Enam tip dimurahkan rezeki
Muhasabah Diri Kehidupan kita tidak terkecuali daripada melakukan kesilapan. Sentiasalah beristighfar dan bertaubat kerana ini akan dipermudahkan turunnya rezeki daripada Allah S.W.T. Bertakwa Sikap bertakwa akan memberikan seseorang itu kelapangan rezeki daripada Allah S.W.T. Takwa adalah melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan. Sentiasa Mengingati Allah Mengingati Allah S.W.T akan menjadikan segala urusan mencari rezeki sebagai satu ibadah. Bertawakal Bertawakal menandakan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah S.W.T. selepas menjalankan tindakan yang wajar dalam usaha mencari rezeki. Beribadah Beribadah adalah kunci bagi mengundang rezeki Allah S.W.T. jika dilakukan secara istiqamah. Menjalin Silaturahim Menjaga hubungan kaum keluarga yang berhampiran akan membawa kepada kemurahan rezeki orang disekeliling kita.