Doktrin Hakikat Muhammad

  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Doktrin Hakikat Muhammad as PDF for free.

More details

  • Words: 1,757
  • Pages: 9
DOKTRIN HAKIKAT MUHAMMAD

Menurut Sufisma Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi, ada satu doktrin yang bergelar Doktrin Hakikat Muhammad. Banyak orang-orang Sufi mempercayai doktrin ini. Mereka mendasarkan doktrin ini atas satu Hadis yang bermaksud : "Aku adalah Nabi tatkala Adam masih lagi antara tanah liat dan air." Hakikat Muhammad, sekiranya dikira sebagai sumber semua ilmu batin, digelar oleh orang-orang Sufi sebagai "Misykat khatamul-rasul" (obor penutup segala Rasul). Ianya berada dalam batin yang paling dalam (sirr) di hati setiap Sufi. Mereka juga mendasarkan pendapat mereka itu pada ayat AlQur'an yang bermaksud : "Ku tiupkan kepadanya (Adam) roh-Ku." [Syaad : 72] "Maka bila Aku telah menyempurnakan kejadiannya dan telah meniupkan ke dalamnya roh-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud." [Al-Hijr : 29] Ibnul Arabi menamakan Hakikat Muhammad itu dengan berbagai-bagai nama iaitu menurut segi mana memandangnya. Sebahagian daripada nama-nama itu ialah :1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Al-haqiqatul Muhammadiyyah (Hakikat Muhammad) Haqiqatul Haqaiq (Hakikat bagi segala hakikat) Roh Muhammad Al-'Aqlul Awwal (Akal Pertama) Al-'Arasy Al-Ruhul A'zam (Roh Yang paling Agung) Al-Qalamul-A'la (Pena Yang Maha Tinggi)

8. Al-Khalifah 9. Al-Insanul-Kamil (Manusia Sempurna) 10. Aslul 'Alam (Asal Alam) 11. Adam al-Haqiqi (Adam Hakiki) 12. Al-Barzakh (Pengantara) 13. Falakuk-Hayah (Falak Hayat) 14. Al-Haqqul makhluqu bihi (Hakikat yang menjadi alat penciptaan) 15. Al-Hayula (Prime Matter) 16. Al-Ruh 17. Al-Qutub 18. Abdul Jami' (Hamba kepada Yang Meliputi Segalanya) Dan banyak lagi nama-nama yang lain menurut dari segi fungsi dan aspek maksudnya. Hakikat ini menurut Ibnul Arabi adalah Prinsip Rasional (ilmu atau akal terpendam) yang ada dalam alam semesta raya ini. Dari segi mistik, digelarnya Hakikat itu sebagai Hakikat Muhammad, Insan Kamil, Qutub dan sebgainya, kerana hakikat itu adalah prinsip aktif dalam semua ilmu Ketuhanan dan kebatinan. Dikaitkan dengan manusia, Ibnul Arabi menyamakan Hakikat itu dengan Adam dan Hakikat Manusia. Dikaitkan dengan alam semesta raya ini, ia menamakan Hakikat itu sebagai Haqiqatul-Haqaiq (Hakikat bagi segala hakikat). Sebagai tempat daftaran atau rakaman seluruh maujud ini, maka dikatakannya al-Kitab dan Al-Qalamul-A'la (Pena yang Maha Tinggi). Sebagai zat atau sumber segala sesuatu, maka digelar Hayula dan al'Maddatul Ula' (Benda Pertama). (a) Hakikat Muhammad Sebagai Hakikat Bagi Segala Hakikat Kata Ibnul Arabi, ada tiga kategori Wujud secara metafizika : (a) Wujud yang berdiri sendirinya dan asal atau sumber segala maujud. (b) Mumkinul-wujud, itulah wujud yang terdiri melalui atau bersangkut dengan Wujud Mutlak. Inilah alam.

