Garis Panduan Makdis.docx

  • Uploaded by: Mukhlis Ulis
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Garis Panduan Makdis.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,052
  • Pages: 11
Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

Garis Panduan Pengurusan Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) 1.0

Pendahuluan

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) adalah sebuah organisasi yang terletak di bawah fungsi Operasi Dakwah Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia. Fungsi MAKDIS adalah sebagai penyelaras kepada semua kegiatan kokurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dan kepimpinan yang dilaksanakan di seluruh Sekolah Rendah dan Menengah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. 2.0

Latar Belakang 2.1

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) atau dikenali sebagai Majlis Kegiatan Agama Sekolah-Sekolah (MAKUS) telah ditubuhkan pada tahun 1979 OLEH Bahagian Pelajaran dan Agama Kementerian Pendidikan dengan Pekeliling Bil,KP.5206/133 (44) bertarikh 21 mac 1979 yang ditandatangani oleh Pengarah Bahagian Pelajaran Agama Ustaz Haji Nik Mohyideen Musa.

2.2

Mengikut penyusunan semula struktur organisasi JAPIM pada bulan Oktober 1995, antara fungsi Bahagian Dakwah dan Kepimpinan JAPIM ialah merancang dan menyelaras Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) seluruh Negara. Mulai tahun tersebut organisasi ini dengan rasminya telah menggunakan nama Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS).

2.3

Perbezaan Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS) dan Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah- Sekolah Malaysia (PEKDIS). MAKDIS MAKDIS

-

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah yang ditubuhkan pada tahun 1979 oleh Pengarah Bahagian Pelajaran Agama, Tuan Haji Nik Mohyideen Musa.

Keahlian

-

Semua murid yang sedang belajar di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Peruntukan Kewangan

-

Menggunakan peruntukan yang disediakan oleh Sektor Dakwah dan Kepimpinan Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia.

1

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

PEKDIS

3.0

4.0

PEKDIS-

Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah SekolahSekolah Malaysia adalah sebuah pertubuhan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ia diluluskan di peringkat pusat pada 13 September 2004 dengan nombor pendaftaran1764-04-5 no PPM WKL 000108/04 No PPP WKL 000024/04 dan pendaftaran cawangan pula pada 8/12/2004.

Keahlian-

Semua guru Pendidikan Islam (Bahasa Arab dan jQAF) Kementerian Pelajaran Malaysia sama ada yang sedang bertugas ataupun yang telah bersara.

Sumber Kewangan-

Kutipan yuran ahli. Aset-aset sendiri yang diuruskan oleh PEKDIS.

Objektif MAKDIS 3.1

Merancang semua aktiviti kokurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dan kepimpinan di semua peringkat.

3.2

Menyelaras dan melaksanakan semua aktiviti kokurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dan kepimpinan di Sekolah Rendah dan Menengah seluruh Negara.

3.3

Memastikan aktiviti kokurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dan kepimpinan dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Struktur Organisasi Ahli Jawatankuasa Pusat MAKDIS Penasihat

:

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pengerusi

:

Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Timbalan Pengerusi

:

Timbalan Pengarah, Operasi Dakwah Bahagian Pendidikan Islam.

Naib Pengerusi 1

:

Timbalan Pengarah, Pengurusan Pendidikan Islam Bahagian Pendidikan Islam.

Naib Pengerusi II

:

Timbalan Pengarah, Pengurusan Institusi Pendidikan Agama Bahagian Pendidikan Islam. 2

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

Setiausaha

:

Ketua Sektor Sektor Operasi Dakwah dan Kepimpinan.

Penolong Setiausaha

:

Penolong Pengarah Operasi Dakwah Bahagian Pendidikan Islam.

Ahli Jawatankuasa

:

Semua Penolong Pengarah, i) Operasi Dakwah Bahagian Pendidikan Islam. ii) Wakil-wakil di semua Bahagian Pendidikan Islam. iii) Semua Ketua Sektor Pendidikan Islam,Jabatan Pelajaran Negeri iaitu: a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k. l. m. n. o.

Negeri Perlis. Negeri Kedah. Negeri Pulau Pinang. Negeri Perak. Negeri Selangor. Negeri Sembilan. Negeri Melaka. Negeri Kelantan. Negeri Terengganu. Negeri Pahang. Negeri Johor. Negeri Sabah. Negeri Sarawak. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Wilayah Persekutuan Labuan.

Ahli Jawatankuasa MAKDIS Peringkat Negeri Johor

Penasihat

:

Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, KPM.

Pengerusi

:

Pengarah Pelajaran Johor

Timb. Pengerusi

:

Timbalan Pengarah Pelajaran Johor

Setiausaha

:

Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Johor

Pen. Setiausaha

:

Ketua Unit Operasi Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Johor

AJK

:

-

.

