Dari Sudut Metafizik

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Dari Sudut Metafizik as PDF for free.

More details

  • Words: 1,459
  • Pages: 5
Dari Sudut Metafizik

Metafizik merupakan salah satu cabang utama ilmu falsafah. Ia membincangkan mengenai hakikat vealiti, kewujudan dan dunia yang sebenarnya yang di luar alam biasa atau yang tidak kelihatan. Oleh yang demikian, dari sudut ini mazhab idealisme percaya semua realiti dapat dipindahkan ke dalam bentuk fikiran dan kerohanian. Konsep metafizik ini mendapat nama dari perkataan Greek iaitu ʻϻєґá’ (meta) yang membawa maksud ʻselepas’ dan ʻphysika’ bermaksud ʻmengenai alam’, ia merujuk kepada sebuah karya purba mengenai alam oleh Aristotle. Pada dasarnya metafizik merupakan cabang ilmu falsafah yang berkisar mengenai persoalan tauhid atau ilmu ketuhanan. Sebagai contoh, kita sebagai umat islam mempercayai bahawa tuhan itu merupakan sesuatu yang wujud dan ia ada di mana-mana. Sementara itu kita tidak dapat melihat kewujudan Tuhan itu dan kita masih mempercayai bahawa Allah itu wujud dan kekal selama-lamanya. Selaras dengan kehendak FPK (Falsafah Pendidikan Kebangsaan) yang ingin menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan tanpa mengira kepada jenis agama yang dianuti oleh rakyatnya. FPK juga dirangka selaras dengan elemen yang terdapat di dalam rukun negara iaitu setiap rakyat mestilah mempercayai kepada wujudnya Tuhan. Setiap agama di muka bumi ini juga mempercayai wujudnya Tuhan pencipta akan semesta sejajar dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga bertujuan untuk menghasilkan insan yang berilmu, berfikiran kreatif dan rasional, berakhlak mulia serta berkeupayaan memberi sumbangan kearah kemakmuran masyarakat dan negara. Sama seperti konsep yang terdapat di dalam mazhab idealisme, aspek metafizik juga merupakan pada persoalan realiti yang mengkehendaki supaya manusia berfikir mengenai sifat semula jadi manusia dan semua benda hidup di muka bumi. Selama mana manusia tahu menggunakan akal fikiran dan berfikir tentang keadaan di sekeliling serta berusaha untuk memperbaiki mutu

kehidupan mereka boleh dikatakan telah memberi sumbangan kepada masyarakat di sekeliling mereka. Di dalam mazhab idealisme aspek metafizik juga mengutarakan tentang hakikat kewujudan. Persoalannya di sini bagaimana seseorang insan atau manusia itu dapat menjaga hubungan dengan kewujudan benda di sekelilingnya, tidak kira sama ada hubungan itu merupakan hubungan manusia dengan manusia, hubungan manusia dengan alam atau hubungan itu merupakan hubungan antara manusia dengan penciptanya. FPK juga menekankan tentang individu juga mempunyai tanggungjawab dalam menjaga hubungan baik dan mesra antara sesama manusia bagi memupuk perpaduan rakyat Malaysia. Ini telah dilaksanakan melalui program-program yang telah dijalankan merentas kurikulum seperti yang terbaru adalah program 1 Malaysia yang amat menitikberatkan tentang aspek-aspek perpaduan rakyat di negara kita. Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk haruslah mempunyai satu dasar pendidikan yang releven kepada semua etnik yang terdapat di Malaysia dan perlu menyediakan peluang pendidikan kepada semua warganya tanpa mengambil kira etnik dan asal keturunan. Ini merupakan realiti yang perlu diambil kira oleh pihak pemerintah dalam merangka dasar-dasar dalam pendidikan di Malaysia. Mazhab idealisme juga mengetengahkan aspek hakikat realiti yang membincangkan tentang sifat-sifat realiti supaya melaluinya sesuatu kesempurnaan itu dapat dicapai sepenuhnya. Sebagai contoh kewujudan alam semester ini adalah satu realiti kepada wujudnya Allah sebagai Tuhan yang menciptanya. Jadi sebagai pengikut atau umat islam kita wajib percaya dan beriman kepada kewujudan dan kekuasaan Allah pencipta sekalian alam. Menyedari bahawa negara Malaysia mempunyai warganegara yang berbilang etnik, pihak pemerintah telah menyediakan

