Fakulti Pendidikan

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Fakulti Pendidikan as PDF for free.

More details

  • Words: 3,245
  • Pages: 12
FAKULTI PENDIDIKAN PERANAN SEKOLAH DAN MASYARAKAT DALAM PENDIDIKAN MORAL PAEX2301 TAJUK: PONTENG OLEH: FARAH SYAZWANI BINTI AZMI AEA060071 NOR AZURA BINTI ALI AEA060265 PENSYARAH: PROF. DR. GHAZALI BIN DARULSALAM

PENGENALAN Ponteng sekolah dan ponteng kelas merupakan perlakuan yang menyalahi peraturansekolah dan jika pelajar dibiarkan ponteng sekolah dan ponteng kelas sehingga menjadiamalan dan tabiat, ianya boleh membawa kesan negatif terhadap diri pelajar sendiri,keluarganya dan juga sekolah. Seterusnya, perlakuan tersebut memungkinkan seseorangpelajar hilang sifat bertanggungjawab, akan ketinggalan dalam pelajaran dan yang paling dikhuatiri mereka akan melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan negatif. Ponteng adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Istilah ini tersebut digunakan bagi kes ketidakhadiran yang berpunca daripada keinginan pelajar itu sendiri, dan bukannya kes-kes seperti sakit, kemalangan dan sebagainya. Definisi sebenar mungkin berbeza mengikut sekolah, tetapi biasanya diterangkan secara jelas di dalam peraturan sekolah. Selain itu ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari. Di sesetengah sekolah, pelajar yang ponteng akan hilang kelayakan untuk tamat sekolah ataupun menerima jam kredit bagi kelas yang tidak dihadiri, sehinggalah kekurangan tersebut diisi melalui tahanan kelas, denda ataupun kelas gantian. Faktor sekolah itu sendiri menjadi sebab mengapa pelajar ponteng sekolah.Ini kerana pelajar menghabiskan banyak masanya di sekolah. Organisasi dan struktur di sekolah seperti pengagihan pelajar mengikut pencapaian. Pihak berkuasa yang menekankan kepada peperiksaan,bentuk, struktur,ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya mengalakkan masalah displin dikalangan pelajar-pelajar(T. Marimuthu, 1980)Selain itu sikap guru yang suka melabelkan antara pelajar cerdik dan bodoh menyebabkan pelajar yang mulanya berminat dan bermotivasi, pastinya menujukkan sikap dan minat yang bertentangan setelah dilabelkan oleh guru sebagai pemalas atau bodoh, ini boleh menjejaskan pencapaian pelajar dan pelajaran(Lacer 1970). Hal ini seterusnya menyebabkan keinginan untuk ponteng dari kelas atau sekolah kerana semangat untuk belajar terus luntur dari diri belajar terbabit.

Di samping itu pengaruh-pengaruh sekeliling juga menyebabkan seseorang pelajar itu terdedah kepada masalah ponteng, contohnya pengaruh rakan sebaya, kurangnya perhatian dan pemantaun daripada keluarga serta pengaruh luar, contohnya

pegaruh budaya luar, kemajuan yang menyebabkan banyaknya cyber cafe di buka dan juga kompleks-kompleks membeli belah, yang menjadi tempat kepada pelajar-pelajar ini menghabiskan masa mereka.

PERANAN SEKOLAH DALAM MENANGANI MASALAH PONTENG Pihak pentadbiran sekolah. Pihak pentadbiran sekolah perlulah mantap dan berkejarsama untuk menangani masalah ponteng sekolah ini. Di mana pihak sekolah sepatutnya bertegas dengan para pelajar sekolah berkenaan untuk menangani masalah ponteng ini. Di mana para pelajr mestilah di dedahkan dengan peraturan –peraturan sekolah dan tindakan yang boleh di ambil sekiranya mereka melanggar peraturan sekolah. Selain itu pihak sekolah mesti tegas dalam melaksanakan peraturan sekolah ini. Ini bagi membolehkan para pelajar tidak akan mengulangi lagi kesalahan yang sama dan juga menjadi pengajaran kepada para pelajar lain. Di mana pihak sekolah perlu mengambil pendekatan agresif dan hard line approach yang berbentuk hukuman berat ke atas pelajar yang ponteng sekolah;

