Fukuoka

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Fukuoka as PDF for free.

More details

  • Words: 3,454
  • Pages: 27
LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KERJA KURSUS GEOGRAFI (KKG) PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009 GEOGRAFI 23 / 2 TAJUK : Petempatan dan perkembangan di Kawasan Jelapang, Ipoh, Perak dan perbandingan dengan Negara Jepun (Fukuoka)

NAMA CALON NOMBOR KAD PENGENALAN

LUQMAN FAHMI BIN AHMAD SAZILEE

941024-14-5701

ANGKA GILIRAN NAMA SEKOLAH

SABK MAAHAD AL-IMAM ASY-SYAFIEE 30020 IPOH PERAK

GURU PENILAI TANDA TANGAN TARIKH

KOD

Kerja Kursus Geografi PMR 2009

BIL.

PERKARA

HALAMAN

1

Tajuk kajian

2

Senarai kandungan

1

3

Penghargaan

2

4

Pendahuluan

3

5

Objektif kajian

4

6

Kawasan kajian

5-8

7

Kaedah kajian

9

8

Dapatan kajian

10-20

9

Rumusan

21

10

Lampiran

22-30

11

Rujukan

31

2

Kerja Kursus Geografi PMR 2009

1.0

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam pengumpulan maklumat sehingga terhasilnya laporan kajian ini. Ucapan terima kasih ini ditujukan khususnya kepada ibu bapa saya iaitu Pn. Roziah Hani bt. Othman dan En. Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan sepanjang kajian ini dijalankan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Fatimah Asiah binti Kamarulzaman, guru geografi sekolah ini yang telah memberikan panduan, nasihat serta bimbingan sepanjang masa kajian ini telah dijalankan. Tidak lupa juga kepada Tuan Haji Ibrahim b. Mahmud A.M.P, P.M.P, P.P.T. selaku pengetua sekolah saya yang telah memberi kebenaran untuk menjalankankan kajian ini. Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan sekelas saya yang telah memberi sokongan dan kerjasama yang sangat membanggakan dalam menyiapkan laporan kajian ini. Semoga kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua. 3

Kerja Kursus Geografi PMR 2009

Terima kasih sekalung budi.

2.0

PENDAHULUAN

Nama saya Luqman Fahmi bin Ahmad Sazilee. Saya adalah pelajar tingkatan 3 Al Mawardi di SABK Maahad Al Imam Asy-Syafiee, Ipoh. Saya menjalankan Kerja Kursus Geografi bertajuk Petempatan dan perkembangan di Kawasan Jelapang, Ipoh, Perak dan perbandingan dengan Negara Jepun (Fukuoka) untuk memenuhi keperluan dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) bagi matapelajaran geografi. Saya memilih kawasan Jelapang sebagai kawasan kajian saya adalah kerana saya sudah biasa dengan kawasan ini dan hal ini dapat memudahkan saya untuk mendapatkan maklumat berkaitan penduduk di sini. Keluarga saya telah tinggal di kawasan ini selama 6 tahun. Saya memilih negara Jepun sebagai perbandingan pula kerana saya mempunyai banyak maklumat tentang negara ini yang saya perolehi daripada pembacaan buku serta pencarian maklumat di internet. Saya telah mengambil masa selama 8 minggu untuk menyiapkan kajian ini. Menerusi kajian ini, saya telah mendapat banyak maklumat yang berguna tentang kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan tempat tinggal saya serta di negara lain yang menjadi perbandingan. Hal

4

Kerja Kursus Geografi PMR 2009

ini merupakan suatu pengalaman yang menarik dan menyeronokkan terutama semasa mengumpul dan mendapatkan data serta maklumat untuk kajian ini.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk: 3.1.1

mengenalpasti jenis dan pola petempatan di Kawasan Jelapang dan Kawasan di Negara Jepun (Fukuoka).

3.1.2

mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di Kawasan Jelapang dan di negara Jepun.

