Dewan Eja
Kamus Dewan Edisi Keempat
Kamus Inggeris Melayu Dewan
Daftar Istilah
Pengenalan Pendaftaran Dewan Eja Pro Dewan Eja – Penyemak Ejaan Penggunaan Dewan Eja dalam MS Office Menggunakan Dewan Eja dalam MS Word Menggunakan Dewan Eja dalam MS Excel Menggunakan Dewan Eja dalam MS PowerPoint Menggunakan Dewan Eja dalam MS Access Menggunakan Dewan Eja dalam MS FrontPage Menyunting Kamus Pengguna Menyemak Ejaan dalam Perisian Selain MS Office Halaman Opsyen dalam Panel Kawalan Dewan Eja Pro
1 2 5 5 6 7 8 9 10 10 11 12
Kamus Elektronik Pengenalan Bagaimana Membuka/ Menutup Kamus Elektronik Mencari Makna Perkataan Mencari Makna Perkataan dengan Bar Gelintar Dewan Eja Pro Mencari Makna Perkataan dengan “CheckAnywhere” Merujuk Sejarah Pencarian Kawalan dan Navigasi Kawalan-kawalan dalam Kotak Dialog Pencarian Maksud Butir-butir dalam Kotak Kandungan Memilih antara Kamus Dewan Edisi Keempat, Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Daftar Istilah Menukarkan/ Menetapkan Posisi Kotak Dialog Saiz Semula Kotak Dialog Ensiklopedia Bagaimana Berinteraksi dengan Tetingkap Ensiklopedia Opsyen Aktifkan/ Tutupkan Auto Mula Aktifkan/ Tutupkan Auto Kemas Kini Kependekan
13 13 14 15 15 16 18 19 19 20 21 22 22 23 23 25 25 26 27
Alih Keluar Komponen
33
Buang Pemasangan (“Uninstall”)
35
Soalan Soalan Soalan Soalan
37 38 39 40
Yang Biasa Ditanya Umum mengenai Dewan Eja mengenai kamus elektronik
®
Pengenalan Dewan Eja Pro adalah perisian terbaru keluaran The Name Technology Sdn. Bhd.( ). Ia merupakan kombinasi yang paling sempurna daripada perisian Dewan Eja dan perisian kamus elektronik. Kini, anda boleh menyemak ejaan bahasa Melayu dan menterjemah perkataan dengan perisian Dewan Eja Pro!
2 Pendaftaran Dewan Eja Pro
Pendaftaran Dewan Eja Pro
Anda perlu mendaftarkan perisian ini dengan syarikat kami supaya kami mengetahui bahawa anda merupakan pengguna yang sah. Sebagai pengguna yang berdaftar, anda juga layak menerima bantuan teknikal daripada kami. Sekiranya anda tidak mahu mendaftar sekarang, perisian ini masih boleh berfungsi selama 60 hari dari hari pertama ia diaktifkan. Proses pendaftaran mengambil masa lebih kurang dua minit sahaja jika dilakukan melalui Internet. Berikut adalah caranya: 1. Klik butang “Start” di Bar Tugas Windows, kemudian klik menu “Programs”. 2. Klik menu “Dewan Eja Pro”, kemudian klik ikon “Panel Kawalan Dewan Eja Pro”.
3. Panel Kawalan Dewan Eja Pro akan menyenaraikan komponen-komponen yang telah dipasang. Klik butang “Daftar” bagi komponen yang anda ingin daftarkan.
4. Pendeta Pendaftaran akan dibuka. Lengkapkan borang ringkas yang dipaparkan. 5. Kemudian, anda boleh menghantar informasi itu... • melalui Internet. Cara ini paling mudah. • melalui faks. Notepad akan dibuka. Cetakkan kandungan Notepad (File -> Print) lalu faks kepada kami di +603 7803 2175. Kami akan faks balik nombor pendaftaran anda. Sila masukkan nombor tersebut. • melalui telefon. Notepad akan dibuka. Hubungi syarikat kami di +603 7803 2170 dan memberitahu kami nombor siri dan ID mesin yang dipaparkan. Kami akan memberikan nombor pendaftaran anda. Sila masukkan nombor tersebut.
Pendaftaran Dewan Eja Pro 3
Langkah 1 Isikan borang dalam Pendeta Pendaftaran
Langkah 2 Isikan nombor siri dan pilih cara pendaftaran
4 Pendaftaran Dewan Eja Pro
Daftar melalui Internet Langkah 3 Tunggu sebentar sementara pendaftaran dibuat melalui Internet.
Langkah 4 Selesai! Mulakan semula aplikasi Dewan Eja Pro.
ATAU
Daftar melalui telefon/ faks Langkah 3 Tekan “Cetak” atau “Papar”. Maklumat pendaftaran akan dibuka dalam Notepad. Faks maklumat ke +603 7803 2175 atau telefon +603 7803 2170.
Langkah 4 Anda akan menerima nombor pendaftaran melalui telefon atau faks. Isikan nombor pendaftaran ke dalam ruangan Pendeta Pendaftaran.
Langkah 5 Selesai! Mulakan semula aplikasi Dewan Eja Pro.
Penggunaan Dewan Eja dalam MS Office Dewan Eja boleh berintegrasi dengan MS Office 97/ 2000/ XP/ 2003. Anda hanya perlu membuka perisian MS Office seperti biasa, dan Dewan Eja tidak perlu diaktifkan sekali lagi.
6 Dewan Eja- Penyemak Ejaan
Menggunakan Dewan Eja dalam MS Word Dewan Eja dapat berintegrasi dengan MS Word. Buka MS Word seperti biasa dan Bar Alat Dewan Eja akan bersedia.
