Klik Dbp 3mei7

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Klik Dbp 3mei7 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,415
  • Pages: 1
BERITA HARIAN Rabu, 16 Mei 2007

Halaman Tiga BH PILIH L3 16 (emel)

Bahasa penjana minda BICARA KARYAWAN DBP SETENGAH ABAD

TAHUKAH ANDA?

Bersama Datuk Dr. Hassan Ahmad

(Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan/ Mantan Ketua Pengarah DBP Kelima)

Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia

S

uatu ketika dahulu, nama bahasa Melayu ditukar menjadi ‘bahasa Malaysia’. Tidak lama kemudian istilah ‘bahasa Malaysia’ dihapuskan dan nama ‘bahasa Melayu’ dikemba­ likan. Sekarang, saya dengar nama ‘bahasa Malaysia’ itu hendak digu­ nakan semula, menggantikan istilah ‘bahasa Melayu’. Alasan menggantikan nama ‘bahasa Melayu’ dengan istilah rekaan ‘bahasa Malaysia’ ialah, bahasa Melayu bukan hanya untuk orang Melayu tetapi juga untuk semua rakyat atau warga Malaysia. Pada fikiran orang yang menciptakan istilah itu, nama ‘bahasa Malaysia’ sesu­ ai­lah digunakan untuk membebaskan bahasa Melayu daripada sebarang kaitan de­ngan etnik Melayu atau bangsa Melayu. Jadi, istilah ‘bahasa Malaysia’ dianggap sebagai istilah yang ‘neutral’ atau ‘bebas etnik’. Namun begitu, ‘bahasa Malaysia’ tidak semestinya menunjukkan bahawa itu adalah bahasa Melayu. Semua baha­ sa di Malaysia – bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Kadazan, bahasa Iban, dan lain-lain lagi – dapat dianggap sebagai ‘bahasa Malaysia’, selain bahasa Melayu. Bahkan, dalam Perlembagaan, dalam Akta Bahasa Kebangsaan (1963/1968) dan dalam Akta Pendidikan disebut bahawa bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan

Persekutuan Malaysia. Istilah ‘bahasa Malaysia’ tidak digunakan dalam doku­ men-dokumen perundangan (akta) itu. Inilah taraf politik-legalistik bahasa Melayu yang membezakan taraf bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa lain. Ini dasar untuk kepentingan negara, bukan untuk kepentingan etnik. Hal yang lebih penting ialah, hakikat genetik bahasa atau etnolinguistik bahasa Melayu, iaitu bahasa Melayu ialah bahasa orang Melayu, bukan bahasa orang Cina, orang India, orang Inggeris dan lain-lain lagi. Jadi istilah ‘Melayu’ tidak dapat di­pisahkan atau dihapuskan daripada istilah ‘bahasa Melayu’. Cuba fikirkan, adakah bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi Britain dan Australia, misalnya, disebut ‘bahasa Britain’ atau ‘bahasa Australia’? Jawapannya tidak. Bahasa rasmi Britain dan Australia ialah bahasa Inggeris. Di negara yang menggunakan lebih daripada satu bahasa rasmi, baha­ sa-bahasa rasmi itu tetap mengekalkan status genetik atau etnolinguistiknya. Contohnya Singapura. Memang ada negara yang mengaitkan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaannya dengan nama negara. Contoh yang ketara ialah Indonesia. Di sana bahasa rasmi/ bahasa kebangsaan Indonesia disebut ‘bahasa Indonesia’ walaupun dari segi genetiknya ‘bahasa Indonesia’ itu sebe­