3.1.3 mengenalpasti fungsi-fungsi petempatan yang terdapat di kawasan Jelapang dan di negara Jepun. 3.1.4

mengenalpasti masalah-masalah petempatan yang terdapat di kawasan Jelapang

Jelapang dan petempatan yang terdapat di kawasan Negara Jepun.

3.1.5 menerapkan nilai-nilai murni dan unsur patriotisme terhadap negara.

5

Kerja Kursus Geografi PMR 2009

4 . 0 K AWA S A N K A J I A N

Kawasan kajian saya terletak di Negeri Perak Darul Ridzuan.Ibu negeri bagi Negeri Perak adalah Ipoh. Ipoh ialah sebuah bandaraya yang terletak di Daerah Kinta yang merupakan salah satu daripada 9 daerah yang terdapat di negeri Perak. Rajah 4.1 di bawah menunjukkan lokasi Ipoh di dalam Daerah Kinta di dalam Peta Daerah-Daerah di Negeri Perak dan juga kedudukannya di dalam Malaysia.

6

Kerja Kursus Geografi PMR 2009

Negara yang menjadi perbandingan dalam kajian ini adalah Jepun dan lebih spesifik lagi adalah Daerah Fukuoka . Jepun merupakan sebuah negara maju yang terletak di Asia. Jepun terdiri daripada empat buah pulau besar dan terdapat juga pulau-pulau yang kecil. Bandar raya terbesar di Jepun ialah Tokyo.

7

Kerja Kursus Geografi PMR 2009

Rajah 4.2 : Peta Negara Jepun. Sumber : http://www.wordtravels.com/Travelguide/Countries/Japan/Map

Rajah 4.3 di bawah menunjukkan peta lokasi kawasan kajian saya dalam Daerah Kinta. Kawasan saya meliputi kawasan kawasan Jelapang yang terletak di bahagian barat dari bandaraya Ipoh, iaitu di kawasan Perancangan Pusat bagi Negeri Perak Darul Ridzuan.

8

Kerja Kursus Geografi PMR 2009

Rajah 4.3 : Peta lokasi kawasan Jelapang

Rajah 4.4 di bawah menunjukkan peta lakaran lokasi kawasan kajian saya dalam Daerah Kinta. Kawasan saya meliputi kawasan Jelapang yang terletak di bahagian barat dari bandaraya Ipoh, iaitu di kawasan Perancangan Pusat bagi Negeri Perak Darul Ridzuan

9

Kerja Kursus Geografi PMR 2009

4.4 Peta lakaran lokasi kawasan Jelapang 5.0 KAEDAH KAJIAN

Sepanjang kajian ini dijalankan, saya telah menggunakan beberapa kaedah dalam mencari dan mengumpul maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian. Antara kaedah kajian yang saya telah gunakan adalah kaedah pemerhatian, kaedah rujukan ke erpustakaan serta kaedah rujukan menggunakan internet.

10

Kerja Kursus Geografi PMR 2009

Kaedah pemerhatian yang saya gunakan adalah mengumpul maklumat tentang jenis-jenis dan ciri-ciri bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan kajian saya. Saya telah memerhati dengan teliti dan melukis peta lakaran sebelum saya melukisnya semula dengan betul di dalam kajian ini. Bagi mendapatkan maklumat tentang kawasan kajian, saya telah menggunakan kaedah rujukan ke perpustakaan awam dan perpustakaan sekolah serta rujukan menggunakan internet. Saya memperolehi maklumat yang dikehendaki seperti maklumat tentang kawasan kajian serta perbandingannya dengan negara luar serta maklumat tambahan yang penting menerusi kaedah ini. Dengan adanya kemudahan pusat sumber yang lengkap, saya dapat mencari maklumat yang diperlukan dengan cepat dan selesa. Penggunaan internet yang berkelajuan tinggi juga membantu dalam pencarian maklumat yang lebih luas. Saya bersyukur kerana mendapat segala kemudahan yang diperlukan untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan baik.

