Dasar Bahasa

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Dasar Bahasa as PDF for free.

More details

  • Words: 141
  • Pages: 1
DASAR BAHASA Sebagai Bahasa Kebangsaan kepada negara baru yang berdaulat, Bahasa Melayu dikehendaki memikul beban tugas baharu. Selain bahasa rasmi negara, ia menjadi bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam dan bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Semua ini dipikul peringkat demi peringkat oleh Bahasa Melayu sejak tahun 1957, ketika negara mencapai kemerdekaan. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan jelas termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Fasal (1) Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa : “ Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undag-undang Parlimen…” Profesor Asmah Hj. Omar dalam bukunya “Perancangan Bahasa” dengan rujukan khusus kepada perancangan Bahasa Malaysia telah mengistilahkan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara. Berdasarkan definisi ini, kita pasti Bahasa Kebangsaan mempunyai fungsi yang besar kerana ia menjadi lambang persatuan dan kedaulatan negara.

Related Documents