GEMA MENGGEGAR KOTA PEN GA RANG:T imah Baba
SINOPSIS Cikgu zaidah telah membawa lima belas orang pelajarnya yang terdiri daripada tingkatan dua dan tiga dari Kelab Sejarah Sekolah, menyertai suatu lawatan. Lawatannya adalah ke sebuah kota lama, iaitu Kota Bukit Supai peninggalan penjajah Belanda. Pelbagai peristiwa telah dirakamkan sepanjang perjalanan menuju ke kota lama itu. Ragam para pelajar yang pelbagai telah mencuit hati para peserta rombongan tersebut. Cikgu Zaidah telah memberikan penerangan kepada pelajarnya tentang sejarah kota tersebut. Para pelajar diminta membuat kajian dan laporan tentang kesan sejarah tersebut. Rasyid telah menjumpai bom yang masih aktif semasa beristirehat di pantai dan terus melaporkan kepada pihak yang berkuasa.
TEMA & PERSOALAN TE MA
Gema menggegar kota membawa tema tanggungjawab & kegigihan pelajar melaksanakan tugasan yang diberi oleh guru.
PE RS OAL AN
Kerjasama & tolong-menolong Kerjasama dan tolong-menolong dalam satu pasukan penting terutama apabila berhadapan dengan masalah rumit dan berbahaya. Contoh: Untuk mendaki Bukit Supai, kumpulan pelajar ini terpaksa berdepan dengan masalah kerana mereka melalui jalan denai yang kecil untuk menuju ke puncak bukit. Pelajar-pelajar lelaki kelihatan lebih kuat berbanding pelajar-pelajar perempuan tetapi sikap kerjasama dan tolong-menolong sebagai satu pasukan yang diterap oleh guru mereka telah berjaya diamalkan oleh pelajar-pelajar terbabit.
Bertanggungjawab kepada guru. Sebagai pelajar kita perlu patuh kepada guru. Contoh:Cikgu Zaidah sentiasa mengingatkan pelajar-pelajarnya supaya berhati-hati dan mengunci basikal masing-masing sebelum mendaki Bukit Supai. Nasihat ini diikuti oleh semua pelajarnya.
Bijaksana dan tidak cepat panik dalam menangani masalah. Persoalan ini dikaitkan dengan peristiwa penemuan bom lama yang masih aktif di pantai. Contoh: Secara tidak sengaja Rasyid telah tersepak besi buruk yang tersembul dari dalam pasir, yang akhirnya didapati bom lama yang masih hidup. Cikgu Zaidah dapat menangani suasana genting ini dengan menenangkan perasaan pelajar-pelajarnya dan menyuruh Rahim melaporkan penemuan itu kepada pihak berkuasa.
WATAK & PERWATAKAN RASYID Rasyid ialah salah seorang ahli Kelab Sejarah, yang mengikuti rombongan ke Bukit Supai. Rashid digelar Datuk Seri Selera kerana sentiasa memikirkan makan, sepanjang perjalanan ke Bukit Supai. Perwatakan Rasyid adalah seperti berikut:
Kurang berhati-hati dan gopoh tingkah lakunya. Rasyid kurang berhati-hati apabila melakukan sesuatu. Sepanjang perjalanan dan aktiviti kajian Sejarah yang digambarkan dalam cerpen ini, dia terjatuh sebanyak dua kali kerana sikap gopohnya
Tidak mudah panik. Sifat ini memang jelas digambarkan oleh pengarang. Rasyid tidak menjadi panik apabila menyadari besi buruk yang disepaknya ialah bom lama yang masih hidup. Malah dia masih mampu berjenaka dengan rakannya Rahim dan Salha.
Baik hati dan tidak mudah marah. Rasyid sedang memeriahkan suasana rombongan mendaki Bukit Supai. Tingkah lakunya sering membuat orang ketawa. Dia pernah disindir oleh Rahim dan Salha kerana kuat makan, tetapi dia tidak pernah marah atau mengambil serius terhadap usikan rakanrakannya.
CIKGU ZAIDAH Cikgu Zaidah ialah seorang guru yang menjadi penasihat kepada Kelab Sejarah sekolahnya. Dia meminpin kumpulan pelajar Tingkatan Dua dan Tiga sekolahnya membuat kajian di Bukit Supai. Antara perwatakannya yang digambarkan dalam cerpen ini ialah: Beramah dan mudah mesra Walaupun guru, cikgu Zaidah tidak membataskan hubungannya dengan pelajar. Dia sentiasa peramah dan mesra dengan semua ahli rombongannya. Cikgu Zaidah sentiasa berbincang dengan pelajarpelajarnya dan bersedia mendengar pendapat pelajarnya.
