Dalam Pencarian

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Dalam Pencarian as PDF for free.

More details

  • Words: 3,266
  • Pages: 16
Dalam pencarian "Guru Sebenar Guru"...antara ilmu, amal dan bual; manakah satu yang sebenarnya bekal? Ramai mengaku 'berilmu' tapi kurang berakal apatah lagi yang sedikit ilmunya tapi langsung tidak berakal; itulah punca amal dan bual tidak menjadi bekal.

Keranamu Malaysia

(Hamzah Mohamed) Mengenai Saya Sila ke laman Latar Belakang Saya

Klik Di Sini

" Tidak akan kamu berperasaan gundah walau sekali, jika kau tahu apa yang dicari." ~ Umar al-Khattab

Pendahuluan Antara persoalan yang sering timbul di benak kita ialah mengapakah berlaku prestasi sebuah sekolah itu lebih baik daripada sebuah sekolah yang lain? Apakah pula faktorfaktor yang menyebabkan wujudnya senario demikian? Atau adakah perbezaan yang wujud itu disebabkan 'nasib' semata atau kurangnya usaha-usaha melakukan perubahan dan penambahbaikan yang berterusan (Kaizen) kerana tidak wujudnya misi (mission), visi (vision), komitmen (committment) atau contoh ikutan (role model), sama ada dari aspek diri individu atau pihak pengurusan sekolah yang boleh mencetuskan inspirasi dan halatuju (direction) yang jelas, betul dan tepat. Ramai orang inginkan kemajuan, peningkatan, kecemerlangan dan kegemilangan seterusnya apa yang kita namakan sebagai kejayaan. Kejayaan pula berlaku dalam banyak bentuk sama ada kejayaan peribadi, kejayaan organisasi atau pun kejayaan kelompok dan komuniti.

Phillip Van Hooser (1998) mendapati bahawa ada tiga unsur penting dalam menentukan kejayaan. Tiga unsur ini berkait rapat antara satu sama lain dan ianya digelar sebagai "Triangle of Success" (yang merangkumi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap). Ilmu Pengetahuan: Apakah pengetahuan? Adakah pengetahuan sahaja sudah cukup? Phillip Van Hooser menyatakan bahawa pengetahuan bukan dimanifestasikan oleh sijil dan diploma, ia juga bukan satu ukuran yang tepat berdasarkan angka gred mata purata atau dengan kekananan dan kelamaan seseorang itu berada di tempat kerja. Pengetahuan sebenar ialah kefahaman (understanding). Dalam kepimpinan, kefahaman terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan oleh pengikut-pengikut daripada pemimpin merupakan pengetahuan kerja yang praktikal. Kemahiran: Pengetahuan dan kemahiran sama-sama penting. Kedua-duanya sangat diperlukan bagi pembangunan kepemimpinan personal. Ringkasnya, kemahiran sama erti dengan aplikasi (application). Kebolehan mengaplikasi sesuatu konsep atau idea kepada sesetengah 'task' merupakan satu kelebihan kepimpinan yang tidak dapat dipertikaikan. Kemahiran-kemahiran khusus termasuklah keberanian profesionalisme, ketegaran (decisiveness) dan kesabaran serta kemahiran mendengar. Sikap: Sikap adalah kunci kepada segalanya. Sikap dapat disamakan dengan kehendak (desire). Sesiapa jua boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yan tertentu bagi melaksanakan perkara-perkara besar lagi hebat, tetapi jika tanpa kehendak yang mendorong dan menggerakkan tingkah-laku dan perbuatan maka hasil akhirnya adalah potensi yang tidak dapat direalisasikan. Didapati juga individu-indidvidu yang kurang pengetahuan dan kemahiran tetapi mereka memiliki sikap, kehendak dan dorongan yang cukup kuat dapat mengatasi sebarang halangan yang mereka hadapi dengan jayanya. Cabaran kita ialah secara sedar membuang perasaan berpuas hati (complacency) dan terlalu yakin (overconfidence) sewaktu kita mengembangkan satu atau lebih unsur-unsur di atas. Kejayaan dan kecemerlangan sekolah terletak pada keberkesanan seluruh sistem, nilai, kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang diamal dan dipamerkan setiap waktu oleh setiap orang pelajar, guru, kakitangan bukan guru dan juga pentadbir dan pengurus kurikulum sesebuah sekolah itu. Pihak yang amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan ini tidak lain tidak bukan ialah guru-guru sendiri. Guru Berkesan Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut: • Bersikap profesional. • Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori. • Kaya ilmu.

Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja. Bermoral teguh. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa. • Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas. • Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh. • Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik. • Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu). • Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya. • Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi. • Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah. Kenyataannya adakah semua ciri tersebut telah kita miliki? Atau sekurang-kurangnya sebahagian besarnya telah kita amalkan dalam diri peribadi mahu pun dalam organisasi? Tetapi yang nyata masih ramai atau sebahagian besar dari kita amat kurang memiliki ciriciri tersebut. Jadi bagaimana kita hendak melahirkan pengajaran dan pembelajaran yan berkesan dan seterusnya sekolah berwatak dan sekaligus pendidikan cemerlang? • • • • • • •

Untuk menjadi guru berkesaan kita perlu berubah. Kita perlu menganjak paradigma, kita perlu melakukan lonjakan quantum dengan merobah dan meruntuh tembok penghalang yang pertama dan utama iaitu Menolak Perubahan (Resist Change). Ken Blanchard, pengarang buku "The One Minute Manager" menyatakan bahawa kita lumrahnya liat dan sukar menerima perubahan. Beliau menyatakan bahawa; • Bila memikirkan perubahan kita sering fikirkan perkara-perkara yang kita kena kepaskan, bukan kepada perkara-perkara yang akan kita dapat . • Setiap orang mempunyai toleransi yang berbeza terhadap perubahan kendatipun kepada mereka yang memiliki tahap toleransi yang tinggi akan ada satu titik di mana perubahan tidak berupaya ditanggungi. • Selali pun perubahan telah berlaku kita secara fitrahnya mahu meletakkan perkaarap-perkara kembali kepada keadaan asalnya. Mengubah Diri Mengubah Sikap Plato berkat, "Kemenangan yang utama dan pertama ialah menakluki diri." Garfield pula berkata, "Di dunia ini benda-benda tidak berubah, kecuali ada orang yang mengubahnya." Jelas sekali perubahan tidak terjadi tanpa penggeraknya atau pun penyebabnya, dan perubahan yang paling berat dan paling sukar ialah perubahan diri peribadi. Stephen

Covey (1989) daalm bukunya "The Seven Habits of Highly Effective People" menyatakan ada dua tahap proses perubahan yang perlu dilalui bagi mencapai status 'orang-orang

Memperkasa Guru Sebenar Guru Dalam

Membangun Diri Menunaikan Amanah Guru Mengajar Murid Belajar "Tidak akan kamu berperasaan gundah walau sekali, jika kau tahu apa yang dicari." ~ Umar Al-Khattab Objektif Sesi Hari Ini • • • • •

Mengenal dan menilai diri dari aspek profesionalisme dan profesionaliti Antara keunggulan dan realiti wujud ruang (jihad) membangunkan potensi diri Antara iman, amal dan bual, mana satu menjadi bekal? Jadilah Guru Sebenar Guru: Ke Sekolah Tidak Jemu Mengajar Tidak Lesu Memenuhi tuntutan Guru Mengajar Murid belajar

"Profesionalisme" (bagi Eric Hoyle,1980) adalah sikap dan tindakan yang menyentuh aspek-aspek yang berkaitan dengan pekerjaan seperti hal-hal tentang syarat-syarat kerja, soal gaji dan upah, jadual tugas dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya. Semuanya adalah hal-hal yang selalu dihubungkaitkan dengan perjuangan kesatuan sekerja. "Profesionaliti" pula ialah sikap dan tingkah-laku yang ditunjukkan oleh seseorang terhadap "profesionnya" serta taraf pengetahuan dan ketrampilan dalam bidang pekerjaan itu. Seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti pengajarannya

dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan murid-muridnya dikatakan mempunyai "profesionaliti" yang tinggi. Dengan kata lain, guru itu melihat perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu "pekerjaaan" tetapi sebagai satu "profesion" (Omar Hashim,1993). Sifat dan Ciri-Ciri Seorang Guru Yang Perkasa Terhadap Murid: 1. punyai empati dan komitmen dalam menghargai maruah orang lain (iaitu anak didik, ibu bapa dan rakan sejawat) dalam mengejar hasil dari segi afektif dan juga kognitif 2. hubungkan 'mata plajaran' dengan kehidupan murid-murid 3. kenal, hormati dan percayai murid-murid 4. mengajar murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisa dan berfikir secara kritis 5. menjana idea-idea baru dan menarik bagi murid-murid berfikir mengenainya 6. menggalakkan murid-murid bertanyakan soalan mengenai pelajaran 7. hadir dalam lain-lain aktiviti di mana murid-murid terlibat seperti sukan, persembahan musikal dn kebudayaan. Terhadap Mengajar: 1. melakukan refleksi dan kritik-kendiri, mercu tanda profesionalisme seorang guru 2. berfikir secara sistematik mengenai amalannya dan belajar daripada pengalaman 3. adil dalam menilai dan menggred 4. fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran 5. bersemangat dalam mengajar , murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran 6. seorang komunikator yang cemerlang; mampu menjadikan ideaidea yang kompleks mudah difahami dengan itu murid-murid dapat memahami dan menghargainya 7. sering mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas kepada murid-murid 8. merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap tajuk, dan menyepadukan mata pelajaran