Terdapat dua cara untuk menyemak ejaan dalam MS Word. Kesilapan ejaan akan ditandakan dengan garisan merah. Jika dokumen anda terlampau panjang, anda juga boleh menggunakan penyemak ejaan standard (menu Tools -> Spelling and Grammar atau tekan F7). Semak seluruh dokumen dalam bahasa Melayu 1. Dalam MS Word, klik butang . Kesilapan ejaan dalam bahasa Melayu akan ditandakan dengan garisan merah. 2. Untuk mendapatkan cadangan pembetulan bagi perkataan yang digariskan, klik perkataan itu dengan butang kanan tetikus. Semak seluruh dokumen dalam bahasa Inggeris 1. Dalam MS Word, klik butang . Kesilapan ejaan dalam bahasa Inggeris akan ditandakan dengan garisan merah. 2. Klik perkataan itu dengan butang kanan tetikus untuk mendapatkan cadangan pembetulan. Semak sebahagian dokumen dalam bahasa Melayu Dewan Eja menyokong penyemakan ejaan pelbagai bahasa dalam satu dokumen. 1. Dalam dokumen, serlahkan bahagian yang dikehendaki. 2. Klik butang . Bahagian terserlah akan disemak oleh Dewan Eja. Kesilapan ejaan dalam bahasa Melayu akan ditandakan dengan garisan merah. Bahagian yang lain dalam dokumen akan terus disemak oleh penyemak ejaan bahasa Inggeris yang dibekalkan bersama MS Office. Semak sebahagian dokumen dalam bahasa Inggeris 1. Dalam dokumen, serlahkan bahagian yang dikehendaki. 2. Klik butang . Kesilapan ejaan dalam bahasa Inggeris akan ditandakan dengan garisan merah. Semak dokumen yang panjang Sekiranya dokumen terlalu panjang, penyemak ejaan standard boleh menyemak dengan lebih cepat kerana ia hanya berhenti pada perkataan tersilap. 1. Klik butang . 2. Klik menu “Tools” -> “Spelling and Grammar” atau tekan “F7”. 3. Kotak dialog penyemak ejaan standard akan dipaparkan apabila kesilapan dijumpai.
Dewan Eja- Penyemak Ejaan 7
Menggunakan Dewan Eja dalam MS Excel Dalam MS Excel XP Dewan Eja dalam MS Excel berfungsi berlainan berbanding dengan MS Word. Ia tidak menggariskan perkataan yang tersilap ejaannya. Bar Alat Dewan Eja juga tidak dipasang dalam MS Excel. Untuk menyemak ejaan: Pilih bahasa 1. Dalam MS Excel, klik menu “Tools”. Klik “Options”. 2. Klik tab “Spelling”. 3. Dalam kotak kombo “Dictionary Language”, pilih “Malay”. 4. Tekan butang “OK”. Lancarkan penyemak ejaan 1. Klik menu “Tools”. Klik “Spelling”, atau anda juga boleh menekan kekunci “F7”.
Dalam MS Excel versi sebelum XP MS Excel versi lama tidak mengandungi fungsi penukaran bahasa. Oleh itu, anda mesti menggunakan Panel Kawalan Dewan Eja Pro untuk menukarkan bahasanya. Pilih bahasa 1. Klik butang “Start” pada Bar Tugas Windows, kemudian klik “Programs”. 2. Klik “Dewan Eja Pro”, selepas itu klik “Panel Kawalan Dewan Eja Pro”. 3. Klik butang “Opsyen”. 4. Klik ikon “Menyemak ejaan dalam MS Excel”. Lancarkan penyemak ejaan 1. Dalam MS Excel, klik menu “Tools”. Klik “Spelling”, atau anda juga boleh menekan kekunci “F7”.
8 Dewan Eja- Penyemak Ejaan
Menggunakan Dewan Eja dalam MS PowerPoint Dalam MS PowerPoint 2000 atau XP Dewan Eja turut berfungsi berlainan dalam MS PowerPoint. Bar Alat Dewan Eja tidak dipasangkan. Terdapat dua cara untuk menyemak ejaan dalam MS PowerPoint. Kesilapan ejaan akan ditandakan dengan garisan merah. Jika dokumen anda terlampau panjang, anda juga boleh menggunakan penyemak ejaan standard (Tools -> Spelling atau tekan “F7”). Untuk menyemak ejaan: 1. Dalam dokumen PowerPoint, serlahkan bahagian yang dikehendaki. 2. Klik menu “Tools”, kemudian pilih menu “Language”. 3. Dalam kotak senarai “Language” yang dipaparkan, pilih “Malay”. Kesilapan ejaan dalam bahasa Melayu akan ditandakan dengan garisan merah. 4. Untuk mendapatkan cadangan pembetulan bagi perkataan yang digariskan, klik perkataan itu dengan butang kanan tetikus.
Dalam MS PowerPoint versi sebelum 2000 MS PowerPoint versi lama tidak mengandungi fungsi penukaran bahasa. Oleh itu, anda harus menggunakan Panel Kawalan Dewan Eja Pro untuk menukarkan bahasanya. Pilih bahasa 1. Klik butang “Start” pada Bar Tugas Windows, kemudian klik “Programs”. 2. Klik “Dewan Eja Pro”, kemudian klik “Panel Kawalan Dewan Eja Pro”. 3. Klik butang “Opsyen”. 4. Klik ikon “Menyemak ejaan dalam MS PowerPoint”. Lancarkan penyemak ejaan 1. Dalam MS PowerPoint, klik menu “Tools”. Klik “Spelling”, atau anda juga boleh menekan kekunci “F7”.
Dewan Eja- Penyemak Ejaan 9
Menggunakan Dewan Eja dalam MS Access Dalam MS Access XP Dalam MS Access, Dewan Eja tidak menggariskan perkataan yang tersilap ejaannya. Bar Alat Dewan Eja juga tidak dipasang dalam MS Access. Untuk menyemak ejaan: Pilih bahasa 1. Dalam MS Access, klik menu “Tools”, kemudian klik “Options”. 2. Klik tab “Spelling”. 3. Dalam kotak kombo “Dictionary Language”, pilih “Malay”. 4. Tekan butang “OK”. Lancarkan penyemak ejaan 1. Klik menu “Tools”. Klik “Spelling”, atau anda juga boleh menekan kekunci “F7”.
