Fasrah

  • Uploaded by: Khairullah Affarouk Paiman
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Fasrah as PDF for free.

More details

  • Words: 548
  • Pages: 3
Pasrah Oleh” Khairullah Affarouk Bin Paiman

Alis mata ku tutup rapat-rapat, nafas kutarik perlahan-lahanmelalui rongga hidung yang agak tersumbat akibat selesema. Di kejauhan, kedengaran hiruk-pikuk kenderaan lalu-lalang menyambut dinihari. Hairan aku pada waktu begini, mereka telah pergi ke kebun menorah getah sedangkan kebiasaannya waktu begini kebanyakan manusia sedang lena diulit mimpi.

Aku membuka mata perlahan-lahan, ku kerling ke kanan katil, semalam ada potret wajah ibu di situ, ada potret wajah ayah dan tergantung pula di hadapan pintu, potret kami sekeluarga. Kini potret itu masih di situ tetapi tidak kelihatan lagi. … Mengapa semalam berlainan dengan hari ini sedang semalam kuteliti, kuamati, dan kuhayatinya tapi kini aku tidak boleh menatapnya dari pembaringan ini. Aku bangun perlahan-lahan, kuhalakan tangan ke hadapan menyentuh bingkai potret di dinding, kucuba amatinya tetapi penglihatanku semakin kabur, sebak pilu menerpa tangkai hatiku. Benarkah aku kini telah buta……? Aku tak mahu mengakuinya tetapi itulah hakikatnya.

Ayah, benarkah kau sayang padaku sehingga berhabisan wang ringgit merawat mata ini? Ibu, masih kau mengasihiku dengan linangan air mata simpati atas kehilangan penglihatanku? Ibu dan ayah, kau menyayangi dan mengasihi penglihatanku atau aku yang ada di situ. Fikiranku kian menjadi buntu. Ayah sayang mataku atau sayangkan

anakmu. Ibu sayang mataku atau sayangkan anakmu ini. Fikiranku semakin bercelaru. Aku kembali ke katil pembaringan yang begitu setia sejak berbulan lalu.

“Adik, makan ubat” kedengaran suara halus merdu menyusup masuk ke rongga telingaku. Kupalingkan kepala ke kiri dan ke kanan mencari arah suara itu datang. Tibatiba kurasakan tanganku disentuh oleh jari-jemari yang halus. Aku jadi terpegun, “begitu agaknya cara yang bakal kutempkutempuhi untuk aku berkomunikasi”, bisik hatiku. Selesai makan ubat, aku ditenangkan oleh ibu, aku diberi semangat, aku diberi kata perangsang namun, tutur kata yang diluahkan menyebabkan aku bertambah sebak hingga menitiskan air mata.

Kelmarin begitu ceria dan cerah sekali dunia kupandang. Semalam dunia semakin kelam. Hari ini kurasakan dunia sudah tiada lagi. Hitam pekat mengelilingiku bagai aku berada dalam sebuah pusara. Benarkah akan kubiarkan sekujur tubuh yang masih bernyawa ini terkujur di liang lahad? Benarkah akan kulimpahkan sebanyak mungkin air mata menyesali takdir yang menimpa diri ini? Pastikah aku akan Berjaya merubah semua itu sekiranya aku bangkit dari pusara itu? Aku tinggalkan linangan air mata, akan kutabah mengharungi sebarang suasana. Aku yakin takdir telah menukar corak penghidupanku.

Terima kasih ibu, terima kasih ayah, terima kasih adik dan abang. Kau tidak memberi aku noktah dalam perjuanganku sebaliknya kemesraan kau teruskan jua. Keceriaan yang aku hamparkan lalu aku tidak terasa asing terpinggir. Aku tetap manusia rupanya, aku harus berjuang, aku reda atas anugerah Allah Yang Maha Mengasihani. Kata

ustaz, “kita tidak boleh melihat sesuatu yang Allah beri itu sesuatu yang buruk kerana Allah Maha Adil dan Maha Perancang”. Pasti ada hikmah di sebalik kegelapan yang kualami ini. Aku reda dan pasrah.

Terima kasih kalian yang telah menyedarkan aku bahawa aku berupaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kalian semua, Cuma berilah aku sedikit kesempatan untuk membuktikan bahawa aku boleh bersama-sama kalian. Berikanlah aku sedikit masa daripada masa-masa kalian untuk memahami dan menyesuaikan perbezaan antara kita. Akanku usaha sedaya mungkin merealisasikan harapan ibu dan ayah. Langkahku

di

atas

pentas

menyambut

segulung

ijazah

bakal

membuktikan

kesungguhanku dan keprihatinanmu. Terima kasih! Hanya itu yang mampu aku luahkan atas jasa kalian yang tidak terbilang.

Dipetik dari: Majalah Sekolah Tinggi Muar, Johor/2004 Nukilan: Khairullah Affarouk Bin Paiman

Related Documents

Fasrah
May 2020 0

More Documents from "Khairullah Affarouk Paiman"

Fasrah
May 2020 0
Penutup.docx
December 2019 15
Biodata Falah.docx
May 2020 7
68569 Kewirausahaan Adit
October 2019 12