6 . 0 D A PATA N K A J I A N

6.1 PERBANDINGAN PETEMPATAN YANG TERDAPAT DI KAWASAN JELAPANG DENGAN KAWASAN DI NEGARA JEPUN 6.1.1

Jenis dan Pola Petempatan di Kawasan Jelapang dan perbandingan dengan kawasan di negara Jepun

11

Kerja Kursus Geografi PMR 2009

Petempatan di Negara Malaysia boleh dibahagikan kepada petempatan bandar dan luar Bandar. Petempatan di kawasan Jelapang ialah petempatan yang mempunyai jumlah penduduk yang melebihi 10,000 orang. Petempatan ini adalah meliputi dalam perancangan bandar. Ia juga dikategorikan sebagai kawasan pola petempatan terancang atau tepubina. Aktiviti ekonominya lebih mengutamakan perindustrian, perniagaan, perdagangan dan perkhidmatan. Pola petempatan bagi kawasan Jelapang ini adalah petempatan terancang atau tepubina merujuk kepada susunan, bentuk dan susun atur rumah-rumah dan bangunan lain di sesuatu petempatan. Susun atur rumah-rumah adalah padat dan terancang. Rumah-rumah bertumpu kepada pusat tumpuan penduduk seperti masjid, sekolah, kilang-kilang dan sebagainya. Petempatan terancang atau tepubina ini dapat dibandingkan dengan bandar Fukuoka, Jepun. Persamaan yang ketara adalah dari segi petempatan dan di kelilingi oleh kawasan perindustrian. Saya amat bersyukur kerana mempunyai negara yang aman dan makmur untuk diduduki. Sekaligus, para penduduk dapat menikmati segala kemajuan infrastruktur dan ekonomi yang ada tanpa sebarang halangan.

PERATUS BILANGAN KAUM DI KAWASAN JELAPANG KAUM Melayu Cina India Lain-lain

PERATUS 50% 25% 20% 5%

12

Kerja Kursus Geografi PMR 2009

Rajah 6.1.1 : Peratus bilangan kaum di kawasan Jelapang

6.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN DI KAWASAN JELAPANG DAN DI AWASAN FUKUOKA, JEPUN 6.2.1 Perindustrian Kawasan Kinta mempunyai beberapa bahagian , salah satunya ialah Jelapang . Jelapang pada ketika dahulu adalah kawasan bijih timah . Jelapang kini menjadi sebuah kawasan perindustrian yang terbesar terutamanya di Negeri Perak .pembangunanya semakin pesat akibat daripada petempatan yang terancang seiring dengan ekonominya yang semakin menigkat .

6.2.2 Ciri-ciri tersendiri Petempatan terancang mempunyai ciri fizikal yang istimewa. Jelapang misalnya, kawasan yang beralun dan berpasir yang menjadi tumpuan petempatan penduduk. Penduduknya bukan sahaja terdiri daripada penduduk yang bermastautin tetapi juga sementara. Hal ini menjadi penyebab kepada bertambahnya pembangunan perumahan yang semakin meningkat. Kawasan tanah beralun di sini sesuai dijadikan kawasan petempatan.Terdapat banyak kawasan perumahan seperti Taman Jati, Taman Meru, Puncak Jelapang dan sebagainya. Petempatan ini dibina secara terancang di sekitar tanah pamah di kawasan Jelapang. Kawasan ini menjadi tumpuan penduduk kerana tempat ini berhampiran dengan kawasan Bandaraya Ipoh. Kawasan petempatan ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam seperti sekolah, pusat pentadbiran, perindustrian, perniagaan, pengangkutan, dan perhubungan. 6.2.3 Ekonomi Kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan Jelapang adalah perniagaan runcit seperti di Pasar Jelapang, Pasar Tani dan lain-lain. Selain itu, sektor perkilangan juga banyak terdapat di sini yang banyak memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, contohnya Carsem

