Eia

  • Uploaded by: AK...Akkkkk
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Eia as PDF for free.

More details

  • Words: 1,068
  • Pages: 12
EIA

OBJEKTIF EIA Objektif EIA adalah untuk mengkaji dan memilih pilihan projek yang terbaik daripada projek yang ada, mengenalpasti pelan-pelan pembetulan dan langkah-langkah kawalan terhadap pencemaran yang terhasil daripada projek yang hendak dijalankan, meramal kesan-kesan alam sekitar yang boleh terhasil apabila sesuatu projek dijalankan, mengetahui signifikasi kesan-kesan yang terhasil daripada sesuatu projek sama seperti apa yang diramal sebelum projek dimulakan serta mengenalpasti kos dan keuntungan yang diperolehi apabila projek ini dijalankan dan keuntungan yang boleh diperolehi oleh masyarakat.

1

KEPENTINGAN EIA berfungsi sebagai peralatan yang digunakan untuk mencegah atau mengurangkan masalah berkaitan dengan alam sekitar. Selain itu, kepentingan adalah untuk mengelakkan kesilapan terutamanya kesilapan yang menyebabkan kerosakan pada alam sekitar dan perlu menyediakan laporan membabitkan kesan kepada alam sekitar yang mengandungi laporan berkaitan penilaian bagaimana untuk meminimumkan kesan dan meningkatkan kesan terhadap alam sekitar. EIA juga menjamin bahawa projek-projek yang dijalankan adalah berlandaskan kepentingan alam sekitar serta memastikan pemaju sesuatu projek mengetahui tanggungjawab mereka ke atas kepentingan alam sekitar dan projek yang dijalankan akan mematuhi standard alam sekitar yang ditetapkan. EIA juga bertanggungjawab menyediakan satu sistem pengurusan alam sekitar yang lebih baik.

2

KONSEP EIA Konsep-konsep yang terdapat dalam EIA ialah mengetahui keperluan projek, iaitu penerangan mengapa projek yang dicadangkan perlu dijalankan dan mengetahui sama ada suatu projek itu memenuhi keperluan penduduk sekitar atau tidak. Pilihan projek juga merupakan konsep yang terdapat dalam EIA, di mana pilihan projek perlu dilakukan untuk mengurangkan implikasi apabila pembangunan sesuatu projek itu dijalankan. Kedudukan projek yang sedia ada juga perlu diambil kira bagi mengurangkan kesan pencemaran. Jika tiada pilihan projek, maka “no project option” harus dicatat di dalam dokumen

Penilaian Kesan Alam Sekeliling. Selain itu, pemilihan langkah-langkah

kawalan dan langkah pembetulan juga merupakan konsep EIA yang ada di mana pemaju projek perlu menyenaraikan beberapa langkah kawalan yang difikirkan sesuai untuk mengurangkan atau mengubah kesan-kesan alam sekitar yang tehasil. Data-data berkaitan alam sekitar perlu dikumpulkan untuk memastikan dengan jelas kesan-kesan alam sekitar yang boleh diramal. Pengumpulan data perlulah daripada keadaan alam sekitar yang sedia ada. Data-data yang diambil boleh diperolehi daripada agensi-agensi awam dan swasta ataupun daripada penyelidikan. Penglibatan orang ramai adalah untuk mengetahui keperluan mereka terhadap projek yang dijalankan dan dapat memastikan projek yang dijalankan dapat memenuhi keperluan mereka. Ia juga dapat mengukur penerimaan orang ramai terhadap projek yang dijalankan.

3

PROSEDUR EIA Pemberitahuan projek-projek yang tertakluk kepada Perintah EIA sebagai langkah proaktif, Jabatan Alam Sekitar meneruskan usaha menyenaraikan projek-projek yang tertakluk di bawah Perintah Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling sebagaimana yang dimaklumkan oleh pihak pencadang projek ataupun yang dilaporkan oleh media massa walaupun tiada keperluan mengenai pemberitahuan ini. Pada tahun 1995, sejumlah 1705 cadangan projek yang tertakluk kepada Perintah Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling telah diawasi berbanding dengan hanya 344 projek dalam tahun 1994. Antara projek yang paling banyak dicadangkan ialah untuk aktiviti pembangunan kemudahan rekreasi dan tempat peranginan (19%), kuari (18%), infrastruktur (12%), perumahan (10%) dan industri (9%).

