BANGUNAN BERSEJARAH DI NEGARA MALAYSIA
RUMAH KELAHIRAN TUN DR.MAHATHIR
1
SENARAI KANDUNGAN BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
PERKARA TAJUK KURSUS SENARAI KANDUNGAN PENGHARGAAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN
MUKA SURAT 1 2 3 4 5 7-12 13-14 15-23 24
PENGHARGAAN
Saya Muhamad Farhan Bin Ismail telah menghadapi cabaran untuk melaksanakan kajian ini dengan baik.Namun demikian saya dapat melaksanakan dengan sempurna dengan bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak.
2
Saya mengucapkan tinggi-tinggi penghargaan kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra,Tuan Haji Abu Seman Bin Sareh Md Isa di atas segala kemudahan yang beliau sediakan bagi memudahkan saya menyiapkankerja kursus ini. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Shazali Bin Omar,guru
Sejarah
Tingkatan
3
Intelek,Sekolah
Menengah
Kebangsaan
Jitra.Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya. Terima kasih juga kepada Puan Rahmawati Binti Ibrahim dan Encik Ismail Bin Baharudin iaitu ibu dan bapa saya yang memberikan dorongan dan galakan kepada saya semasa menjalankan kajian ini. Selain itu sumbangan mereka melalui kewangan juga amat dihargai. Tidak lupa kepada juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan, Muhamad Zuhairi bin Lafidi, Amirul Fahmi Bin Che Mohd Fadzilah dan Lutfi Syafiq Bin Md. Yusof kerana telah memberikan kepada saya banyak cadangan yang bernas untuk melaksanakan tugasan ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Melalui kajian yang telah saya jalankan,saya telah dapat memahami dengan lebih mendalam tentang bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita ini
3
Selain
itu,saya
dapat
pengalaman
baru
mencari
sumber-sumber
untuk
mendapatkan bahan yang mencukupi bagi menyiapkan kerja kursus ini.Saya juga mandapat pendedahan berkaitan saluran untuk mendapatkan bahan tersebut. Melalui kajian ini,saya dapat menghargai warisan bangunan bersejarah seterusnya memelihara keaslian bangunan tersebut supaya menjadi iktibar kepada orang ramai. Kajian ini membolehkan saya mengamalkan nilai murni seperti semangat cintakan negara dan mempunyai semagat untuk terus mempertahankan tanah air.
KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa cara untuk mendapatkan sumber-sumber mengenai bangunan yang saya kaji.Contohnya saya telah berkunjung ke rumah
4
Dr.Mahathir dan telah mendapat beberapa maklumat yang diperlukan.Kaedah ini juga dilakukan di sekitar kawasan kajian.Kaedah ini dipilih bertujuan melihat sendiri keadaan bangunan bersejarah tersebut dan keadaan fizikalnya. Saya telah menemu ramah penjaga rumah dan pekerja yang berada di situ untuk memperoleh maklumat yang berkaitan latar belakang kawasan kajian tersebut dan lain-lain maklumat yang berkaitan. Saya telah dapat mengumpul maklumat internet yang membantu saya memahami dengan lebih jelas tentang bangunan bersejarah yang saya kaji. Melalui
kunjungan
saya
ke Arkib
Negara
Malaysia,saya
telah
berjaya
mendapatkan beberapa buah jurnal yang banyak membantu saya menyiapkan kerja kursus ini.Saya telah fotostat bahagian-bahagian tertentu jurnal itu untuk dijadikan sebagai bahan rujukan.
HASIL KAJIAN
Nama Bangunan Nama bangunan yang saya kaji ialah rumah kelahiran Tun Dr.Mahathir.
5
Latar Belakang Bangunan Rumah kelahiran Tun Dr.Mahathir Mohamad ini merupakan satu peninggalan seni bina yang amat berharga terhadap kita disebabkan nilai-nilai seni bina yang terdapat pada rumah tersebut.Rumah tradisional Melayu ini yang beralamat No.18 Lorong Kilang Ais,Jalan Pegawai,Alor Setar sekarang adalah dimiliki oleh Arkib Negara dimana sebelum ini rumah tersebut dimiliki oleh Tun Dr.Mahathir serta saudara-maranya dan beliau telah bersetuju untuk menyerahkan rumah tersebut kepada Arkib Negara dalam kerja pemeliharaan dan membaik pulih rumah tersebut.