13

Kerja Kursus Geografi PMR 2009

(M) Sd. Bhd, CST Auto Sdn Bhd dan lain-lain. Terdapat juga penduduk yang berkhidmat dengan sektor kerajaan sebagai polis, posmen, doktor, juru rawat, guru, kerani dan sebagainya. Mereka berkhidmat dengan pejabat-pejabat kerajaan yang ada di sekitar kawasan Jelapang seperti di klinik kesihatan, balai polis, pejabat pos, sekolah dan sebagainya.

6.3 Fungsi Petempatan Fungsi petempatan bandar adalah seperti berikut : Perkhidmatan

Perdagangan

Perindustrian

Fungsi Petempatan Bandar

Perniagaan

Pendidikan

Pengangkutan/ perhubungan

Pusat Pentadbiran

Rajah 6.3 : Fungsi-fungsi petempatan bandar Petempatan bandar di Negara Malaysia teruatama di kawasan Jelapang mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Kebanyakan petempatan bandar terletak di kawasan perindustrian dan pentadbiran. Dengan itu, petempatan ini berfungsi sebagai perniagaan, perdagangan, perindustrian, pendidikan, pengangkutan dan perhubungan. Contohnya, kawasan Jelapang, Ipoh berfungsi sebagai kawasan perindustrian terbesar di dalam arena perdagangan. 6.3.1 Perniagaan Fungsi perniagaan dalam petempatan dijalankan secara kecil-kecilan dan besar-besaran. Perniagaan yang kecil contohnya kedai runcit yang menjual barang keperluan. Pasar bahan 14

Kerja Kursus Geografi PMR 2009

mentah dan kering juga terdapat di kawasan tersebut. Pasar Jelapang menjadi tumpuan penduduk untuk membeli barang keperluan harian. Selain itu, penduduk setempat juga boleh membeli barang-barang keperluan di pasar malam dan juga pasar tani. 6.3.2 Perkhidmatan Kawasan bandar Jelapang juga terdapat pusat perkhidmatan. Terdapat sekolah, klinik kesihatan, balai polis, perhentian bas, dewan orang ramai dan pejabat pos yang disediakan untuk kemudahan penduduk setempat.

6.3.3 Pendidikan Fungsi seterusnya ialah pendidikan. Pendidikan adalah sangat penting kerana dapat meningkatkan ilmu pengetahuan. Contoh institusi pendidikan yang terdapat di kawasan Jelapang ialah SK Jelapang, SK Jati, SK Silibin, SABK Maahad Imam AsSyafiee, SMK Jati dan SMK Jelapang Jaya.Selain itu, terdapat juga beberapa pusat tuisyen swasta di sekitar Taman Jati dan Taman Meru dan Puncak Jelapang. 6.3.4 Perindustrian Selain daripada itu, Jelapang juga berfungsi sebagai salah sebuah pusat perindustrian yang terbesar dalam daerah Kinta selain daripada Pusat Perindustrian Silibin. Selain daripada jalan pengangkutan yang baik, kawasan perindustrian di sini mempunyai pasaran yang baik kerana kawasan tumpuan penduduk. Kawasan ini juga mempunyai penduduk yang ramai menyebabkan bekalan buruh dari penduduk sekitar mudah diperolehi. Selain itu, kawasan ini juga berhampiran dengan Bandaraya Ipoh yang mempunyai kemudahan infrastruktur yang baik seperti berdekatan dengan stesen keretapi dan juga lapangan terbang di bandaraya Ipoh. Terdapat banyak jenis kilang yang beroperasi di kawasan ini. Jadual 6.3.4 (i) berikut memaparkan tentang jenis-jenis kilang yang beroperasi di sekitar kawasan perindustrian Pekan Jelapang melalui kaedah pemerhatian yang telah saya jalankan.

