Faedah Menggunakan Barangan Tempatan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Faedah Menggunakan Barangan Tempatan as PDF for free.

More details

  • Words: 638
  • Pages: 1
Sikap mengutamakan barangan buatan tempatan banyak memberikan manfaaf kepada rakyat. Dengan berdasarkan hakikat ini, tulis rencana yang menyentuh pelbagai manfaat amalan tersebut kepada rakyat dan negara ini. Faedah Mengutamakan Barangan Buatan Tempatan Oleh : Noor Azmi bin Hashim Kejatuhan nilai ringgit sejak bulan Julai 1997 yang Ialu telah menjerumuskan Malaysia dalam kancah kegawatan ekonomi yang agak teruk. Nilai ringgit yang pada suatu ketika dahulu hanya sekitar RM2.50 bagi setiap AS$1.00 kini mencecah angka RM3.80 bagi setiap AS$1.00. Keadaan sebegini memberikan impak yang buruk kepada ekonomi negara. Harga barang semakin meningkat, manakala harga saham semakin menjunam hingga menyebabkan banyak syarikat yang terpaksa gulung tikar. Sebagai akibatnya, ribuan pekerja menjadi penganggur. Untuk berdepan dengan situasi begini, pelbagai langkah perlu diambil. Salah satu caranya ialah mengamalkan sikap berjimat cermat. Setiap rakyat Malaysia daripada segenap lapisan perlu mempraktikkan amalan berjimat dalam perbelanjaan harian mereka. Jika selama ini sikap terlalu mengagung-agungkan barangan luar negara begitu ketara, kini tibalah masanya mereka memartabatkan barangan buatan tempatan. Dengan kata-kata lain, rakyat Malaysia perlu mengubah persepsinya terhadap barangan buatan tempatan. Tak kenal maka tak cinta. Sebenarnya, banyak manfaatnya mengutamakan barangan buatan tempatan ini. Dari segi harga, temyata bahawa barangan buatan tempatan lebih murah jika dibandingkan dengan harga barangan import. Hal ini dapat dibuktikan dengan harga motosikal buatan tempatan, iaitu Kriss. Harga motosikal tersebut, yang berkuasa kuda 110 ialah sekitar RM4500.00 sebuah. Sebaliknya harga sebuah motosikal buatan Jepun yang mempunyai kuasa kuda yang sama melebihi RM5000.00. Hal ini bermakna bahawa dengan membeli barangan buatan tempatan, seseorang itu dapat menjimatkan perbelanjaan untuk memiliki barangan yang sama. Selain harganya murah, kualiti barangan buatan tempatan setanding juga dengan kualiti barangan import, malah ada yang lebih baik mutunya sehingga menarik minat pelancong asing dan pelbagai pihak di luar negeri. Barangan daripada kulit, seperti kasut, beg, dompet, dan sebagainya mendapat tempat yang istimewa di hati para pelancong dan para pengimport luar negeri. Kasut Bata keluaran Malaysia, misalnya, pernah mengalahkan kasut buatan negara lain dalam suatu pertandingan kualiti kasut dalam satu pesta antarabangsa di ltali. Lebih daripada itu, Malaysia adalah antara pengeluar alat pendingin hawa yang terbaik di dunia dan diberikan pengiktirafan oleh banyak badan standard kualiti antarabangsa. Jika orang luar memandang tinggi terhadap barangan buatan tempatan, sepatutnya rakyat Malaysia lebih menghargai dan mengiktirafnya. Dengan membeli barangan buatan tempatan, rakyat Malaysia dapat juga membantu perkembangan industri setempat. Sambutan yang diberikan terhadap sesuatu barangan tempatan akan memungkinkan syarikat tersebut meluaskan pasarannya sehingga ke luar negeri. Keadaan ini akan meningkatkan kemakmuran negara dan sekali gus akan meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia juga. Sambutan yang diberikan terhadap kereta Proton, misalnya, telah memungkinkan pengeluamya memasarkan kenderaan tersebut sehingga ke Britain, Filipina, Singapura, Brunei dan negara-negara lain. Perkembangan industri tempatan akan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada rakyat setempat. Apabila barangan buatan tempatan mendapat sambutan, maka pengeluaran atau produktivitnya tentulah meningkat. Industri akan bertambah maju dan secara tidak langsung keadaan ini akan mengurangkan kadar pengangguran yang dihadapi negara. Sedikit banyak perkembangan ini dapat mengurangkan masalah sosial yang berpunca daripada masalah pengangguran. Di samping itu, perkembangan yang sihat ini dapat juga membantu rakyat Malaysia menikmati pelbagai prasarana yang diperlukan. Manfaat yang lebih penting daripada amalan membeli barangan buatan tempatan, khususnya dalam keadaan ekonomi yang muram sekarang, ialah tindakan itu dapat membantu negara mengurangkan kesan kegawatan ekonomi. Hal ini demikian kerana, amalan ini dapat menyekat pengaliran keluar mata wang tempatan dan mengurangkan import. Sebagai hasilnya, nilai ringgit dapat distabilkan daripada kedudukannya sekarang. Dengan nilai ringgit yang rendah, harga barangan import sekarang secara relatif menjadi lebih mahal daripada harganya dahulu. Keadaan tersebut sudah tentulah meningkatkan perbelanjaan harian rakyat Malaysia. Untuk berdepan dengan situasi itu, alternatif yang terbaik yang sepatutnya diamalkan oleh rakyat Malaysia sejak dahulu lagi ialah memberikan sokongan terhadap barangan tempatan. Berikanlah kerjasama terhadap kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia yang dilancarkan oleh kerajaan bagi mengurangkan kesan kegawatan ekonomi yang melanda negara. Barangan buatan Malaysia kebanggaan kita bersama.

(600 patah perkataan)

Related Documents

Faedah-faedah Sakit
November 2019 20
Faedah Beradab
June 2020 17
Faedah Toastmasters
November 2019 25
Faedah Pemindahan
November 2019 24