Encik Nazri Bin Hassan, Guru Penolong Kanan , Hal Ehwal Pelajar, Sekolah Sains Sultan Hj Ahmad Shah, 26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.
Encik Salleh Bin Sidek, No 19 Lorong 2, Taman Maran Jaya, 26500 Maran, Pahang Darul Makmur.
25 OGOS 2007
Tuan, MEMOHON KEMBALI BARANGAN YANG TELAH DIRAMPAS Berhubung dengan perkara diatas, saya En Salleh Bin Sidek, bapa kepada Mohd Faezuddin, pelajar tingkatan 3 Bakti ingin memohon kembali barangan yang telah dirampas dari anak saya pada beberapa minggu yang lepas. 2. Saya memohon maaf atas kesalahan yang telah anak saya lakukan. Kesalahan ini juga tidak akan berulang pada masa yang akan datang dan anak saya akan sentiasa mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. 3. Oleh itu, segala jasa baik dan kerjasama tuan amat saya hargai. Sekian, terima kasih. Yang benar,
( SALLEH BIN SIDEK )