15

Kerja Kursus Geografi PMR 2009

Jenis kilang Elektronik

Jenis produk Mikrocip,litar computer,kamera,jam

Bilangan 4

Besi dan Keluli Tekstil Pembuatan makanan Pembuatan plastik

Besi tempa,dawai,cerucuk Baju,seluar,kain,langsir,cadar Roti,aiskrim,makanan ringan Barangan plastik untuk kegunaan rumah

4 3 6 8

Memproses Kayu

Perabot,papan lapis,papan cabinet,alat tulis

4

Rajah 6.3.4 (i): Jadual bilangan kilang yang beroperasi di kawasan Jelapang. Jepun pula merupakan sebuah negara perindustrian yang paling maju di dunia. Sektor perindustrian di Jepun menghasilkan pelbagai barangan dan produk antaranya barangan kejuruteraan permotoran dan jentera, mesin berteknologi tinggi, kapal-kapal penumpang, bahan kimia dan sebagainya. Menerusi kaedah rujukan di internet, saya rumuskan kawasan perindustrian di Jepun dapat dilihat dalam jadual di bawah:

Kawasan Perindustrian Kawasan Perindustrian Keihin Kawasan Perindustrian Hanshin Kawasan Perindustrian Kitakyushu Kawasan Perindustrian Chukyo

Jenis Industri Besi dan keluli, membina dan membaiki kapal, bahan kimia, tekstil, makanan dan kejuruteraan elektrik Tekstil, kejuruteraan, besi dan keluli, petrokimia, sutera dan kain Kapal,besi dan keluli,kejuruteraan elektrik,bahan kimia dan makanan Kain,kapas dan sutera,bahan kimia,kereta dan makanan/minuman

Jadual 6.3.4 (ii) :Kawasan-kawasan dan jenis perindustrian utama Jepun. sumber:http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=PMR&s=GEO&b=NOTA 6.3.5 Perdagangan Jelapang berfungsi juga sebagai pusat perdagangan yang menyumbangkan kepada ekonomi. Contoh perdagangan yang terdapat di sini adalah secara borong, runcit, restoran, import dan eksport. Terdapat juga beberapa buah bank seperti Maybank, CIMB Bank dan Bank Rakyat. 6.3.6 Pengangkutan dan perhubungan 16

Kerja Kursus Geografi PMR 2009

Jelapang mempunyai sistem pengangkutan dan perhubungan yang lengkap. Jalanraya yang terdapat di sini menghubungkan kawasan Jelapang dengan kawasan sekitarnya termasuk Bandaraya Ipoh, Pekan Silibin dan Lebuhraya Utara-Selatan. Jaringan pengangkutan juga dibina bagi menghubungkan kawasan Jelapang ke Lebuhraya Ipoh-Lumut bagi memudahkan para pelancong untuk ke Pulau Pangkor. 6.3.7 Pentadbiran Seterusnya, terdapat beberapa jabatan kerajaan yang terletak di Meru, Jelapang seperti Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Negara. Sekaligus, hal ini menunjukkan Jelapang juga memainkan peranan sebagai salah sebuah pusat pentadbiran di Kawasan Kinta.

6.4 MASALAH PETEMPATAN DI KAWASAN JELAPANG DAN DI KAWASAN FUKUOKA, JEPUN 6.4.1 Masalah-masalah petempatan di Kawasan Jelapang Di kawasan Jelapang, terdapat banyak berlaku pencemaran. Melalui pemerhatian saya telah mendapati bahawa kegiatan ekonomi seperti aktiviti perdagangan di Jelapang telah menyebabkan longgokan-longgokan sampah sarap. Hal ini menimbulkan masalah yang agak serius dan memberi kesan yang buruk kepada penduduk setempat. Aktiviti perkilangan juga didapati menimbunkan bahan-bahan buangan kilang mereka di sekitar kawasan tersebut.Pencemaran udara di kawasan Jelapang banyak berpunca daripada asap kenderaan bermotor, asap dari kilang, bahan kimia dan butiran halus seperti debu yang dilepaskan ke udara.Pencemaran air pula berlaku di sungai terutama yang berlaku di sungai sekitar kawasan Jelapang. Sungai-sungai di kawasan ini didapati agak keruh dan terdapat kilang-kilang di sepanjang sugai itu yang membuang sisa kilang mereka ke dalam sungai.