Projek membaik pulih rumah ini telah dicadangkan oleh Lembaga Muzium Negeri Kedah dalam mesyuaratnya yang bertarikh 21 Ogos 1990 dimana dalam mensyuarat tersebut Lembaga Muzium Negeri Kedah mencadangkan pihak Arkib Negara untuk memelihara rumah tersebut di bawah projek Arkib Perdana Menteri.Cadangan ini dibuat selepas pihak Lembaga Muzium Negeri Kedah mendapat kebenaran bertulis Yang Amat Berbahagia Tun Dr.Mahathir bin Mohamed serta saudaramaranya melalui surat yang bertarikh 29 Jun 1990 dimana dalam surat tersebut,Tun Dr.Mahathir telah bersetuju untuk menyerahkan rumah tersebut
6
kepada Arkib Negara untuk tujuan pemeliharaan.Rumah kediaman milik Tun Dr.Mahathir telah diserahkan kepada Arkib Negara pada Mei 1992.
Rumah ini menggambarkan kehidupan zaman kanak-kanak Tun Dr. Mahathir. di sinilah beliau dibesarkan sehingga berkahwin. walaupun selepas beliau berpindah ke rumah sendiri di Titi Gajah beliau tetap berkunjung ke rumah ini untuk menziarahi ibu bapa beliau.
Pemilik rumah ini ialah Mohamed bin Iskandar iaitu bapa Tun Dr. Mahathir bin Mohamed dan beliau dilahirkan pada tahun 1881 di Pulau Pinang.Manakala beliau meninggal dunia pada tahun 1961 semasa umurnya 80 tahun.Mohammed bin Iskandar merupakan seorang guru kepada Sekolah Inggeris pada zaman tersebut dan beliau mempunyai satu panggilan,iaitu `Master Mohammed Iskandar` sebagai penghormatan kepada beliau dalam bidang pengajarannya.
Rumah ini dibina pada tahun 1900 dan dibeli oleh bapa Tun Dr.Mahathir bin Mohamed,Mohamed bin Iskandar memilki rumah ini daripada seorang penjual dimana pada masa itu penjual tersebut hendak mengahwinkan anaknya. Lokasinya terletak di Jalan Pegawai, berdekatan lampu isyarat Seberang Perak dan bersebelahan kilang ais lama beralamat
No.18 Lorong Kilang Ais,Jalan
Pegawai,Alor Setar.Rumah ini tiada kos pembinaan kerana ia adalah milik persendirian.
7
Keistimewaan Bangunan
Corak seni bina rumah tersebut adalah rumah Tradisional Melayu dimana rumah tersebut adalah dibina berpandukan keperluan dan kehendak pemilik rumah.Ruang dalaman rumah akan ditambah mengikut keperluan seperti ahli keluarga bertambah dan sebagainya.Rumah jenis ini adalah terangkat daripada tanah bumi di mana bertujuan untuk mengelakkan binatang buas dan banjir besar,manakala bahagian bawah rumah digunakan sebagai tempat peyimpanan barang dan sebagainya.
Rumah Dr. Mahathir mempunyai dedaun tingkap yang panjang dan menegak di mana
ketinggian
tingkap
tersebut
adalah lebih kurang sama dengan ketinggian pintu rumah.
Dinding rumah dibina daripada kayu dan kayu dinding adalah disusun secara padat atau dipanggil `papan tindih kasih`.Lantai rumah ini juga adalah dibina dengan menggunakan kayu dan kayu tersebut disusun dengan rapat secara menegak dan melintang.Rumah tersebut mempunyai satu bilik mandi dan satu tandas angkut di mana sejarah pembinaannya telah lebih 100 tahun.