Pihak pentadbiran sekolah juga perlu berkerjasama dengan ibubapa atau penjaga pelajar, bagi memantau masalah ponteng ini dikalangan mereka. Dengan membangunkan program mengenai masalah ponteng melibatkan ibu bapa dan komuniti setempat;Sebagai contoh pihak sekolah perlu memberitahu kepada ibubapa pelajar, apabila anak-anak mereka tidak hadir ke sekolah tanpa sebab. Ini kerana banyak terjadinya kes-kes ponteng sekolah yang di luar pengetahuan ibubapa,kerana pelajar ini tetap berpakaian sekolah dan keluar serta pulang ke rumah apabila tamat waktu belajar. Tindakan pihak sekolah sekarang yang mana hanya memberi surat amaran kepada pelajar yang ponteng sekolah selama tiga kali berturut-turut kepada pelajar untuk diserahkan kepada penjaga mereka, adalah salah satu tindakan yang kurang bijak. Ini ditambah lagi dengan dewasa ini, para ibubapa sudah tidak mengambil berat lagi masalah anak-anak mereka. Mereka lebih menyerahkan segala-galanya kepada para guru dan juga sekolah,jika berlaku apa-apa masalah.Sepatutunya pihak sekolah perlu berjumpa secara terus atau memberitahu terus kepada penjaga pelajar, bukan menyerahkan surat kepada pelajar berkenaan.selain itu pihak sekolah juga perlu memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga tentang dasar yang berkaitan ponteng sekolah supaya ibu bapa faham dan boleh respon dan bertindak kepada anak yang ponteng

Selain itu tindakan-tindakan displin yang di jalankan seperti gantung sekolah, sewajarnya tidak lagi di laksanakan,ini kerana akan mengalakkan para pelajar untuk ponteng sekolah. Sewajarnya tindakan-tindakan yang hendak dilaksanakan perlulah yang akan membuatkan para pelajar itu sedar akan kesalahan mereka. Dalam pada itu, pihak pentdabiran sekolah juga perlulah mentadbir sekolah mereka ke arah sekolah penyayang yang mana bukan sahaja tindakan yang mana, mereka mengambil berat tentang masalah-masalah para pelajar dan juga cuba menjadikan sekolah sebagai tempat yang mengembirakan semua pelajar mereka. Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah ialah dengan membuat program-program bersama para pelajar mereka seperti hari sukan, sambutan hari guru dan juga aktiviti riadah, yang mana ini membolehkan pihak pentadbiran, guru dan juga pelajar rapat. Aktiviti-aktiviti di sekolah seperti kokurikulum contohnya, membolehkan para pelajar bergaul antara satu sama lain, dan secara tidak langsung akan memupuk mereka melakukan aktiviti yang berfaedah dan tidak membuang masa dan tidak terpengaruh dengan gejala-gejala negatif luar seperti terlibat dengan permainan video, cyber cafe dan juga lepak di pusat-pusat membeli belah. Ini juga akan menyebabkan para pelajar ini seronok untuk ke sekolah. Selain itu, masalah ponteng sering dikaitkan berlaku apabila tamatnya musim peperiksaan di sekolah-sekolah, jadi antara cara yang dirancang ialah pihak sekolah perlu melewatkan waktu peperiksaan agar mengalakkan para pelajar ke sekolah, dan juga menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik kepada para pelajar selepas tamatnya musim peperiksaan. Pihak pentadibiran sekolah juga perlu berusaha untuk memastikan agar sekolah menjadi tempat yang paling seronok kepada para pelajar bagi menangani masalah ponteng ini. Pihak pentadbiran juga perlu melantik para pegawas iaitu daripada kalangan para pelajar sendiri untuk menjadi ‘mata-mata’ kepada pihak sekolah bagi melaporkan kepada pihak sekolah jika terdapatnya pelajar yang ponteng sekolah, dan lokasi ponteng sekolah mereka itu. Selain daripada para pengawas juga bertindak sebagai rakan sebaya yang boleh mempengaruhi para pelajar lain agar tidak melakukan kesalahan seperti ponteng sekolah ini. Ini kerana sebaya dan senang untuk berdamping dengan para pelajar ini.

Persekitaran kelas juga perlu di ubah, dimana kuantiti pelajar di dalam kelas yang paling ideal adalah diantara 25 hingga 30 orang pelajar sahaja. Ini memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar. Di samping itu juga, ini memudahkan para guru memberikan perhatian kepada pelajar mereka. Keadaan kelas yang sesak dengan pelajar boleh menybebabkan ada pelajar yang bosan dan akhirnya mereka akan ponteng kelas berkenaan.

