Folio Sejarah-sejarah Tempat Tinggal-

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Folio Sejarah-sejarah Tempat Tinggal- as PDF for free.

More details

  • Words: 675
  • Pages: 10
MRSM PENGKALAN HULU

KERJA KURSUS SEJARAH SEJARAH TEMPAT TINGGAL GERIK,PERAK

NAMA : NOOR FAYYADHAH SOLEHAH BT MUTAZA KELAS : 202 H/R :DESMARIATUL NO I/C : 951209-02-5342 NO MAKTAB:08106

SENARAI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

1

PENGHARGAAN

2

OBJEKTIF KAJIAN

3

KAEDAH KAJIAN

4

HASIL KAJIAN

5

RUMUSAN

6

LAMPIRAN

7

RUJUKAN

M/S

I

PENGHARGAAN Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan folio sejarah ini dengan jayanya dalam masa dan waktu yang ditetapkan.

Terima kasih diucapkan buat guru sejarah saya iaitu, Puan Nadia kerana telah mengajar saya dan memberi penerangan dan langkah-langkah yang betul dalam membuat folio ini secara lengkapnya.

Ribuan terima kasih buat kedua-dua ibubapa saya iaitu Encik Mutaza bin Mat Isa dan Puan Che Sam binti Don kerana telah memberi dorongan serta membiayai perbelanjaan untuk memberi barangan yang berkaitan dalam membikin folio ini.

Turut tidak dilupakan kepada rakan-rakan sekelas saya kerana telah mencurahkan beberapa idea menarik dan maklumat berkaitan kajian. Tanpa mereka semua folio saya tidak akan sempurna.

OBJEKTIF KAJIAN Saya telah melakukan kajian mengenai sejarah tempat tinggal. Saya telah memilih Gerik yang berada di Daerah Hulu perak. Objektif kajian saya yang pertama ialah untuk mengenalpasti asal-usul tempat tinggal saya iaitu Gerik,Perak. Dengan itu dapatlah saya mengetahui tentang asal-usul Gerik.

Objektif yang kedua pula ialah bertujuan untuk mengetahui bagaimana Gerik mendapat nama.Jika objektif ini berjaya, dapatlah saya mengetahui nama Gerik dan peristiwa Gerik mendapat nama sewaktu dahulu.

Di samping itu objektif yang ketiganya pula ialah untuk mengkaji dan mengenal

pasti orang yang telah mengasaskan Daerah Gerik. Berdasarkan objektif ini, saya juga dapat mengetahui serba sedikit tentang sejarah yang terdapat di tempat tinggal saya.

KAEDAH KAJIAN

Dalam menjalankan kajian ini saya telah menggunakan beberapa kaedah seperti kaedah pemerhatian. Saya telah melawat beberapa tempat bersejarah yg berada di tempat tinggal saya. Di samping itu, saya telah menggunakan kaedah temu bual. Saya telah menemu bual beberapa orang responden untuk mendapatkan maklumat-maklumat berguna tentang Sejarah Perak.

Selain itu, saya turut menggunakan kaedah melayari internet. Saya telah melayari beberapa laman web yang mempunyai maklumat tentang Sejarah Perak kerana maklumat yang terkumpul masih tidak cukup.

Akhir sekali, saya telah menggunakan kaedah menganalisis dokumen. Dokumendokumen yang saya dapat yang berkaitan Sejarah Perak boleh memberikan saya sedikitsebanyak maklumat yang diperlukan.

HASIL KAJIAN Hasil kajian saya di kawasan Gerik iaitu tempat tinggal saya ialah saya dapat mengetahui sejarah tempat saya.Saya dapat mengetahui bahawa orang yang mula-mula membuka Gerik ialah Tun Saban iaitu anak Tun Perak,bendahara Kesultanan Melaka pada kurun ke-16.Tun Saban berhijrah ke Hulu Patani kemudian berpindah ke Belum,Gerik dan menjadi ketua masyarakat di Belum,semasa kejatuhan Melaka ke tangan Portugis.

Negeri Reman bersempadan dengan Gerik.Raja Reman menceroboh Gerik dan menawan Klian Intan dan Kroh.1902,sistem pemerintahan Reman dihapuskan oleh Siam dan menjadi jajahannya. 9 Julai 1902,Siam membuat perjanjian dengan inggeris untuk menyerah Kedah,Perlis,Kelantan,dan Terengganu untuk berada di bawah pemerintahan inggeris.Perjanjian di tanda tangani di bangkok oleh Sir Anderson dan Setiausaha Luar Negeri Siam. Selain itu, nama Gerik berasal daripada perkataan Gerit lalu ditukar ejaan menjadi Gerik.Nama ini diambil sempena peristiwa raja Reman mendengar bunyi ganjil dari perdu serumpun buluh lalu menyuruh orang menggali pangkal buluh itu lalu terlihat berpuluh ekor Dekan menggerit umbi buluh.Oleh sebab umbi buluh itu keras lalu terhasil bunyi berkeritkerit.

RUMUSAN

Saya sangat bersyukur kerana telah selesai melaksanakan Kerja Kursus Sejarah yang bertemakan Sejarah tempat tinggal dalam masa yang telah ditetapkan. Dalam melaksankan folio ini banyak yang telah saya pelajari.

Saya dapat mengetahui pengasas daerah Gerik iaitu Tun Saban iaitu anak Tun Perak. Saya juga mengetahui Tun Saban berhijrah ke Belum,Gerik setelah kejatuhan Melaka ke tangan Portugis.

Saya juga dapat mengetahui asal-usul nama Gerik.Gerik mendapat nama sama seperti bagaimana Melaka mendapat nama.PerkataanGerik berasal daripada perkataan Gerit lalu ditukarkan ejaannya menjadi perkataan Gerik.

Selain pengetahuan , saya dapat menghayati nilai kesabaran dan kerjasama antara rakan semasa menjalankan kerja kursus ini. Menghasilkan kerja kursus sejarah telah memberi peluang kepada saya menguasai kemahiran membuat penyelidikan dengan tatacara yang betul serta meningkatkan kemahiran berkomunikasi.Kini, saya telah mengenali erti tidak berputus asa dalam melaksanakan sesuatu tugas.

LAMPIRAN

Rujukan Internet http://ms.wikipedia.org/wiki/laman_utama

Buku sejarah

Masariah Mispari,Johara Abdul Wahab,Ridzuan Hasan,2003. Sejarah tingkatan 2,Kuala Lumpur:DBP

Peta Gerik http//www.gerik.icu.gov.my

Related Documents

Tempat Tempat Lab
October 2019 56
Selamat Tinggal
June 2020 12
Folio
June 2020 24
Folio
November 2019 47