Function Of Computer Component

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Function Of Computer Component as PDF for free.

More details

  • Words: 1,409
  • Pages: 10
FUNCTION OF COMPUTER COMPONENT Setiap komponen-komponen komputer mempunyai fungsinya yang tersendiri dan ciri-cirinya yang tersendiri.Contoh komponen-komponen yang terdapat di dalam setiap komputer ialah cip komputer(processor),kipas pemproses(heatsink),memori,power supply,papan induk(motherboard),cakera keras(harddisk),kad grafik(graphic card) dan disk drive.Setiap komponenkomponen ini mempunyai kelebihannya dan fungsinya yang tersendiri.Fungsi-fungsi komponen tersebut adalah seperti berikut:

PEMPROSES(processor)

CPU (Central Processing Unit) Adalah komponen berupa chip atau IC berbentuk segi empat yang merupakan otak dan pengendali proses kerja komputer, dengan dibantu komponen lain.Kecepatan pemproses adalah MHz (Mega Hertz) atau GHz (1000 Mega Hertz). Semakin besar nilainya, semakin cepat proses eksekusi pada komputer. Fungsi : Tempat mengatur semua instruksi program pada computer. Pengelola kepada semua aktiviti kerja di dalam komputer. Troubleshooting : Masalah pada pemproses biasanya menyebabkan paparan pada skrin hitam dan tanpa berbunyi. Hal ini terjadi kerana :

Pemproses mati atau rosak Pemproses terbakar akibat suhu terlalu panas munkin kerana melakukan overlock atau kerana kipas pada pemproses tidak berfungsi atau tidak rapat pada board. Catatan ringkas: Mikropemproses (biasa disingkatkan µP atau uP) atau CPU ialah sebuah cip berbentuk segiempat bujur yang dipasang pada bahagian atas sebelah kanan papan induk. Fungsi utamanya di dalam sebuah komputer ialah memproses data dan maklumat yang diterima daripada peranti input. Kita boleh mengenalpasti cip ini dengan memerhatikan aksara yang tertulis pada cip berkenaan yang mana menunjukkan kelajuan dan jenis litar bersepadu yang digunakan.

Memori(RAM)

Cip memori atau dikenali sebagai RAM (random access memory) mempunyai pelbagai jenis serta kelajuan.Kelajuan sesuatu memori bergantung kepada kebesaran frekuensi, saiznya dan juga jenisnya. Jenis memori terdapat dalam SDRAM (SD = Single Data),DDR (DDR = double-data-rate).Kelajuan sesuatu ram dapat mempercepatkan sesuatu tugasan dilakukan dengan cepat dan banyak dalam suatu masa. Fungsi: Sebagai alat penyimpan data dan program yang bersifat sementara, hanya bekerja pada saat komputer hidup. Troubleshooting. Komputer mengeluarkan suara “bip” panjang berkali-kali tanpa menampilkan gambar pada skrin komputer apabila dihidupkan Pemasangan dua keping RAM yang tidak cocok sering mengakibatkan masalah pada komputer,antara satu sama lain . Komputer akan sering tersangkut dan menunjukkan skrin biru ketika kita bekerja atau

menjalankan program aplikasi atau sedang bermain games. RAM yang dipasang dengan kapasiti tidak cukup akan menjadikan komputer lebih lambat dalam membaca data atau menjalankan aplikasi program.

Cakera Keras(harddisk)

Untuk membolehkan sesebuah computer beroperasi,pelbagai perisian diperlukan bagi menjalanan sesuatu aplikasi.Semua aturcara dan perisian yang diperlukan perlu disimpan di dalam cakera keras.Oleh itu,cakera keras adalah satu komponen penting dalam sesebuah komputer.Kapasiti sesuatu cakera keras juga semakin bertambah kapasitinya dari semasa ke semasa.Tanpa kapasiti yang besar sesebuah aplikasi mungkin gagal dipasang.Selain itu cakera keras terdapat dalam 2 jenis iaitu IDE dan SATA dimana penggunaan cakera keras jenis SATA lebih mendapat sambutan masa kini kerana kelajuannya dan wayarnya yg ringkas dan kecil.Selain itu juga cakera keras juga digunakan bagi mengoperasikan system operasi(os)seperti windows,linux,mac. Fungsi-fungsi hard disk 1. Menyimpan sistem operasi seperti Windows XP atau LINUX. 2. Menyimpan pelbagai jenis fail seperti fail gambar, video, lagu dan dokumen.

