Fail Sdp.docx

  • Uploaded by: Zulhazim Abdul Wahab
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Fail Sdp.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,063
  • Pages: 11
PENGENALAN SENI VISUAL

Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan SeniVisual sekolah rendah lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.

Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini, murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.

PENGENALAN KEPADA ASAS SENI REKA

UNSUR SENI

PENGENALAN KEPADA ASAS SENI REKA

PRINSIP REKAAN

UNSUR SENI

Garisan Warna

Rupa

Unsur Seni Ruang

Jalinan Bentuk

1. Garisan – Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu – Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan.

2. Rupa – Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula – Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luar – Terdapat 2 jenis rupa iaitu: a- Rupa geometri – bersudut seperti segi tiga, segi empat, pyramid, bulat dsb. b- Rupa organic – rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa daun, buah, batu dsb. -Rupa boleh diolah dalam bentuk: a- Rupa positif – rupa objek yang terletak di sesuatu kawasan b- Rupa negatif – ruang di sekeliling rupa sesuatu objek.

3. Bentuk – Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan – Terdapat 2 jenis bentuk iaitu: a- Bentuk konkrit – bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat, dan dirasai. (bukan berbentuk gambar) b- Bentuk ilusi – bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan melalui lukisan atau catan

4. Jalinan – Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda – Terdapat 2 jenis jalinan iaitu: a- Jalinan sentuh – jalinan yang dapat dirasai dengan sentuhan/tangan seperti kolaj, arca, dan catan teknik impasto b- Jalinan tampak – jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai dengan tangan seperti corak batik, jalur buah tembikai dan gambar foto

5. Ruang – Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga dalam sesuatu objek. -Terdapat 2 jenis ruang iaitu: a- Ruang nyata – ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit b- Ruang tampak – ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan cetakan (bukan sebenar)

6. Warna – Terdapat 3 jenis warna iaitu: a- Warna asas – iaitu merah, biru, dan kuning (tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain) b- Warna sekunder – iaitu campuran dua warna asas (Hijau ‘Biru + Kuning’, Jingga ‘Kuning + Merah’ dan Ungu ‘Merah + Biru’) c- Warna tertier – iaitu campuran warna asas dengan warna sekunder – Terdapat 3 gubahan warna iaitu: a- Warna harmoni- warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga, selesa dan seimbang) b- Warna penggenap – warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan kesan segar, kaya, kontra, getaran dan pergerakan) c- Warna sewarna – hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang kepada gelap) – Terdapat 2 suhu warna iaitu: a- Warna panas – warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada roda warna (menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan, perang, meriah dsb) b- Warna sejuk – warna antara hijau hingga ungu pada roda warna (menimbulkan kesan sejuk, sedih, damai dan tenang)

PRINSIP REKAAN

Harmoni

Kesatuan

Kontra

PRINSIP REKAAN Kepelbagaian

Penegasan

Irama dan Pergerakan

Imbangan

1. Harmoni – Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai – Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang – Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna – Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah

2. Kontra – Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan – Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan – Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan

3. Penegasan – Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan – Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan – Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan

4. Imbangan – Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan – Terdapat 2 jenis imbangan iaitu: a- Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut) b- Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan

5. Irama dan Pergerakan – Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dsb – Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap sesuatu gubahan – Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan

6. Kepelbagaian – Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan – Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan – Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan

7. Kesatuan – Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan – Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa

PENGENALAN KEPADA 4 BIDANG SENI 1. Bidang Menggambar Bidang menggambar menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, sruktur, imbangan dan komposisi.

Lukisan

Capan

Catan

Menggambar Cetakan

Kolaj

Resis

Montaj

2. Bidang Membuat Corak dan Rekaan Bidang ini membolehkan murid menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi satu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh dipadankan dengan hasil lain dari bidang lain seperti kraf , binaan dan sebagainya.

Pualaman

Renjisan dan Percikan

Ikatan dan Celupan

Tiupan Membuat Corak dan Rekaan

Titisan

3. Bidang Membentuk dan Membuat Binaan Bidang ini mengandungi aktiviti yang menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi. Pelbagai jenis kraf dapat dihasilkan melalui aktiviti bidang ini. Bidang ini memberi perhatian kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.

Mobail

Stabail

Model

Boneka

Membentuk dan Membuat Binaan

Arca timbul

Origami

Topeng

4. Bidang Mengenal Kraf Tradisional Kraf tradisional bermaksud perusahan yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat dan ia diwarisi turun-temurun.

Alat domestik Alat permainan

Tembikar

Mengenal Kraf Tradisional

Anyaman

Ukiran

Alat pertahanan diri

Batik

Tekat

Related Documents

Fail
July 2020 28
Fail
October 2019 46
Fail Sdp.docx
April 2020 12
Fail-fastiterators
November 2019 35
Bab Fail
May 2020 15
Nama Fail
October 2019 23

More Documents from ""