Dialog Dahri Dan Abu Hanifah

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Dialog Dahri Dan Abu Hanifah as PDF for free.

More details

  • Words: 918
  • Pages: 2
DIALOG SEORANG DAHRI/ MULHID (ATHEIS) DENGAN ABU HANIFAH Diriwayatkan bahawa seorang Dahri atau Mulhid telah menemui Hammad, guru lmam Abu Hanifah. Sebelum itu ia meminta para Ulama berhujjah dengannya sambil berkata "Kamu mengatakan Allah itu ada tetapi tiada bertempat, sedangkan setiap yang maujud itu mesti bertempat". Ramai dari kalangan para Ulama telah dikalahkannya dengan pertanyaan tersebut, lalu si Dahri itu bertanya kepada orang ramai: "Adakah masih terdapat di kalangan kamu seorang Ulama lagi yang boleh berhujjah denganku?" Orang ramai menyahut: " Ada, iaitu Hammad". Si Dahri itu pun meminta kepada Khalifah supaya meminta Hammad berhujjah dengannya. Khalifah pun memanggil Hammad, yang meminta supaya diberitangguh hingga esok hari. Pada keesokan pagi, Abu Hanifah yang masih kecil lagi itu datang dan mendapati Hammad gurunya dalam keadaan amat berdukacita. Lalu Abu Hanifah pun menanyakan sebabnya. Gurunya menjawab. 'Aku telah dipanggil oleh Khalifah supaya berhul'jah dengan si Dahri di perhimpunan para Ulama. Semalam aku bermimpi sesuatu yang amat buruk." Abu Hanifah bertanya: " Apa yang Tuan Guru mimpikan?" Hammad menjawab: "Aku lihat sebuah dusun yang sangat luas lagi berhiasan dan terdapat sepohon pokok kayu yang berbuah. Kemudian muncul seekor babi dari suatu penjuru kampung dan memakan buah-buah kayu itu hingga habis termasuk daun-daun dan dahan pohon itu, Yang tinggal hanya batangnya sahaja. Kemudian muncul pula seekor harimau daripada umbi pohon kayu itu dan terus menerkam babi itu dan membunuhnya".

Abu Hanifah lantas berkata: "Allah Ta'ala telah mengajarkan saya ilmu ta'bir mimpi. Saya dapati mimpi ini baik bagi kita dan buruk bagi musuh kita. Jika Tuan Guru izinkan, bolehlah saya ta'birkannya." Hammad rnenjawab: "Ta'birkanfah, wahai Nu'rnan!" Nu'man iafah nama sebenar Abu Hanifah.

Abu Hanifah pun menjelaskan: "Dusun luas yang berhiasan itu ialah agama lslam. Pohon kayu yang berbuah itu ialah para Ulama. Batangnya yang tinggal itu ialah Tuan

Guru. Babi itu ialah si Dahri dan harimau yang membunuh Dahri itu adalah saya. Berangkatlah dan saya akan turnt menyertai Tuan Guru. Dengan berkat hemat Tuan Guru dan berkat hadhrat Tuan Guru, saya akan patahkan hujjahnya!" Hammad gembira dengan kata-kata Abu Hanifah tersebut, dan kedua-duanya pun bangun berjalan menuju ke Masjid Jami'. Kemudian Khalifah pun tiba dan orang ramai mula berhimpun di majlis itu. Abu Hanifah berdiri di depan ranjang gurunya di tempat yang rendah sambil memegang kaus (kasut, Kamus Dewan, 2002) gurunya dan kausnya sendiri. Kemudian tiba pula si Dahri yang terus naik mimbar serta bertanya: "Siapakah yang akan menjawab soalan-soalanku?" Abu Hanifah menjawab: "Nyatakan soalan kamu! Orang yang mengetahuinya akan menjawabnya." Si Dahri itu bertanya: "Siapa engkau ini, wahai kanak-kanak? Engkau bercakap kepadaku sedangkan orang-orang yang mempunyai kemegahan dan orang-orang yang tua, berserban besar, berpakaian labuh dan berlengan baju yang luas tidak berupaya menandingiku. lnikan pula engkau seorang yang masih kecil, mentah dan hina?" Abu Hanifah menjawab: "Allah Ta'ala tidak memberikan ketinggian dan kebesaran kepada orang yang berserban besar, berpakaian penuh kemegahan dan berlengan baju yang luas, tetapi Dia memberinya kepada para 'Ulama' sepertifirmanNya:

'e;'r, A;i\;tl

u";ft,

"Dan mereka yang diberikan ilmu itu ada beberapa darjat." (al-Mujadalah: 11) Si Dahri bertanya: "Engkau yang akan menjawab soalan-soalanku?"

