ganjaran ikhlas berpuasa
balasan bagi orang yang berpuasa dengan penuh takwa dan ikhlas bagi mendapatkan keredaan allah sangat besar. selain, diberikan ganjaran pahala berlipat ganda, allah turut berjanji balasan syurga untuk mereka. daripada sahl bin sa�ad, bahawa nabi muhammad bersabda bermaksud: �sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-rayyan tempat masuk orang yang berpuasa pada hari kiamat. tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya: �di manakah orang yang telah berpuasa?� �dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa saja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa saja.� sesungguhnya ujian daripada puasa itu amat besar. oleh itu, kedudukannya di sisi allah sangat mulia hinggakan allah menyediakan pintu khas ke syurga yang dinamakan ar-rayyan. malaikat yang menjaga pintu itu akan menyeru dan memanggil orang berpuasa untuk dimasukkan ke syurga melalui pintu ar-rayyan yang dijaganya dan tidak ada yang dapat melaluinya melainkan mereka yang layak saja. daripada abu said al-khudri, katanya, rasulullah bersabda: �tidak seorang pun daripada hamba allah yang berpuasa sehari dengan niat kerana allah, melainkan akan allah jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan 70 tahun lamanya.� orang berpuasa dengan niat ikhlas kerana allah, kemudian memelihara puasanya daripada amalan ditegah, allah akan membalasnya dengan menjauhkan dirinya daripada api neraka sejauh 70 tahun perjalanan.