Asslammuailaikum warahmatullah hi bawarakatu… Dunia kita. Manusia sekarang mengalahkan binatang.Binatang pun sayang kan anak.Tapi manusia yang dikurnia kan lengkap dengan otak,hati dan segalanya buat apa dekat anak yang di kurnia kan??? Dibuang sana sini macam sampah.Dah dapat dosa berzina lagi ditambah dengan dosa membuang bayi yang tak bersalah.Tiada hati perut ke manusia sekarang? Bila di tegur,diberi nasihat melenting..angin tak tentu hal..Apa kes korang nk angin-angin?Korang perlu sedar yang korang buat tu dosa..dosa besar. Tak guna kami sebagai umat islam ne tak tegur sesama umat.Dah berzina.mengandung korang gugur kan..dosa lagi. Dah x gugur korang buang pula..korang ingat bayi yang korang kandung tu patung ke? Yang si ibu yang kandungkan tu tak rasa bersalah ke? Korang bunuh anak korang.buang anak korang sendiri..kering nya hati korang kan?Cuba korang letakkan diri korang di tempat bayi tu..memang sewaktu korang lempar dia.dia masih kecil masih tak tahu apa-apa…tapi bila dia besar???apa akan jadi? Orang yang besarkan dia tu nak cakap apa? Cakap yang dia dijumpai berbungkus di tepi tong sampah?di dalam longkang? Ibu bapa yang tidak berguna!!!! Itu lah korang. Anak yang tidak berdosa tu korang buang..Dasar insan yang tak bersyukur.Korang sedar tak berapa ramai lagi orang dekat luar tu yang tak dapat melahirkan anak??korang tahu tak bertapa beruntung nya korang? Andaikata korang buang anak tu dan itu juga lah kali terkahir korang boleh mengandung..BAGAIMANA??Korang nak pergi kutip balik anak korang tu??silap2 dia dah meninggal kesejukan di situ..Zaman sekarang banyak perkara yang kita tidak boleh jangka..Allah bayar kita ‘cash’ dh tak pakai cek lagi dah. Dah tahu korang dah teramat gatal sangat,kahwinlah..Korang cukup untung di lahirkan ada mak bapa..Tapi anak yang korang buang tu?Siapa yang akan besar kan mereka?orang lain?siapa? Sama kah rasa kasih sayang diberi dengan kasih sayang yang diberi oleh ibu bapa sendiri?Allah yang memberikan mereka hidup dan korang dengan senang hati bunuh dan ambil nyawa mereka..korang siapa?hak apa
yang ada pada korang?Jangan cuba untuk menjadi Tuhan..Tuhan hanya satu.. Sekarang ne macam-macam hal yang kita dengar yang kita lihat.Tapi hal-hal ini semua datangnya dari siapa?? Ali…Abu…Siti…Nur… semuanya orang melayu..islam. Yang merogol,merompak,meragut yang ditangkap khalwat siapa??islam..yang buang anak dalam tong sampah…siapa? Islam…di dalam pengajaran islam kita dh tahu anak amanah Allah.dalam buku PAFA yang kita baca tiap-tiap tahun masa kita masih di bangku sekolah dah tertulis semua..Buku yang agama islam bukan saja kita buka waktu nak exam lepas tu kita tolak tepi..tak…buku agama islam kita simpan dan gunakan nya selagi kita hidup..ilmu tu bukan hanya untuk exam tapi untuk kita pratikkan didalam hari-hari kita..dalam kehidupan kita. Tiada malukah dalam diri korang??? 75% yang buruknya datang dari kita…siapa? Orang islam.Yang berjaya tu Alhamdullilah.Tapi sekarang kita boleh kira dengan jari berapa yang berjaya.Yang gagal kalau nak di kira dengan kalkulator belum tentu dapat jawapan nya..betul x?Yang saya peliknya kenapa korang perlu marah.melenting bila korang di tegur?? Korang ne 10 tahun ke?? 5 tahun? Ehh….sedarlah bangun korang dh besar gedabak dh…dh dewasa boleh pikir dah apa yang baik,apa yang buruk.