Mempunyai pengetahuan sejarah Hal ini dapat dilihat sewaktu cikgu Zaidah menjelaskan sejarah kota lama di Bukit Supai. Dia menjelaskan dengan jelas asal-usul pembinaan kota lama di Bukit Supai dan peristiwa yang berlaku di Bukit Supai pada zaman penjajahan Belanda.
Bertanggungjawab Cikgu Zaidah sentiasa memberi nasihat dan panduan kepada pelajarnya sepanjang perjalanan ke Bukit Supai. Tindakannya menyuruh Rahim melaporkan penemuan bom lama di pantai juga adalah salah satu tindakan bijak bagi menylamatkan keadaan.
RAHIM Seorang pelajar sekolah menengah dan ahli rombongan ke Bukit Supai. Dia juga ahli Kelab Sejarah. Rahim adalah rakan baik Rasyid dan Salha. Antara perwatakannya ialah:
Baik hati Rahim seorang yang baik hati terutama terhadap rakanrakanya.Ketika nasi bekalan Rasyid tumpah, dia mengajak Rasyid makan bersama-samanya. Bertanggungjawab Rahimlah yang bertanggungjawab melaporkan kejadian penemuan bom hidup di pantai kepada pihak berkuasa.
SALHA Salha seorang pelajar perempuan yang sama-sama mengikuti rombongan ke Bukit Supai. Dia ialah rakan baik Rasyid dan Rahim. Perwatakan yang digambarkan adalah seperti berikut:
Baik hati Walaupun suka mengusik Rasyid, tetapi Salha adalah seorang yang baik hati. Dia juga sanggup berkongsi makanan dengan Rasyid ketika nasi Rasyid tertumpah.
Periang dan sentiasa menghormati guru Salha seorang yang periang. Sepanjang perjalanan dia sentiasa mengusik Rasyid yang sering menimbulkan suasana lucu. Salha juga sentiasa menghormati cikgu Zaidah. Dia mengajak cikgunya terlebih dahulu untuk bersiar-siar di pantai selepas makan tengah hari.
LATAR LA TAR T EMPA T a) Persekitaran Bukit Supai Tempat ini terletak kira-kira empat puluh minit perjalanan berbasikal dari sekolah mereka. Di kawasan ini digambarkan terdapat pokok kelapa dan pokok kundang. Di sinilah semua pelajar meletakkan basikal masing-masing. b) Bukit Supai Bukit Supai ialah destinasi kumpulan pelajar Kelab Sejarah melihat kesan sejarah yang terdapat di atas Bukit Supai. Di sini terletak kota lama peninggalan zaman pemerintahan Belanda. Kota lama di Bukit Supai dikatakan menjadi tempat perjanjian antara Belanda dengan Bugis.
c) Tepi pantai Latar tempat ini merupakan latar penting kerana di sinilah berlaku peristiwa yang mencemaskan apabila Rasyid, Rahim dan Salha terjumpa sebutir bom lama yang masih aktif.
LA TAR M ASA Cerita bermula pada pukul sembilan pagi ketika ahli rombongan mula bergerak dari sekolah ke kaki Bukit Supai. Tengah hari mereka sampai ke puncak Bukit Supai. Waktu petang memaparkan peristiwa penemuan bom lama di pantai yang berlarutan hingga ke petang. Pada waktu malam, semua rombongan sampai di rumah.
LA TAR M ASY AR AKA T Latar masyarakat dalam cerpen ini ialah sekumpulan pelajar sekolah yang membuat kajian sejarah di Bukit Supai. Mereka dibimbing oleh guru sejarah yang berpengalaman iaitu Cikgu Zaidah. Cerpen ini juga memaparkan penglibatan pihak polis dalam menjaga keselamatan orang ramai. Antara gambaran pelajar yanga digambarkan dalam cerpen ini ialah pelajar yang mempunyai pelbagai sifat dan perwatakan. Kehadiran Rasyid dalam rombongan itu menjadikan suasana ceria, walaupun aktiviti mendaki Bukit Supai memenatkan mereka.
PLOT Perkembangan plot cerpen ini bergerak dari satu peristiwa ke satu peristiwa mengikut urutan masa atau secara kronologi.