Semua Ketua Sektor, JPN Johor. Semua Pegawai Pelajaran Daerah Negeri Johor. KPP BTPNJ KPP dan Ketua-ketua Unit SPI, JPNJ

3

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

Ahli Jawatankuasa MAKDIS Peringkat Daerah Penasihat

:

Pengarah Pelajaran Johor

Pengerusi

:

Pegawai Pelajaran Daerah

Timb. Pengerusi

:

Timbalan Pegawai Pelajaran

Setiausaha

:

Penolong PPD Pendidikan/Penyelia Kanan Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah.

Pen. Setiausaha

:

Penyelia Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah.

AJK

:

Pengetua yang dilantik Guru Besar yang dilantik Guru Pendidikan Islam yang dilantik

Ikut keperluan PPD

Ahli Jawatankuasa MAKDIS Peringkat Sekolah

Penasihat

:

Pegawai Pelajaran Daerah.

Pengerusi

:

Pengetua/ Guru Besar beragama Islam.

Timb. Pengerusi

:

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM).

Naib Pengerusi I

:

Penolong Kanan Pentadbiran (GPI 1).

Naib Pengerusi II

:

Penolong Kanan Kokurikulum (GPK Koko)

Setiausaha

:

Ketua Panitia Guru Pendidikan Islam (GPI).

Penyelaras Dakwah :

Guru Pendidikan Islam (GPI).

Penyelaras Kewangan

:

Guru Pendidikan Islam (GPI)

AJK

:

Guru Pendidikan Islam. Guru-guru yang beragama Islam. (bilangan ajk seramai 10 orang)

*Bagi sekolah-sekolah di mana pihak pentadbirnya terdiri daripada mereka yang bukan beragama Islam, jawatan Pengerusi, Timb. Pengerusi, Naib Pengerusi I dan Naib Pengerusi II hendaklah dipegang oleh mana-mana pentadbir yang paling kanan (disesuaikan mengikut kekananan) di sekolah tersebut.

4

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

Panduan Tugas Ahli Jawatankuasa MAKDIS Peringkat Negeri 1. Penasihat: a. Bertanggungjawab untuk memberi nasihat terhadap pengurusan MAKDIS 2. Pengerusi: a. Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan perjalanan MAKDIS. b. Memantau aktiviti MAKDIS c. Menerima waran peruntukan daripada Bahagian Pendidikan Islam dan akaun amanah negeri. d. Mengagihkan peruntukan ke daerah. e. Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat MAKDIS. f. Menghantar laporan pemantauan dan pelaksanaan MAKDIS kepada Bahagian Pendidikan Islam, KPM. 3. Setiausaha: a. Merekod dan menyimpan surat-surat pekeliling berkaitan dengan MAKDIS. b. Menyediakan agenda-agenda untuk semua mesyuarat MAKDIS. c. Mencatat minit-minit dalam mesyuarat MAKDIS. d. Membentang minit-minit dalam mesyuarat MAKDIS e. Menerima laporan dan dokumentasi setiap setiap program MAKDIS daripada daerah. f. Mengumpul dan merumus laporan dan dokumentasi setiap program MAKDIS g. Menjalankan arahan yang diberikan dari masa ke semasa. 4. Ahli Jawatankuasa kecil a. Melaksanakan tugas-tugas mengikut bidang-bidang yang ditentukan

Panduan Tugas Ahli Jawatankuasa MAKDIS Peringkat Daerah 1. Penasihat: a. Bertanggungjawab untuk memberi nasihat terhadap pengurusan MAKDIS 2. Pengerusi: a. Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan perjalanan MAKDIS. b. Memantau aktiviti MAKDIS c. Memantau perjalanan kewangan MAKDIS. d. Mempengerusi dan mengendalikan mesyuaratMAKDIS. e. Melantik AJK MAKDIS. 3. Setiausaha: a. Merekod dan menyimpan surat-surat pekeliling berkaitan dengan MAKDIS. b. Menyediakan agenda-agenda untuk semua mesyuarat MAKDIS. c. Mencatat minit-minit dalam mesyuarat MAKDIS. d. Membentang minit-minit dalam mesyuarat MAKDIS 5

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

e. Mengurus semua surat keluar masuk MAKDIS. f. Menyediakan laporan dan dokumentasi setiap program MAKDIS g. Menjalankan arahan yang diberikan dari masa ke semasa.

4. Ahli Jawtankuasa kecil a. Melaksanakan tugas-tugas mengikut bidang-bidang yang ditentukan

PANDUAN TUGAS AHLI JAWATANKUASA MAKDIS PERINGKAT SEKOLAH

1.

Penasihat: -

2.

Pengerusi: -

3.