Dalam MS Access versi sebelum XP MS Access versi lama tidak mengandungi fungsi penukaran bahasa. Oleh itu, anda harus menggunakan Panel Kawalan Dewan Eja Pro untuk menukarkan bahasanya. Pilih bahasa 1. Klik butang “Start” pada Bar Tugas Windows, kemudian klik “Programs”. 2. Klik “Dewan Eja Pro”, kemudian klik “Panel Kawalan Dewan Eja Pro”. 3. Klik butang “Opsyen”. 4. Klik ikon “Menyemak ejaan dalam MS Access”. Lancarkan penyemak ejaan 1. Dalam MS Access, klik menu “Tools”. Klik “Spelling”, atau anda juga boleh menekan kekunci “F7”.
10 Dewan Eja- Penyemak Ejaan
Menggunakan Dewan Eja dalam MS FrontPage Dalam MS FrontPage, 1. Pilih menu “File”. Kemudian, pilih “Properties”. 2. Klik tab “Language”. 3. Dalam kotak kombo “Mark current document as...”, pilih “Malaysian”. Nota Penting: Untuk kesilapan ejaan pada MS FrontPage versi XP, ia sentiasa menyemak ejaan dalam bahasa Inggeris walaupun anda telah memilih bahasa Melayu. Oleh itu, Office XP Service Pack 1 perlu dipasangkan untuk menyelesaikan masalah ini.
Menyunting Kamus Pengguna Anda boleh mengemaskinikan kamus pengguna pada MS Word. 1. Dalam MS Word, klik menu “Tools”. Kemudian, klik “Options”. Sebuah kotak dialog bertajuk “Options” akan dipaparkan. 2. Klik butang “Custom Dictionaries”. 3. Pilih kamus yang anda ingin suntingkan, kemudian klik butang “Modify” atau “Edit”. Selepas itu, anda boleh menambah, menggugurkan atau menukar perkataan-perkataan dalam kamus.
Dewan Eja- Penyemak Ejaan 11
Menyemak Ejaan dalam Perisian Selain MS Office
Teknologi “Spell Check Anywhere” dan “AutoCorrect Anywhere” Kami menggunakan teknologi inovatif ini untuk mengesan proses penaipan anda dalam mana-mana aplikasi Windows. Taip sahaja -- apabila Dewan Eja mengesan kesilapan ejaan, ia akan berbunyi “beep” lalu memaparkan cadangan-cadangan yang sesuai dalam kotak dialog. Anda tidak perlu mengaktifkan fungsi ini jika anda ingin menyemak ejaan dalam MS Office, kerana Dewan Eja sudah berintegrasi dengan semua aplikasi MS Office. Aktifkan “Spell Check Anywhere” 1. Klik butang “Start” pada Bar Tugas Windows, kemudian klik “Programs”. 2. Klik “Dewan Eja Pro”, kemudian klik ikon “Panel Kawalan Dewan Eja Pro”. 3. Klik butang “Opsyen”. 4. Klik ikon “Menyemak ejaan dalam perisian lain”. Tandakan pada kotak “Spell Check Anywhere”. Kemudian, dalam mana-mana aplikasi sahaja, anda boleh • klik cadangan yang dikehendaki, atau • tekan CTRL-1, CTRL-2 atau CTRL-3 untuk memilih cadangan yang dikehendaki. Perbezaan antara penyemakan ejaan dalam MS Office dengan perisian lain • Dalam perisian selain MS Office, Dewan Eja tidak dapat menggariskan kesilapan ejaan secara automatik. Ia berbunyi dan memaparkan kotak dialog untuk mengingatkan anda bahawa kesilapan telah dijumpai. • Oleh kerana Dewan Eja mengesan proses penaipan dalam perisian selain MS Office, dokumen yang sedia ada tidak dapat disemak. Hanya dokumen baru yang sedang diproses dapat dikesan.
12 Dewan Eja- Penyemak Ejaan
Halaman Opsyen dalam Panel Kawalan Dewan Eja Pro Halaman opsyen Dewan Eja Pro dalam Panel Kawalan Dewan Eja Pro digunakan untuk: • menyemak ejaan di luar MS Office dengan “Spell Check Anywhere”. • menukarkan bahasa dalam Excel, PowerPoint, dan Access versi sebelum 2000.
Kamus Pengguna Kamus pengguna ialah senarai kata peribadi pengguna. Perkataan-perkataan yang ditambah ke dalam senarai ini akan dianggap betul oleh Dewan Eja dan tidak digariskan merah. Misalnya, anda boleh menambah nama anda ke dalam kamus pengguna. Anda perlu cipta sebuah kamus pengguna baru sebelum menambah perkataan baru. Tekan butang Kamus Pengguna untuk mencipta kamus pengguna baru, atau menambah kamus pengguna yang sedia ada. Kemudian, anda boleh menambah perkataan baru.
Anda juga boleh menambah perkataan ke dalam senarai “AutoCorrect Anywhere”. Apabila “AutoCorrect Anywhere” diaktifkan, perkataan-perkataan dalam senarai ini akan digantikan secara automatik. “AutoCorrect Anywhere” dan “AutoCorrect” dalam MS Office merupakan dua sistem yang berasingan. Oleh kerana itu, jika anda menambah sepatah perkataan baru ke “AutoCorrect” MS Office, perkataan itu tidak akan ditambah ke dalam senarai “AutoCorrect Anywhere”.
Menukarkan bahasa dalam MS Excel dan MS Access versi sebelum 2000 Versi lama Excel dan Access tidak mengandungi fungsi pertukaran bahasa. Gunakan Panel Kawalan Dewan Eja Pro untuk menukarkan bahasa bagi perisian-perisian tersebut.
