Objektif tercapai: 1. Pelajar dapat menyatakan jenis-jenis ayat . 2. Pelajar mengetahui fungsi bagi setiap jenis ayat. 3. Pelajar dapat mengkategorikan setiap jenis ayat mengikut wacana yang diberikan oleh guru dengan memberikan contoh sebagai bukti. 4. Pelajar dapat membina ayat sendiri menggunakan beberapa jenis ayat. Guru dapat menilai tahap kefahaman pelajar dalam mengenalpasti jenis-jenis ayat melelui latihan dan aktiviti yang diberikan. Pada tahap ini pelajar seharusnya sudah boleh membina ayat sendiri menggunakan beberapa jenis ayat. Guru mengajukan soalan secara umum mengenai jenis ayat dan contohnya. Guru mengajukan soalan kepada pelajar secara rawak dengan harapan pelajar dapat menjawab definisi, fungsi dan contoh berdasarkan kefahaman pelajar dan dapat membezakan setiap jenis ayat yang diajarkan. Guru mula menyenaraikan empat kategori jenis ayat dengan memberikan contoh yang berhubungkait dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Guru menerangkan jenis dan fungsi bagi setiap jenis ayat serta menjelaskan dengan contoh yang sesuai bagi setiap jenis ayat untuk kefahaman pelajar. Guru memperkenalkan kepada pelajar tajuk dan isi pelajaran iaitu jenis ayat yang di dalamnya terkandung ayat tanya, ayat seru, ayat perintah dan ayat penyata. Di samping itu, guru juga menerangkan definisi.