9. secara berterusan mengukur pendekatan, syarahan dan ujianujian bagi memastikan kurikulum yang sentiasa 'baru dan segar' serta relevan 10. menyertai jawatankuasa-jawatankuasa bagi menambahbaik sekolah, jabatan atau dirinya sendiri. Terhadap Disiplin: 1. seorang yang pakar dalam bidang yang dia ajar 2. seorang yang 'laparkan' ilmu; sentiasa up to date dalam bidangnya dengan membaca; menghadiri konferens, konvensyen, bengkel dan seminar; dan mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan 3. juga seorang yang suka 'belajar' perkara-perkara di luar bidangnya 4. aktif dalam penubuhan profesional dan menggalakkan rakan sejawat menyertainya 5. menjadi ahli kepada komuniti yang belajar 6. bina dan mengekalkan perhubungan profesional 7. bekerja dalam organisasi sekolah yang luas Secara Peribadinya: 1. tunjukkan contoh dan teladan yang utuh di dalam atau di luar bilik darjah dan mengajar kebertanggungjawaban murid-murid serta standard yang tinggi 2. berfikiran terbuka, rendah diri, dan bersikap optimistik. Antara "Keunggulan" dengan "Realiti" wujud ruang lakukan "Perjuangan" Apa yang "unggul" itu? Boleh diukur dan dinilai menerusi aspek i) Diri Peribadi 2) Organisasi 3) Iklim dan Budaya Kerja. 1. Diri peribadi: bersikap positif dan memiliki ketrampilan pengetahuan dan kemahiran yang tidak dipertikai; berfikiran terbuka (tidak sempit, jumud dan beku); pengurusan masa dan diri yang tinggi (selalu on time, datang awal, masuk kelas cepat, mengajar dengan penuh dedikasi dan penuh sifat dan ciri-ciri profesionalisme dan profesionaliti yang tinggi); suka bekerjasama dengan rakan sejawat (tidak lokek ilmu); hasil kerja yang berkualiti (dari segi isi kandungan, format, gaya dan persembahan) memenuhi sifat-sifat seorang yang inovatif, kreatif dan produktif; sabar dalam melayani karenah anak didik

dan juga rakan sejawatan; berpegang kepada prinsip yang jelas, betul, benar, dan utuh di dalam semua keadaan dan situasi. 2. Organisasi: dapat dilihat sebagai sebuah organisasi yang sistematik, teratur dan tertib; jelas susun atur heirarki tugas dan kuasa; wujud kolaborasi, kolegialiti dan partisipasi; masingmassing individu faham dan menyumbang kepada kegemilangan organisasi. 3. Iklim dan Budaya Kerja: diri peribadi yang jadi ahli organisasi akan tentukan senario, suasana atau pun iklim seluruh premis yang akhirnya wujud sebagai satu budaya kerja berkualiti dan cemerlang; persekitaran yang bersih, ceria dan selamat; suasana yang kondusif kepada pembelajaran bermakna; anak didik yang aktif dan responsif tetapi bukan bising tak tentu hala. Tetapi "realitinya" bagaimana? 1. Aspek peribadi: bersikap yang tidak sesuai dan tidak cerminkan seorang (atau guruguru) yang sejati dengan tingkah-laku dan gelagat yang merendahkan martabat diri dan organisasi; datang lewat, lambat masuk kelas mengajar, atau kalau masuk tidak mengajar, atau masuk sekejap kemudian tinggalkan murid buat kerja sendiri, suka buang masa (berborak dan bersembang semasa bertugas), buat sibuk pada masa dia tidak sibuk; semuanya ini jadi amalan dan tak rasa malu apatah lagi rasa berdosa. Pengetahuan dan kemahiran yang tidak berkembang; walau dah lama menjadi guru tetapi kerja masih comot, kabur, salah sana salah sini, tak faham format dan kandungan, sangat lewat siapkan laporan data dan maklumat (termasuk analisis dan diagnosis) dan masih tak pandai buat minit mesyuarat atau belum faham-faham bezakan antara laporan dan minit; dokumen murid sering tidak kemaskini; buku-buku latihan murid sangat lama tidak diperiksa; dan paling buruk sikap bodoh sombong, besar diri dan sangka diri paling betul hingga kerja wajib sebagai seorang guru ditinggalkan dan melebihkan kerja-kerja lain yang bukan wajib (direct selling dan seumpamanya); bagaimana kita hendak jadi Guru Sebenar Guru?