Pengenalan Komponen Dewan Eja Pro adalah perisian kamus elektronik yang berintegrasi dengan “Wikipedia, the free encyclopedia” yang sentiasa tersedia. Serlahkan sahaja sepatah perkataan dengan tetikus, dan maksud perkataan itu akan dipaparkan dengan segera. Kamus elektronik berfungsi dalam semua perisian Windows. Jadi, apabila anda menjumpai perkataan-perkataan yang baru, sama ada dalam Internet Explorer, Microsoft Office atau perisian lain, anda hanya perlu serlahkannya untuk mempelajari perkataan baru tersebut. Berikut adalah ciri-ciri utama bagi kamus elektronik: • Mengandungi tiga buah kamus utama: • Kamus Dewan Edisi Keempat (lebih daripada 49,000 entri*). • Kamus Inggeris Melayu Dewan (lebih daripada 47,000 entri*). • Daftar Istilah yang mengandungi terminologi terjemahan (lebih daripada 267,000 entri*). *Jumlah entri termasuk kata dasar dan kata terbitan. • Mengandungi lebih daripada 35,000 topik ensiklopedia terpilih dari “Wikipedia, the free encyclopedia.” • Rujuk-silang: boleh mencari makna dalam bahasa Melayu bagi perkataan bahasa Inggeris dan sebaliknya. • Teknologi “CheckAnywhere” yang berfungsi dalam semua perisian Windows.
14 Kamus Elektronik
Bagaimana Membuka/ Menutup Kamus Elektronik
Kamus elektronik dibuka secara automatik apabila Windows dimulakan. Untuk memastikan sama ada kamus elektronik aktif atau tidak, sila lihat “System Tray” yang biasanya terdapat pada bahagian bawah sebelah kanan skrin. Ikon kamus elektronik akan dipaparkan jika aktif.
Jika kamus elektronik tidak aktif atau telah ditutup, terdapat 2 cara untuk membukanya semula: Cara 1 1. Klik butang “Start” pada Bar Tugas Windows, kemudian klik “Programs”. 2. Klik “Dewan Eja Pro”. 3. Klik ikon “Kamus Elektronik Dewan Eja Pro”. Cara 2 1. Aktifkan “Desktop”. 2. Anda akan menjumpai ikon “Shortcut to Kamus Elektronik Dewan Eja Pro”. Klik dua kali pada ikon tersebut.
Terdapat 2 cara untuk menutup kamus elektronik. Cara 1 1. Klik butang
pada kamus elektronik jika ia masih berada pada skrin anda. (bukan dalam mod sembunyi)
Cara 2 1. Klik butang kanan tetikus pada ikon kamus elektronik dalam “System Tray”. 2. Klik “Keluar” pada menu timbul yang dipaparkan.
Kamus Elektronik 15
Mencari Makna Perkataan Mencari Makna Perkataan dengan Bar Gelintar Dewan Eja Pro 1. Taipkan perkataan dalam kotak kombo.
2. Klik butang di sebelah kanan kotak kombo atau tekan kekunci “Enter” pada papan kekunci. 3. Hasil pencarian akan dipaparkan pada kotak dialog pencarian. Tip Anda boleh Salin (“copy”) dan Tampal (“paste”) perkataan dari mana-mana dokumen ke dalam Bar Gelintar Dewan Eja Pro.
Bagaimana Menyembunyikan/ Memaparkan Bar Gelintar Anda boleh menyembunyikan Bar Gelintar Dewan Eja Pro dengan klik butang diaktifkan, akan terus berfungsi biar pun Bar Gelintar tersembunyi.
. “CheckAnywhere”, jika telah
Untuk memaparkan Bar Gelintar semula, sila klik dua kali pada ikon Dewan Eja Pro dalam “System Tray”. Anda juga boleh klik butang kanan tetikus pada ikon tersebut dan memilih “Buka Dewan Eja Pro” pada menu yang dipaparkan.
16 Kamus Elektronik
Mencari Makna Perkataan dengan “CheckAnywhere” Cara 1: Serlah Sahaja Dalam perisian yang berkenaan: 1. Serlahkan perkataan yang dikehendaki dan lepaskan butang tetikus; atau dwiklik perkataan yang dikehendaki. Kebanyakan perisian Windows menganggap dwiklik sebagai penyerlahan pada perkataan itu. 2. Setelah melepaskan butang tetikus, tinggalkan kursor tetikus pada tempat yang asal, dan satu label kecil Dewan Eja Pro akan wujud di sebelahnya sebentar lagi.
3. Klik label itu dan hasil pencarian akan dipaparkan pada kotak dialog kandungan. Tip Sekiranya anda tidak ingin mencari makna perkataan yang diserlahkan itu, teruskan sahaja kerja anda. Label Dewan Eja Pro akan bersembunyi secara automatik jika aktiviti papan kekunci atau tetikus dikesan. Fungsi ini amat bijaksana dan tidak akan mengganggu kerja anda.
Cara 2: Alt-Serlah Cara ini berbeza dengan cara serlah sahaja kerana kotak dialog kandungan akan dipaparkan serta-merta. Dalam perisian yang berkenaan: 1. Tekan kekunci “Alt” tanpa melepaskannya. • Dengan kekunci “Alt” tertekan, serlahkan perkataan yang dikehendaki dan lepaskan butang tetikus; atau, • Dengan kekunci “Alt” tertekan, dwiklik perkataan yang dikehendaki. Kebanyakan perisian Windows menganggap dwiklik sebagai penyerlahan pada perkataan itu. 2. Hasil pencarian akan dipaparkan pada kotak dialog kandungan. Tip • Pastikan “CheckAnywhere” telah diaktifkan. • Apabila anda menggunakan cara “Alt-Serlah” pada sepatah perkataan, pastikan anda melepaskan butang tetikus dahulu sebelum melepaskan kekunci “Alt”. Jika kekunci “Alt” dilepaskan di tengah proses penyerlahan, “CheckAnywhere” akan menganggap proses pencarian itu dibatalkan.