(c) Wujud yang bukan ada dan bukan tidak ada, yang tidak kekal dan tidak sementara. Ianya kekal bersama dengan yang kekal dan sementara bersama dengan yang sementara. Itulah dia Hakikat bagi segala hakikat. Akal Awal dan sebagainya. Ia meliputi semua idea dan semua maujud. Ia bukan keseluruhan dan bukan bahagian-bahagian, tidak boleh bertambah dan tidak boleh berkurang. Sukar hendak mentakrifkannya. Ia berbilang-bilang dengan berbilangbilangnya segala yang maujud ini tetapi tidak terbahagi-bahagi, kecuali dalam fikiran. Bolehlah dikatakan wujud ini sebagai Tuhan atau alam dan boleh juga dikatakan bukan Tuhan dan bukan alam. Dari wujud kategori (c) inilah keluarnya alam semesta raya sebagaimana "yang sebahagian-bahagian" keluar dari "keseluruhan". Ianya mengandungi hakikat-hakikat atau idea-idea pelbagai objek, namun ia tetapi sama dan satu jua. Ia terletak di nisbah yang paling hampir kepada ilmu Allah. Ianya diketahui oleh Allah melalui ianya sendiri. Itulah kesedaran (consciousness) Allah. Ianya bukan ilmu Allah itu sendiri tetapi adalah isi atau kandungan ilmu itu. Di situlah 'alim (yang mengetahui), ilmu (pengetahuan) dan ma'lum (yang diketahui) bersatu dan berpadu. Melaluinyalah alam ini dizahirkan. Hakikat ini berada di sebalik penzahiran alam semesta raya ini. Hakikat bagi segala hakikat ini terzahir dalam alam ini dan alam ini membayangkan wujud positif Hakikat itu. Hakikat itu sempurna dan alam yang menzahirkan kesempurnaannya itu adalah juga sempurna. Kesedaran ini mencapai kemuncaknya dalam diri Insan Kamil. Merekalah yang mengenal Allah dengan sempurnanya. Untuk penjelasan ringkas tentang theori "Hakikat bagi segala hakikat"

menurut Ibnul Arabi dan tempatnya dalam doktrin metafizikanya, maka bolehlah kita ringkaskan demikian, Zat atau Diri Ketuhanan itu mempunyai akal yang dinamakan Akal Semesta atau Ilmu Semesta. Akal atau Ilmu Semesta ini ada isi atau kandungan (yang diketahui). Inilah Hakikat bagi segala hakikat (Haqiqatul-Haqaiq). Inilah peringkat Kesedaran Diri Yang Esa itu. Manusia adalah tumpuan (fokus) Kesedaran dalam fikiran (mind) Tuhan. Hakikat bagi segala hakikat ini mempunyai banyak aspek sebagaimana banyaknya maujud dalam alam raya ini. Zat Ketuhanan hanya ada satu aspek bagi semua maujud dalam alam ini. Kesimpulannya, Hakikat bagi segala hakikat itu adalah isi atau kandungan ilmu Allah itu. (b) Hakikat Muhammad Dari Aspek Mistik Hakikat Muhammad itu adalah Ketua Agung dalam susunan peringkat (hirarki) kaum Sufi. Dialah penghulu agung. Dari situlah mereka dapat ilmuilmu ketuhanan dan kebatinan. Dialah Guru Agung. Dialah ibarat cahaya Ketuhanan yang menyinari hati orang Sufi. Dialah Cahaya. Dialah pelita hati. Yang dimaksudkan dengan Muhammad di sini bukanlah "bentuk Muhammad" atau bentuk badan jasmani Muhammad itu. Yang dimaksudkan dengan Muhammad itu ialah Hakikat Muhammad (Al-Haqiqatul Muhammadiyyah) iaitu Prinsip aktif dalam semua ilmu Ketuhanan dan Kebatinan. Muhammad itulah Akal Awal. Prinsip Rasional Semesta atau Ilmu Ketuhanan Yang Semesta yang terzahir sepenuhnya dalam golongan manusia yang digelar Insan Kamil (manusia sempurna). Muhammad itulah Qutub iaitu Ketua para Anbiya' dan Aulia' dari segi keruhaniannya. Hanya Muhammad (iaitu Hakikat atau Roh Muhammadiyyah) itu saja yang boleh

