Gema Ubkr Bil 2

  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Gema Ubkr Bil 2 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,101
  • Pages: 4
Bil.09/001 01JUN2009/07JAMADILAKHIR1430H

Diterbitkan oleh UMNO Bahagian Kota Raja. Untuk Ahli UMNO sahaja

MENUJU SATU MALAYSIA SEMUANYA SUDAH DIFORMULAKAN Mukaddimah.... Alhamdulillah kita telah dapat menerbitkan Buletin ‘Gema! UBKR’ ini. Sebagai buletin yang julung-julung kalinya diterbitkan, kita berharap agar ianya akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Dengan arus perubahan politik yang melanda negara tatkala ini, UMNO juga sedang melalui arus perubahan evolusi di bawah teraju Y.A.B Perdana Menteri merangkap Presiden kita Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. Sehubungan dengan laungan beliau yakni “Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan”, YAB Dato Seri Presiden sudahpun memberi isyarat bahawa era politik elitis telahpun berakhir. Semboyan tersebut sekaligus menjadi pembuka tirai agar pemimpin hari ini lebih merendah diri dan mahu mendengar denyut jantung dan nadi rakyat.

Dengan berubahnya lanskap politik tanahair, begitu pulalah perubahan tersebut turut dirasakan dalam parti kita dengan pemilihan pucuk pimpinan yang agak Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak Menteri Malaysia baru sahaja berlangsung. Dengan perlantikan Ketua Penerangan UMNO, YB En. Perdana Presiden UMNO Ahmad Maslan menggantikan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, era baru dalam konsep politik UMNO turut dapat dirasakan. Mungkin dengan darah muda yang mengalir pada Ketua Penerangan yang baru ini dapat memberikan jawapan kepada pelbagai soalan yang sepertinya sudah buntu. Yang pasti dengan nafas baru ini, arus perdana politik tanahair akan turut diwarnai dengan perang saraf yang En Ahmad Maslan Ketua Penerangan UMNO telahpun diformulakan dan dijelaskan dalam buletin kali ini. Namun yang lebih penting ialah bagaimana kita bertindak dalam memastikan jentera penerangan dapat memainkan peranan yang lebih aktif dan agresif dalam arena politik tanahair. Sekadar formula belum cukup jika ianya tidak diambil tindakan yang sewajarnya dalam memastikan PRU 13 berada dalam genggaman kerajaan Barisan Nasional yang nakhodanya ialah Parti kita: UMNO… SASARAN Demi mencapai cita-cita untuk merampas semula Selangor dari genggaman parti pembangkang dan Barisan Nasional mendapat semula mandat 2/3 majoriti pada PRU 13, UMNO harus mengorak langkah yang lebih jitu dan pragmatik dalam memastikan hasrat tersebut tercapai. Kunci utama tentu saja terletak pada memastikan agar bangsa Melayu itu sendiri tidak berpecah belah sesama sendiri memandangkan UMNO sejak dulu lagi telah memperjuangkan bangsa Melayu. Dalam melalui detik-detik getir ini, setiap pemimpin dan ahli UMNO haruslah kembali kepada muhasabah diri dan melihat di mana letaknya silap kita sehingga berlakunya Tsunami politik yang mungkin tidak seorangpun terfikirkan. Hatta, janganlah kita angan-angan memenangi PRU 13 jika kita tidak sanggup mencermin diri sendiri terlebih dahulu. Oleh itu dalam memperkasakan UMNO secara amnya dan UBKR khususnya, jentera Penerangan harus dipersiap dan diperkukuhkan agar hasrat menakluki kembali takhta yang telah hilang beroleh kejayaan. No. 8, Jalan Anggerik Vanilla Q31/Q, Kota Kemuning, Seksyen 31, 40460 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-51226060 Fax: 03-51246060