Kamus Elektronik 17
Bagaimana Aktifkan/ Tutupkan “CheckAnywhere” 1. Klik butang kanan tetikus pada ikon Dewan Eja Pro dalam “System Tray”. 2. Pada menu timbul, tanda semak di sebelah “Gunakan CheckAnywhere (Alt-Serlah)” dan “Gunakan CheckAnywhere (Serlah sahaja)” menunjukkan bahawa kedua-dua mod “CheckAnywhere” adalah aktif. Jika tanda semak tersebut tidak ada, maknanya “CheckAnywhere” belum diaktifkan. 3. Klik “Gunakan CheckAnywhere” pada menu timbul tersebut untuk mengaktifkan atau menutupkan kedua-dua atau salah satu mod “CheckAnywhere”.
18 Kamus Elektronik
Merujuk Sejarah Pencarian
Sebanyak 10 perkataan yang terakhir dicari akan direkodkan sebagai sejarah pencarian. Berikut adalah fungsi-fungsi bagi setiap butang sejarah: 1. Klik butang , untuk merujuk kepada maksud perkataan 2. Klik butang , untuk merujuk kepada maksud perkataan 3. Klik butang , untuk merujuk kepada maksud perkataan 4. Klik butang , untuk merujuk kepada maksud perkataan
sebelumnya. pertama. selepasnya. terakhir.
Kamus Elektronik 19
Kawalan dan Navigasi Kawalan-kawalan dalam Kotak Dialog Pencarian Kawalan-kawalan yang disediakan dalam Kotak Dialog Pencarian:
1. Pin
Untuk menukarkan/ menetapkan posisi Kotak Dialog Pencarian.
2. Butang-butang sejarah
Untuk merujuk sejarah pencarian.
3. Pandangan Kamus Dewan 4/ Kamus BI-BM/ Daftar Istilah (Tab)
Untuk memilih antara komponenkomponen kamus elektronik yang telah dipasang.
4. Kotak Kandungan
Maklumat yang dicari akan dipaparkan di sini.
5. Pautan ensiklopedia
Jika komponen ensiklopedia telah dipasang, klik pautan ini untuk membuka tetingkap ensiklopedia.
6. Bantuan
Menerangkan maksud kependekan dalam kotak kandungan.
7. Tutup
Tutup Kotak Dialog Pencarian.
20 Kamus Elektronik
Maksud Butir-butir dalam Kotak Kandungan Butir-butir dalam kotak kandungan:
1. Perkataan yang dipilih
Perkataan yang dirujuk sama ada dengan menggunakan Bar Gelintar ataupun “CheckAnywhere”.
2. Perkataan yang dijumpai
Perkataan yang dijumpai akan melebihi satu jika perkataan tersebut mempunyai kelas kata atau kategori yang berlainan.
3. Maksud-maksud yang dijumpai
Memaparkan segala erti yang berkaitan dengan perkataan yang dijumpai.
4. Pautan ensiklopedia
Jika komponen ensiklopedia telah dipasang, klik pautan ini untuk membuka tetingkap ensiklopedia.
Jika perkataan yang dipilih itu tiada dalam kamus, Dewan Eja Pro akan cuba mencari dan memaparkan perkataan yang terdekat ejaannya. Tip Anda boleh serlah atau alt-serlah pada perkataan-perkataan dalam kotak kandungan untuk mencari maksudnya.
Kamus Elektronik 21
Memilih antara Kamus Dewan Edisi Keempat, Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Daftar Istilah Tab-tab pada kotak kandungan menunjukkan komponen kamus yang telah dipasang. Klik tab-tab tersebut untuk memilih komponen kamus yang dikehendaki.: 1. Pandangan Kamus Dewan Edisi Keempat (Tab “Kamus Dewan 4”).
2. Pandangan Kamus Inggeris Melayu Dewan (Tab “Kamus BI-BM”).
3. Pandangan Daftar Istilah (Tab “Daftar Istilah”).
22 Kamus Elektronik
Menukarkan/ Menetapkan Posisi Kotak Dialog Anda boleh menggerakkan kotak dialog dengan menyeret (drag) ruangan kuning di bahagian atas. Untuk menyembunyikan kotak dialog, klik mana-mana sahaja di luar kotak dialog. Untuk menetapkan posisi kotak dialog dan menunjukkannya secara “sentiasa di atas” (always on top), klik butang Sebaliknya, klik butang agar kotak dialog kembali ke keadaan asal.
Saiz Semula Kotak Dialog Anda boleh membesarkan atau mengecilkan kotak dialog dengan menyeret sempadan kotak dialog.
.
Kamus Elektronik 23
Ensiklopedia Bagaimana Berinteraksi dengan Tetingkap Ensiklopedia Apabila anda klik pautan dalam kotak kandungan, tetingkap ensiklopedia akan dibuka dan kandungan topik berkenaan dipaparkan. Perkataan-perkataan bergaris yang berwarna biru merupakan pautan-pautan ke topik ensiklopedia yang berlainan. Klik pautan itu untuk membuka topik berkenaan.
Perkataan-perkataan bergaris yang berwarna hijau merupakan pautan-pautan ke tapak web di Internet. Anda perlu menyambung kepada Internet untuk membuka pautan-pautan tersebut.
24 Kamus Elektronik
Untuk mencari topik-topik ensiklopedia, masukkan perkataan-perkataan yang ingin dicari pada kotak “Search” di atas, dan tekan “Search”. Hasil pencarian akan disenaraikan.
Tip Jika “CheckAnywhere” telah diaktifkan, anda boleh menyerlahkan mana-mana perkataan dalam laman ensiklopedia untuk mencari makna yang berkaitan dalam bahasa Melayu.
Kamus Elektronik 25
Opsyen Aktifkan/ Tutupkan Auto Mula Auto Mula berfungsi untuk mengaktifkan kamus elektronik secara automatik semasa komputer anda dibuka. 1. Klik butang kanan tetikus pada ikon Dewan Eja Pro dalam “System Tray”. 2. Pada menu timbul, tanda semak di sebelah Auto Mula menunjukkan bahawa fungsi ini telah diaktifkan. Jika tanda semak tersebut tiada, bermakna fungsi ini belum diaktifkan. 3. Klik Auto Mula pada menu timbul tersebut untuk mengaktifkan atau menutupkan Auto Mula.