3. Menyimpan pelbagai program seperti Microsoft Office, Games dan Pemain Multimedia. 1. Menyimpan sistem operasi seperti Windows XP atau LINUX

Setiap komputer mempunyai sebuah sistem operasi. Sistem operasi akan disimpan di dalam sebuah hard disk. Sebelum meyimpan sebuah sistem operasi, hard disk tersebut hendaklah terlebih dahulu menjalani proses format. Selepas itu, sistem operasi seperti Windows XP boleh dipasang. 2. Menyimpan pelbagai jenis fail seperti fail gambar, video, lagu dan dokumen. Pelbagai jenis fail boleh disimpan di dalam hard disk. Pada masa kini kapasiti sebuah hard disk telah menjadi semakin besar. Bagi pengguna biasa di rumah, mereka kini boleh menggunakan hard disk bersaiz lebih 300Gb. 300Gb boleh menampung beribu-ribu fail dokumen, 5000 jam muzik digital, 96,000 gambar digital, 300 jam video digital dan 150 video games. 3. Menyimpan pelbagai program seperti Microsoft Office, Games dan Pemain Multimedia. Program di dalam komputer meyebabkan komputer mempunyai ramai pengguna pada masa kini. Pelbagai program komputer dibangunkan untuk memudahkan pengguna komputer. Kini melalui komputer kita boleh membuat kerja seperti menaip dokumen, bermain games, melihat video atau mendengar muzik. Sebelum program dapat dipasang kepada sebuah komputer, komputer tersebut hendaklah mempunyai sistem operasi terlebih dahulu. Setiap program juga mempunyai keunikan tersendiri. Lain program, lain sistem operasinya.

Power Supply

Fungsi Power Supply Power supply berfungsi untuk menukarkan jenis kuasa elektrik dari soket dinding (arus ulang alik) kepada jenis yang diguna pakai oleh litar-litar di dalam komputer (arus terus). Pemilihan Power Supply 1. Memilih power supply bagi bekalan kuasa 230V 50Hz (untuk kegunaan di

Malaysia). 2. Power supply yang tidak sesuai boleh menyebabkan komponen-komponen di

dalam PC tidak berfungsi (malfunction) dan menjadi rosak. 3. Ini disebabkan oleh voltan yang tidak sesuai dibekalkan oleh power supply. 4. Kekisi atau casing yang mempunyai banyak ruang untuk penambahan drive tidak

bermakna power supply yang digunakan boleh menampung kesemua drive tambahan yang terdapat di dalam kekisi tersebut. 5. Jangan hanya menilai rekabentuk luaran sahaja apabila membeli kekisi komputer,

tetapi berilah perhatian kepada power supply yang disertakan di dalam kekisi tersebut. 6. Di antara jenama yang dicadangkan ialah Astec, PC Power dan Cooling.

Power Supply Form Factor Form Factor ialah bentuk fizikal sesuatu komponen. Contohnya, kereta mempunyai beberapa form factor seperti sedan dan aeroback. Kedua-duanya adalah kereta, tetapi bentuk fizikalnya adalah berbeza. Power supply mempunyai 7 form factor yang memenuhi standard industri. Lima

daripadanya diperkenalkan oleh IBM, manakala dua oleh Intel. Kesemua power supply yang diperkenalkan oleh IBM mempunyai penyambungan jenis AT, manakala yang diperkenalkan oleh Intel menggunakan penyambungan kuasa jenis ATX. Power supply yang menggunakan penyambungan jenis AT telah pupus dan tidak dikeluarkan lagi kerana motherboard yang ada di pasaran sekarang menggunakan penyambungan kuasa jenis ATX. Terdapat dua power supply form factor yang menggunakan penyambungan kuasa jenis ATX iaitu ATX power supply dan SFX power supply. Apakah perbezaan di antara ATX dan SFX? ATX power supply terlebih dahulu diperkenalkan iaitu pada tahun 1995. SFX power supply diperkenalkan untuk kegunaan motherboard dan casing yang bersaiz kecil. Kelemahan SFX power supply ialah ia tidak mempunyai ATX auxiliary power connector dan ATX 12V power connector.