Selain daripada kuantiti para pelajar, kelangkapan yang disediakan haruslah sempurna dan juga lengkap. Pihak sekolah juga boleh mengalakkan para pelajar untuk menceriakan kelas-kelas mereka melalui pertandingan kelas tercantik contohnya, yang mana secara tak langsung apabila suasana kelas yang ceria ini akan membolehkan para pelajar suka ke kelas dan belajar.

Peranan para guru. Guru memainkan peranan penting dalam menangani masalah ponteng sekolah ini. Ini adalah kerana para gurulah yang banyak menghabiskan masa mereka bersama pelajar-pelajar di dalam kelas. Para guru perlulah merangsang pemikiran pelajar mereka dan juga perlu menjalankan pendekatan secara berhemah. Di mana mereka perlulah pandai untuk mengawal emosi para pelajar mereka. Seorang guru perlu bertegas dengan para pelajar mereka tetapi dalam masa yang sama mereka tidak boleh terlalu garang hingga membuatlkan para pelajar tidak suka kepada guru dan juga akhirnya pelajar ini akan ponteng kelas. Para guru perlu lebih kreatif dalam kaedah pengajaran mereka agar dapat `menangkap' dan mengukuhkan minat para pelajar. Dengan pembangunan dan perubahan kini yang melahirkan anak-anak yang lebih moden, guru-guru dituntut mempunyai kemahiran lebih daripada hanya kemahiran mengajar. Mereka tidak harus menumpukan kepada aspek akademik semata-mata tetapi mengambil pendekatan yang lebih menyeluruh. Cara pengajaran yang banyak kepada menghafal, membuatkan para pelajar yang lemah akan bertambah malas untuk belajar, matapelajaran seperti sejarah, geogafi dan pendidikan islam yang memerlukan para pelajar menghafal akan membuatkan para pelajat tidak berminat untuk belajar. Para guru perlu berusaha menjadikan suasana pembelajaran di bilik darjah sentiasa segar bagi memupuk emosi seronok dan minat yang berkobar-kobar di kalangan pelajar untuk belajar. Banyak cara yang boleh digunaka oleh para guru pada masa kini, bukan lagi seperti guru-guru pada masa dahulu yang hanya membaca dan juga pelajar menyalin apa yang dikatakan oleh guru. Banyak bcara yang boleh dilakukan contohnya dengan kepesatan teknologi pada masa kini, para guru boleh mengajar dengan mengunakan LCD. Para guru juga perlulah menunjukkan sifat yang baik kepada para pelajar mereka, agar mereka boleh menjadi role model kepada para pelajar mereka. Dimana para guru sepatutnya bersikap adil kepada semua para pelajarnya di mana semua pelajar perlulah dilayan samarata tanpa mengira faktor-faktor fizikal mereka dan juga tahapkecerdasan mereka, keturunan atau agama mereka. Ini akan membolehkan guru ini disenangi pelajar dan juga ini membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Di mana apabila para guru mengamalkan sikap adil dan sama rata serta tidak pilih kasih semasa terhadap para pelajar mereka. Ini akan menyebabkan

para pelajar lebih bermotivasi untuk belajar dan juga tidak akan berasa rendah diri dan tidak selesa ketika belajar. Ini juga sala satu daripada motivasi yang mengalakkan para pelajar untuk hadir ke kelas dan juga sekolah. Setiap guru perlulah sentiasa meluangkan sedikit masa yang lebih, walau dalam keadaan yang sibuk dengan apa jenis kerjapun, untuk mengambil tahu tentang masalah pelajar, lebih waspada dengan perwatakan dan tingkah-laku pelajar-pelajar di bawah kawalannya, masalah ponteng akan dapat dikesan dan dibendung terlebih awal. Tidak perlu tunggu sehingga dilantik sebagai guru disiplin atau guru kaunseling barulah hendak mengambil berat tentang latar belakang dan masalah pelajar, lakukan sahaja asalkan dia adalah seorang guru. Dengan mengambil tahu masalah para pelajar ini para guru boleh bertindak untuk menyelesaikan masalah para pelajar ini yang mana mereka masih lagi dalam proses pembesaran yang mana emosi mereka masih lagi belum stabil dan mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar. Para guru juga perlu memahami masalah para pelajar mereka., sebagai contoh mengapa seseorang itu sering ponteng sekolah mungkin di sebabkan beberapa perkara contohnya pelajar terbabit terpaksa berkerja selepas daripada masa sekolah untuk menyara keluarga mereka, kerana mereka berasal daripada keluarga miskin, jadi sebelum mengambil apa-apa tindakan, para guru perlulah menyiasat dulu sebab-sebab berlakunya masalah ini. Agar ada jalan penyelesaian yang boleh dilakukan. Antaranya memgusahakan agar pelajar terbababit mendapat bantuan daripada pihak sekolah atau juga biasiswa yamg membolehkan mereka tidak perlu lagi untuk berkerja. Selain daripada peranan pihak sekolah dalam menangani masalah ponteng ini, pihak luar juga perlulah berkerjsama untuk membanteras gejala ini. Ini kerana masalah ponteng sekolah ini bukanlah masalah kepada pihak sekolah sahaja tetapi juga adalah masalah bersama, di mana para ibubapa tidak boleh menunding jari kepada pihak sekolah sahaja tentang masalah ini.