26 Kamus Elektronik
Aktifkan/ Tutupkan Auto Kemas Kini Auto Kemas Kini berfungsi untuk memeriksa pengemaskinian secara automatik dari Internet selepas anda mengaktifkan kamus elektronik. 1. Klik butang kanan tetikus pada ikon Dewan Eja Pro dalam “System Tray”. 2. Pada menu timbul, tanda semak di sebelah Auto Kemas Kini menunjukkan bahawa fungsi ini telah diaktifkan. Jika tanda semak tersebut tiada, bermakna fungsi ini belum diaktifkan. 3. Klik Auto Kemas Kini pada menu timbul tersebut untuk mengaktifkan atau menutupkan Auto Kemas Kini.
Nota Sekiranya terdapat versi yang lebih baru, ia akan memberitahu anda dengan kotak dialog timbul seperti yang ditunjukkan di bawah:
Kamus Elektronik 27
Kependekan
Kamus Dewan Edisi Keempat
Kependekan
Ar Br C IB Id Jh Jk Jw Kd Kl Ml
Kependekan
bd bh bk bkn bp dgn dll dlm dr drpd dsb kep ki kpd krn lwn
Kependekan
Ant Bio Cetak Eko Fiz Geo Geog Hut Kej Kim Kom
Makna
Arab Brunei Cina Indonesia-Belanda Indonesia Johor Jakarta Jawa Kedah Kelantan Melaka
Makna
bahasa dalam bahasa halus bahasa kasar berkenaan (dengan) bahasa percakapan dengan dan lain-lain dalam dari daripada dan sebagainya kependekan kiasan kepada kerana lawan
Makna
antropologi biologi percetakan ekonomi Fizik geologi geografi perhutanan kejuruteraan kimia komunikasi
Kependekan
Mn NS Ph Pl Pn Pr Sb Si Sl Sr Tr
Kependekan
mis pd prd sbg sj sl spt sr sso sst tdk thdp ttg utk yg
Kependekan
Komp Lin Mat Muz Psi Sas Sbina Sej Tani Ubat Udg
Makna
Minangkabau Negeri Sembilan Pahang Perlis Pulau Pinang Perak Sabah Singapura Selangor Sarawak Terengganu
Makna
misalnya pada peribahasa sebagai sejenis sastera lama seperti seruan seseorang sesuatu tidak terhadap tentang untuk yang
Makna
komputer linguistik matematik seni muzik psikologi kesusasteraan seni bina sejarah pertanian perubatan undang-undang
28 Kamus Elektronik
Kamus Inggeris Melayu Dewan
Kependekan
Makna
Kependekan
Makna
abbrev
abbreviated(d), abbreviation
(meteorol)
meteorology, meteorological
(act.)
active
(mil)
military
adj
adjective, adjectival
(miner.)
mineralogy, mineralogical
adv
adverb, adverbial
(mus)
music(al)
(aeron)
aeronautics, aeronautical
(mythol)
mythology, mythological
(agric)
agriculture, agricultural
(naut)
nautical
(anat)
anatomy, anatomical
(NZ)
New Zealand
(anthrop)
anthropology, anthropological
n
noun, nominal
(antiq)
antiquities
obj
object
approp
appropriate
(obs)
obsolete
approx
approximate, approximately
(obstet)
obstetrics, obstetrical
(archaeol)
archaeology, archaeological
occas
occasionally
(archit)
architecture, architectural
o’s
one’s
(arith)
arithmetic, arithmetical
os
oneself
assoc
associated
(Parl)
Parliament, Parliamentary
(astrol)
astrology, astrological
(pass.)
passive
(astron)
astronomy, astronomical
pp
past participle
(attrib)
attributive
pt
past tense
(Austral)
Australia, Australian
(pathol)
pathology, pathological
aux
auxiliary
pers pron
personal pronoun
(biochem)
biochemistry, biochemical
(pharm)
pharmacy, pharmaceutics, pharmaceutical
(biol)
biology, biological (philos)
philosophy, philosophical
(bot)
botany, botanical (phon)
(chem)
chemistry, chemical
phonetics, phonetic, phonology, phonological
(cinemat)
cinematography
(photog)
photography, photographic(al)
(colloq)
colloquial(ly) phr
phrase, phrasal
comb. form
combining form (phys)
physics, physical
compar
comparative
Kamus Elektronik 29
Kependekan
Makna
Kependekan
Makna
conj
conjunction
(physiol)
physiology
def
definite
(poet.)
poetry, poetical(ly)
dem
demonstrative
(polit)
politics, political
(derog)
derogatory
(pop.)
popular
(eccles)
ecclesiastical
poss
possessive
(ecol)
ecology, ecological
(pred)
predicate, predicative
(econ)
economics, economic
pref
prefix
(electr)
electricity, electric, electronics
prep
preposition/ prepositional
(engin)
engineering
pres p
present participle
esp
especially
pres t
present tense
(euphem)
euphemism, euphemistic, euphemistically
pron
pronoun
(psychol)
psychology, psychological
fem
feminine ref
referring
(fig.)
figurative(ly) (refl)
reflexive
foll
followed, following (tdmk)
registered trademark
(fml)
formal(ly)_ rel
related, relative
freq
frequent(ly) rel to
relating to
(gen)
general(ly) (rhet)
rhetorical(ly)
(geog)
geography, geographical (relig)
religion, religious
(geol)
geology, geological (RC)
Roman Catholic(ism)
(geom)
geometry, geometric(al) sing.
singular
(gram.)
grammar, grammatical (sl)
slang
(hist)
history, historical (sociol)
sociology, sociological
(hort)
horticulture, horticultural so.
