Detik 12 Malam Tanggal 31 Ogos Tahun 1957

  • Uploaded by: Then Mathy
  • 0
  • 0
  • August 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Detik 12 Malam Tanggal 31 Ogos Tahun 1957 as PDF for free.

More details

  • Words: 759
  • Pages: 3
Detik 12 malam tanggal 31 Ogos tahun 1957, turunnya bendera Union Jack diiringi dengan laungan “Merdeka!!! Merdeka!!!Merdeka!!!” oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Detik bersejarah yang tersemat kukuh dalam sanubari setiap rakyat Tanah Melayu. . Sedarkah kita, sehingga detik berharga ini, selepas 57 tahun yang bersejarah, kita masih dapat mengecapi nikmat kebebasan yang telah diperjuangkan oleh perwira2 negara? Sekalung apresiasi saya hulurkan buat saudara peneraju majlis, kombinasi panel kehakiman berintelektual dan berintegriti, dif-dif kehormat yang disanjungi, seterusnya, hadirin hadirat yang saya hormati. Hadirnya saya disini untuk menyampaikan mauduk bicara yang berbunyi 57 Tahun Merdeka : Malaysia disini lahirnya sebuah cinta. Putra-putri anak merdeka, Frasa Bangsa Malaysia merujuk kepada penyatuan kaum-kaum yang ada di Malaysia seperti Melayu, Cina dan India, manakala Terus Perkasa saya takrifkan sebagai kejayaan dan kemampuan dalam mendepani cabaran sepanjang 57 tahun kita merdeka dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Secara tuntasnya, pidato saya pada hari ini akan melihatkan pencapaian Bangsa Malaysia dalam pelbagai bidang dan kejayaan-kejayaan ini terus diperkasakan dari dulu, kini dan selamanya. Hadirin sekalin marilah sama-sama kita hayati pidato saya melalui empat fokus bicara yang berbeza. Putera-Puteri anak pertiwi, Pertama, Ilmu diperkasa, mentaliti diperkaya. Menurut Nelson Mandela, mendiang Presiden Afrika Selatan, ilmu merupakan senjata paling berkuasa untuk mengubah dunia. Misalnya, perkembangan dan pembudayan ilmu telah berlaku secara intensif di malaysia. Kita dapat berbangga dengan pencapaian rakyat Malaysia sehingga mampu mengharumkan nama negara dalam bidang pendidikan. Generasi kini diberikan peluang sama rata untuk belajar. Dari lahirnya Penyata Razak 1956 yang memungkinkan masyarakat kita diberi peluang untuk menimba ilmu pengetahun, sehinggalah kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang digubal komprehensif untuk maju ke arah pendidikan bertaraf dunia rakyat berdaya saing. Sekolah-sekolah di seluruh negara terus bertambah bagi memberikan peluang semaksimum mungin untuk anak-anak Bangsa Malaysia agar mendapat pendidikan yang sebaiknya. Hari ini kita berbangga apabila kita berjaya

melahirkan ramai ilmuan dan cendikiawan negara. Mentaliti bangsa kita semakin meningkat hari demi hari, semuanya kerana nilai ilmu yang diangkat ke tahap yang lebih tinggi. Kedua, ekonomi dijana, rakyat sejahtera. Sehingga detik ini, bangsa malaysia terus memacu ekonomi malaysia dengan jayanya. Strategi ekonomi yang mantap telah direncana semata-mata untuk kesejahteraan bersama. Empat tonggak transformasi ekonomi telah dirangka, khas untuk pembangunan negara yang tercinta. Sedarkah anda, sejak dari penubuhan Malaysia pada tahun 1963, pelbagai inisiatif telah dijalankan.dasar ekonomi baru, model baru ekonomi,program transformasi negara menjelang tahun 2013 dan berbagaibagai lagi inisiatif telah dijalankan. Kita telah berusaha menaikkan taraf ekonomi rakyat. Masalah ekonomi negara kita ubat. Masalah korupsi, cuba kita sekat. Hasilnya, kedudukan daya saing Malaysia meningkat tiga ke tangga ke 12 dalam kalangan 60 negara, prestasi terbaik ygdicapai dlm tempoh 4 thn lepas berdasarkan Menteri Perdagangan dan antarabangsa.Krisia kewangan pada akhir thn 90-an dan tahun 2008 dpt kita tangani.. hasil usaha sama seluruh bangsa malaysia , masih menyumbang bakti kepada pembangunan ekonomi negara. Hadirin Hadirat sekalian, Ketiga, rakyat bersatu, perpaduan terbina. Pada setiap hari, kita tidak akan pernah lekang daripada disemai bibit-bibit perpaduan dalam lubuk hati kita. Gagasan 1 Malaysia, yang menekankan elemen perpaduan, telah diperkenalkan dan menjadi buat mulut seluruh rakyat Malaysia. Kini, sekalian rakyat mempunyai satu haluan, satu tujuan. Perpaduan telah disemai subur sejak dahulu lagi melalui sistem pendidikan kebangsaan yang telah diusulkan dalam Laporan Razak. Kehilangan MH370 dan nahas MH 17 mengundang rasa simpati seluruh rakyat Malaysia meskipun tidak mempunyai pertalian darah dengan mangsa.Walaubagaimanapun seluruh rakyat dilihat bersatu hati dan menyatakan sokongan mereka terutama kepada keluarga mangsa.

Tidak cukup dengan itu, dari aspek politik,parti-parti politik yang dahulunya memperjuangkan semangat perkauman sahaja telah bergabung untuk menjadi satu parti gabungan yang memperjuangkan semangat kenegaraan atau nasionalisme. Inilah sebenarnya perpaduan yang ingin kita bentuk agar bangsa malaysia akan terus perkasa dan disegani dunia.

Warga dewan yang budiman, Ke empat, pencapaian hebat, nama malaysia terpahat. Hari ini, Bangsa malaysia telah melahirkan ramai insan-insan hebat yang telah mengharumkan mana Malaysia di persada jaya. Dari ketokohan Tun Dr Mahathir Mohammad memimpin negara, kehebatan Dato Dr Muzhafar Shah menjeki anagkasa sehinggalah kemampuan Dato Lee Chong Wei untuk meraih pingat Olimpik, kita tidak pernah ketandusan nama-nama terbilang. Semuanya bertolak dari kehebatan, semangat dan keinginan untuk mengangkat nama Malaysia di persada dunia. Usaha yang bukan sedikit dari mereka , perlu dijadikan panduan dan tauladan. Kemmapuan Bangsa Malaysia dalam berdiri sama tinggi, duduk nampak sama rendah bersama bangsa-bangsa lain di dunia harus kita banggakan. 55 tahun bangsa kita terus hebat. Anak-anak bangsaku, Saya dapat menyimpulkan bangsa Malaysia mempunyai kekuatan dan kelebihan yang tersendiri. Nilai-nilai keperkasaan dan kegemilangan masih utuh mendasari bangsa Malaysia. Ayuhlah anak-anak bangsaku, kita kita kibarkan potret kegemilangan Malaysia selagi hayat dikandung badan. Sekian, Salam Bangsa Malaysia Perkasa,

Related Documents

Tanggal 31 Ogos
May 2020 21
1957-12
June 2020 3
Tahun 2 Ogos 2008
May 2020 18
Tahun 1 Ogos 2008
May 2020 14
Tahun 4 Ogos 2008
May 2020 20

More Documents from ""

Isu Buli
August 2019 46
Techpapertemplate.pdf
April 2020 14
Onshore Pipelines.pdf
April 2020 13
Jy_cv.pdf
August 2019 131