Mukasurat 01

Bil.09/001 01JUN2009/07JAMADILAKHIR1430H

GST Sebagaimana yang dicanangkan oleh YB Ketua Penerangan UMNO Malaysia, sasaran bertahap haruslah berteraskan GST yakni Gelap-Samar-Terang. Maksud mudah yang boleh difahami bersama ialah tahun yang sedang kita lalui sehingga mungkin tahun 2009 bolehlah dianggap tahun-tahun keGelapan. Berkat usaha dan kerja keras setiap jentera penerangan termasuk para ahli, tahun 2010 disasarkan akan menjadi Samar yakni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Dan menjelang tahun kritikal 2011 yakni tahun Pilihan Raya Umum ke13, mudah-mudahan semua kawasan yang sebelumnya Gelap dan Samar akan menjadi Terang. Proses berperingkat ini bukan sahaja hanya ditujukan kepada kawasan para pengundi tetapi juga haruslah menjadi sasaran kepada setiap ahli UMNO agar dapat menjadi ahli yang lebih bertanggungjawab dan faham fungsi diri sebagai orang Melayu beragama Islam. Untuk mencapai wawasan ini, beberapa formula telah dirumuskan untuk memastikan agar sedikit demi sedikit keyakinan para pengundi akan dapat dikembalikan kepada UMNO sekaligus Barisan Nasional. JENTERA PENERANGAN UBKR Ketua Biro Datuk Abdul Razak Dawood 019-3342288 Timbalan Ketua Biro Safuan Aman 019-2573161 Datuk Abdul Razak Dawood Ketua Biro Penerangan UBKR

Setiausaha Ahmad Hamdan Jemiran 019-3146859

Statistik cawangan UMNO yang berjumlah hampir 60,000 adalah seperti berikut:20,000 Ketua Penerangan Cawangan 19,000 Ketua Penerangan Wanita 15,000 Ketua Penerangan Pemuda 8,000 Ketua Penerangan Puteri Soalannya ialah; “Apakah dengan angka yang sebegini kita masih belum punya kekuatan untuk menyebarkan dan berkempen dengan semaksima mungkin?” Nescaya kita sendiri tahu jawapannya. Yang pasti ialah samada sebahagian dari jentera penerangan ini tidak berfungsi atau angka di atas sekadar penyeri statistik atau istilah Bahasa Inggerisnya “Window Dresser” semata-mata. Tidak perlulah kita memecah kepala untuk jawapannya kerana akibatnya telahpun dirasai. Yang lebih penting ialah iktibar yang harus kita ambil dari pengalaman dan pelajaran ini dan bagaimana memastikan agar setiap ahli PENERANGAN itu sendiri ‘TERANG’ tentang apa yang ingin diTERANGkannya. 121 Ibarat kurikulum sekolah, Formula 121 adalah satu formula yang amat mudah untuk dilaksanakan. Dengan setiap angka mengambil peranan iaitu 1 ahli UMNO, 2 orang Melayu dan 1 dari bangsa lain, formula ini merupakan forum tidak formal untuk mencetus pemikiran dalam perbincangan yang tidak terbatas. Untuk memastikan formula ini berkesan, apa yang harus ada pada setiap ahli ialah dengan siap siaga mengenai setiap isu yang berlaku untuk mengajak ahli perbincangan tersebut melihat dari sudut yang positif. Tentu sekali formula 121 ini tidak akan mendatangkan sebarang manfaat sekiranya ahli tersebut kurang bijak dalam mengatur gerak langkah ‘silatnya’ itu. Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bersama rakyat

JENTERA PENERANGAN Formula hanya akan tinggal formula jika ianya tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Untuk itu perhatian utama haruslah ditujukan kepada jentera penerangan yang sejak azali menjadi lidah parti. Jika kita fikirkan semasak-masaknya, sudah pasti kita dapat membuat kesimpulan bahawa jentera penerangan telah langsung tidak berjalan atau tidak cekap dalam melaksanakan tugas tatkala PRU ke12 berlangsung.

Formula 121 ini secara tidak langsung akan dapat menerang dan menyampaikan wawasan negara seperti Konsep 1 Malaysia dengan lebih mendalam, bermakna dan meluas serta akan dapat mengurangkan risiko perbalahan kerana ianya dilaksanakan dalam bentuk yang kecil dan terkawal. Ringkasnya 121 adalah kaedah untuk memahamkan rakyat mengenai dasar-dasar kerajaan dalam bentuk yang tepat, padat dan bermanfaat.

No. 8, Jalan Anggerik Vanilla Q31/Q, Kota Kemuning, Seksyen 31, 40460 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-51226060 Fax: 03-51246060