narnya ialah bahasa Melayu, bukan bahasa Jawa, bukan bahasa Minangkabau, baha­ sa Bugis, Aceh dan lain-lain lagi. Keadaan demografi bahasa di Indonesia cukup he­terogen dan kompleks. Di sana terdapat ratusan bahasa etnik dari rumpun bahasa Melayu-Polinesia. Tetapi bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pemersatuan atau lingua franca di Indonesia (sejak zaman pemerintahan Belanda). Bahasa inilah yang akhirnya diterima sebagai bahasa ‘bebas etnik’ untuk menyatu­ padukan penduduk Indonesia yang cukup heterogen itu. Dengan kata lain, bahasa Melayu di Indonesia tidak dikaitkan lagi dengan etnik Melayu atau dengan kuasa Melayu. “Di Malaysia, kita tidak perlu men­ ciptakan istilah baharu yang kononnya neutral atau bebas etnik untuk meng­ gantikan nama ‘bahasa Melayu’. Istilah yang lebih bersifat supraetnik dan supra­ daerah atau wilayah sudah ada dalam Perlembagaan, iaitu bahasa kebangsaan”. Janganlah kita menimbulkan masalah yang tidak habis-habis disebabkan orang yang berkuasa membuat keputusan tidak berfikir berdasarkan kebenaran dan ilmu. Istilah ‘Persekutuan Tanah Melayu’ sudah tidak ada lagi, digantikan dengan istilah ‘Malaysia Barat’. Janganlah kita menghapuskan nama ‘bahasa Melayu’ pula.

PEDOMAN PENTERJEMAHAN Bersama Sa'odah Abdullah

F

rasa kali ini merupakan frasa yang mengandungi kata “come”. Kita semua maklum bahawa makna lang­ sung atau makna tersurat bagi “come” boleh diterjemahkan sebagai “datang”,

“mari” atau pun “tiba”. Namun, dalam bentuk frasa ia membawa pelbagai makna apabila diterjemahkan dengan mengambil kira hubungan semantik dan aspek antara budaya, khususnya yang

berbentuk ungkapan idiomatik. Frasafrasa berikut juga merupakan ungkapan umum yang sedia membawa maknanya tersendiri berdasarkan konteks dan tidak mungkin diterjemahkan secara harfiah.

Anugerah Tokoh Ilmuan Bahasa

“H

ilang bahasa lenyaplah bangsa”. Ungkapan tersebut membuktikan peri pentingnya bahasa kepada bangsa. Untung nasib bahasa Melayu terletak pada usaha dan sejauh mana bangsanya mempertahankannya. Bagi mengiktiraf sumbangan dan bakti yang cukup besar tokoh kepada pembinaan dan pengembangan ilmu bahasa Melayu moden, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mewujudkan Anugerah Tokoh Ilmuwan Bahasa pada tahun 2001. Antara kriteria penilaian penerima anugerah tersebut adalah seperti yang berikut: • Individu yang terlibat dalam pembinaan bahasa Melayu moden seperti peristilahan, sistem ejaan, tatabahasa, laras bahasa, dan lain-lain; • terlibat dalam pengajaran dan peluasan ilmu bahasa dan linguistik Melayu di peringkat institusi mahu­ pun Masya­rakat umum; • terlibat dalam penyelidikan bahasa Melayu dalam bidang-bidang tertentu; • terlibat dalam penghasilan tulisan (buku, majalah, kertas kerja dan lain-lain tentang linguistik Melayu yang memberikan sumbangan bermakna kepada perkembangan bahasa Melayu, baik dari segi taraf mahupun korpus; • dan bergerak cergas dalam gerakan bahasa dan persurat­an, baik secara individu mahupun pertubu­ han. Pada tahun 2001, anugerah ini telah diberikan kepa­ da sekumpulan ahli bahasa yang dianggap ‘kumpulan perintis’ pembinaan dan pengembangan ilmu linguis­ tik dan bahasa Melayu. Lima orang tokoh tersebut ialah Prof. Emeritus Datuk Dr. Asmah Hj. Omar, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Ab. Karim, Datuk Dr. Hj. Hassan Ahmad, Allahyarham Hj. Mohd. Asraf Abd. Wahab (Pak Asraf) dan Encik Muhammad Yunus Maris. Pada tahun 2003 tiga orang lagi tokoh telah dipilih untuk menerima anugerah, iaitu Prof. Emeritus Dr. Haji Abdullah Hassan, Prof. Dr. Haji Amat Juhari Moain dan Prof. Dr. Haji Farid M. Onn. Penerima anugerah menerima wang tunai RM10,000.00 dan kain songket bernilai RM1,500.00 berserta plak dan watikah anugerah. Oleh Fatimah Zahrin Mohd. Taib

Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

Contoh Penggunaannya

come about

berlaku, terjadi

BI: He asked how the incident came about. BM: Dia bertanya bagaimana peristiwa itu berlaku. BI: They had to practise to make the boat come about. BM: Mereka perlu berlatih membelokkan bot itu.

membelok, menukar arah come across

terjumpa

sangat jelas terlintas (di fikiran) come again

tolong ulang, ulang lagi

come along

menemani, mengiringi, ikut bersama-sama

BI: I came across the photograph when I was looking for the missing letter. BM: Saya terjumpa gambar foto itu semasa mencari surat yang hilang. BI: He came across very clearly. BM: Apa yang dimaksudnya sangat jelas. BI: The idea didn’t come across my mind at all! BM: Idea itu langsung tidak terlintas di kepala saya!

Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu lalu

come and go

come apart

come around

BI: He came along just as we were mentioning his name. BM: Dia lalu sebaik sahaja kami menyebut namanya.

cepat, lekas

BI: Come along! or else you will be left behind. BM: Cepatlah! kalau tidak awak akan ditinggalkan.

datang dan pergi, sekejap terasa sekejap tidak

BI: The pain seems to come and go. BM: Rasa sakit itu sekejap terasa sekejap tidak.

berubah-ubah, silih berganti

BI: Hairstyles come and go according to trend. BM: Gaya rambut berubah-ubah mengikut trend.

berlerai, berkecai

BI: The bracelet came apart just as I was putting it on. BM: Rantai tangan itu berlerai ketika saya memakainya.

BI: Come again! I can hardly hear you. BM: Tolong ulang! Saya tidak dengar langsung.

BI: My sister insists that I come along. BM: Kakak saya berkeras supaya saya menemaninya. menunjukkan kemajuan, BI: Their English is coming along fine since they bertambah baik attended the intensive course. meningkat BM: Penguasaan bahasa Inggeris mereka bertambah baik sejak mereka menghadiri kursus intensif itu. berjalan lancar BI: The conference is coming along very well. BM: Persidangan itu berjalan lancar. tiba BI: We had to wait for almost one hour until a taxi came along. BM: Hampir sejam kami menunggu barulah teksi tiba.

Contoh Penggunaannya

sedar (kembali)

PERIBAHASA

P

Telur di Hujung Tanduk

eribahasa ini membawa maksud berada dalam kea­ daan bahaya dan serba kesulitan. Maksud periba­ hasa tersebut digambarkan dengan kedudukan telur yang berada di hujung tanduk. Ia juga membayang­ kan kea­daan seseorang yang tersepit dilanda kesusahan. Boleh juga difahami dengan perbuatan yang berada di hujung nyawa. Peribahasa lain yang membawa maksud yang sama ialah “seperti abu di atas tunggul”. Dalam peribahasa Cina juga terdapat peribahasa yang mem­ bawa makna yang sedemikian, iaitu “ Wei Ru Lei Luan”. Oleh Siti Ruzaiha Mohd Riffin

BI: We sprinkled water to her face, but she still did not come around. BM: Kami merenjis air ke mukanya, namun dia masih tidak sedar.

KATA DIALEK

datanglah

BI: Do come around to our place whenever you are free. BM: Datanglah ke rumah kami bila-bila awak berkelapangan.

tiba

BI: Sometimes the end of the month came around far too quickly. BM: Kadangkala hujung bulan tiba begitu cepat sekali.

alam dialek Pulau Pinang, awaih bermaksud “menyediakan bahan-bahan untuk masakan se­perti rempah, cili, bawang, halia dan lain-lain”. Contoh penggunaan: (hang awaih dulu, sat ni aku mai tomeh dalca” (awak sedia bahan-bahan dulu, sebentar lagi saya datang tumis dalca).

D

Oleh Shariffulizan Malek

Awaih

Related Documents

Klik Dbp 3mei7
April 2020 10
Klik Dbp
April 2020 6
Klik
November 2019 14
Dbp New
April 2020 9
Ron Dbp Case.docx
November 2019 8