peluang

pendidikan

yang

seluas-luasnya

kepada

rakyat

dengan

mengwujudkan prasarana pendidikan berbilang aliran seperti aliran Cina, India dan Kebangsaan serta tidak menyekat sesuatu etnik itu daripada menerima pendidikan melalui mana-mana aliran tersebut.

Aspek metafizik di dalam mazhab idealisme juga membincangkan tentang dimanakah tempat manusia di dunia ini. Manusia berada di puncak hieraki dalam alam ini, ini adalah disebabkan manusia ditugaskan untuk mentadbir alam ini. Manusia merupakan penghuni bagi planet bumi pada masa yang sama mereka juga diperintahkan untuk mengurus dan mentadbir bumi dan tidak melakukan kerosakkan ke atas muka bumi. Manusia juga dikurniakan kebijaksanaan dalam menjaga hubungan baik diantara manusia dengan alam sekitar. Manusia akan bertanggungjawab di atas segala tindakan yang mereka lakukan di atas muka bumi. Segala tindakan yang dilakukan ditanggung oleh mereka sendiri. Sebagai contoh apabila manusia melakukan pencemaran dengan menebang hutan, meneroka tanah dan sebagainya maka suhu bumi akan meningkat menunjukkan sebagai respon kepada manusia yang mencemarkan alam sekitar. Akibatnya ais di kutub bumi akan mencair dan paras laut akan meningkat dan seterusnya pulaupulau kecil yang mempunyai penempatan dan hidupan akan tenggelam. Jadi manusialah yang bertanggungjawab ke atas segala perlakuan mereka terhadap bumi. Di dalam FPK juga terdapat unsur kepimpinan yang diterapkan supaya setiap insan dididik agar menjadi manusia dan rakyat yang bertanggungjawab terhadap tindakan yang mereka ambil dan kesannya kepada masyarakat sekeliling dan alam sekitar. Dengan adanya nilai-nilai murni ini, seseorang individu yang dihasilkan menerusi perlaksanaan yang berpaksikan kepada FPK akan menjadi individu atau insan yang lebih praktikal. Oleh yang demikian, ia akan menghasilkan persekitaran yang lebih harmoni dan lebih selesa kepada manusia dan kehidupan. Menyedari bahawa manusia adalah sebagai pentadbir di muka bumi ini dalam mazhab umum barat, terdapat persamaan dalam FPK yang juga dirangka untuk melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan mempunyai pelbagai variasi budaya dan nilai hidup melalui dasar pendidikan kebangsaan ini adalah amat wajar bagi mencapai matlamat negara untuk menjadi sebuah negara yang maju dalam tahun 2020. Status negara maju tidak mungkin dapat dicapai tanpa rakyat yang berilmu, berketrampilan serta memenuhi ciri-ciri insan