Yang meragut.merompak,merempit ne dah tiada kerja lain ke??kerja yang lebih berfaedah..Gejala-gejala ini semua datang nya dari korang dan korang sendiri yang mengheret diri korang ke dalam neraka dunia..Dikejar sana sini dengan polis,dipandang hina,disisihkan keluarga.Korang fikir tak bertapa hancur hati ibu korang?Ibu lahirkan korang dengan susah payah.Saat itu nyawa ibu korang bagaikan telur di hujung tanduk.Bila korang besar korang bayar dengan apa jasa ibu korang tu?Dengan menjamin korang keluar dari lokap?dengan kahwin kan korang sesudah korang di tangkap basah?macam tu ke balasan korang pada ibu yang membesarkan korang yang mendidik korang?Inikah yang korang mahukan dalam hidup?inikah falsafah hidup korang? Kita dilahirkan di dunia ini untuk beribadat pada NYA..Untuk mengejar ibadat seolah-olah kita akan meninggal esok dan mengejar harta seolah-olah kita akan hidup beribu tahun lagi.
Dari sektor pekerjaan nya pula..0rang kita malas..panas sikit tak nak,kena hujan sikit dah nak berhenti..sekarang ne ambil habuan korang.Pekerja-pekerja asing yang dapat tempat yang dapat kerja di negara kita.Korang??ragut beg orang,kelar leher nenek,ibu,wanita mengandung..berfaedah ke semua tu?? Lebih baik berpanas berhujan dari jadi pembunuh!!Rezekinya pun halal.Ini yang korang makan titik peluh orang lain yang korang telah bunuh…haram korang tau tak?! Berubah lah.kita sama-sama berganding bahu mengorak langkah ke arah hidup yang lebih tenteram,aman dan ke jalan yang di redhai Allah s.w.t.Kita ini makhluk Allah yang penghujung.Dunia kita dh tua dh uzur dari erti kata lain dh nak berakhir.Korang fikirkanlah apa yang korang rasa seandainya perkara-perkara ini terjadi kepada diri dan keluarga korang…korang marah?geram?sedih?..Apa yang korang rasa.itu juga lah yang dirasai oleh orang yang korang perlakukan begitu..Tergamaknya korang… Bila dikenangkan dan di fikirkan saya bimbang dan resah..Nak pergi mana sekarang pun dah tak selamat.Apa akan jadi pada generasi akan datang???anak-anak anda,anak-anak saya dan juga diri kita sendiri.Nyawa sudah tidak berharga.Begitu mudah nyawa di ambil.. Allah kurniakan korang akal fikiran untuk korang fikr apa yang patut dan apa yang tidak.Tapi korang guna akal tu untuk fikir apa plan korang malam ne,nak pergi hotel mana,berjaya ke tak projek korang… Bangkit lah dari dakapan syaitan yang sedang peluk korang tu.Syaitan tu tengah happy tengah meloncat keseronokkan..Kita boleh berubah..Bukan berubah dengan secara mendadak..perlahan-perlahan kita berubah.Memang bukan senang nak berubah dari jahat ke baik.Tapi belum cuba belum tahu.Bak kata orang hendak seribu daya,tak nak seribu dalih..Kita tidak boleh mengubah orang lain.Kita ubah diri kita dahulu.Kita semua umat islam boleh berjaya..Allah itu Maha Adil.Kita perlu usaha.Usaha lebih dan bersungguhsunnguh.Insyaallah dengan kehendak Allah kita akan berjaya di dunia dan di akhirat.. Baik lah setakat ini saja yang mampu saya coretkan buat tatapan kita bersama.Ambillah semua di atas sebagai pengajaran dan pedoman bagi diri anda dan keluarga.
Maafkanlah andai ada terkasar bahasa.Biasalah saya juga seperti anda manusia biasa yang tak pernah lepas dari salah dan silap.Yang buruknya datang dari saya dan yang baik nya datang dari Allah S.W.T…Insyaallah…
Wasalamuailaikum warahmatullah hi bawarakatu…