Galeri Seminar

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Galeri Seminar as PDF for free.

More details

  • Words: 761
  • Pages: 12
SEMINAR AL-SUNNAH DAN ISU-ISU SEMASA PERINGKAT KEBANGSAAN 20-21 OGOS 2007 Oleh Sakinah Saptu

Pada 20-21 Ogos 2007 telah berlangsung Seminar al-Sunnah Dan Isu-Isu Semasa Peringkat Kebangsaan di Institut Tabdiran Islam Perak (INTIM). Seminar anjuran bersama Jabatan al-Quran Dan al-Sunnah, Pusat Islam UKM dan Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) adalah bertujuan untuk: • • •

Memasyarakatkan Institusi Hadith sebagai asas pembangunan individu, keluarga, masyarakat dan negara Menjelaskan metodologi jenis-jenis hadith, kedudukan dan martabatnya dalam kutub al-Sittah. Mengenengahkan kertas dasar penubuhan Bank al-Hadith

Manakala tema bagi seminar ini ialah: Mempertahankan Autoriti Hadith Di Malaysia

Walaupun seminar diadakan pada 20 Ogos 2007, para peserta daripada Universiti Kebangsaan Malaysia yang rata-ratanya merupakan pelajar pra siswazah Jabatan al-Quran dan al-Sunnah (tahun 1-3), para peserta daripada jabatan lain (Syariah, Usuluddin Dan Falsafah, Dakwah Dan Kepimpinan dan Bahasa Arab Dan Tamadun Islam) dan beberapa orang pensyarah al-Quran dan al-Sunnah telah bertolak daripada UKM menuju ke INTIM,Perak sehari lebih awal daripada tarikh tersebut iaitu pada 19 Ogos 2007.

Sebelum Berangkat ke INTIM. Para peserta berkumpul dihadapan Singgahan Ilmu Fakulti Pengajian Islam,UKM seawal jam 8.00 pagi.

Berhenti rehat di Kawsan R&R Tapah, Perak

Ketibaan Para Peserta Seminar di INTIM Pada 19 Ogos 2007

INTIM– Suasana indah, menyejukkan mata yang memandang

20 OGOS 2007 HARI PERTAMA SEMINAR

Kesibukan di meja pendaftaran jelas terasa pada pagi 20 Ogos 2007. Kelihatan para urusetia bersama pensyarah yang bertugas sibuk berbincang mengenai perjalanan seminar untuk hari tersebut

MAJLIS PERASMIAN SEMINAR AL-SUNNAH DAN ISU -ISU SEMASA PERINGKAT KEBANGSAAN

Pengerusi Bagi Majlis Perasmian Seminar

Ucapan alu-aluan oleh Ust Ahamad Asmadi selaku pengerusi seminar

Ucapan Perasmian oleh Y. Bhg. Dato’ Hj. Jamry Hj. Sury Pengarah Jabatan Agama Islam Perak

Bacaan ayat suci al-Quran oleh yang berbahagia Ust Ahamad Asmadi Sakat

Ucap tama oleh Y. Bhg. S.S. Dato’ Seri Hj. Harussani Hj. Zakaria Mufti Kerajaan Negeri Perak

SIDANG 1

KERTAS KERJA 1: Tasahul Imam al-Tirmidhi Terhadap Hukum Hadith: Analisis Pendapat Ulama’ Oleh: Dr Faisal Bin Ahmad Shah (KUIS) KERTAS KERJA 2: Peranan Al-Syawahid Dan al-Mutaba’at Dalam Penilaian Hadith: Pengenalan Dan Garis Panduan Oleh: Ustaz Fadlan Bin Othman (UKM)

SIDANG 2

KERTAS KERJA 3: Hadith Ahad Dalam Penilaian Ulama’ Fiqh Dan Usul Oleh: Prof. Madya Syed Ahmad B Syed Hussain (UKM) KERTAS KERJA 4: Metodologi Imam Al-Tirmidhi Dalam Meriwayatkan Hadith-Hadith Yang Menunjukkan Bab Tertentu Oleh: Ustaz Ahamad Asmadi Bin Sakat (UKM)