CASING

Casing merupakan bahagian komputer yang berfungsi sebagai pakaian atau pelindung CPU. Bentuk yang umum adalah kotak bersegi, namun bagi mereka yang berminat dengan computer dan permainan computer sudah pasti mencari casing yang menarik . Selain menjadi pelindung CPU, casing juga berfungsi sebagai pendingin tambahan. Kerana, casing modern pada zaman kini dilengkapi dengan kipas pendingin yang jumlahnya melebihi dari satu buah. Fungsi lainnya yang utama adalah sebagai tempat untuk menempatkan berbagai komponen komputer yang lain, seperti motherboard, vga card, soundcard dan lain-lain.Sebagai pelindung, casing bermanfaat melindungi bahagian dalamnya dari kotoran atau debu, dari hentakan dengan benda lain, sehingga bahagianbahagian yang sensitif akan selamat dan tidak cepat rosak.Selain itu casing juga dapat ditampilkan dengan berbagai macam warna dan bentuk yang sesuai dengan keinginan kita. Sudah tentu casing hasil pengubahsuaian harganya lebih mahal.Yang penting dalam pemilihan casing adalah fungsi utamanya. Sehingga komputer kita berada dalam keadaan yang selamat dan dapat bertahan lama.

KAD GRAFIK

Kad Grafik (Graphic Card). Juga dikenali sebagai Video Card, Monitor Card, atau Display Card. Kad grafik amat penting bagi memastikan jenis-jenis perisian aplikasi yang boeh dilaksanakan oleh sistem komputer dapat berfungsi dengan sempurna dan meningkatkan prestasi sesebuah pc.

Kad grafik mempunyai ingatannya(memory) sendiri bagi menentukan keupayaan kad memaparkan paparan dengan lebih cepat dan ketepatan warna yang mampu dihasilkan dengan lebih baik. Terdapat beberapa jenis kad grafik terdiri daripada Monochrome, CGA(Colour Graphic Adapter), EGA(Enhanced Graphic Adapter), VGA(Video Graphic Array) dan SVGA(Super Video Graphic Array) dimana mempunyai keupayaan yang berbeza.

DISK DRIVE

Berfungsi untuk memainkan sekeping CD/DVD didalam sesebuah computer. Pemacu cakera ada dalam pelbagai kelajuan. Kelajuan terkini adalah 52Xtetapi hanya terdapat dalam jenis CD. Kelajuan 1X bersamaan 150 KBps (Kilobyte per second) iaitu kelajuan penghantaran data (data transfer), jadi dalam kelajuan 52X, penghantaran data adalah 7800KBps. Pemacu DVD-ROM mempunyai kelajuan data transfer lebih kurang 7 kali ganda dari pemacu CD-ROM. Cakera Blu-ray (bahasa Inggeris: Blu-ray Disc, BD) pula merupakan sebuah format baru cakera padat yang bakal menggantikan cakera DVD.

HEATSINK

Heatsink berperanan menyejukkan bahagian pemproses(cpu) bagi mengelakkan kepanasan yang terlampau dari penerimaan arus elektrik.Kipas yang terletak pada heatsink membantu menstabilkan tahap kepanasan processor.Disamping itu heatsink juga berperanan menjaga pengaliran udara di dalam casing.Komputer tidak akan menyala jika heatsink tidak diletakkan pada processor dan akan mengakibatkan kebakaran pada processor dan juga motherboard.

MOTHERBOARD

Papan induk(motherboard)adalah sebagai komponen utama yang diperlukan di dalam sesebuah pc.Motherboard adalah bahan elektronik utama yang menempatkan kesemua komponen-komponen pc.Contohnya: processor,heatsink,slot ram,graphic card,sound card,disk drive,harddisk dan power supply.Bagi era masa kini motherboard telah dicipta dengan kecanggihan boleh memasukkan 3 kad grafik sekali gus dan memasukkan processor yang terkini.Papan induk berfungsi menempatkan segala komponen-komponen komputer dan juga berfungsi sebagai media transfer data didalam komponen-komponen komputer semasa bekerja

Related Documents

Component
November 2019 36
Function Of
June 2020 6
Function
December 2019 67
Function
November 2019 54