekurangan pelabuhan berikutan barang dagangannya yang amat padat kerana punca ekonomi utama di Jepun ialah daripada kegiatannya pelabuhannya. Kita seharusnya peka kepada masalah dan isu yang dihadapi di persekitaran kita. Kita juga mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dan tidak melakukan sesuatu perkara yang menyalahi undangundang sewenang-wenangnya. Bagi mengelakkan berlakunya keadaan-keadaan di atas, sebagai penduduk Taman Sri Gombak, kita hendaklah saling bantu-membantu dan bekerjasama antara satu sama lain untuk menjaga alam sekitar kita agar tidak tercemar dan sebagainya. Kita seharusnya bersyukur dengan segala kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan berusaha untuk menjaga dan mengekalkannya.

18

Langkah-langkah Untuk Mengurangkan Masalah Petempatan. Antara langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah petempatan yang berlaku di Taman Sri Gombak dan di negara Jepun ialah melebarkan jalan raya. Untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas, kerajaan daripada kedua-dua buah kawasan ini telah mengambil inisiatif untuk melebarkan jalan raya. Contohnya, di Taman Sri Gombak pelebaran jalan raya telah dilakukan di sekitar kawasan Sunway Batu Caves untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan tahap ketersampaian bertambah baik. Selain itu, untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, kerajaan juga telah meggalakkan pengeluaran kenderaan awam seperti bas dan penggunaan kenderaan berkuasa elektrik seperti LRT di taman ini sebagai satu langkah pro-aktif. Penduduk juga memberi kerjasama dengan menaiki kedua-dua jenis kenderaan tersebut untuk mengatasi masalah ini. Jenis pengangkutan yang sama juga dilaksanakan oleh negara Jepun yang dikenali sebagai “MRT”. Penggunaan kenderaan berkuasa elektrik seperti MRT yang beroperasi di bawah tanah ini dapat mengurangkan pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Saya amat bersyukur kerana langkah tersebut dapat mengurangkan tahap pencemaran udara dunia. Disamping itu, Kerajaan juga telah menjalankan kempen penggunaan petrol tanpa plumbum untuk mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Begitu juga di Jepun, kerajaan Jepun telah lama menggalakan penggunaan petrol tanpa plumbum untuk tujuan sama. Terdapat juga kenderaan yang menggunakan catalytic converter untuk mengelakkan pencemaran udara.

19

Langkah-langkah lain pula adalah dengan menanam pokok-pokok agar dapat mengurangkan pencemaran udara dan mengelakkan kejadian banjir berlaku. Dengan menanam, pokok akan menyerap gas karbon dioksida dalam proses fotosintesis dan akarnya boleh menghasilkan cengkaman yang kuat pada tanah. Pokokpokok ini telah di tanam di sepanjang jalan raya oleh kerajaan. Selain daripada mengurangkan pencemaran, ia juga boleh mencantikkan kawasan. Undang-undang juga telah dikuatkuasakan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah pembakaran terbuka. Usaha yang sama juga dilakukan oleh kerajaan Jepun yang menganjurkan program “Green Earth” iaitu setiap rumah wajib memiliki sekurang-kurangnya sebuah pokok di halaman rumah. Kita perlu rajin menanam sebanyak pokok yang mungkin dan tidak menebangnya untuk mengurangkan pencemaran udara. Saya amat berbangga kerana kawasan kajian saya masih lagi mempunyai kawasan hijau walaupun pembangunannya pesat. Penyediaan tong sampah kitar semula juga telah dipertingkatkan oleh Majlis Pembandaran. Pembukaan tapak pelupusan sampah juga telah dibuat oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini. Pembukaan pusat pelabuhan baru di Jepun telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan negara Jepun untuk mengatasi masalah kekurangan pelabuhan dan pertambahan barang dagangan. Iklan “Pandu Cermat Jiwa Selamat” turut dilakukan kerajaan bertujuan menasihati pemandu supaya memandu dengan lebih cermat untuk mengelakkan kemalangan berlaku. Kita harus mematuhi peraturan dan mengikut had laju yang di tetapkan. Kebanyakkan kemalangan berlaku kerana kecuaian pemandu dan membawa kenderaan melebihi had laju. Saya amat bersyukur kerana pihak kerajaan Malaysia telah berusaha mengambil langkah-langkah untuk mengatasi masalah-masalah ini dari semasa ke semasa.