digelar Abdullah. Menurut Ibnul Arabi, nama Allah itu adalah Nama yang merangkumi semua nama-nama Allah. Orang-orang Sempurna yang lain digelar Abdul Malik, Abdul Rab dan sebagainya, iaitu mereka ini dianggap sebagai orang bawahan atau penzahiran Abdullah, ketua hirarki itu. (c) Perhubungan Antara Hakikat Muhammad Dengan Para Anbiya' Dan Aulia' Setiap Nabi itu adalah Logo (kalimah) Tuhan tetapi bukan Logo Yang Agung itu. Logo (kalimah) yang Agung itu ialah Muhammad iaitu Ketua Agung hirarki itu. Ibnul Arabi menggelar setiap sesuatu itu sebagai logo sekiranya ia mengambil bahagian dalam prinsip Akal dan Hidup alam semesta raya itu. Ini bererti bahawa segala sesuatu itu adalah kalimah Allah. Tetapi Anbiya' dan Aulia' terpilih dengan jelasnya kerana mereka menzahirkan kegiatan dan kesempurnaan Logo Agung dalam darjat yang sempurna. Perbezaan antara Muhammad dengan paa Anbiya' dan Aulia' ialah seperti perbezaan antara keseluruhan dan bahagian-bahagiannya. Logo Agung itu menyatukan padanya apa yang ada pada mereka itu semua. Perbezaan antara Muhammad dengan Adam adalah seperti perbezaan antara aspek batin dan aspek zahir sesuatu perkara. Di dunia ini Muhammad adalah aspek batin Adam (manusia). Di akhirat Adam akan jadi aspek batin dan Muhammad aspek zahir (iaitu bentuk Muhammad = Adam = Manusia Nasut : tetapi Hakikat Muhammad = Adam Hakiki = Lahut). Sebab Nabi-nabi itu digelar Kalimah ialah kerana perhubungan makhluk dengan Zat Semesta (Nafas Al-Rahman) itu dimisalkan seperti perhubungan kata-kata dengan nafas manusia. Dan sebagaimana juga kata-kata itu menunjukkan atau

mensyaratkan kepada sesuatu yang melampaui dan di sebalik bentukbentuk dan kata-kata itu, iaitu makna atau maksudnya, maka begitu jugalah bahawa kalimat itu menunjukkan sesuatu di sebalik dan mengatasi bentukbentuknya, iaitu hakikat terpendamnya (iaitu Hakikat Muhammad atau Hakikat bagi segala hakikat atau Allah itu sendiri). Kalimah itu semuanya berpadu dalam satu Prinsip sejagat yang bertindak melalui semua maujud yang rasional (berakal) yang digelar sebagai Roh Muhammad atau Hakikat Muhammad. Ianya adalah Prinsip aktif dalam semua wahyu dan ilham. Melaluinya ilmu Ketuhanan dipancarkan kepada semua Nabi dan Wali, bahkan kepada Muhammad (bentuk jasmani Muhammad) itu sendiri. Kepada Roh Muhammad itu sahaja diberikan Jawami'ul kalim. Ibnul Arabi berkata bahawa Jawami'ul kalim itu adalah (a) Zat Ketuhanan (b) Alam Semesta (c) perhubungan antara keduanya. Roh Muhammadiyyah itu terzahir pada Nabi Adam hingga kepaa Nabi-nabi dan Aulia' yang selepasnya. Semua Nabi dan Wali mendapatkan ilmu atau hikmah mereka dari Roh Muhammadiyyah itu. Setiap mereka itu memiliki hikmah menurut yang ditentukan oleh sesuatu Nama Allah yang mempengaruhi setiap orang daripada mereka itu. Hanya Muhammad sahaja di bawah pengaruh semua nama Tuhan atau nama "ALLAH" yang merangkumi semua nama-nama yang lain. Menurut Ibnul Arabi, meskipun Wali-wali itu memperolehi ilmunya dari seorang Nabi misalnya Musa atau Isa, namun itu adalah melalui Roh atau Nur Muhammad jua. Dari segi inilah Ibnul Arabi mengatakan bahawa keWalian itu menyerupai keNabian iaitu dalam pengertian bahawa Aulia' dan Anbiya' itu meminum air