someone
immed
immediate(ly) so’s
someone’s
imper
imperative st
something
impers
impersonal specif
specific, specifically
imcl
including, inclusive subj
subject
30 Kamus Elektronik
Kependekan
Makna
Kependekan
Makna
indic
indicative, indicating
suf
suffix
indef
indefinite
superl
superlative
infin
infinitive
(surg)
surgery, surgical
(infml)
informal(ly)
(surv)
surveying
(in pl)
in plural
(tech)
technical
interj
interjection
(theatr)
theatre, theatrical
interrog
interrogative
(theol)
theology, theological
irreg
irregular(ly)
(typogr)
typography, typographical
(journ)
journalism, journalistic
(UK)
United Kingdom
(leg.)
law, legal
(US)
United States
(ling)
linguistics, linguistic
usu
usually
(lit.)
literal(ly)
var
variant
(liter.)
literature, literary
v
verb, verbal
masc
masculine
vi
intransitive verb
(math)
mathematics, mathematical
vt
transitive verb
(mech)
mechanics, mechanical
(vulg)
vulgar
(med)
medicine, medical
(zool)
zoology, zoological
Daftar Istilah
Kependekan
Makna
Kependekan
Makna
ABRT
Angkat Berat
NIAGA
Pentadbiran Perniagaan
AERON
Aeronautik
OLAH
Olahraga
ANGKUT
Teknologi Pengangkutan
P.JAS
Pendidikan Jasmani
ANT
Antropologi
PBDR
Perancangan dan Pembangunan Bandar
ARKEOL
Arkeologi PEM.MAN
Pembangunan Manusia
ASEK
Alam Sekitar PERD
Perdagangan
ASTR
Astronomi
Kamus Elektronik 31
Kependekan
Makna
Kependekan
Makna
BAD
Badminton
PLBR
Pelaburan
BANK
Perbankan
PLCGN
Pelancongan
BIO
Biologi
PNRSPP
Perniagaan dan Pertubuhan
CETAK
Percetakan/Penerbitan
POLI
Sains Politik
CORM
Corak dan Motif
POS
Pos
CUKAI
Percukaian
PSI
Psikologi
DIDIK
Pendidikan
PUISI
Puisi
DOMS
Domestik
PUS
Perpustakaan
DRAMA
Drama dan Teater
RAG
Ragbi
DUDUK
Kependudukan
REN
Renang
EKO
Ekonomi
SAJIAN
Penginapan dan Penyajian
FALS
Falsafah
SANYAM
Seni Anyam
FARM
Farmasi
SAS
Kesusasteraan
FESYEN
Seni Reka Fesyen
SATANAH
Sains Tanah
FILO
Filologi
SEJ
Sejarah
FIZ
Fizik
SENB
Seni Bina
FOTO
Fotografi
SETIA
Kesetiausahaan
GEO
Geologi
SKU
Skuasy
GEOG
Geografi
SLUKIS
Seni Lukis
GIGI
Pergigian
SNUK
Sains Nuklear
GMA
Gimnastik Artistik
SOS
Sosiologi
GMR
Gimrama
SRP
Seni Reka Perindustrian
GRAF
Grafik
STENUN
Seni Tenun
GSBJ
Bola Jaring
SUK
Sukan
GSBP
Boling Padang
SUKIR
Seni Ukir
HARTA
Hartanah
TADB
Pentadbiran
HDRGEO
Hidrogeologi
TANI
Pertanian
HID
Hidrologi
TASA
Teknologi Angkasa
32 Kamus Elektronik
Kependekan
Makna
Kependekan
Makna
HOK
Hoki
TATAKIM
Tatanama Kimia
HUT
Perhutanan
TEKMA
Sains dan Teknologi Makanan
IKAN
Perikanan
TEKSTIL
Tekstil
INS
Insurans
TEM
Menembak
IPET
Industri Petroleum
TINJ
Tinju
JAWAT
Perjawatan
TMAK
Teknologi Maklumat
KEJ
Kejuruteraan
TOP
Teknologi dan Gentian Optik
KER
Industri Pembuatan Kereta
TRT
Tadbir Rumah Tangga
KIM
Kimia
TSM
Teknologi Sains Mineral
KOM
Komunikasi
TTRA
Angkatan Tentera
KOMPU
Komputer
UBAT
Perubatan
KRDO
Sukan Karate-Do
UDG
Undang-Undang
KRI
Kriket
UKUR
Ukur dan Pemetaan
KTER
Industri Pembuatan Kapal Terbang
UM
Umum
UMSRTKB
Persuratkhabaran
LBAS
Lumba Basikal UMTEPJR
LIN
Linguistik
Tel. Elektrik & Panduan Jalan Raya
LOGAM
Seni Reka Logam
URUS
Pengurusan
LYR
Pelayaran
VET
Veterinar
MARIN
Teknologi Marin
WARNA
Warna
MAT
Matematik
WAU
Permainan Tradisional
MUZ
Muzik
ZOO
Zoologi
34 Alih Keluar Komponen
Alih Keluar Komponen
1. 2. 3. 4.
Klik Klik Klik Klik
butang “Start” pada Bar Tugas Windows, kemudian klik menu “Programs”. menu “Dewan Eja Pro”. ikon “Panel Kawalan Dewan Eja Pro”. Komponen-komponen yang telah dipasang akan disenaraikan. butang “Alih Keluar” di sebelah komponen yang anda ingin mengalih keluar.
36 Buang Pemasangan (“Uninstall”)
Buang Pemasangan (“Uninstall”)
Fungsi Buang Pemasangan akan membuangkan semua fail aplikasi dan komponen-komponen Dewan Eja Pro. Untuk mengalih keluar sesuatu komponen sahaja, sila gunakan Panel Kawalan Dewan Eja Pro. Untuk membuang pemasangan Dewan Eja Pro: 1. Klik butang “Start” pada Bar Tugas Windows, kemudian klik menu “Programs”. 2. Klik menu “Dewan Eja Pro”. 3. Klik ikon “Buang Pemasangan”. Selepas itu, Kotak Dialog “Select Uninstall Method” akan dipaparkan. 4. Klik butang “Next”. Kemudian, Dialog “Perform Uninstall” akan dipaparkan.
