Bernama.com Am
11 April, 2008 22:03 PM
Suhakam Sokong Banduan Asing Habis Baki Hukuman Di Negara Masing-Masing
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyokong cadangan untuk menghantar banduan warga asing menghabiskan baki hukuman di negara masing-masing. Pesuruhjaya Suhakam Datuk N. Siva Subramaniam berkata lambakan banduan warga asing bukan sahaja menyesakkan penjara di seluruh negara tetapi juga memaksa kerajaan mengeluarkan belanja besar bagi membiayai kos tanggungan mereka. "Kerajaan terpaksa menanggung pelbagai kos termasuk kos makanan dan ubat-ubatan sepanjang mereka ditahan dan ini merupakan satu pembaziran jika mereka dijatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat," katanya kepada pemberita di pejabat Suhakam di sini hari ini. Semalam Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata sebanyak 12,658 daripada keseluruhan 36,672 di seluruh negara adalah warga asing. Jumlah tahanan warga asing yang terlalu ramai menyebabkan kesesakan di penjara seluruh negara dan kerajaan sedang dalam proses mengatasi masalah itu. Siva Subramaniam berkata banduan dari Indonesia dan India merupakan antara banduan yang paling ramai ditahan di negara ini. "Kita telah mengadakan perbincangan dengan beberapa agensi kerajaan termasuk Imigresen dan wakil kedutaan India Jun tahun lalu bagi menyelesaikan masalah kesesakan banduan asing ini. Jika tiada masalah, pelaksanaan dasar ini mungkin dapat dilakukan dalam masa terdekat," katanya. Beliau berkata tempoh tahanan banduan asing akan ditentukan berdasarkan hukuman yang telah dijatuhkan ke atas mereka. "Kalau banduan itu dijatuhkan hukuman lima tahun penjara, tiga tahun akan penjarakan di sini (Malaysia) manakala selebihnya di negara mereka," katanya. -- BERNAMA
Copyright © 2008 BERNAMA. All rights reserved. This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA. Disclaimer. Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels
Am
25 Oktober, 2008 19:03 PM
Kabinet Lulus Sistem Tahanan Silang Atasi Kebanjiran Banduan Asing
KOTA TINGGI, 25 Okt (Bernama) -- Kabinet meluluskan sistem tahanan silang bagi mengatasi masalah kebanjiran banduan asing di penjara negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar. Beliau berkata sistem itu, yang membabitkan penghantaran pulang banduan negara asing ke negara asal mereka manakala banduan Malaysia pulang ke tanah air bagi menyambung tempoh tahanan mereka, akan diperhalusi dengan negara yang terlibat sebelum dikuatkuasakan. "Ini bermakna, kalau seorang rakyat Malaysia di negara luar akan balik ke negara ini dan menghabiskan baki hukuman penjara di negara ini. Begitu juga rakyat asing, kita telah setuju untuk membawa mereka pulang dan menghabiskan baki hukuman di negara masing-masing," katanya kepada pemberita selepas majlis Mesra Aidilfitri Agensi Anti Dadah Kebangsaan daerah Kota Tinggi, hari Sabtu. Beliau berkata sistem pindahan silang itu sudah diamalkan oleh banyak negara dan kerajaan ketika ini sedang mengenal pasti negara yang bersetuju dengan sistem itu sebelum membuat perjanjian dengan mereka. "Kita akan tengok jenis jenayah yang dilakukan juga kerana ada negara contohnya berkaitan kes bunuh, mereka tidak mengenakan hukuman gantung sampai mati seperti di negara ini. Jadi, kita kena perhalusi tetapi secara dasarnya sistem silang ini sudah dipersetujui jemaah menteri," katanya. Jumaat, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata kerajaan terpaksa membelanjakan RM50,000 sehari untuk membiaya banduan negara asing yang kini mencecah 2,000 orang. Sistem pindahan silang, katanya dapat membantu kerajaan mengurangkan kos membiayai banduan asing yang nilainya bertambah setiap tahun. -- BERNAMA
24 Oktober, 2008 16:31 PM
Sistem Pindahan Silang Dicadangkan Bagi Kurangkan Kos Perbelanjaan Tahanan Asing KAJANG, 24 Okt (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri sedang mengkaji untuk melaksanakan sistem tahanan warga asing yang dikenali sebagai sistem pindahan silang di mana pesalah menjalani sebahagian hukuman penjara di negara yang mereka lakukan kesalahan dan sebahagian di negara sendiri. Timbalan Menterinya Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata tindakan ini dicadangkan bagi mengurangkan kos perbelanjaan yang ditanggung kerajaan yang kini mencecah RM50,000 sehari bagi menampung lebih 2,000 tahanan asing di negara ini, yang termasuk kos makanan, pakaian dan utiliti dengan anggaran lebih RM55 seorang sehari. "Sistem ini baru di peringkat cadangan dan akan diusulkan ke Kabinet bagi membolehkan pindaan Akta Penjara 1995 dibuat dan rundingan dengan negara-negara lain dilakukan," katanya kepada