PERANAN MASYARAKAT DALAM MENGATASI MASALAH PONTENG Masyarakat boleh didefinisikan sebagai kelompok kecil yang dianggotai lebih daripada tiga orang atau kumpulan kecil manusia yang mempunyai peranan dan matlamat hidup yang sama serta mengamalkan norma, adat, peraturan dan agama. Manakala menurut kamus dewan mayarakat adalah kelompok manusia yang hidup secara bersama. Tanpa penerapan dan amalan nilai-nilai murni yang memberi penghargaan terhadap keluarga, sukar untuk mempunyai jati diri bagi menghadapi cabaran pada

masa akan datang. Pemahaman Dasar Sosial Negara (DSN) sebagai dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup. Masyarakat wajar dijadikan sebagai teras di peringkat prasekolah lagi. Objektif dasar ini ialah memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi serta membangunkan dan memperkasakan insan sepanjang hayat supaya penerapan nilai-nilai murni dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pihak sekolah memainkan peranan terhadap para pelajar ketika mereka ini berada di kawasan sekolah atau di alam persekolahan. Hal ini dapat dilanjutkan di luar persekitaran sekolah dengan peranan pihak lain termasuklah masyarakat bagi menjadikan remaja tidak terlibat dengan masalah sosial dan menjadi penggerak Wawasan, Bina diri Bangsa pada masa hadapan. Setelah melihat peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah dalam menangani masalah ponteng dikalangan pelajar sekolah terdapat juga agen lain seperti masyarakat bersama-sama bersatu memainkan peranan supaya gejala ini tidak menjadi lebih teruk lagi pada masa akan datang. Terdapat beberapa faktor yang boleh disumbangkan oleh masyarakat dalam gejala ini antaranya seperti berikut:

Sikap masyarakat yang prihatin kepada persekitaran Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas. Dalam fenomena ini masyarakat perlulah peka kepada persekitaran dengan apa yang berlaku seperti gejala ponteng sekolah. Apabila masyarakat mengambil tahu hal ini maka perlu bertindak dengan memberikan nasihat kepada para pelajar yang

mengamalkan budaya ponteng ini. Sehubungan dengan itu masyarakat perlulah menunjukkan teladan yang baik kepada para pelajar seperti mengambil berat terhadap mereka dengan bertanya kenapa mereka tidak berada di kawasan sekolah sedangkan pada ketika itu masih dalam waktu persekolahan. Apabila pelajar menyedari hakikat ini yang mana masih ada orang yang mengambil berat terhadap mereka dan berasa bimbang dengan keadaan meraka maka timbul kesedaran dalam diri mereka untuk pergi belajar kerana mereka merupakan pemuda dan pemudi harapan Negara pada masa hadapan. Kebiasaannya para pelajar ini akan melepak di luar kawasan sekolah maka masyarakat perlu memberikan komitmen yang sewajarnya dalam membanteras gejala ini dengan menyuruh mereka kembali semula ke sekolah dan menjalankan pembelajaran seperti pelajar lain. Memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa Seterusnya adalah berkaitan dengan penguatkuasaan undang-undang di luar kawasan sekolah iaitu pihak polis memainkan peranan dengan menangkap pelajar yang ponteng sekolah dan berpeleseran di pusat hiburan dan pusat membeli belah dalam waktu sekolah. Menteri Pelajaran, Datuk Hishammuddin Hussein, turut memberikan sokongan terhadap cadangan yang melibatkan pihak berkuasa seperti polis. Fenomena ini juga secara tidak langsung membawa kepada peningkatan masalah sosial dikalangan pelajar sekolah. Maka dengan itu pihak masyarakat perlu menyokong usaha ini kerana polis bersedia membantu mengatasi masalah ponteng di kalangan pelajar sekolah walaupun terpaksa melakukan tugas tambahan. Anggota masyarakat bersama-sama dengan polis menangkap pelajar yang ponteng dan dibawa ke pihak berkuasa dan selanjutnya akan dimasukkan ke dalam mahkamah kes juvana kerana mereka masih dibawah umur. Dengan adanya kejasama yang diberikan oleh masyarakat ini berkemungkinan besar gejala ponteng ini dapat dibanteras dari masa ke semasa.