20

Namun begitu, para penduduk juga perlu bekerjasama dengan kerajaan supaya program-program dan langkah yang dilancarkan berhasil disamping saling bantumembantu serta melahirkan rasa bertanggungjawab untuk menjaga kawasan masing-masing.

21

FUNGSI PETEMPATAN Perumahan Sekolah Kedai Gerai Pasar JUMLAH

BILANGAN 1026 3 192 42 3 1266

Jadual 1: Fungsi Petempatan

Graf 1: Fungsi Petempatan

22

Carta Pai 1: Fungsi Petempatan

23

Rumusan Kajian yang telah dijalankan di kawasan Taman Sri Gombak ini telah memberi banyak pengalaman yang sangat berguna kepada saya dan juga rakan-rakan. Kajian ini membolehkan saya mengenalpasti pola petempatan yang terdapat di kawasan kajian. Selain itu, saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan seperti bentuk muka bumi, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang fungsi petempatan di kawasan kajian yang telah saya pilih dan juga negara bandingan iaitu Jepun seperti meningkatkan tahap ketersampaian, memendekkan masa perjalanan dan mobiliti penduduk. Saya juga dapat mengenalpasti masalah-masalah petempatan yang terdapat di kawasan kajian dan negara bandingan iaitu Jepun serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Saya juga mencadangkan agar pihak kerajaan terus memantau dan mengenalpasti masalah-masalah yang terdapat di kawasan kajian saya serta mencari jalan untuk menyelesaikannya bagi memberi keselesaan kepada para penduduk. Pada pendapat saya bukan sahaja pihak kerajaan yang perlu melakukan perkara ini, malah para penduduk juga perlu mengambil inisiatif untuk terus menjaga kawasan persekitaran dengan baik. Kita sepatutnya bersyukur kerana dikurniakan oleh Allah negara yang aman dan merdeka dengan pelbagai kemudahan yang disediakan termasuk jaringan sistem yang baik. Akhir kata, marilah sama-sama kita sebagai penduduk Taman Sri Gombak khasnya dan Malaysia amnya supaya bekerjasama menjaga kemudahan dan petempatan yang disediakan oleh pihak kerajaan sebaik mungkin agar kita semua tidak menghadapi masalahmasalah yang boleh menjejaskan taraf hidup kita akibat perbuatan kita sendiri. 24

Rujukan 1. Buku Ilmiah

-Abd Rahim Md Nor, Geografi Tingkatan 3, Cerdik Publication 2004, halaman -Sabaruddin Abd. Rahman, Visi Baru Emas – Geografi Tingkatan 1,2 dan 3, SNP Panpac 2006, halaman 487490 2. Laman Web - http://www.pdfcoke.com/doc/3491586/japan-pol961 - http://ms.wikipedia.org/wiki/Jepun 3. Orang Sumber -

25

Tarikh

Tugasan

Nama Pelajar Bertugas Muhd Farhan

6.4.09

Mecari maklumat

11.4.09

Membuat pemerhatian

Mohd Fakrul Nizam

18.4.09

Mencari peta

Muhd Imran Hanafi

25.4.09

Menyoal selidik

Wan Aminur Rahman

2.5.09

Menyusun maklumat

Muhd Firdaus

Catatan Pergi ke perpustakaan negara dan melayari internet Bentuk muka bumi Taman Sri Gombak hampir rata Mendapatkan peta daerah, kawasan kajian dan negara bandingan Mengetahuikan masalah petempatan dan langkah mengatasinya Menyusun dan menaip maklumat menggunakan komputer

26

Lampiran 1

27

Gambar Foto 1: Zu Seri Pengantin merupakan salah satu kedai yang terdapat di Taman Sri Gombak

28

Related Documents

Geo 2
May 2020 5
Geo 2
May 2020 2
Geo
June 2020 38
Geo
November 2019 68
Geo
May 2020 54
Geo
June 2020 47