Mukasurat 02

KBSM Ya, ramai yang beranggapan ianya seperti slogan “Kerja Berat Sampai Mati” namun ianya lebih dari itu. Intipati kepada slogan ini ialah bekerja bersungguh-sungguh dan dengan berintegriti. Konsep ini berasaskan formula mendekati masyarakat dalam empat perkara yang sering menjadi pokok orang Islam/Melayu. K bermaksud Kenduri atau majlis tahlil, B untuk Bersalin, S untuk Sakit dan M untuk Mati atau Meninggal. Hari ini amat ketara pendekatan yang dibuat melalui keempat-empat perkara ini merupakan cara yang terbaik untuk mendekati masyarakat. Acapkali apa yang berlaku ialah pemimpin masyarakat sangat kurang atau jarang nampak turun padang dan inilah antara perkara terpenting yang dilihat oleh mereka. Hanya apabila pilihanraya menghampiri barulah pemimpinpemimpin ini nampak batang hidung mereka. Inilah antara rintihan rakyat yang sering kedengaran namun sering tidak dipedulikan oleh mereka yang bergelar pemimpin. Semestinya ianya sesuatu yang pahit untuk ditelan namun sebagaimana pahitnya ubat, itulah yang mampu memberi manfaat kepada kita semua. Harus diingat bahawa tanggungjawab ini bukanlah hanya dipikul oleh calon yang dipilih tetapi merupakan tanggungjawab bersama oleh semua pihak dalam memastikan parti UMNO sentiasa berada di jiwa rakyat. Kita harus ingat bahawa hari ini rakyat sedang menderita, resah dan marah akibat perlakuan yang samada sengaja atau tidak sengaja yang pernah kita lakukan. Maka untuk memastikan ianya berkesan, formula ini haruslah diwarwar serta dipraktikkan bersama dengan seikhlas-ikhlasnya oleh setiap ahli parti.

Tidak boleh tidak, kita telahpun lama bermukim dalam era sains dan teknologi khususnya IT atau Informasi Maklumat. Perang yang sedang kita hadapi tatkala ini adalah Perang Elektronik dan Siber. Formula 4M digariskan seperti berikut: MB - Media Bersemuka(Ceramah,Surau,Kedai Kopi,Kenduri) ME - Media Elektronik (SMS,MMS), Radio (34 saluran), TV MC - Media Cetak (Surat Khabar, Risalah,Buletin) MM - Media Maya (Internet, Blog, Website) Semua media ini haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya agar ianya menjadi hamba atau khadam kita. Hakikatnya kita sebenarnya telah jauh ketinggalan dalam persaingan ini di belakang pesaing-pesaing kita. Jika masih ada ahli yang merasakan bahawa kita masih mampu bersilat di gelanggang dan mengikut peraturan kita sendiri: “Harap Maaf! Anda berada dalam abad yang salah!” Hari ini siapa yang mampu menguasai media dialah Raja. Hari ini seseorang itu mampu mempengaruhi orang lain dengan cara bersembang di Kopi Tiam atau di mana-mana warung tetapi berapa ramai orangkah yang dapat dipengaruhi dalam sehari? 10? 20? Mungkin 100? Sememangnya Media Bersemuka dapat meleraikan kekusutan namun ianya sangat terbatas kerana faktor masa. Tanpa menafikan kepentingan Media Bersemuka, kita haruslah pula menggunakan Media Elektronik, Cetak dan Maya dengan lebih meluas. Ini disebabkan dalam dunia tanpa sempadan hari ini, ketiga-tiga media ini dapat menjangkau lebih ramai golongan masyarakat tanpa sempadan kawasan ataupun masa. Kita harus akur bahawa antara punca utama kekalahan Barisan Nasional pada PRU ke12 di beberapa negeri adalah disebabkan perang siber yang berleluasa. Samada benar atau tidak berita-berita yang disebarkan mengenai Barisan ketika itu bukan isunya. Yang penting, pakatan pembangkang telah mampu mempengaruhi dan ‘membeli’ undi para pengundi dengan menguasai minda mereka!

4M “Walaupun tidak ramai yang turut berkumpul untuk menyokong kempen (mogok lapar) tiga hari yang dilancarkan hari ini itu, namun, wujudnya media alternatif menjadikan laman blog parti pembangkang setiap hari menerima tetamu Anehnya kebanyakan media samada Elektronik, Cetak mahupun baru. Maya sebenarnya lebih banyak dikuasai oleh Barisan Nasional Bermakna, mereka berbanding Pakatan Rakyat. Mungkinkah ianya disebabkan kini tidak perlu lagi faktor ‘Work Smart’ berbanding ‘Work Hard’ yang dilakukan berkumpul beramai- mereka? Pahit tapi mujarab, kadangkala kita sebenarnya akan ramai di sesuatu tempat dapat belajar lebih banyak daripada pesaing kita walaupun kita tetapi ‘akan bertemu’ susah untuk menerima hakikat tersebut. di alam maya untuk mengikuti perkembangannya. Di sini strategi pembangkang dalam usaha meracuni pemikiran rakyat bermula.” (Utusan Malaysia 27Mei 2009)

No. 8, Jalan Anggerik Vanilla Q31/Q, Kota Kemuning, Seksyen 31, 40460 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-51226060 Fax: 03-51246060

Mukasurat 03

Bil.09/001 01JUN2009/07JAMADILAKHIR1430H

SIANG MALAM, PAGI PETANG, SUBUH SENJA “Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh” (Al Asr: 1). Petikan ayat ini jelas memberi kita makna yang sangat mendalam bukan semata-mata tentang masa tetapi lebih dari itu, tentang mengingati Pencipta Kita, Allah Yang Maha Esa.

