Format Minit.docx

  • Uploaded by: Welster Ariffin
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Format Minit.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,022
  • Pages: 6
UNIT PENERBITAN MINIT MESYUARAT BIL. 4/2018 Tarikh : 13 April 2018 Masa : 9.00 pagi Tempat : Ruang Perbincangan Unit Penerbitan YANG HADIR: 1. Hajah Norjanah Yusof 2. Puan Jennitah Noordin 3. Encik Muziat Yusuf 4. Puan Maslijan Abd. Rasad 5. Encik Zaharudin Abdul Rahman 6. Encik Mohd. Almiey Mohd. Ali 7. Puan Erani Abdullah 8. Encik Mohd Saifuddin 9. Puan Debbie Benjamin -

Pengerusi

Pencatat TINDAKAN

1. 1.1

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih TP Hjh. Norjanah dan Encik Mohd Saifuddin menyertai mesyuarat Unit Penerbitan.

1.2

Pengerusi memaklumkan hasil daripada mesyuarat penyelarasan cawangan dan wilayah tentang Tatacara Terkini Penerbitan Buku yang di pengerusi oleh Tuan Haji Abdul Khalik Sulaiman pada 18 Julai 2018 di Johor Baharu adalah seperti berikut: 1.2.1 Cawangan dan Wilayah hendaklah menyemak mokup selepas pruf ke-3. 1.2.2 Sasaran penerbitan buku bagi cawangan ialah 10 buah buku tidak kira apa genre. 1.2.3 Selepas lulus JKE/JKP, manuskrip hendaklah siap disunting dalam masa 3 bulan. 1.2.4 Perjanjian Lesen Penerbitan haruslah diuruskan sebelum manuskrip dihantar ke 3P. 1.2.5 Pastikan data penulis lengkap semasa mengurus Lesen Penerbitan khususnya berkaitan dengan waris. 1.2.6 Buku Antologi Puisi atau Cerpen boleh diterbitkan dengan syarat penulis yang sudah mantap dan terkenal.

1.2.7 Manuskrip hasil peraduan perlu melalui JKE/JKP. 1.2.8 Perolehan Antologi Puisi tidak ada jumlah tertentu asalkan penulis yang mantap tetapi cetakannya POD (Print On Demand) iaitu sebanyak 200 naskhah sahaja. 1.2.9 Manuskrip yang diminta oleh Ibu Pejabat dinilai semula oleh pakar untuk tujuan melihat hal-hal kearifan tempatan atau budaya tempatan boleh dibayar kepakarannya tetapi untuk pengesahan fakta tidak ada pembayaran. Pelantikan dibuat editor cawangan dan dibayar oleh Ibu Pejabat. 1.2.10 Manuskrip yang dirancang boleh dilaksanakan melalui bengkel, taklimat dan pelantikan penulis. Editor boleh buat pemetaan kandungan dan berbincang dengan penulis. 1.2.11 Sekiranya ada manuskrip yang ditolak oleh JKE/JKP tanpa sebarang alasan, editor berhak meminta maklumat penolakan daripada editor Ibu Pejabat dan bertanyakan tentang kelemahan dan kekuatan manuskrip tersebut. Editor berbincang dengan penulis untuk memperbaiki manuskrip dan dihantar semula dengan judul yang baharu. 1.2.12 Laporan penilaian awal manuskrip perlu ada kekuatan manuskrip yang harus ditonjolkan oleh editor. 1.2.13 Editor digalakkan belajar speed reading dan scan reading. 1.2.14 Manuskrip jenis travelog boleh diterima daripada penulis yang mantap. 1.2.15 Jawatankuasa Sidang Editor Kualiti akan diwujudkan bagi membincang tentang kekuatan dan kelemahan manuskrip sebelum ditolak atau dihantar kelulusan JKE/JKP. 1.2.16 Pemilihan kulit buku boleh mendapatkan 3 rekaan yang berbeza daripada pereka. 1.2.17 Penerbitan buku kulit keras tidak digalakkan.

1.2.18 Elakkan isi manuskrip bertemakan kemiskinan dan hasad dengki. Judul juga tidak ada nilainilai yang sensitif. 1.2.19 Saiz buku boleh diubah dengan kelulusan Pengarah Jabatan Penerbitan. 1.2.20 Editor disarankan menguasai Akta Surcaj dan Akta Hak Cipta. 2.0 2.1

LAPORAN Buku Umum 2.1.1 Manuskrip Buangan Kelapa Sawit Bernilai Tinggi karya Dr. Iravan Serri, Pensyarah, Kolej Teknikal Yayasan Sabah – Telah dihantar untuk kelulusan JKE/JKP. 2.1.2 Manuskrip Busana Etnik Suang Lotud Sabah karya Puan Salbiah Kindoyop dan Dr. Humin Jasilin – Dalam proses pengindeksan. 2.1.3 Manuskrip Ujana Bahasa Kimaragang karya Puan Rasimi Linggang – Status tidak diperolehi sebab penulis berurusan terus dengan editor Ibu Pejabat. 2.1.4 Manuskrip Psikologi Perkembangan Kanakkanak karya Dr. Mohd Hanip Hj. Hassan – Dalam proses penyuntingan. 2.1.5 Encik Muziat Yusof memaklumkan akan membuat Bengkel Perolehan Manuskrip Buku Umum di UMS Sandakan pada bulan Ogos daripada tajaan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Alam Sekitar Sabah sebanyak RM4,000.00. 2.1.6 Mesyuarat maklum Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri memohon maaf tidak dapat membiayai makan minum Bengkel Perolehan Manuskrip Buku Umum disebabkan peruntukan mereka telah disatukan dengan Bahagian Penapisan Filem . 2.1.7 Mesyuarat maklum Anugerah Galakan Penulisan Buku Umum daripada Yayasan Sabah akan disampaikan pada Majlis Hadiah Sastera Sabah 2016/2017.

