Dam

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Dam as PDF for free.

More details

  • Words: 768
  • Pages: 5
DAM Menyembelih binatang dan penggantinya dam itu daripada makanan atau puasa yang wajib ditunaikan oleh orang yang mengerjakan haji dan umrah jika ia meninggalkan salah satu daripada perkara wajib haji/umrah ATAU melakukan perkara-perkara larangan semasa ihram ATAU menunaikan haji Tamattu', Qiran dengan syarat-syaratnya DAM IHSAR PENGERTIAN Dam untuk tujuan melepaskan diri dari pantang larang ihram bagi seseorang yang sudah berniat ihram tetapi tidak dapat menyelesaikan hajinya atau umrahnya. SEBAB-SEBAB Terhalang atau terkepung dalam perjalanan atau ketakutan dari musuh atau berpenyakit SEBAB-SEBAB LAIN dam Ihsar boleh digunapakai untuk menyelesaikan masalah perempuan yang datang haid dan tidak dapat menyelesaikan Tawaf Haji atau Umrah kerana terpaksa balik segera ke tanah air (Haji atau Umrahnya belum selesai). Dia hendaklah pergi lagi ke Tanah Suci Mekah untuk menyelesaikan kerja-kerja haji atau umrahnya yang belum selesai jika mampu. CARA MELAKSANAKAN DAM IHSAR Setelah keluar dari Mekah dua marhalah (91 km) atau lebih atau setelah sampai ke tanah air hendaklah: 1. Menyembelih seekor kambing dan bercukur atau bergunting (dengan itu, maka terlepaslah dari semua pantang larang ihram) 2. Jika tidak mampu hendaklah membeli makanan dengan nilai seekor kambing dan dibahagikan kepada fakir miskin tempatan 3. Jika tidak mampu juga hendaklah berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan nilai seekor kambing DAM TERTIB DAN TAQDIR SEBAB-SEBAB DIKENAKAN DAM

1. Ihram Tamattu' (dengan syarat-syaratnya) 2. Ihram Qiran (dengan syarat-syaratnya) 3. Luput wuquf di Arafah 4. Tidak melontar Jamrah 5. Tidak bermalam di Mina (dengan syarat-syaratnya) 6. Tidak bermalam di Muzdalifah (dengan syarat-syaratnya) 7. Tidak berihram di Miqat 8. Meninggalkan Tawaf Wada' 9. Melanggar nazar dalam masa mengerjakan haji DAM YANG DIKENAKAN Menyembelih seekor kibasy atau kambing atau 1/7 daripada lembu atau unta atau kerbau JIKA TIDAK BERKUASA Hendaklah berpuasa 10 hari, 3 hari dimasa haji dan 7 hari apabila ia balik ke tempatnya JIKA TIDAK BERDAYA BERPUASA Dengan sebab tua, maka dikeluarkan satu cupak tiap-tiap satu hari (10 cupak) JIKA TIDAK BERDAYA JUGA Tertanggunglah di atas zimmahnya DAM TERTIB DAN TA'DIL PENGERTIAN Ta'dil bermakna apabila seseorang tidak berkuasa mengeluarkan makanan hendaklah diganti dengan puasa SEBAB-SEBAB DIKENAKAN DAM

Persetubuhan yang merosakkan haji, iaitu yang dilakukan sebelum Tahallul Awal atau sebelum selesai kerja-kerja Umrah DAM YANG DIKENAKAN 1. 2. 3. 4.

Menyembelih seekor unta Jika tidak berkuasa: Menyembelih seekor lembu Jika tidak berkuasa: Digantikan dengan 7 ekor kambing Jika tidak berkuasa: Hendaklah membeli makanan dengan nilai seekor unta dan dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Haram 5. Jika tidak berkuasa: Hendaklah berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor unta dan wajib menghabiskan kerja-kerja hajinya atau umrahnya dan wajib qada' pada tahun berikutnya ATAU Tertahan/ditahan oleh musuh dalam perjalanan atau terkepung tidak dapat masuk Mekah sedangkan ia sudah berihram HENDAKLAH BERTAHALLUL IHSAR DAN DAM YANG DIKENAKAN 1. Ia hendaklah bertahallul (Ihsar) iaitu menyembelih seekor kambing dan bercukur/bergunting 2. Jika tidak berkuasa: Hendaklah membeli makanan dengan nilai seekor kambing dan dibahagikan kepada fakir miskin di tempat Tahallul 3. Jika tidak berkuasa: Hendaklah puasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor kambing DAM TAKHYIR DAN TA'DIL PENGERTIAN Takhyir bererti boleh dipilih satu daripada perkara-perkara yang ditetapkan SEBAB-SEBAB DIKENAKAN DAM

Berburu binatang buruan sama ada di Tanah Haram atau Halal DAM YANG DIKENAKAN 1. Menyembelih binatang mengikut bandingan binatang yang diburu, kalau rusa bandingannya lembu, kalau kijang bandingannya kambing 2. ATAU: Membeli makanan dengan nilai harga binatang bandingan dan dibahagikan kepada fakir miskin Mekah 3. ATAU: Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan harga nilainya iaitu satu cupak satu hari ATAU Mengerat, menebang atau mencabut pokok dalam Tanah Haram Mekah kecuali pokok yang mati (kering) DAM YANG DIKENAKAN 1. Menyembelih binatang mengikut bandingan pokok yang dikerat/ditebang/dicabut, kalau pokok besar bandingannya lembu dan kalau kecil bandingannya kambing 2. ATAU: Membeli makanan dengan nilai harga binatang bandingan dan dibahagikan kepada fakir miskin Mekah 3. ATAU: Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan harga nilainya iaitu satu cupak satu hari DAM TAKHYIR DAN TAQDIR PENGERTIAN Ketetapan pada barang yang boleh diganti SEBAB-SEBAB DIKENAKAN DAM 1. Membuang/mencabut/menggunting 3 helai rambut atau bulu dari manamana anggota 2. Memakai pakaian yang dilarang dalam ihram dengan sengaja 3. Mengerat kuku, menanggalkan atau membinasakannya 4. Memakai bau-bauan dengan sengaja 5. Memakai minyak di kepala/janggut/semua bulu muka selain daripada bulu tumbuhan di pipi dan di dahi dengan sengaja 6. Melakukan perkara permulaan persetubuhan dengan sengaja 7. Melakukan persetubuhan selepas selesai Tahallul Awal, tetapi belum selesai Tahallul Kedua dengan sengaja 8. Melakukan persetubuhan selepas persetubuhan yang merosakkan haji dengan sengaja

DAM YANG DIKENAKAN Menyembelih seekor kambing ATAU Bersedekah kepada 6 orang fakir miskin sebanyak 2 cupak makanan tiaptiap seorang ATAU Berpuasa tiga hari

Related Documents

Dam
December 2019 33
Dam Kertosari.docx
June 2020 13
Dam Douniya
October 2019 25
Dam Underground
November 2019 23
Tipaimukh Dam
May 2020 8