PE RM ULA AN CE RI TA Lima belas ahli rombongan daripada Kelab Sejarah bertolak ke kaki Bukit Supai, diketuai oleh Cikgu Zaidah. Selepas empat puluh minit perjalanan, mereka sampai di kaki Bukit Supai dan meninggalkan basikal di bawah pokok kelapa dan pokok kundang.
PE RKE MBANG AN CE RIT A Cikgu Zaidah memberi penerangan tentang kota lama kepada semua ahli rombongan.Semua pelajar diarah membuat kajian tentang kota lama dalam masa empat puluh lima minit.
PE RU MITA N CE RI TA Waktu tengah hari, ahli rombongan bergerak untuk berehat dan makan di pantai. Selepas makan tengah hari, Rasyid, Rahim, dan Salha berjalan-jalan di pantai.
KLI MA KS Rasyid tersepak bom lama yang masih aktif. Cikgu Zaidah dimaklumkan tentang penemuan bom itu.Rahim diarah melaporkan penemuan tersebut kepada pihak berkuasa.
PE LE RA IAN CE RITA Menjelang petang pasukan pemusnah bom berjaya memusnahkan bom tersebut dan ahli rombongan Kelab Sejarah balik dengan selamat.
GAYA BAH AS A PE NG GUNA AN DIKS I Dalam cerpen ini tidak ada perkataan asing yang digunakan oleh pengarah. Terdapat penggunaan diksi atau kata yang diulang untuk menegaskan maksud. Contohnya:- …betul-betul malang, saya…. Unsur sinkof atau singkatan kata juga jarang digunakan dalam cerpen ini, terdapat beberapa sahaja contoh seperti berikut:i)”Bukan tak sabar“ ii)”Kalau tidak, takkan dia digelar,Datuk Seri Selera”…
RE PI TI SI Contohnya: Di kiri kanan denai penuh dengan pokok-pokok getah tua; ada yang sudah mati dan ada yang sudah tua.
PE NG GUNA AN AY AT Ayat-ayat dalam cerpen ini pendek dan mudah difahami. Terdapat unsur humor dan sindiran yang digunakan oleh pengarang.Contoh unsur ini ialah:“Kerana itulah dia di gelarkan Datuk Seri Selera, cikgu” “Itulah cakap mengatas saja,” sindir Salha.
PE RS ON IF IKA SI Unsur personifikasi atau perorangan dalam cerpen ini digunakan dalam contoh ayat seperti berikut:“ Nasi di belakang aku ni dah meronta-ronta berteriak.” Perbuatan meronta dan berteriak adalah sifat perorangan yang diberi kepada ‘nasi’ yang memang benda mati.
NILAI & PENGAJARAN Nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerpen yang dapat menjadi teladan kepada pelajar ialah seperti berikut:
NI LA I
Kepentingan mengetahui dan menghayati sejarah silam negara Contohnya: “ Kota ini,” sambung Cikgu Zaidah lagi,” didirikan di zaman pemerintahan Belanda dulu,”…” Di sinilah dibuat satu perjanjian di antara Belanda dengan Bugis.” Bekerjasama dan saling membantu Contohnya: Cikgu Zaidah segera menyela,” Begini lebih baik, kita ada lima belas orang. Setiap orang beri Rasyid sesuap, boleh tak?” “ Boleh! “ sambut mereka beramai-ramai.
Bertanggungjawab Contohnya: Dia segera menyuruh Rahim melaporkan jumpaan itu ke Balai Polis yang terdekat di tepi sungai tidak jauh dari situ. Berwaspada Contohnya: Cikgu Zaidah menyuruh murid-muridnya mengunci basikal masing-masing dan meminta mereka menjadikannya sebagai suatu kebiasaan.
PE NG AJA RAN Kita hendaklah memahami sejarah tanah air kita. Kita hendaklah mematuhi segala nasihat guru demi kebaikan bersama. Amalkan sikap bekerjasama dalam pasukan dan tidak mementingkan diri sendiri. Kita hendaklah bersikap tanggungjawab ke atas segala kerja yang dilakukan. Kita hendaklah sentiasa berwaspada untuk keselamatan.
Kami terdiri daripada:
• • • •
AiMi AthiRah Bt ABduL WaHaB ErNa EllYnA FaZieRa Bt MAt RuF SiTi NoR SuWaiBah Bt MOhaMmaD CHua KeLLy
Dibimbing Oleh: ENciK JuHaiDi AbDulLaH
TaMAt