بسم هللا الرحمن الرحيم َ َ َ …..ص َحابِ ِه أجْ َم ِعيْن َّ صالَة ُ َوال ْ سيِِّ ِدنَا م ُحـَ َّم ٍد َو َعلى آ ِل ِه َوأ َّ وال, َب العَالَ ِميْن ِ ِّ ال َح ْمد ُ ِهللِ َر َ سالَ ُم َعلَى Ya Allah..Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu Ya Allah , kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Sambutan Maulidurrasul SAW peringkat Pejabat Pendidikan Islam Daerah Kulai Tahun 2019 yang akan disempurnakan oleh Tuan Haji Muhamad Rofiki Bin Dato Kiyai Hj Shamsuddin , Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Sesungguhnya di tanganMu sahajalah kuasa penilai segala amalan. Justeru itu Ya Allah,Berkatilah Majlis kami ini.Kau jadikanlah segala usaha kami, sebagai ibadah yang Engkau redhai. Terimalah segala kerja dan usaha kami ini, sebagai amal soleh yang Engkau berkati Ya Allah. Rahmatilah kami dengan al Quran, Hiasilah diri kami serta serikanlah hidup kami dengan kemuliaan sunnah nabi Muhammad s.a.w., Muliakanlah kami dengan cara hidup baginda rasululullah s.a.w.Ya.. Allah, Peliharalah kami, daripada melakukan penghinaan dan pendustaan terhadap nabi akhir zaman Ya Allah. Kurniakanlah kepada kami kekuatan dan keazaman untuk mengamalkan sunnah rasul Mu dalam kehidupan kami Ya Allah Allahumma Ya Haiyu Ya Qayyum Ya Zaljalaliwalikram Berilah kami keberkatan dalam segala gerak laku kami Ya Allah. Kebahagiaan dan kesenangan dalam kehidupan kami dan jadikan kami sebagai Muslim sejati yang sentiasa dahagakan ibadah dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah. Penuhilah diari kehidupan kami dengan amal ibadah sebagai bekalan kami untuk menuju akhirat Mu Ya Allah. (doa ibu bapa). Ya Allah Ya Munzilarrahman Wa Ya Fatihal Barokah Kurniakanlah kami taufik dan hidayahMu Ya Allah ,Bimbinglah kami kearah kejayaan, keamanan ,kecemerlangan dan kesejahteraan di dalam penghidupan kami di dunia mahupun di akhirat Ya Allah ,Jadikanlah kami orang-orang yang sentiasa mematuhi perintahMu dan menjauhi segala laranganMu Ya Allah ,Ampunilah dosa dan ketelanjuran kami dan jadikanlah kami orang-orang yang sentiasa mendapat keredhoanMu Ya Allah.
َش ِقيًّا َوال َ َوالَ تَجْ َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َم ْن َيتْبَعُنَا، ص ْو ًما ُ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِم ْن بَ ْع ِد ِه تَفَ ُّرقا ً َم ْع، اَللَّ ُه َّم اجْ َع ْل َج ْم َعنَا َهذَا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما ْ َم .ط ُر ْودًا َوالَ َمحْ ُر ْو ًما Ya Allah…Jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi ,Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini ,dan mereka yang bersama kami ,kebinasaan dan menyingkirkan kami dari memperoleh rahmatMu Ya Allah.
ِ اب النَّار ِ سنَة ً َوفِي َ َسنَة ًَوقِنَا َعذ َ األخ َرةِ َح َ َربَّنَا َءاتِنَا فِي الدُّ ْنيَا َح … َ َو ْال َح ْمد ِ َُّّلِلِ َربِّ ِ العَالَ ِميْن، سلَّ َم َ صحْ بِ ِه َو َ صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءا ِل ِه َو َ َو