Seterusnya, kesesakan lalu lintas berlaku akibat jalan raya yang sempit juga merupakan masalah di kawasan Jelapang.. Kesesakan juga berlaku apabila terdapat permukaan jalan raya yang tidak rata. Banjir juga merupakan satu masalah yang serius berlaku di kawasan Jelapang. Terdapat banyak tempat yang berlakunya banjir kilat akibat daripada bentuk muka buminya. 17

Kerja Kursus Geografi PMR 2009

Akhir sekali, perubahan padang darat juga telah berlaku di Kawasan Jelapang apabila kawasan hutan telah ditebang bagi membentuk kawasan perbandaran yang baru. Hal ini berkaitan dengan aktiviti penebangan hutan yang mengakibatkan berlakunya tanah runtuh dan banjir kilat.

6.4.2

Masalah-masala petempatan di Negara Jepun Negara Jepun juga telah mengalami beberapa masalah petempatan. Seperti yang kita sedia

maklum, Jepun merupakan sebuah negara perindustrian yang paling maju. Oleh yang demikian, masalah petempatan yang berkaitan dengan alam sekitar pasti berlaku.. Antaran masalah yang dihadapi oleh Negara Jepun termasuk masalah pencemaran , kesan rumah hijau, penipisan ozon,hujan asid dan masalah kepupusan sumber. Menurut satu laporan di dalam sebuah laman web, ada dinyatakan suatu kesan yang dahsyat telah menimpa penduduk Jepun pada tahun 1962 apabila sebuah kilang kimia di Teluk Minamata di Jepun telah membuang sisa toksik ke dalam laut dan telah mencemarkan ikan di laut tersebut yang menjadi sumber protein. Akhirnya penduduk sekitar kawasan tersebut telah meminta kesan seperti kecacatan dalam kelahiran serta keguguran bayi. Masalah penipisan lapisan ozon akibat peggunaan penyaman udara , penyembur aerosol, peti sejuk dan sebagainya juga telah berlaku. Hal ini akan menyebabkan pelbagai penyakit dan mengancam tanaman. Penggunaan bahan moden yang berlebihan menyebabkan penipisan lapisan ozon.Selain itu, penduduk Jepun juga mengalami masalah pulau haba. Pulau haba wujud kesan daripada kekurangan tumbuh-tumbuhan yang berperanan menyerap karbon dioksida. Hal ini menghalang pergerakan udara dan menyebabkan suhu meningkat. Di Fukuoka, Jepun pula, pembinaan bangunan berkonkrit

dan

bangunan pencakar langit telah menyebabkan berlakunya pulau haba di bandar. Masalah yang terakhir adalah hakisan tanah. Penebangan hutan dan pokok menyebabkan air hujan jatuh ke bumi dengan laju dan peningkatan kadar hakisan tanah. Saya berasa bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku dan semua pihak harus mengambil tindakan. Kita haruslah menyayangi alam sekitar dan negara kita serta tidak memusnahkannya.