Abu Hanifah menjawab: "Aku akan menjawab dengan taufiq Allah!" Si Dahri pun mula bertanya: 'Adakah Allah itu maujud?" Abu Hanifah manjawab: "Ya." Si Dahri bertanya: "Dimana?" Abu Hanifah menjawab: "Allah tiada bertempat!" Si Dahri bertanya: "Bagaimana yang maujud itu tiada bertempat?" Abu Hanifah menjawab: " Dalilnya ada pada diri kamu!" Si Dahri bertanya: "Mana dia?" Abu Hanifah bertanya balik: "Bukankah kamu ada nyawa?" Jawab si Dahri: "Memang!" Abu Hanifah terus bertanya: "Di manakah tempat nyawa atau roh kamu itu? Di kepala kamukah? Atau di perut kamukah? Atau di kaki kamukah?" Si Dahri tercengang-cengang tak tahu nak jawab. Kemudian Abu Hanifah menyebutkan pula tentang air susu sebagai dalil yang lain dengan bertanya: "Bukankah air susu ittr rnempunyai minyaknya?" Si Dahri menjawab: "Ya." Abu Hanifah pun bertanya: "Di mana tempat minyak itu di dalam susu? Di sebelah atas susu atau di sebelah bawahnya?" Sekali lagi si Dahri tercengang-cengang tak tahu nak jawab. Abu Hanifah pun berkata: "Sepertimana roh itu tiada berternpat di tubuh badan dan minyak tidak bertempat di dalam air susu, maka begitu jugalah Allah tiada bertempat di alam buana ini!" Si Dahri menyoal lagi: 'Apa yang ada sebelum Allah dan apa pula selepasNya?" Abu Hanifah menjawab: "Tiada sesuatu sebelumAllah dan tiada sesuatu selepasNya!" Si Dahri berkata pula: "Betapa dapat digambarkan sesuatu yang maujud itu tiada sesuatu mendahuluinya dan tiada sesuatu selepasnya?" Abu Hanifah menjawab: "Dalilnya ada pada anggota badanmu." , Si Dahri bertanva: " Apa dia?" Abu Hanifah menjawab: "Tiada sesuatu pun yang mendahului ibu jaritanganmu, dan tiada sesuatu pun yang ada selepas jari kelingkingmu. Begitu jugalah dengan Allah Ta'ala. Tiada sesuatu sebelumNya dan tiada sesuatu selepas-Nyal" Si Dahri berkata pula: "Tinggalsatu soalanku lagiyang mahu aku kemukakan!" Abu Hanifah menjawab: " Kemukakanlah! Insya Allah aku akan menjawabnya." Si Dahri itu pun segera bertanya: 'Apakah yang dilakukan Allah Ta'ala sekarang ini?" Abu Hanifah menjawab: "Cara engkau ini tak kena. Sepatutnya orang yang menjawab mesti berada di mimbar dan orang yang bertanya berada di bawah. Aku akan jawab pertanyaanmu jika aku berada di mimbar dan engkau turun ke bawah." Si Dahri pun turun danAbu Hanifah pun naik ke atas mimbar. Setelah beliau duduk, Si Dahri itu pun mengemukakan soalannya tadi yang lantas dijawab oleh Abu

Hanifah dengan katanya: "lnilah yang Allah Ta'ala lakukan sekarang,

Dia

menggugurkan yang bathil seperti kamu daripada atas kebawah, dan menaikkan yang benar sepertiku daripada bawah ke atas." Si Dahri merasa tertewas dan patah hujahnya.l

' Petikan dari: Syaikh Zainal 'Abidin Muhammad al-Fathaniyy. 2007. 'Aq idatun N{riz. Muhaqqiq Syed Ahmad Semait. Singapura: Pustaka Nasional

:

Related Documents