PELAN TINDAKAN Saya ingin mengucapkan setinggitinggi tahniah kepada Datuk Abdul Razak Dawood iaitu Ketua Biro Penerangan yang baru serta semua jentera penerangan UBKR di bawah kepimpinan beliau dan berharap agar buletin GEMA! UBKR ini dapat Ir Kamaruzzaman Johari diterbitkan setiap bulan. Telah tiba Ketua Bahagian UMNO Kota Raja masanya jentera penerangan UBKR beserta setiap ahli UBKR amnya untuk mula mengambil inisiatif untuk mengembalikan martabat parti yang bukan sahaja telah tercalar tetapi tercemar dan akibat ini adalah hasil tangan-tangan kita sendiri. Pelan Tindakan melalui formula yang telah dibentangkan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia sudahpun menggariskan secara dasar apa yang ingin dicapai. Nah, terpulanglah pada kita sebagai jentera penggerak untuk memanfaat dan melaksanakan formula ini agar ianya akan membuahkan hasil yang diidamidamkan: Kemenangan mutlak UMNO dan Barisan Nasional pada PRU ke13.

Antara cara merapati rakyat terutamanya orang Islam bangsa Melayu khususnya ialah dengan sering ke surau-surau dan masjid-masjid. Tidak dapat tidak, ini satu kewajipan yang telah dilupakan ramai. Di sinilah gelanggang yang seringnya para pesaing kita berada. Dengan keberadaan mereka di tempat-tempat ibadah ini, mereka mendapat kelebihan mendekatkan diri dengan masyarakat setempat sekaligus menyampaikan agenda politik mereka dan kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana menggunakan taktik ini. Bak kata pepatah Inggeris “If you can’t beat them, join them.” Namun kita harus sentiasa ingat bahawa agenda kita yang utama ialah kerana Allah, nescaya pertolonganNya akan datang dengan sendirinya. Kita mesti dilihat mengamalkan apa yang kita katakan dan bermesra dengan masyarakat sekeliling kita. Sekurangkurangnya waktu-waktu perdana seperti Subuh, Maghrib dan Isya’ haruslah menjadi kebiasaan kepada setiap ahli UMNO untuk berjema’ah.

Ibarat lampu suluh, jentera penerangan berada pada peringkat yang paling depan. Ini bermakna ia harus memastikan mereka yang mengikuti di belakang tidak akan termasuk lubang, terkena onak, ranjau dan duri. Di sinilah bermulanya perjalanan baru kita. Jatuh bangun sudah menjadi lumrah dalam arena politik. ‘Bumi mana yang tidak ditimpa hujan?’ Makanya UMNO harus bangkit dari pengalaman ini dengan lebih beriltizam, bertenaga dan berwibawa untuk membawa Malaysia ke suatu era yang belum pernah ditempuh sebagaimana yang pernah dilalui oleh pejuangpejuang bangsa kita yang terdahulu. Sekarang bukan masa untuk berduka, sekarang bukan masa untuk hampa, sekarang bukan masa untuk nestapa. Dengan formula yang telah tersedia ia adalah masa untuk berusaha, ia adalah masa untuk menterjemahkan citacita dan ia adalah masa untuk

SATU MALAYSIA

ONE NATION

Pokok perpaduan orang Melayu terletak pada agama. Setiap ahli UMNO haruslah melihat agama sebagai sebab untuk menyatu dan bersatu. Jika UMNO ingin terus menjadi sebuah parti yang relevan, ia harus mampu berubah bersama peredaran zaman. Jika tidak ia akan menjadi seperti dinosaur yang hari ini telah pupus. segala pandangan, kritikan dan komentar serta sumbangan artikel untuk meningkatkan taraf buletin ini amat di alu-alukan. Sila e-mel kepada [email protected] No. 8, Jalan Anggerik Vanilla Q31/Q, Kota Kemuning, Seksyen 31, 40460 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-51226060 Fax: 03-51246060

Mukasurat 04

Related Documents

Gema Ubkr Bil 2
July 2020 1
Gema Ubkr Bil 1
July 2020 12
Gema
June 2020 17
Gema
August 2019 50
Bil
May 2020 25
Bil
April 2020 26