Membantu bertanggungjawab terhadap pengurusan dan perjalanan MAKDIS. Membantu memantau aktiviti MAKDIS. Mempengerusikan dan mengendalikan mesyuarat MAKDIS ketika ketiadaan Pengerusi.

Naib Pengerusi: -

5.

Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan perjalanan MAKDIS. Memantau aktiviti MAKDIS. Menerima dan melaksana perjalanan kewangan MAKDIS. Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat MAKDIS. Melantik AJK MAKDIS.

Timbalan Pengerusi: -

4.

Bertanggungjawab untuk member nasihat terhadap pengurusan MAKDIS.

Membantu bertanggungjawab terhadap pengurusan dan perjalanan MAKDIS. Membantu memantau aktiviti MAKDIS. Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat MAKDIS ketika ketiadaan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.

Setiausaha: -

Merekod dan menyimpan surat-surat pekeliling berkaitan dengan MAKDIS. Menyediakan segala agenda-agenda untuk semua mesyuarat MAKDIS. Mencatat minit-minit dalam mesyuarat MAKDIS. Membentang minit-minit dalam mesyuarat MAKDIS. Mengurus semua surat keluar masuk MAKDIS. Menyediakan laporan dan dokumentasi setiap program MAKDIS. Menjalankan arahan yang diberikan dari masa ke semasa. 6

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

6.

Penyelaras Kewangan: -

7.

-

diperuntukan

oleh

pihak

Menyusun Ahli Jawatankuasa Kecil (AJK) pelaksana mengikut kesesuaian aktiviti program. Menyediakan jadual aktiviti program Memastikan semua peralatan yang diperlukan untuk aktiviti berada dalam keadaan yang baik. Menyelaras perjalanan aktiviti lancar.

Ahli Jawatankuasa Kecil -

5.0

yang

Penyelaras Dakwah: -

8.

Mengurus dan merekod perbelanjaan kementerian. Menyediakan laporan perbelanjaan.

Melaksanakan tugas-tugas mengikut bidang-bidang yang ditentukan.

Bidang Penyelarasan Fungsi MAKDIS adalah untuk menyelaras aktiviti ko-kurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dan kepimpinan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah. Bidang penyelarasan aktiviti ini adalah seperti berikut:

1. 2. 3. 4. 5. 6 7 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14.

Sambutan Hari Kebesaran Islam. Usrah atau majlis ilmu. Majlis Tadarus al-quran/Ihtifal. Festival Nasyid. Kompang Selawat Berzanji Marhaban Kem Bestari Solat j-QAF Kempen nilai-nilai murni. Kem pengukuhan kerohanian. Aktiviti ko-kurikulum merentas kurikulum (AKMK). Pengukuhan Penilaian Asas Fardu Ain (PAFA). Kegiatan kebajikan. Pengurusan Solat Murid di sekolah Lain-lain yang berkaitan dengan pembentukan sahsiah murid Islam.

7

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

5.1

Senarai Contoh Aktiviti Kokurikulum Pendidikan Islam dalam bidang dakwah dan kepimpinan. 1.

Hari Kebesaran Islam: o o o o o o o

2.

Majlis ilmu atau usrah: o o

3.

Maal Hijrah. Maulidur al-Rasul. Israk Mikraj. Ihya’ Ramadhan. Nuzul al-Quran. Aidil Fitri. Aidil Adha.

Usrah murid. Usrah pelajar.

Majlis Tadarus al-Quran/Ihtifal SMKA/KKQ: Sekolah Menengah SMKA/KKQ: o o o o

Tilawah al-Quran. Hafazan. Syarahan. Ikhtifal Bahasa Arab.

Sekolah Menengah: o o o

Tilawah al-Quran. Hafazan. Syarahan.

Sekolah Rendah: o o o

Tilawah al-Quran. Hafazan. Bercerita kisah al-Quran.

Sekolah Rendah (j-QAF): o o o o o o o

Tilawah al-Quran. Hafazan. Bercerita kisah al-Quran. Kem Bestari Solat. Mahrajan Bahasa Arab. Kelab seni khat tulisan jawi. Iktifal Khatam al-Quran.

8

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

4.

Festival Nasyid: o o o

5.

Kempen nilai murni: o o o o

6.

Kem PAFA. Amali wudhuk. Amali solat. Aktiviti lain (rujuk buku panduan PAFA).

Kegiatan kebajikan: o o o o

10.

Khat. Menjawikan teks rumi. Selawat kompang. Hafazan doa harian. Terjemahan surah. Azan dan iqamah. Khutbah.

Pengukuhan fardu ain (PAFA): o o o o

9.

Kem pengukuhan akidah. Kem pemantapan solat. Kem kepimpinan Islam. Kem pemantapan akhlak. Kursus pengurusan jenazah. Kem Bestari Solat.

Aktiviti ko-kurikulum merentas kurikulum (AKMK): o o o o o o o

8.