pemberita selepas menutup kursus pengurusan penjara yang dihadiri oleh 228 peserta di Institusi Latihan Jabatan Penjara Malaysia di sini hari ini. Wan Ahmad Farid berkata jika sistem itu diluluskan kerajaan, usaha untuk mendapat persetujuan daripada negara luar perlu dilakukan untuk membolehkan sistem ini dilaksanakan sepenuhnya. "Dengan adanya sistem ini nanti, rakyat Malaysia yang ditahan di negara luar akan menjalani baki hukuman penjara di negara asal. Begitu juga dengan tahanan rakyat asing di negara ini," katanya. "Sebagai contoh jika rakyat kita menerima hukuman penjara di Australia selama lapan tahun dan dia telah ditahan di sana selama dua tahun, baki enam tahun itu akan dilaksanakan di sini," katanya. Wan Ahmad Farid berkata bagaimanapun sistem ini hanya meliputi hukuman penjara dan tidak hukuman mati. Mengulas mengenai jumlah rakyat tempatan yang ditahan di luar negara, Wan Ahmad Farid berkata lebih 100 rakyat Malaysia dianggarkan ditahan di beberapa buah negara. Sementara itu, dalam ucapanya beliau berkata program pelan pembangunan insan yang dianjurkan oleh Jabatan Penjara dalam usaha memulih penghuni penjara menjalani kehidupan seperti biasa setelah keluar dari tahanan telah terbukti berjaya dengan ada yang berjaya dalam pelbagai bidang. "Ada di antara mereka menjadi penternak berjaya seperti di Melaka Pindah, menjadi seorang penceramah motivasi belia seperti di Changkat Jering, Perak dan ada di antara mereka menjadi usahawan batik seperti di Kampung Badang, Kota Baharu dan di Bandar Kajang," katanya. Beliau berkata kejayaan bekas penghuni penjara ini adalah kerana pendedahan dan latihan yang diberikan oleh Jabatan Penjara sepanjang tempoh tahanan yang mereka jalani. -- BERNAMA
HOME PAGE EDITORIAL
UK, Pakistan Sign Prisoner Transfer Agreement 'Pakistan Times' Sports Desk
ARCHIVES PT WIRE PT FORUM SUPPORT PT ABOUT US FREE SUBSCRIPTION ADVERTISE EDITORIAL BOARD
ISLAMABAD: The United Kingdom and Pakistan on Friday signed an agreement allowing prisoners from each others’ countries to serve their sentences in their country of origin. The Prisoner Transfer Agreement allows Pakistani nationals imprisoned in the UK to transfer to Pakistan to serve the remainder of their sentence here. The British nationals imprisoned in Pakistan will likewise be able to transfer to serve their sentence in the UK.
CONTACT US
The Repatriation allows prisoners to maintain ties with their families more easily and removes cultural and language difficulties, contributing to their rehabilitation. Repatriation will not be compulsory, however, as the agreement requires all prisoners to consent to their transfer, a statement released from the British High Commission said. The British High Commissioner, Robert Brinkley, who signed on behalf of the UK,
said: “We believe that it is better for both our Governments and for the prisoner concerned that sentences are served in the country in which a prisoner will eventually resettle.” He said repatriation allows prisoners to maintain their family ties which can aid rehabilitation and reduce isolation brought about by language and cultural differences. Interior Secretary Syed Kamal Shah signed the agreement on behalf of the Government of Pakistan U.S. Department of State Foreign Affairs Manual Volume 7 - Consular Affairs 7 FAM 480 Page 1 of 48
7 FAM 480 INTERNATIONAL PRISONER TRANSFER PROGRAM (CT:CON-247; 02-20-2008) (Office of Origin: CA/OCS/PRI)
7 FAM 481 BACKGROUND AND AUTHORITIES (CT:CON-200; 10-25-2007) The International Prisoner Transfer Program began in 1977, when the U.S. negotiated the first in a series of treaties that would permit the transfer of prisoners from the countries in which they had been convicted to their home countries. Over 70 countries and nationalities are now parties to either bilateral or multilateral prisoner transfer treaties with the United States (see 7 FAM Exhibit 481) for a list of participating countries. Prisoner transfers under the various treaties work both ways, and are available to United States citizens incarcerated abroad as well as to foreign nationals incarcerated in the United States. Although most inmates who are transferred out of the United States under these treaties are Federal prisoners, some States also actively participate in the International Prisoner Transfer Program.
7 FAM 481.1 Purpose (CT:CON-157; 02-13-2007) The treaties and the implementing legislation are intended to: (1) Enable the United States to bring back U.S. citizen prisoners incarcerated abroad, often under particularly harsh conditions; (2) Relieve the special hardships that fall upon offenders incarcerated in foreign countries, far from home.; (3) Allow U.S. citizen spouses, parents and other family members to visit the prisoner on a more regular basis; (4) Facilitate the rehabilitation of these offenders; and (5) Ameliorate the diplomatic and law enforcement tensions that may arise between nations when one country’s nationals are
incarcerated in another country’s prisons.
The Council of Europe protocol states it will help in the eventual rehabilitation of a convicted person if they return to their country of origin to serve their jail term. The protocol could benefit some prisoners, according to Alain Bovard, of the Swiss branch of Amnesty International. "This is not only because this solution might increase the reinsertion possibilities of the concerned persons but also because it would allow them to receive more frequent visits from their families, to be in regular contact with people speaking their mother tongue and therefore enhance communication." "There is no sense in keeping someone here who in principle will have to leave Switzerland," Galli confirmed. "This protocol is inspired by the goal of better re-socialisation. If you are abroad it is difficult to prepare for re-socialisation if you've left prison and then have to return to your country of origin." swissinfo, Jessica Dacey 2007