yang dihasilkan mengikut acuan FPK. Golongan pendidik merupakan golongan yang menggerakkan dasar-dasar pendidikan yang telah digubal oleh pihak pemerintah bagi menghasilkan modal insan yang berkualiti dan memenuhi pasaran kerja sama ada diperingkat nasional atau diperingkat global. Mazhab idealisme juga berkisar tentang perkembangan mental iaitu salah satu sifat manusia yang dikurnniakan akal untuk berfikir. Ahli falsafah mazhab ini yang terkenal iaitu Plato ( 427-347 S.M ) juga merupakan seorang pemikir yang hebat dan dikenali melalui hasil karyanya yang agung iaitu The Republic. Beliau mengatakan bahawa manusia dijadikan tuhan dengan kebolehan untuk belajar. Bagi beliau pengetahuan sebenar ialah hasil taakulan kerana melalui proses taakulan seseorang dapat melihat bentuk kerohanian yang sebenar sesuatu benda atau sesuatu perkara. Sebagai contoh, kejadian siang dan malam yang berlaku silih berganti. Pada zaman dahulu ahli astronomi berpendapat bahawa fenomena ini berlaku akibat daripada pergerakan matahari yang mengelilingi bumi yang bergerak dari timur ke barat. Setelah ahli astronomi mengkaji dan membuat penyelidikan akhirnya mereka mendapati bahawa kejadian siang dan alam ini adalah berpunca daripada putaran bumi pada paksinya arah barat ke timur. Dasar FPK juga amat jelas tentang menghasilkan warganegara yang berilmu dan berketrampilan. Pelbagai pendekatan yang digunakan sama ada diperingkat perancang dan perlaksana, ini adalah termasuk kelengkapan prasarana dan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif tidak kira sama ada di peringkat awal pembelajaran mahupun di peringkat tertinggi. Ini adalah merupakan hasrat yang perlu diterjemahkan melalui perlaksanaan dasar pendidikan yang berlaku sepanjang hayat ( life long learning). Hal yang demikian berlaku kerana perkembangan dan pertumbuhan manusia dan juga disarankan di dalam agama sebagaimana telah disabdakan oleh Rasulaallah S.A.W, bahawa menuntut ilmu adalah fardhu ke atas orang muslim.

Mazhab umum barat juga banyak membincangkan tentang kegunaan akal untuk mencari kebenaran pada tingkat teratas iaitu tentang kewujudan tuhan. Ianya pandangan yang berkisarkan tauhid atau kewujudan satu kuasa yang memerintah sekelian alam ini adalah berlandaskan kepada semua agama yang wujud di dunia ini yang mempercayai tentang kewujudan pencipta. Mereka juga membincangkan tentang kehebatan akal yang digunakan untuk berfikir, mencipta satu satu teori yang akhirnya dapat dibuktikan dan digunakan sehingga hari ini. Sebagai contoh, Sir Isaac Newton yang melihat sebiji epal yang jatuh ke bumi bukan sebagai satu fenomena biasa dan berfikir mengapa epal itu jatuh ke bawah dan mesti ada satu daya yang menyebabkan ianya jatuh ke bawah. Setelah melakukan taakulan maka terbitlah satu formula bagi daya yang masih kita guna pakai sehingga ke hari ini iaitu F=ma. Berbalik kepada perhubungan mazhab umum ini dengan FPK yang mana ianya juga berkaitan dengan pembangunan potensi akal manusia, matlamat FPK juga ingin menghasilkan individu yang berilmu, iaitu menguasai segala ilmu yang telah sedia ada serta berupaya mengembangkan ilmu tersebut sejajar dengan keperluan dan kehendak masyarakat, negara dan dunia amnya. FPK juga bermatlamat menyediakan modal insan yang berkualiti, ini bermaksud setiap individu yang dihasilkan dalam sistem pendidikan di Malaysia adalah individu yang cenderung untuk menimba segala ilmu sepanjang hayat mereka, tidak kira sama ada secara formal ataupun tidak formal. Setelah kita teliti dan fahami tentang matlamat dan kehendak FPK, ianya adalah selaras dan mempunyai banyak persamaan dengan mazhab idealisme barat terutamanya yang berkisar tentang aspek metafizik yang mana membincangkan tentang perkembangan akal fikiran dan potensi manusia untuk berfikir tentang konsep alam, ketuhanan dan konsep alam semulajadi. Aspek metafizik juga mengutarakan tentang konsep akal dan yang pada pengikat tertinggi adalah peringkat dimana ianya berkisar tentang kewujudan tuhan yang mana ianya hanya dapat dijawab dengan kita menyelami ilmu keagamaan dengan lebih dalam kerana ilmu wahyu ini perlulah disulami dengan ajaran tauhid dan bukanlah dengan taakulan akal fikiran dimana jika kita menggunakan akal fikiran dalam menyelami ilmu ketuhanan ini nescaya kita akan jauh tersesat.

Related Documents