PAMERAN KITAB-KITAB HADITH DAN TAFSIR

DISKUSI BUKU OLEH UST AHAMAD ASMADI

Diskusi Ilmiah ini diadakan pada 20 Ogos 2007 Jam 8.30 Malam

21 OGOS 2007– HARI TERAKHIR SEMINAR SIDANG 3 KERTAS KERJA 5: Kepentingan Memahami Ulum Al-Hadith Bagi Mempelajari al-Kutub al-Sittah Dalam al-Hadith Oleh: Prof Madya Dr. Udah @ Budah Mohsin (UKM) KERTAS KERJA 6: Jenis-Jenis Hadith Dalam Kutub Al-Sittah Oleh: Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman (UM)

SIDANG 4

KERTAS KERJA 7: Manhaj al-Syaikh al-Bani Fi Tad’if Ba’d Ahadith alSahihain Oleh: Prof Madya Dr. Abu Layth al-Khayr Abadi (UIA) KERTAS KERJA 8: Bank al-Hadith: Satu Keperluan Oleh: Ustaz Ahamad Asmadi Bin Sakat (UKM)

RESOLUSI DAN MAJLIS PENUTUP SEMINAR

Pengerusi bagi MajlisPenutup Seminar al-Sunnah Dan Isu-Isu Semasa Peringkat Kebangsaan

Ustaz Kharuddin Mohd Amin membentang resolusi Seminar al-Sunnah dan Isu -Isu Semasa Peringkat Kebangsaan

Majlis diakhiri dengan ucapan penutup daripada Prof Madya Dr. Ismail Bin Yusof dan pembahagian cenderamata. Selepas makan tengah hari, para peserta berangkat pulang menuju ke Kuala Kangsar pada jam 2.30 petang. Setibanya disana, para peserta berpeluang menziarahi Galeri Sultan Azlan Shah dan menunaikan solat di Masjid Ubudiah yang cantik dan indah.

Galeri Sultan Azlan Shah

Masjid Ubudiah

RESOLUSI SEMINAR AL-SUNNAH DAN ISU-ISU SEMASA PERINGKAT KEBANGSAAN Seminar al-Sunnah Dan Isu-Isu Semasa Peringkat Kebangsaan Dengan Ini Merumuskan Resolusi Seperti Berikut: •









Menegaskan bahawa perselisihan pandangan antara para ulama’ hadith serta para pendukung mereka tidak seharusnya membawa kepada perpecahan ummah dalam kehidupan seharian. Para pelajar wajar diberi pendedahan dan latihan yang secukupnya tentang alSunnah supaya dengan itu akan lahir generasi yang memahami tentang alSunnah dan mampu beramal dengan tuntutannya dalam era globalisasi. Berdasarkan kepada tuntutan semasa yang mencabar, maka seminar ini menggesa para sarjana Islam agar peka dan bersedia melahirkan para pakar dalam bidang masing-masing, khususnya dalam bidang hadith. Setiap pusat pengajian tinggi samada awam atau swasta, mesti mengenalpasti dan menyediakan pasukan penyelidik dalam bidang ilmu wahyu bagi persediaan penubuhan bank hadith. Untuk menjadi rujukan masyarakat Islam di Malaysia khususnya dan masyarakat antarabangsa umumnya. Usaha-usaha murni ke arah penubuhan institusi-institusi hadith seperti bank alhadith perlu digerakkan serta di sokong terutamanya oleh pihak kerajaan dan seminar-seminar bersiri tentang al-Sunnah perlu diadakan sehingga tertubuhnya bank al-hadith.

SEKITAR SEMINAR AL-SUNNAH DAN ISU-ISU SEMASA PERINGKAT KEBANGSAAN 20-21 OGOS 2007

SEKITAR SEMINAR AL-SUNNAH DAN ISU-ISU SEMASA PERINGKAT KEBANGSAAN 20-21 OGOS 2007

Related Documents