Farhana

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Farhana as PDF for free.

More details

  • Words: 1,127
  • Pages: 9
PRINSIP AL-ADALAH – KEADILAN Maksud Al - Adalah : Adil ialah meletakkan sesuatu sesuai dengan tempatnya. Menurut al-Mawardi al-adalah ialah bercakap benar, jelas kejujuran, menjauhi yang haram memelihara diri dari terjerumus ke dalam dosa, menjauhi subahat dan sebagainya. Terdapat juga maksud lain, pendirian yang lurus dan seimbang berasaskan kebenaran. Prinsip keadilan amat penting dalam pengurusan, kerana tanpa keadilan ada pihak yang akan merasakan dirinya teraniaya dan tertindas, ada pihak yang akan mengambil kesempatan atas hubungan baik dengan seseorang atau kelemahan orang lain untuk mendapatkan sesuatu. Firman allah s.w.t yang bermaksud :“ Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu untuk menunaikan amanah kepada setiap ahlinya ( orang di bawah tanggungannya) dan apabila kamu hendak menghukum ( melaksanakan sesuatu

perkara) di antara manusia, maka hendaklah dilakukan

secara adil ( saksama )” Ayat An-Nisa’ : 58

KAEDAH DAN CARA KEADILAN DALAM SISTEM PENGURUSAN 1. Memberi peluang yang sama. -

Setiap individu perlu mendapat dan diberikan hak yang sama dari segenap aspek. Semua pihak berhak memberikan pendapat, bersuara, mendapatkan pendidikan, mencari pekerjaandan sebagainya. Ini bermakna semangat perkauman, membezakan pangkat dan darjat, melihat keturunan adalah dilarang sama sekali, kerana ia mampu menghalang wujudnya keadilan.

2. Mencegah unsur negatif -

Keadilan tidak akan wujud apabila berleluasa amalan-amalan yang negatif dalam kegiatan pengurusan. Oleh itu, untuk mewujudkan keadilan, setiap

amalan-amalan yang negatif perlulah dielakkan. Amalan rasuah, penipuan, pecah amanah, pengumpulan harta secara tidak sah dan sebagainya perlu dihapuskan kerana ia boleh membawa kemudharatan bukan sahaja kepada diri manusia tetapi juga kesan buruk kepada nama baik organisasi dan Negara.

BIDANG DAN SKOP KEADILAN : 1. KEADILAN URUSAN PERSENDIRIAN -

Seseorang individu itu perlu berlaku adil terhadap dirinya sendiri. Keadaan ini boleh membentuk ia untuk berlaku adil terhadap orang lain dan kepada perkara-perkara yang lain. Oleh itu janganlah kita melakukan sesuatu yang boleh memudharatkan sendiri. Bak kata pepatah melayu ukur baju di badan sendiri amat bertepatan dalam usaha mencapai keadilan.

2. KEADILAN MENGURUSKAN HARTA -

Islam mengakui hak milik persendirian kerana memenuhi keinginan semulajadi manusia untuk memiliki dan menikmati seberapa banyak harta yang mampu mereka miliki. Setiap individu diberikan kebebasan untuk mencari harta tetapi hendaklah sentiasa selari dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh islam. Oleh itu, terdapat 4 kaedah untuk menguruskan harta iaitu :

a) Menggunakan kaedah dan cara yang halal •

Dalam usaha untuk mendapatkan kekayaan, manusia perlu menggunakan cara yang halal seperti menceburi bidang perniagaan, penglibatan dalam bidang pertanian dan sebagainya dan tidak bercanggah dengan ketetapan syarak.

b) Memastikan berlakunya proses kecairan harta •

Harta tidak boleh disimpan tempat yang tidak boleh menyebabkan harta itu mengalir dalam, pasaran atau membekukan harta tersebut.

c) Menunaikan tanggungjawab terhadap harta.



Antara tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh pemilik harta yang berbentuk wajib ialah zakat, nafqah dan sebagainya. Manakala yang sunat sepeti sedekah dan yang lain-lain.

d) Mengelak perbelanjaan ke jalan yang haram •

Islam melarang pemilik harta dari membellanjakan hartanya ke jalan yang telah diharamkan yang boleh memudaratkan kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat, seperti berjudi, pelacuran dan seumpamanya. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “ wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan ( cara ) yang batil (salah) kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku redha meredhai ( suka sama suka ) antara kamu”

3. KEADILAN DALAM PERTUTURAN -

Seseorang itu harus bercakap benar dengan tidak menyembunyikan , mengurangkan atau menokok tambah tentang sesuatu perkara atau sengaja mencipta fitnah untuk memburukkan seseorang. Keadilan tidak akan menjadi kenyataan, sekiranya adanya unsure-unsur yang tidak sihat dalam pertuturan atau komunikasi.

4. KEADILAN DALAM PERBICARAAN DAN PENGHUKUMAN

-

Pengadilan dijalankan dengan teliti agar semua pihak yang bertelingkah akan mendapat hak-hak mereka yang sebenar dan ia merangkumi perbicaraan dan penghukuman. Hukuman tidak boleh dijatuhkan tanpa bukti-bukti yang sahih dan nyata.