5. Klik butang “Finish”.
38 Soalan Yang Biasa Ditanya
Soalan Umum
1. Mengapa saya perlu mendaftarkan Dewan Eja Pro? Anda perlu mendaftarkan Dewan Eja Pro supaya syarikat boleh memberikan keutamaan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan yang sah. Pengguna-pengguna yang berdaftar akan menikmati: • Bantuan teknikal daripada syarikat . • Harga istimewa apabila menaiktarafkan (upgrade) perisian Dewan Eja Pro. • Maklumat terkini tentang perisian . Selepas pendaftaran, komponen Dewan Eja Pro akan berfungsi sepenuhnya. Komponen yang tidak berdaftar mempunyai tempoh penggunaan selama 60 hari sahaja.
Soalan Yang Biasa Ditanya 39
Soalan mengenai Dewan Eja
1. Mengapa MS Word langsung tidak menggariskan kesilapan ejaan? Mungkin sekali anda telah menutup fungsi penyemakan ejaan MS Word. Untuk mengaktifkan fungsi ini: • Dalam MS Word, klik menu “Tools”, kemudian klik “Options”. • Klik tab “Spelling and Grammar”. • Pastikan kotak “Check spelling as you type” ditandakan. • Pastikan kotak “Hide spelling errors in this document” tidak ditandakan. • Jika anda ingin menyemak perkataan yang semuanya HURUF BESAR, pastikan kotak “Ignore words in UPPERCASE” tidak ditandakan.
2. Mengapa MS Word menggariskan tiap-tiap perkataan dalam dokumen saya? Anda belum mengaktifkan Dewan Eja untuk dokumen itu. Penyemak ejaan bahasa Inggeris masih aktif, dan ia menganggap semua perkataan bahasa Melayu adalah kesilapan perkataan bahasa Inggeris. Klik butang
supaya dokumen ini dianggap sebagai dokumen bahasa Melayu dan Dewan Eja diaktifkan.
3. Mengapa Dewan Eja menggariskan perkataan yang betul ejaannya? Dewan Eja tidak mengandungi sesetengah perkataan. Misalnya, kata nama khas seperti nama orang, nama tempat dan lain-lainnya. Jika anda pasti bahawa perkataan itu betul, anda boleh menambah perkataan itu ke dalam “Kamus Pengguna” supaya ia akan dianggap betul.
4. Saya gunakan MS FrontPage. Walaupun saya sudah memilih “Malaysian” sebagai bahasa aktif, nampaknya FrontPage masih menyemak dokumen dalam bahasa Inggeris. Mengapa? Ini adalah kesilapan dalam MS FrontPage XP -- bukan Dewan Eja. FrontPage sentiasa menambah HTML tag “<span lang=en-us>”. Oleh itu, semua teks dalam dokumen dianggap bahasa Inggeris, walaupun anda sudah memilih Malaysian sebagai bahasa aktif. Microsoft telah membekalkan Office XP Service Pack 1 untuk menyelesaikan masalah ini. Anda dinasihati supaya memuat turun terus dari tapak web Microsoft supaya anda boleh mendapatkan perisian yang paling baru. Cuba guna pautan ini. http://support.microsoft.com/default.aspx?scid=kb;EN-US;q311574 Jika laman web ini tidak sah, mungkin Microsoft sudah memindahkan fail ini. Sila kunjungi http://www.microsoft.com dan cuba cari Office XP Service Pack.
40 Soalan Yang Biasa Ditanya
Soalan mengenai kamus elektronik
1. Saya ingin menaipkan perkataan untuk mencari makna pada kamus elektronik tetapi mengapa kamus elektronik saya “hilang” dan tidak terdapat pada skrin? Anda telah menyembunyikan kamus elektronik sebelum ini. Sila membukanya semula dengan dwiklik ikon Dewan Eja Pro dalam “System Tray”.
2. Saya ingin menggunakan “CheckAnywhere”. Mengapa makna perkataan tidak dipaparkan selepas saya serlahkan perkataan tersebut? Terdapat dua kemungkinan: • Anda belum mengaktifkan “CheckAnywhere”. • Perkataan yang anda serlahkan itu terlalu banyak. Kamus elektronik dan “CheckAnywhere” direka cipta untuk mencari makna perkataan dan frasa pendek. Ia tidak dapat memproses ayat yang panjang. Cuba memendekkan perkataan atau frasa anda.
3. Saya ingin kotak dialog pencarian sentiasa berada pada skrin dan tidak menutup secara automatik. Bagaimanakah caranya? Sila klik “pin” yang ada pada kiri atas Kotak Dialog Pencarian. Ini akan menetapkan posisi Kotak Dialog Pencarian supaya ia sentiasa dipaparkan pada skrin.
4. Bagaimana untuk menghapuskan semua rekod yang berada pada sejarah kamus elektronik? Anda boleh menghapuskan semua rekod dalam sejarah kamus elektronik dengan menggunakan fungsi “Buang Sejarah”. Sila tekan butang kanan tetikus pada ikon Dewan Eja Pro dalam “System Tray”, dan klik “Buang Sejarah” pada menu timbul.
5. Kenapa kamus elektronik akan muncul setiap kali saya buka komputer? Ini adalah kerana fungsi Auto Mula kamus elektronik anda telah diaktifkan. Untuk menutupkan Auto Mula, sila tekan butang kanan tetikus pada ikon Dewan Eja Pro dalam “System Tray”, dan klik “Auto Mula” pada menu timbul.
Komponen Dewan Eja Pro®
www.dewaneja.com Terbitan Bersama:
The Name Technology Sdn. Bhd. 366217-M No. 4B, Jalan SS 4C/5, 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan, Malaysia t 03 7803 2170 f 03 7803 2175 e
[email protected] www.dewaneja.com
Terbitan Bersama:
© 1996-2005 Dewan Bahasa dan Pustaka © 1996-2005 The Name Technology Sdn. Bhd.