6.5 LANGKAH-LANGKAH MENGURANGAN MASALAH PETEMPATAN 18

Kerja Kursus Geografi PMR 2009

6.5.1 Kitar Semula Kitar semula merupakan aktiviti menggunakan atau memproses semula bahan-bahan yang telah digunakan. Terdapat banyak jenis bahan buangan daripada aktiviti ekonomi di sekitar kawasan Jelapang ini boleh dikitar semula mahupun diproses dan dijadikan barangan baru. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah kertas, botol kaca, plastik serta barangan aluminium yang dibuang daripada kilang-kilang mahupun kedai-kedai yang beroperasi di sekitar kawasan ini. Barangan seperti kertas,kaca, dan barangan aluminium boleh juga diproses menjadi barangan baru dan ini dapat memaksimumkan penggunaan barangan tersebut serta dapat menjimatkan

sumber.

6.5.2 Penguatkuasaan Undang-undang Penguatkuasaan ini dapat mengurangkan kesan negatif kepada petempatan di kawasan Jelapang. Penguatkuasaan denda perlu dikenakan kepada pihak yang membuang sampah di merata-rata tempat, kilang-kilang dan kenderaan yang mengeluarkan asap yang berlebihan dan sebagainya. Adalah diharapkan melalui penguatkuasaan undang-undang ini, para pengusaha kilang, usahawan, peniaga serta orang ramai lebih prihatin dan berwaspada tentang kesan pencemaran alam sekitar terhadap petempatan . 6.5.3 Melebarkan jalan raya Jalan raya yang kecil akan dilebarkan supaya tidak terjadi kesesakan jalan raya. Pihak Majlis Bandaraya Ipoh perlu melebarkan jalan raya supaya kesesakan lalu lintas dan kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Kawasan jalanraya di Jelapang agak sempit dengan hanya dua lorong. Hal ini menyebabkan timbulnya masalan kesesakan jalan raya terutama pada waktu awal pagi tambahan pula jalan tersebut merupakan jalan keluar masuk lori-lori kontena dari kawasan perindustrian yang berdekatan. Keadaan ini menyebabkan jalan raya tersebut bukan sahaja sesak tetapi juga sering mengalami kerosakan seperti berlubang dan tidak rata. Hal ini menimbulkan masalah kepada pengguna jalan raya di sekitar kawasan tersebut. 6.5.4 Mempercepatkan Projek Peningkatan Taraf

19

Kerja Kursus Geografi PMR 2009

Pihak MAJLIS BANDARAYA IPOH (MBI) digesa supaya mempercepatkan projek peningkatan taraf kawasan Pekan Silibin untuk mengurangkan bilangan kenderaan berat seperti lori dan trak. Selai itu, MBI juga perlu melarang kenderaan berat memasuki kawasan Pekan Silibin pada hari cuti am dan menyediakan kawasan tempat letak kereta khas dipinggir kawasan Pekan Silibin. 6.5.5

Kempen Menjaga Alam Sekitar Kempen tentang kesedaran perlu menjaga kebersihan dan keindahan kawasan Jelapang

harus dijalankan. Ini patut disertai dengan penguatkuasaan undang-undang seperti mengenakan denda terhadap mereka yang membuang sampah di merata-rata tempat. Antara aktiviti lain yang boleh dijalankan untuk mengurangkan masalah petempatan adalah dengan mengadakan kempen. Para pengusaha kilang, usahawan, peniaga, serta orang ramai mesti digalakkan supaya berwaspada tentang kesan-kesan amalan mereka terhadap alam sekitar. Kempen kesedaran alam sekitar ini boleh dijalankan melalui aktiviti ceramah, pameran, kem kesedaran, bengkel alam sekitar serta melalui media cetak atau media eletronik. Dengan adanya kempen-kempen kesedaran sumpama ini, diharapkan dapat membuka mata masyarakat teentang kesan kepentingan menjaga alam sekitar kepada petempatan kawasan Jelapang. 6.5.6 Penyelenggaraan Sistem Saliran dan Perparitan Penyelenggaraan sistem saliran (parit dan longkang) tidak terancang menyebabkan berlakunya banjir kilat. Kawasan berhampiran Jalan Jelapang sering berlaku banjir kilat pada waktu hujan lebat menyebabkan perhubungan sering terganggu dan air tidak mengalir dengan baik. Keadaan ini juga menimbulkan masalah bukan sahaja kepada pengguna jalanraya tetapi juga menjejaskan rumah-rumah yang terdapat disekitar kawasan tersebut.Oleh itu, pihak MAJLIS BANDARAYA IPOH perlu mengatasi masalah banjir kilat dengan menambahkan saluran air dan melebarkan saluran yang lama dikawasan tersebut. 6.5.7 Rawatan Air Di Jepun