8
Melalui pelan lantai rumah ini boleh didapati terdapat empat jenis ruang di dalam rumah tersebut dan kegunaan untuk kempat-empat jenis ruang ini adalah berbeza seperti ruang tamu, sudut tetamu dan bahagian dapur.Ruang tamu adalah ruang yang digunakan bagi menjalankan aktiviti keluarga.Sudut tetamu merupakan ruang yang digunakan untuk menyambut kedatangan tetamu.
Ruang makan yang terdapat di depan bilik ibu bapa digunakan untuk menjamu selera dan ruang dapur merupakan tempat untuk menyediakan makanan.Ruangruang rumah akan ditambah apabila bilangan ahli keluarga dalam rumah bertambah dan ruang-ruang yang sedia ada boleh digabungkan menjadi satu ruang besar.
Rumah ini mempunyai kadar pencahayaan dan pengudaraan yang baik kerana mempunyai `tebar layar`.Bumbung rumah adalah dibina dengan menggunakan atap nipah di mana daun nipah akan dikeringkan.Atap jenis ini adalah sesuai digunakan
kerana
tahap
penapisan
cahaya
matahari adalah baik dan tidak akan meningkatkan kadar suhu dalam rumah.
Rumah ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian depan dan bahagian
belakang.Bahagian
depan
merangkumi
9
ruang
tamu
dan
bilik
bacaan.Bahagian belakang rumah merangkumi bahagian dapur,bilik mandi dan bilik ibu bapa.
Bahagian depan rumah telah ditambah dua bilik iaitu bilik bacaan dan bilik pengantin serta ruang tamu.Bahan binaan utama untuk rumah ini adalah kayu dan bersilingkan dengan kain putih.Bilik-bilik yang terdapat di bahagian depan rumah diasingkan dengan menggunakan pintu kayu berlipat.Dinding untuk bahagian depan rumah dicatkan dengan warna putih dan biru tetapi di bahagian belakang tidak dicatkan dan dikekalkan dengan warna asal bangunan.
Bahan binaan utama untuk rumah ini adalah menggunakan kayu keras.Kayu keras digunakan untuk mengekalkan keasliannya kerana kayu keras yang digunakan untuk pembinaan tidak akan berhias manakala hanya disyelek dan dicat sahaja.
Jenis tiang yang digunakan untuk rumah Dr. Mahathir ialah tiang kayu.Tiang kayu diletakkan setiap titik pertemuan pepenjuru dan sambungan dinding untuk menyokong struktur rumah ini.Bahan binaan yang digunakan untuk pembinaan dinding rumah Dr.Mahathir adalah kayu kerana pengaruh seni binanya iaitu rumah tradisional orang Melayu.Susunan kepingan kayu untuk dinding rumah ini adalah berbeza dan susunan kayu untuk bahagian belakang dipanggil tindih kasih manakala susunan kayu untuk bahagian depan dipanggil dinding papan menegak.Hal ini adalah kerana waktu pembinaannya yang berlainan kerana
10
teknologi pembinaan pada masa dulu adalah berpandukan kepada pengetahuan serta pengalaman tukang tersebut dan tidak mempunyai sistem yang tetap.
Bahan binaan yang digunakan dalam pembinaan lantai rumah Tun Dr.Mahathir ialah menggunakan kepingan kayu.Kepingan kayu disusun secara secara rapat sama ada secara melintang atau menegak dan kepingan kayu itu akan disokong dengan menggunakan gelegar di bawahnya dengan susunan yang terbalik dengan susunan kepingan kayu di atasnya.
Jenis bumbung yang digunakan rumah kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad adalah menggunakan bumbung panjang yang curam berserta dengan ujuran bumbung yang panjang.Terdapat tebar layar pada bahagian depan dan belakang rumah ini dan ini memudahkan
peredaran
udara
kerana udara panas akan naik ke ats manakala udara sejuk masuk melalui permukaan tebar tersebut. Jenis bahan binaan yang digunakan untuk rumah adalah menggunakan atap nipah sebagai lapisan atas bumbung.
