Debbie

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Debbie as PDF for free.

More details

  • Words: 406
  • Pages: 1
I) a. Profesion perguruan adalah satu tugas yang murni. Justeru itu, saya telah memilih profesion ini kerana beberapa sebab: Pertama, saya sangat berminat untuk bertugas sebagai guru. Kedua, profesion ini membolehkan saya menimba pelbagai ilmu dan kemahiran. Ketiga, profesion ini dapat menjamin masa depan dari segi jaminan pekerjaan yang baik dan sumber pendapatan tetap untuk menyara diri dan keluarga. Keempat, saya mendapat inspirasi dan mempunyai contoh terhampir iaitu seorang mak cik yang bertugas sebagai guru, merupakan bekas pelatih cemerlang yang telah mendapat Anugerah Pensyarah di Maktab Perguruan Keningau dalam opsyen Sains/KT, DPM-KDC ambilan 2001 dan calon Guru Cemerlang 2008 di SMK Bundu Tuhan Ranau. b. Cita-cita saya ialah menjadi seorang guru. Oleh kerana minat saya yang mendalam dalam profesion ini saya berharap dapat menjadi seorang guru suatu hari nanti. Berikut adalah pengalaman yang saya lalui. i). Saya mempunyai pengalaman secara tidak langsung dalam bidang perguruan melalui mak cik saya dan guru-guru saya. Apabila melihat dan berinteraksi dengan mereka, saya merasa mereka adalah idola saya dan mahu menjadi seperti mereka. ii). Pengalaman saya dengan kanak-kanak dan remaja pula, saya mempunyai tiga orang adik, ramai sepupu dan ramai kawan. Saya selalu menjaga adik-adik saya dengan sabar dan rasa sayang terhadap mereka walaupun mereka selalu nakal dan menjengkelkan kerana itu adalah tanggungjawab saya sebagai seorang kakak sulung dan patuh terhadap amanah yang diberikan oleh ibubapa. Selain itu, mempunyai sepupu yang ramai juga adalah sesuatu yang istimewa dalam hidup saya kerana dapat bertukar-tukar pengalaman dan berbincang tentang hal-hal peribadi supaya dapat memperbaiki kelemahan diri dan keluarga. Sebagai seorang remaja, tidak dapat dinafikan lagi yang saya mempunyai ramai kawan yang mempunyai pelbagai sikap dan pengaruh termasuklah sikap dan pengaruh yang negatif seperti melawan ibubapa, ingkar arahan guru-guru, melanggar peraturan sekolah dan bertengkar dengan remaja yang lain. Walaupun saya masih muda, saya tidak mudah terpengaruh dengan pengaruh negatif daripada rakan. Justeru itu, saya biasanya memilih rakan yang baik di samping itu tidak memusuhi rakan yang sering kali bertingkah laku negatif terhadap rakan sebaya, guru-guru dan ibubapa. Akhirnya, saya sangat berterima kasih dengan ibu saya yang penyayang dan sering mendengar serta memberi dorongan ketika saya menghadapi pelbagai masalah sebagai seorang remaja. II) Sekiranya dengan izin Tuhan, saya terpilih menjadi seorangguru, saya berikrar dan berjanji dengan sepenuh hati akan bertugas dengan penuh berdedikasi, bertanggungjawab, berketrampilan dan berakhlak mulia demi untuk merealisasikan hasrat negara dalam mendidik anak bangsa Malaysia bagi melahirkan generasi yang mulia dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah (JERIS).

Related Documents

Debbie
May 2020 19
Debbie Boyd
May 2020 15
Debbie Horak
June 2020 15
Debbie Ec3
November 2019 15
Disclaimer 2114 Debbie Lane
November 2019 24