20

Kerja Kursus Geografi PMR 2009

Dengan teknologi yang canggih sebanyak 53 juta metrik sisa padu air boleh dirawat sehari di Jepun. Air yang dirawat digunakan semula sbagai air siraman, membasuh tandas dan industri. Jepun juga mengamalkan rawatan air secara biologi dan ozonisasi untuk mengeluarkan bau dan rasa yang tidak diingini daripada air yang terpakai. 6.5.8 Pembersihan Tasik Di Jepun Langkah-langkah pembersihan tasik dilaksanakan menerusi Pengurusan Lembangan Saliran. Kerja-kerja ini termasuklah membersihkan air tasik dan meneutralkan keasidannya, mengawal pembiakan rumpai air dalam tasik, mengorek dasar tasik bagi mengurangkan pemendapan seperti di tasik Kasumigaura dan Tasik Kamayam

Roziah Hani binti Othman, 18, Laluan Taman Meru 27, Taman Meru 2 B (Meru Hills), 30020 Ipoh, Perak. ____________________________________________________________________________ Pengetua, SABK Maahad Al Imam Asy-Syafiee, Jelapang, 30020 Ipoh, Perak.

5 MAC 2009

Tuan, Menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT)

21

Kerja Kursus Geografi PMR 2009

Merujuk perkara di atas, saya Roziah Hani Binti Othman membenarkan anak saya, Luqman Fahmi bin Ahmad Sazilee, pelajar tingkatan 3 Al Mawardi untuk menjalankan Kajian Geografi Tempatan bagi memenuhi sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan Tiga. 2. Saya faham bahawa semasa menjalankan kajian ini,jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anak saya, saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak sekolah. Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………. (ROZIAH HANI BINTI OTHMAN)

9.0 RUJUKAN

9.1 Atlas Goh Cheng Cheong, 2001. Atlas Eksplorasi Geografi, Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 9.2 Buku teks Khaw Ah Seng, Habibah Hj. Lateh dan Tan Koh Lin, 2004. Buku Teks Geografi Tingkatan 3, Ipoh : Penerbit PTS Publication Sdn. Bhd. 9.3 Buku Rujukan

22

Kerja Kursus Geografi PMR 2009

Shaharudin Ahmad dan Noraziah Ali, 1993. Kamus Istilah Geografi KBSM, Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd. 9.4 Laman web : 9.4.1

http://www.worldmapfinder.com

9.4.2

http://www.ipoh-online.com.my/general/shopping/index.htm

9.4.3

http://www.worldstravels.com/travelguide/countries/Japan/map

8.0 LAMPIRAN

MASALAH-MASALAH YANG TERDAPAT DI KAWASAN JELAPANG. Satu masalah yang terdapat pada longkang menyebabkan air longkang tidak dapat mengalir dengan lancar.

23

Kerja Kursus Geografi PMR 2009

Masalah bangunan yang terbiar tanpa ada pembaikan.

Masalah jalan raya yang rosak dan ditakungi air

24

Kerja Kursus Geografi PMR 2009

Masalah sistem perparitan yang kotor

Sebuah telefon awam yang menjadi mangsa vendalisme

Masalah sampah yang tidak di pungut. 25

Kerja Kursus Geografi PMR 2009

Masalah tanah runtuh yang disebabkan pembinaan.

Masalah kawasan yang idak dibersihkan.

26

Kerja Kursus Geografi PMR 2009

27

Related Documents