Memberikan maklumat kepada pihak sekolah dan ibu bapa Dari persektif seterusnya adalah berkaitan dengan peranan masyarakat memberikan maklumat kepada pihak sekolah dan ibu bapa pelajar tersebut. Tidak dapat dinafikan lagi sekiranya masyarakat mempunyai perasaan bertanggungjawab dalam mangatasi masalah ini ianya akan melakukan sesuatu perkara bagi mengelakkan gejala ini daripada terus meningkat secara mendadak. Peranan yang dimaiankan adalah apabila anggota masyarakat ada melihat pelajar yang dikenalinya atau berpakaian seragam sekolah duduk melepak dimara-rata tampat dalam waktu sekolah, maka sewajarnya masyarakat segera melaporkan kejadian tersebut kepada pihak sekolah dan seterusnya kepada ibu bapa mereka

supaya diambil tindakan yang sewajarnya terhadap pelajar ini supaya mereka tidak lagi ponteng dari sekolah atau kelas dan secara lansung timbul keinsafan dalam diri.

Menyokong pihak kerajaan dalam menjayakan program tertentu Alternatif seterusnya adalah peranan masyarakat menyokong pihak kerajaan dalam menjayakan sesuatu program bagi mengatasi masalah sosial pelajar termasuklah masalah ponteng. Apabila anggota masyarakat memberikan maklum balas dengan rancangan yang diaturkan oleh kerajaan dalam merialisasikan harapan Negara mengharapakan pemuda dan pemudi pada masa akan datang dapat menyumbangkan tenaga dan kebijaksanaan bagi kemajuan Negara. Seperti yang diketahui pelbagai agenda yang diaturkan oleh pihak kerajaan dan agensi tertentu bagi mengatasi masalah sosial dan ponteng seperti program Rakan Muda, Kem Bina Negara dan sebagainya lagi. Dengan adanya aktiviti seperti ini dapat meningkatkan jati diri yang tinggi dan motivasi dalam diri seseorang remaja itu. Apabila sudah tersematnya perkara ini dalam diri seseorang itu maka secara tidak langsungnya timbul kesedaran dalam diri para pelajar ini. Kesedaran yang hakiki hadir dalam diri maka telah berjaya mengubah pelajar tersebut kepada seorang pelajar yang aktif dan bijak dalam matapelajaran. Dapat dijelaskan bahawa peranan yang dimainkan oleh masyarakat dalam menyokong program tertentu memberikan impak yang positif terhadap remaja tersebut, hal ini disebabkan oleh sokongan yang diberikan masyarakat terhadap program yang dijalankan untuk membantu remaja yang cenderung terlibat dengan kancah masalah sosial seperti ponteng sekolah.

Peranan masyarakat menyemai nilai murni dalam diri remaja Masyarakat merupakan agen sosialisasi yang penting kepada para pelajar dalam pembentukan nilai murni dalam diri seseorang itu. Peranan yang dimainkan oleh anggota masyarakat adalah menyemai nilai murni dalam diri sendiri dan secara tidak lansung akan terbit dalam diri para pelajar kerana mereka ini sering didedahkan dengan perkara yang membawa kebaikan. Apabila mereka sering melihat tingkahlaku yang dipaparkan adalah bermoral maka pelajar ini akan menjadikannya sebagai pengajaran dan contoh kepada diri mereka. Sikap bermoral yang ditonjolkan oleh masyarakat ini memberikan kesedaran kepada pelajar. Hal ini dapat dijelaskan dengan lebih terperinci seperti masyarakat memberikan nasihat kepada pelajar yang ponteng dan menyemaikan nilai murni dalam

