Disiplin.docx

  • Uploaded by: che mohd rozairi bin che mohd nor -
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Disiplin.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 319
  • Pages: 1
Asssalamualaikum dan selamat pagi. Saya ……………………………… dari kelas ……………. akan berkongsi maklumat tentang Disiplin. Displin adalah satu elemen yang penting didalam menentukan ketertibaan sesuatu sistem. Displin adalah satu aspek yang mesti wujud dalam setiap institusi. Oleh itu displin hendaklah diberi perhatian berat oleh semua pihak samada disekolah atau diluar sekolah. Sehubungan dengan itu, guru-guru, para pelajar dan ibubapa harus memainkan peranan dalam membina disiplin yang mantap di sekolah agar proses pengajaran dan pembelaran akan lebih licin dan lancar. Adalah menjadi harapan bagi warga sekolah untuk melahirkan generasi yang cemerlang bukan setakat akademiknya tetapi juga membina akhlak dan sahsiah diri yang sempurna mengikut acuan budaya timur yang luhur dengan budi bahasa yang tinggi. Selain itu, disiplin juga ialah kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undangundang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupan seorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan, menghormati hak individu lain.Kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain. Kesanggupan hormat-menghormati di antara satu sama lain dan mempunyai semangat tolong-menolong. Kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat"

Berikut ialah matlamat dan objektif DISIPLIN : 1. 2.

Melahirkan insan yang berakhlak mulia demi kesempurnaan masyarakat

3.

Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab, tahu menjaga harga diri dan menjadi warganegara yang baik

4. 5. 6.

Memberi layanan dan hak yang sama rata kepada pelajar

7. 8.

Mencegah pelajar-pelajar yang bersalah dari mengulangi kesalahan mereka

Mewujudkan sifat hormat-menghormati di antara satu sama lain dan mempunyai semangat setiakawan serta kekitaan

Membantu guru-guru menjaga keharmonian, ketenteraman dan kelicinan pentadbiran sekolah. Menegaskan bahawa mereka yang bersalah akan menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahanya. Mencegah pelajar-pelajar yang merbahaya atau bersalah dari mempengaruhi pelajar-pelajar lain

9. Setiap kesalahan yang terbukti dan sabit kesalahannya akan mendapat hukuman yang setimpal 10. Untuk memperbaiki tingkah laku pelajar-pelajar yang bersalah

Sekadar itu sahaja perkongsian disiplin dari saya. Sekian terima kasih.

More Documents from "che mohd rozairi bin che mohd nor -"

1.docx
November 2019 17
2.docx
November 2019 19
Disiplin.docx
November 2019 21
Projek Uteh
October 2019 61