dalam pancuran ilmu (hikmah) yang sama. Muhammad itu sajalah maujud yang unik, tersendiri dan tanpa tandingan dalam wujud sejagat ini. Oleh itu, ia unik sendirinya (fardiyyah). Tidak ada yang mengatasinya kecuali Zat Mutlak. Berkenaan dengan dia sebagai serupa dengan Akal Awal atau Haqiqatul-Haqaiq, Ibnul Arabi menggelarnya al-Barzakh (peringkat pengantara) antara Ketuhanan dan Alam, sambungan antara Yang Baqa dengan yang sementara; Yang Wajib dengan yang mumkin; Hakikat atau Realiti dan fenomenal, aktif dan pasif, dan sebagainya. Dengan yang demikian, Hakikat atau Roh Muhammad itu adalah penzahiran Ketuhanan dalam batin, pemancar semua ilmu Ketuhanan kepada mereka yang memilikinya bahkan kepada Qutub bagi segala Qutub (iaitu Nabi Muhammad SAW) itu sendiri. Hakikat Muhammad itu adalah "penyebab" (cause) terzahirnya semua makhluk. Ianya serupa dengan Roh dan kegiatan kreatif Tuhan (al-Haqqul Makhluqu bihi). Ianya Prinsip yang menyelenggara dan memerintah Alam Raya ini ataupun Prinsip yang memberi hidup dalam semua maujud. Hakikat atau Realiti dengan fenomenal, aktif dan pasif, dengan sebagainya. (d) Perhubungan Hakikat Muhammad Dengan Allah Dan Hirarki Anbiya' Dan Aulia' Kedudukan Qutub (Hakikat Muhammad) sebagai Prinsip kosmos (Dasar Alam Raya) ini dengan Allah dan susunan peringkat (hierarchy) Anbiya' dan Aulia' dijelaskan oleh Ibnul Arabi, secara perlambangan (simbolik) seperti demikian, meskipun maqam (stesen) mistik (iaitu manzilat tanzihiltawhid) mengandungi intuisi (ilham) tentang keesaan mutlak dan tanzih Ketuhanan

(transcendence of God), ilmu yang dibukakan dalam tindakan Nur (iaitu dalam hati orang Sufi) diberi dalam bentuk sesuatu yang boleh dilihat dan dikhayalkan. Ianya berbentuk "rumah" yang bertiang lima yang di atas rumah itu ada tetap. Dinding rumah itu tidak ada pintu dan ini menyebabkan rumah itu tidak boleh dimasuki. Di luar rumah itu ada satu tiang yang bersambung dengan dinding luar. Orang Sufi menyentuh dan mencium tiang ini sebagaimana orang Islam mencium Batu Hitam (Hajar Aswad) pada Kaabah. Bukanlah dalam stesen mistik ini saja tiang itu boleh disentuh dan dilihat dalam idea atau khayalan tetapi juga dalam semua stesen mistik (maqam). Tiang ini bertindak sebagai pentafsir (interpreter) ilmu pengetahuan yang dibukakan kepada orang Sufi dalam maqam itu. Lidahnya petah berkata-kata. Si Sufi tidak dapat masuk ke dalam sebahagian daripada "manazil" ini, oleh itu mereka hanya menerima ilmu berkenaannya dari tiang yang di luar itu, dan mereka percaya dengan apa yang disampaikan kerana orang Sufi ada bukti tentang kebenaran kata-kata itu dalam kasyaf. Oleh itu secara perlambangan Ibnul Arabi menjelaskan "manazil" (stesen mistik) dan Prinsip yang bertindak melaluinya. Rumah itu keseluruhannya melambangkan seluruh Realiti (Wujud Semesta Raya). Bahagian luarnya melambangkan alam zahir dan bahagian dalamnya alam roh. Tiang luar tadi yang menyambung luar rumah dengan dalam rumah ialah Hakikat Muhammad atau Roh Muhammad, pentafsir yang petah berkata-kata dan bijaksana antara orang Sufi dengan alam roh (iaitu antara Ketuhanan dan Kemanusiaan), tetapi Hakikat Muhammad itu tidak berpisah dari Allah dan tidak berpisah dari alam.

Related Documents

Doktrin Zionisme
May 2020 20
Doktrin Zionisme
May 2020 19
Hakikat Bid'ah
October 2019 49
Hakikat Karomah
May 2020 34