Dua Tiga Hari Lepas

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Dua Tiga Hari Lepas as PDF for free.

More details

  • Words: 220
  • Pages: 1
Dua tiga hari lepas, saya terbaca sebuah buku kecil terbitan Pelanduk Publication mengenai Prof. Diraja Ungku Aziz(PDUA). Sebuah biografi ringkas mengenai beliau. PDUA lahir di kotaraya London pada tahun 1920. Ibunya seorang Turki yang memeluk Islam dengan nama Hamidah bt Abdullah manakala bapanya Ungku Abdul Hamid berasal dari Batu Pahat. Ketika usianya 4 tahun ibunya meninggal dunia. Beliau adalah satu-satunya Prof. Diraja di Malaysia. Fakta yang menarik minat saya ialah walaupun beliau boleh dianggap sangat pandai atau mungkin genius, beliau hanya mampu membaca pada usia 12 tahun. Ya ke? Betul. Umur 12 tahun. Ini adalah kerana beliau banyak bertukar sekolah dari sekolah Arab, Inggeris, Melayu dan sebagainya. Kita perhatikan trend sekarang ibu bapa mahukan anak mereka membaca pada usia seawal 4 tahun. Jadi ibu bapa di Malaysia sekarang ini tidak perlu risau jika anak anda belum boleh membaca pada usia 4, 5 atau 6 tahun hatta 12 tahun sekalipun. Sebab pada waktu mereka boleh kata mereka lebih dulu boleh membaca berbanding PDUA. Cuma kehebatan PUDA ialah beliau sangat suka membaca. Beliau membaca dari mula boleh membaca sampai sekarang. Semasa bersekolah, beliau membaca hampir kesemua buku di library sekolah. Beliau membaca dari pagi sampai malam. Ke mana sahaja beliau pergi akan membawa buku bersama. Umur berapa anda boleh membaca? Tentu anda lebih genius daripada PDUA. Teruskan membaca blog saya. Terima kasih.

Related Documents

Dua Tiga Hari Lepas
May 2020 13
Hari Khamis Yang Lepas
June 2020 12
Angkasa Lepas
June 2020 11
Dua
June 2020 42