2.1.8 Bengkel Pemurnian Manuskrip Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Ekonomi, Yayasan Sabah telah dilaksanakan di Place Hotel, Kota Kinabalu. Tarikh? 2.1.9 Encik Muziat Yusof memaklumkan kepada mesyuarat bahawa buku Kembara Kayangan karya Datuk Jamdin Buyong telah diterbitkan. Datuk Jamdin Buyong memohon sekiranya dapat dilancarkan. 2.1.10 Encik Muziat Yusof memohon bantuan daripada editor lain untuk menyunting 2 manuskrip Datuk Jasni Matlani iaitu Angin Perubahan: memperkasakan Sastera Melayu di Sabah dan Angin Perubahan: Memorial Jasni Matlani yang telah lulus JKE/JKP kerana telah melebih tempoh penyuntingan yang diberi. 2.1.11 Manuskrip Sastera Rakyat daripada Puan Hajah Sitti Hadiah Abdul Mutalib pembinaan bahasa perlu dimurnikan keseluruhannya kerana transkripsi kepada bahasa Melayu terlalu lemah. 2.2

Buku Kreatif Dewasa 2.2.1 Manuskrip Fitrah Terindah dan Garis-garis Takdir karya Saindah Kanalam – Telah dihantar untuk kelulusan JKE/JKP. 2.2.2 Manuskrip Negeri Pari-Pari karya Rodiah Hj. Said – Telah lulus JKE/JKP, telah selesai penyuntingan yang ke-3. 2.2.3 Memorial PBB karya Mohd Zaki Susanto masih dalam penilaian awal. 2.2.4 Penerimaan manuskrip baharu: i. Siti Apsah karya Saindah Kanalam ii. Tarmaj karya Aminah Ali iii. Antologi Cerpen Busana

2.3

Buku Kanak-Kanak 2.3.1 Mesyuarat maklum bahawa 6 manuskrip Buku

2

Ilustrasi Yayasan Sabah telah dihantar ke Bahagian Buku Kanak-Kanak dan Remaja. Namun 2 manuskrip telah dikembalikan untuk penambahbaikan kerana tidak ada ciri tempatan. 2.3.3 Manuskrip Uddin Putera Perkasa - Dalam Peringkat Reka Letak. 2.3.4 Manuskrip Sayang Ibuku Sayang karya Kathrina Tati – Telah lulus JKE/JKP. 2.3.5 4 novel kanak-kanak yang masih dalam peringkat penilaian awal. 2.4

Buku Remaja 2.4.1 Manuskrip Hantu Villa Londong karya Nursyafiqah Roslan - Dalam peringkat penambahbaikan. 2.4.2 Manuskrip Melakar Sinar karya Sunita Sahidin – Dalam proses membuat Lesen Perjanjian dan siap penyuntingan. 2.4.3 Manuskrip Hadiah Berbalut Merah Jambu karya Jelison Jupin – Masih menunggu Izin Terbit daripada Majalah Harmoni, Krangkraf dan Sabah Times. 2.4.4 Bengkel Pemurnian Buku Remaja akan diadakan pada 18-19 Ogos 2018 dengan kerjasama Bahagian Buku Kanak-Kanak dan Remaja DBP KL. 2.4.5 Lima belas Skrip Drama Remaja – masih dalam simpanan editor.

2.5

Majalah Wadah 2.5.1 Perancangan Wadah keluaran bulan November 2018 adalah seperti berikut: i. Mewawancara dengan Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah iaitu Datuk Dr. Yusof Yacob berkenaan pandangannya dan hala tuju berkenaan bahasa dan sastera di Sabah. ii.

Rencana berkenaan tulisan jawi daripada Ismail Ag. Piut.

iii. Bicara bahasa daripada Datuk Jasni

Matlani iv. Istilah Bahasa yang semasa. 3.0

HAL-HAL LAIN 3.1 Encik mencadangkan bahan pameran dirujuk kepada pakar bahasa bagi mengelak kesilapan bahasa.

4.0

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 tengah hari.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

(DEBBIE BENJAMIN) Pencatat Tarikh :

(JENNITAH NOORDIN) Pengerusi Tarikh :

Related Documents

Format
October 2019 65
Format
July 2020 39
Format
May 2020 46
Format
November 2019 63
Format
November 2019 67
Format
June 2020 40

More Documents from ""

Format Minit.docx
November 2019 15
Bercouple Dalam Islam
November 2019 20
Tugas Mk Obligasi
June 2020 15
Kebencian Ideologi
November 2019 16
Manajemen Keuangan
June 2020 22