11
Terdapat empat tangga dalam rumah kelahiran Dr.Mahathir di mana tangga yang pertama terdapat di bahagian depan rumah yang menghubungkan bahagian luar rumah dengan beranda.Tangga yang kedua pula terdapat di bahagian beranda yang menghubungkan ruang beranda dengan ruang tamu rumah.Tangga yang ketiga terdapat di ruang tetamu di mana tangga tersebut menghubungkan ruang antara ruang tetamu dengan bilik mandi di dalam rumah tersebut.Tangga keempat terdapat di ruang belakang rumah di mana tangga tersebut menghubungkan ruang dapur dengan ruang belakang rumah.
RUMUSAN
12
Negara Malaysia kaya dengan sejarah.Salah satu sejarah yang dititik beratkan ialah bangunan-bangunan yang banyak memberi implikasi kepada masyarakat Melayu di sini..Ketika menjalankan kerja kursus ini,banyak pengetahuan,pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari.
Saya telah banyak memperoleh maklumat tentang bangunan bersejarah negara ini yang kian dilupakan masyarakat kini.Oleh itu,saya mesti menghargai dan
memelihara
warisan
nenek
moyang
kita
malah
berusaha
untuk
mengekalkannya.Bangunan ini juga boleh menjadi tarikan pelancong dan secara langsung dapat menjana ekonomi pelancongan negara.
Bangunan bersejarah dapat dikekalkan sehingga kini kerana masyarakat zaman
dahulu
mempunyai
nilai
cintakan
negara
yang
sangat
mendalam.Masyarakat zaman kini harus mempunyai nilai-nilai seperti masyarakat dahulu mempertahankan negara mereka.
Oleh yang demikian,kita perlu memastikan bahawa bangunan bersejarah di negara kita dikekalkan supaya dapat memperkenalkan budaya serta seni bina Negara kita kepada orang luar .Bangunan ini juga dapat dijadikan contoh warisan budaya dan seni bina orang Melayu.
13
Melalui bangunan bersejarah,orang ramai dapat menghayati serta memahami tentang nilai estetika,gaya hidup,pengaruh seni bina dan cara pembinaan rumah tradisional Melayu dengan perkembangan teknologi yang terhad.Boleh dikatakan bahawa bangunan tradisional Melayu ini dibina berpandukan kepada kebijaksanaan dan pengalaman seseorang tukang bina tersebut.
Melalui kajian ini juga saya telah memperolehi banyak pengalaman dan pengetahuan mengenai bangunan bersejarah di negara kita.Kajian ini telah memupuk sifat sabar dan tekun dalam diri saya untuk mencari maklumat bagi memenuhi keperluan kajian ini.
14
LAMPIRAN
FOTO 1: Tugu Perasmian Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad
FOTO 2 : Tugu Tentang Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad
15
FOTO 3: Tugu Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad
FOTO 4: Di Tembok Rumah Kelehiran Mahathir Mohamad
16
FOTO 5:Di hadapan rumah kelahiran Tun Dr.Mahathir
FOTO 6:Rumah Kelahiran Tun Dr, Mahathir Mohamed
17
FOTO 7: Anjung Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad
FOTO 8: Replika Tong Padi
18
19
20
21
22
23
9.0)RUJUKAN Buku Ilmiah Pelajar Seni Bina Semester 6 Politeknik Melimau Melaka,2007,Rumah Tun Dr. Mahathir Bin Mohamed,Arkib Negara Malaysia,Cawangan Kedah dan Perlis Internet http://www.ctl.utm.my/merdeka/calon/merdeka24/rmh_mahathir.html
http://www.mykedah.org/Destinasi/rumah-kelahiran-mahathir-mohamad.html
Blog http://www.rumahkelahirandrmahathir.blogspot.com/ Orang Sumber Md. Akhir Bin Ahmad,52 tahun,No. 44 Batu 4 ½ Jalan Sungai Petani,05400,Alor Setar,Kedah.
Melawat Tempat Kajian Nombor 18, Lorong Kilang Ais, Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Arkib Negara,Jalan Mentaloon, 05050 Alor Setar,Kedah Darul Aman. Pamplet Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah dan Perlis,Alor Merah,05250 Alor Setar,Kedah Darul Aman.
24