Dbp New

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Dbp New as PDF for free.

More details

  • Words: 344
  • Pages: 1
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dipelawa untuk memohon jawatan seperti yang berikut :

PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) GRED N17 Penempatan di DBP Ibu Pejabat dan DBP Cawangan Sabah Tangga Gaji

:

P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35 P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50 P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

1.

SYARAT LANTIKAN a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus ujian masuk mengambil trengkas atau nota rintas dengan kederasan 20 p.s.m. daripada rencana dan menaip salinan trengkas atau nota rintas itu sederas 15 p.s.m. dengan kesalahan tidak melebihi 4 %. (Gaji permulaan pada Gred N17:P1T2). (Keutamaan diberikan kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer); atau b) Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N17:P1T9); dan c) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah yang telah disahkan dalam perkhidmatan, layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat secara lantikan kepada jawatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17 oleh Pihak Berkuasa Melantik, tertakluk kepada kekosongan jawatan; dan a) (i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (a hingga b) di atas; atau (ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan b) Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.

IMBUHAN DAN ELAUN Calon yang dilantik layak menerima pelbagai kemudahan dan elaun yang sedang berkuat kuasa dalam Perkhidmatan Awam Malaysia. CARA MEMOHON Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (Borang Personel 27/99) yang boleh diambil di Bahagian Pengurusan Personel, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur atau melalui pos dengan menyertakan sampul surat berukuran 38 sm x 25 sm bersetem 40 sen dan beralamat sendiri. Keterangan mengenai jawatan, syarat lantikan dan borang permohonan boleh didapati melalui laman web http://www.dbp.gov.my. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada : KETUA PENGARAH, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, PETI SURAT 10803, 50926 KUALA LUMPUR. (u.p.: Pengurus Personel)

Tarikh tutup permohonan pada 6 APRIL 2009 size : 16cm x 4col (ACTUAL)

Related Documents

Dbp New
April 2020 9
Klik Dbp
April 2020 6
Ron Dbp Case.docx
November 2019 8
Klik Dbp 3mei7
April 2020 10
Bac Ho Voi Dbp
October 2019 13