Kempen menutup aurat. Kempen member salam. Kempen berbudi bahasa. Kempen tepati waktu.

Kem Pengukuhan kerohanian: o o o o o o

7.

Peringkat sekolah. Kursus penggunaan peralatan nasyid (gendrang). Latihan nasyid/vocal.

Gotong royong. Derma. Ziarah. Skim wakaf.

Kem Kepimpinan: o o o o

Nadwah kepimpinan pelajar sekolah rendah. Nadwah kepimpinan pelajar sekolah menengah Nadwah kepimpinan pelajar SMKA/SABK/SBP/SMT Imam Pelapis SK/SM. 9

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

5.2

CONTOH PANDUAN PENGURUSAN AKTIVITI TAHUNAN MAKDIS SEKOLAH RENDAH / MENENGAH * Mengikut kesesuaian bulan dan sekolah berkenaan.

BULAN

PERKARA

AKTIVITI

1. Hari Kebesaran Islam 2. Majlis Tadarus al-Quran. 3. Kegiatan kebajikan. 4. Kem Pengukuhan Kerohanian.

- Sambutan hari kebesaran Islam mengikut kesesuaian masa. - Melantik AJK, menyelaras dan menyusun aktiviti. - Melaksanakan aktiviti Majlis Tadarus al-Quran: Tilawah al-Quran, hafazan, syarahan dan bercerita kisah al-Quran. - Gotong Royong. - Kem Bestari Solat.

1. Hari Kebesaran Islam. 2. Usrah / majlis ilmu. 3. Kempen kesedaran. 4. Kegiatan kebajikan.

- Sambutan hari kebesaran Islam mengikut kesesuaian masa. - Tema : Profesion sebagai ibadah. - Kempen salam. - Program wakaf buku.

1. Hari Kebesaran Islam. 2. Pengukuhan Penilaian Asas Fardhu Ain. 3. Festival Nasyid. 4. Kegiatan Kebajikan. 5. Kem pengukuhan Kerohanian.

- Sambutan hari kebesaran Islam mengikut kesesuaian masa. - Halaqah bacaan dalam solat/wirid. - Pertandingan nasyid antara kelas. - Gotong-royong. - Kem Bestari Solat.

April

1. Kem pengukuhan rohani 2. Majlis ilmu/Usrah. 3. Aktiviti kokurikulum merentas kurikulum.(AKMK)

- Program pemantapan Aqidah. - Tema : Budaya ilmu. - Aktiviti menjawikan teks rumi.

Mei

1. Hari Kebesaran Islam. 2. Kem Pengukuhan Kerohanian.

- Sambutan hari kebesaran Islam mengikut kesesuaian masa. - Kem pemantapan akhlak.

Januari

Febuari

Mac

10

CATATAN

Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah (MAKDIS)

1. Pengukuhan Penilaian Asas Fardu Ain (PAFA). 2. Hari Kebesaran Islam 3. Kegiatan kebajikan. 4. Kempen kesedaran. 5. Kem Pengukuhan Kerohanian.

- Amali wuduk. - Sambutan hari kebesaran Islam mengikut kesesuaian masa. - Kutipan derma anak yatim. - Kempen menutup aurat. - Kem Bestari Solat.

1. Kem Pengukuhan rohani. 2. Majlis ilmu/Usrah. 3. Pengukuhan Penilaian Asas Fardu Ain (PAFA).

- Kursus pengurusan jenazah. - Tema: Mengurus tekanan. - Amali Solat.

1. Aktiviti kokurikulum merentas kokurikulum (AKMK). 2. Kempen kesedaran. 3. Hari Kebesaran Islam.

- Pertandingan kompang selawat. - Kempen menepati masa. - Sambutan Hari Kebesaran Islam mengikut kesesuaian masa.

1. Kem Pengukuhan Kerohanian. 2. Hari Kebesaran Islam. September 3. Kempen Kesedaran. 4. Aktiviti Kebajikan. 5. Kem Pengukuhan Kerohanian.

- Majlis bacaan surah yassin dan solat hajat. - Sambutan hari kebesaran Islam mengikut masa. - Kutipan derma. - Kem Bestari Solat.

1. Hari Kebesaran Islam. 2. Kem Pengukuhan Kerohanian. 3. Majlis ilmu/Usrah.

- Sambutan hari kebesaran islam mengikut kesesuaian masa. - Majlis bacaan surah yassin dan solat hajat. - Tema: Muhasabah.

Jun

Julai

Ogos

Oktober

6.0

Penutup Adalah diharapkan panduan ini dapat membantu menyelaras dan menyusun aktiviti MAKDIS selaras dengan hasrat Sektor Dakwah dan Kepimpinan, Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia.

11

Related Documents


More Documents from "ika"