4

SEMAKAN LAPORAN Bilangan laporan EIA yang diterima pada tahun 1995 telah meningkat sebanyak 16 peratus berbanding dengan tahun1994. Daripada 348 laporan yang diterima, sebanyak 339 adalah laporan awal EIA, satu laporan terperinci EIA dan 8 laporan analisa risiko yang berkaitan dengan kemudahan berbahaya. Semenjak Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) dikuatkuasakan pada 1 April 1988, sehingga 31 Disember 1995, bilangan laporan EIA yang telah diterima adalah berjumlah 1444 dan daripada jumlah itu, sebanyak 1363 (94%) adalah laporan awal EIA, 62 (4%) laporan analisa risiko, 8 laporan terperinci EIA dan selebihnya iaitu sebanyak 11 laporan bagi cadangan pembangunan yang dijalankan di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).

5

Keluasan Tanah Syarikat Pemaju Tempoh Kos Projek Kontraktor Tender Projek

: 50 Hektar. : DAS 1 Properties Limited : 8 bulan. : Rm 13 Juta : Pua Chu Kang Building Co : Kerajan Malaysia

Kawasan Berhampiran Dengan :

Sg Setia

Kawasan Perhutanan Flora & Fauna

Pencemaran Sedia Ada :

6

Kebun Sayur

Tanah  Terhasil daripada aktiviti pembajaan di kebun sayur yang mengunakan baja organik  sebagai bahan utama pembajaan.  Sifat kimia bahan organik yang boleh melembutkan tanah boleh menyebabkan kakisan atau hakisan tanah boleh berlaku sama ada dilereng bukit hutan mahupun ditebing Sungai Setia. Air  Kawasan perumahan Setia yang berhampiran dengan Sg Setia dapat mencemarkan  ekosistem sungai terbabit, apabila sisa domestic dari kawasan perumahan tersebut  dilepaskan tanpa dirawat terlebih dahulu.  Sisa yang terdiri daripada sisa pepejal seperti sampah dan air sisa dapat memusnahkan  sebahagian hidupan akuatik dan pertumbuhan alga berlaku dengan cepat dan banyak. Udara  Bau busuk baja organik yang terdiri daripada najis haiwan, akibat aktiviti pertanian yang  dilakukan di Kebun Sayur memburukkan kawasan sekitarnya.  Asap dari kilang yang pesat aktivitinya di sekitar telah menyebabkan berlakunya  penurun indeks kualiti udara di kawasan sekitarnya.  Bau busuk yang terhasil dari sungai yang dicemari sisa domestik yang merebak di sekitar kuala sungai.

7

DAS 1 PROPERTIES LIMITED

Asap Kilang Sekitar Sg Setia.

8

Kesan-kesan Akibat Pembinaan: Tanah  Kawasan sekitar banyak diterokai.  Penarahan tanah dan peneresan bukit berlaku.  Kerja-kerja membuat penahan kontur dijalankan. Air  Penebangan hutan yang berlaku di hulu sungai menyebabkan air sungai menjadi keruh akibat hakisan tanah.  Pengunjung yang mengunjungi pusat reakreasi akan membuang sampah di kawasan sekitar sungai.  Pembuangan sisa komersial oleh premis atau café yang akan dibina.  Bunyi  Semasa projek dijalankan terdapat bunyi bising alatan atau mesin yang sedang beroperasi yang boleh menganggu kawasan sekitarnya.

9

Langkah-langkah Mengatasi Masalah: Tanah  Mengehadkan kawasan pembinaan.  Melakukan penanaman pokok atau rumput di sekitar lereng bukit  sebagai pasak bumi.  Melakukan penanaman semula dengan membina tapak semaian bagi tujuan mengganti semula kawasan hutan yang telah ditebang. Air  Membuat benteng di tebing-tebing sungai bagi mengelakkan hakisan tanah.  Menyediakan pusat pembuangan sampah dan tempat membuang sampah disekitar taman reakreasi kepada pengunjung.  Membuat kerjasama dua hala dengan Jabatan Perparitan dan Saliran bagi memantau keadaan sungai secara berkala. Bunyi  Pengoperasian kerja-kerja pembinaan perlu dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Udara  Mengadakan kerjasama dua hala dengan Jabatan Alam sekitar dan pihak berwajib yang lain bagi memantau keadaan dan indeks udara dikawasan sekitarnya dari masa kesemasa supaya berkeadaan terkawal.

10

Model Tasik Buatan Dan Sekitarnya.

Antara kemudahan yang disediakan dalam projek ini ialah : 1. Kolam renang 2. Pusat sukan indoor dan outdoor. 3. Aktiviti air (tasik) 4. Masjid 5. Kafe 6. Pusat hiburan 7. Taman tema 8. Kawasan penanaman semula, flora 9. Rumah tumpangan 10. Laluan berjoging dan gimnasium.

11

12

Related Documents

Eia
July 2020 15
Eia
April 2020 13
Eia
November 2019 18
Eia
June 2020 18
Eia
June 2020 13
Eia
May 2020 13