diri mereka dengan menggunakan pendekatan tingkah laku dan kata – kata semangat kepada para pelajar yang bermasalah supaya mereka ini tidak lagi melakukan perkara yang menyusahkan ramai pihak yang mana ianya boleh juga menjejaskan dirinya sendiri. Memberikan kepercayaan kepada pihak sekolah Agenda yang terakhir adalah berkaitan dengan peranan masyarakat memberikan sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah untuk menangani masalah ponteng ini. Setiap tindakan yang sewajarnya dikenakan kepada pelajar seperti merotan atau denda ringan yang lain hendaklah dianggap sebagai hukuman di atas kesalahan yang telah dilakukan oleh pelajar tersebut bukannya dianggap sebagai dera. Dengan berlakunya salah faham ini juga menimbulkan konflik dalam menangani masalah sosial para pelajar di sekolah. Apabila masyarakat memberikan kepercayaan kepada pihak sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dalam mendidik para pelajar dengan ilmu pengetahuan dan nilai murni, maka masalah ponteng ini tidak akan berlaku dengan dengan drastiknya kerana masyarakat banyak menyalahkan pihak sekolah menyebabkan mereka ini tidak boleh berbuat apa- apa atau tindakan kepada pelajar tersebut ketika berada di dalam kawasan sekolah. Sewajarnya anggota masyarakat memberikan komitmen dan kepercayaan kepada pihak pentadbiran sekolah dalam menangani mesalah para pelajar mereka.

KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor menyebabkan berlakunya masalah ponteng sekolah ini. Fenomena ini disebabakan pera pelajar berasa tidak selesa dan tidak menarik ketika berada di kawasan sekolah dan secara lansung mendorong meraka untuk lari atau keluar dari kelas dan paling teruk adalah terus keluar dari sekolah atau tidak pergi ke sekolah langsung. Terdapat pelbagai inisiatif dilakukan oleh pihak skolah dalam menangani maslah ini, akan tetapi ianya masih gagal dalam mencari jalan penyelesaian. Justeru itu masalah ini tidak perlu menunding jari kepada pihak sekolah sahaja dalam membanteras masalah ponteng, maka perlulah semua pihak berkerjasa mengatasinya seperti gabungan daripada ibu bapa, rakan sebaya, pihak berkuasa, sekolah atau

institusi, media massa dan anggota masyarakat bersatu hati menangani masalah ponteng ini supaya berjaya mencapai hasrat Negara menuju Wawasan 2020. Sehubungan itu, pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi. Walaubagaimanapun kesedaran dalam diri adalah inti yang utama dalam menyemai nilai murni dan membentuk moral kerana iannya terbentuk dalam diri seseorang. Apabila seseorang itu mempunyai nilai moral maka agak sukar baginya untuk melakukan masalah sosial seperti ponteng disebabakan terdapatnya kesedaran dan jati diri yang tinggi dalam diri individu tersebut.

RUJUKAN Cikgu Lee. (nd). Di sebalik Masalah Ponteng Pelajar . Diperolehi September 7, 2008, dari http://cikgulee.blogdrive.com/comments?id=69 Kavyan, (2003, Januari). Masalah sosial pelajar sekolah. Diperoleh September 8, 2008, dari http://www.geocities.com/kavyan_kavya/ raman0301.htm Mohd Tajudin Abdul Rahman. (2000). Masyarkat Melayu : Masalah Disiplin Dikalangan Pelajar Sekolah Dan Penyelesaiannya. Kuala Lumpur.

Nor Hasikin Ibrahim. (2003). Ponteng Sekolah Gejala Semasa: masalah dan penyelesaian. Latihan Ilmiah Ijazah sarjana Muda Pengajian Melayu yang tidak diterbitkan, Jabatan Sosio Budaya Melayu,Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Kuala Lumpur. (nd). (2006). Kertas Kerja: Kajian Sistem Pendidikan Kebangsaan (MTT2703). Diperolehi September 8, 2008, dari http://skluatperak.net/2005/modules/news/print.php?storyid=53 (nd). (2007, September 13). Kaedah Kurangakan Masalah Disiplin Pelajar Portal Pendidikan Utusan. Diperolehi September 10, 2008 , dari http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2001&dt=0629&pub=DuniaPendidikan &sec=Disiplin&pg=di_03.htm

Related Documents

Fakulti Pendidikan
November 2019 11
Letter Head Fakulti
May 2020 5
Doa Kejohanan Sukan Fakulti
November 2019 30
Pendidikan
May 2020 19
Pendidikan
April 2020 23
Pendidikan
June 2020 11