5. KEADILAN TERHADAP YANG TIDAK SEPENDAPAT -

Keadilan harus diberikan kepada mereka yang tidak sealiran atau bermusuh dengan kita. Penafian terhadap hak ini akan berlakunya ketidakadilan. Oleh itu, perbuatan merendah-rendahkan pendapat orang lain adalah dilarang sama sekali kerana ia boleh mencetuskan ketidakpuasan pihak yang terlibat.

BENTUK-BENTUK KEADILAN : -

1. KEADILAN DALAM BENTUK PERSAMAAN •

Oleh itu tiada dasar membezakan manusia berdasarkan suku, bangsa , warna kulit, keturunan, pangkat dan sebagainya kerana ia boleh menghalang proses keadilan itu sendiri.

2. KEADILAN DALAM BENTUK YANG BERBEZA •

Keadilan juga boleh wujud dalam bentuk perbezaan. Sekiranya ia dilakukan dalam bnetuk persamaan bermakna keadilan tidak akan berlaku seperti : perbezaan gaji berdasarkan kelulusan dan kemahiran, taraf pendidikan dan keupayaan yang dimiliki. Perbezaan pendapatan seperti ini akan melahirkan rasa puashati di kalangan pihak yang terlibat dalam sesebuah organisasi.

3. KEADILAN DALAM BENTUK HAK KEISTIMEWAAN •

Terdapat juga hak-hak istimewa yang diberikan kepada golongan tertentu mengikut ketetapan undang-undang. Contohnya : amalan di Malaysia, orang melayu mempuyai hak istimewa berbanding kaum yang lain. Oleh

itu, mereka berhak mengamalkan upacara keagamaan semasa bertugas sesuai dengan islam sebagai agama rasmi atau penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

AL-ITQAN – KUALITI / KETEKUNAN

Al-Itqan adalah kualiti merupakan kemuncak dari keseluruhan prinsip-prinsip sebelumnya iaitu menghasilkan kejayaan yang cemerlang dalam bentuk produktiviti dan kualiti kerja pekerja dan aktiviti rakyat. Terdapat berbagai faktor yang perlu berperanan untuk menetukan kejayaan pengurusan sesebuah institusi. Faktor-faktornya ialah :-

1. PEMIMPIN BERKUALITI •

Pemimpin yang berkualiti adalah pemimpin yang menjadi model dan ikutan kakitangan bawahan serta disegani oleh rakan sejawat. Dalam islam yang paling unggul dan tiada tolak bandingnya ialah nabi Muhammad s.a.w. sehingga s.w.t. mengiktirafkan sebagai uswah hasanah iaitu contoh ikutan yang baik bagi mereka yang mengharapkan balasan dunia dan akhirat. Oleh itu, antara sifat dan watak yang perlu ada kepada seorang pemimpin ialah : i)

Kejujuran dan keikhlasan

ii)

Memiliki wawasan yang jauh

iii)

Bersikap dinamik untuk memajukan

iv)

Sentiasa berusaha secara berterusan dan tidak terhenti dengan pencapaian yang ada.

v)

Sentiasa memelihara kebajikan para pekerjanya

vi)

Menepati ciri-ciri dan syarat yang ditetapkan oleh syarak.

2. PEKERJA BERKUALITI •

Pekerja berkualiti adalah pekerja yang tekun berusaha, cekap,kuat, rajin suka membantu orang lain, jujur, amanah, tepati janji dan berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. Seterusnya mereka menjaga batasan-batasan antara lelaki dan perempuan.

3. STRUKTUR ORGANISASI •

Sesebuah organisasi mampu meningkatkan kualiti dan prestasi jika ia disususn dengan teratur disamping mencapai matlamat yang hendak dicapai oleh organisasi tersebut. Untuk menghasilkan struktur organisasi yang berkesan ia memerlukan kebijaksanaan pihak pengurusan. Oleh itu, kemampuan menyusun pembahagian tugas yang berkesan di kalangan pekerja dengan mengambil kira kemampuan mereka akan menentukan arah tuju organisasi menuju landasan kejayaan.

4. PRODUKTIVITI BERKUALITI •

Pekerja yang berkualiti akan menghasilkan produktiviti yang berkualiti, elok dan menyenangkan bukan sahaja kepada organisasi atau dirinya malah mengutamakan kehendak pelanggan. Pekerja mestilah menghasilkan barangan / perkhidmatan yang terbaik dan penghasilan mereka diiktiraf dan dapat dimanfaat oleh para pelanggan. Menjadi naluri manusia inginkan barangan yang terbaik, sesuai dengan arahan allah agar manusia menggunakan barangan yang halal lagi baik. Seperti kehendak hadis Nabi s.a.w yang bermaksud : “ sesungguhnya Allah suka apabila seseorang daripada kaum membuat kerja dengan itqan (berkualiti)”

Related Documents