1- Untuk Kedua Ibu Bapa
Maksudnya : Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.
2- Untuk Kebahagiaan Sekeluarga
Maksudnya : Wahai Tuhan Kami! Berilah kepada kami dan isteri-isteri kami dan anak cucu kami pendingin mata dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.
3- Mendapat Keturunan Yang Baik
Maksudnya : Wahai Tuhanku! Berilah kepadaku dari pihak-MU keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkau mendengar doa.
4- Untuk Mendapat Anak Ini doa nabi zakaria... dia tak de anak selama berpuluh tahun, so, dia berdoa cam tu... peh tu Allah kurniakan isteri dia mengandung.. dan sesuai jugak tuk orang yang jodoh lambat...
Maksudnya : Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan bersendirian walhal Engkaulah sebaik-baik waris.
5- Supaya Anak Cucu Mendirikan Solat
Maksudnya : Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan Solat dan begitu juga anak cucuku. Wahai Tuhan kami! Terimalah doaku, Wahai Tuhan kami! Ampunilah akan daku dan dua ibu bapaku dan orangorang yang beriman pada hari tegaknya hisab.