2. Aspek Organisasi pula kenyataannya datangnya daripada sikap dan perlakuan para ahlinya; sering wujud senario nafsu-nafsi (tidak landaskan prinsip dan peraturan) akhirnya terbentuk organisasi yang kalut, caca-marba, ikut suka; hingga berlarutan bertahun-tahun maka wujudlah beberapa status organisasi seperti: i) Organisasi Bermasalah, ii) Organisasi Terbiar, iii) Organisasi Berpenyakit, iv) Organisasi Bebas-Cukai dan v) Organisasi Mentaliti "Mengajar sebagai Kerja Bodoh." 3. Aspek Iklim dan Budaya Kerja: Relitinya iklim yang gambarkan "budaya organisasi" yang sentiasa di bawah standard dan jangkaan semua pelanggan dalaman dan luaran atau tidak memenuhi aspirasi masyarakat dan negara. Maka terdengarlah segala macam rungutan, komen dan kritikan daripada rakyat jelata di desa sampailah kepada Perdana Menteri yang memerintah negara; antarnya seperti "Kita tidak serius sebagai Guru Besar..."; "..sekolah kebangsaan tidak menarik dan kurang berdisiplin.'; "3M tidak berkesan di sekolah kebangsaan berbanding SJK Cina."; "Sebanyak 1,919 buah sekolah dikenalpasti sebagai sekolah prestasi rendah (SPR) kerana pencapaian bawah 30% kelulusan UPSR (1999)"; " Pelajarpelajar Melayu tertinggal dalam pelajaran seawal di bangku sekolah rendah lagi...."; adalah fakta dan faktor yang mesti kita terima dan akui bagi membanteras dan memperbaikinya melalui ruang yang luas di mana kita bebas membuat pilihan...yakni pilihan perjuangan menghapuskan kealpaan, kelederan, kelewatan, ketidakakuran, kelemahan dan kehinaan akibat dari kebejatan profesioanlisme. Kita sebagai Apa yang Kita Fikirkan Apa yang kita percayai dan yakini itulah yang kita buat dan lakukan (amalan hidup); dan apa yang kita buat dan apa yang kita tidak buat akan jadi "warisan" (legacy) setelah kita

berpindah sekolah. Apabila kita secara tekal berfikir, bertindak (beramal) dan mengutamakan motif diri kita inilah kemudiannya yang digelar sebagai sikap. Oleh itu kaitan antara pemikiran, perbuatan atau tingkah-laku dan kepercayaan (beliefs) amatlah saling berkait rapat dalam membezakan seseorang personaliti dengan personaliti yang lain. Jika kita fikirkan mengajar bersungguh-sungguh tidak penting (asal ajar sudah) maka kerja mengajar kita jadilah sebagaimana seadanya sahaja, dan di mata anak didik kita dilabel sebagai "guru malas". Begitu juga jika kita fikir datang awal atau masuk kelas segera sebagai tidak penting maka jadilah kita orang yang sentiasa 'lengahkan waktu' dan seolah-olah tidak berminat dalam pekerjaan kita sendiri. Atau apa yang kita asyik lebihkan masa berborak dan bersembang (termasuk adu domba, fitnah, hasut-menghasut, apatah lagi berpolitik) daripada mengajar anak didik sebaikbaiknya, maka jadilah kita orang-orang yang utamakan kerja yang tidak berkenaan dan mengabaikan kerja utama dan kerja yang wajib ke atas kita. Pendeknya inilah yang dikatakan segala yang kita fikir, yakni menjadi 'kepercayaan kita' maka kita pasti melakukan segala 'kebejatan' ini yakni apa yang kita amalkan setiap hari sehingga menepati Hukum Ganjaran yakni "Apa Yang Disemai Itulah Yang Dituai"; dan inilah menjadi "warisaan" kita yang kita tinggalkan nanti. Jadilah Guru Sebenar Guru: Ke Sekolah Tidak Jemu Mengajar Tidak Lesu Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai dua wajah; positif atau negatif; hitam atau putih; buruk atau baik; cemerlang atau kecundang; begitu juga sikap dan perlakuan kita sebagai guru-guru yang bukan sahaja profesional sifatnya malah menunjukkan ciri-ciri

profesionaliti yang tinggi sepanjang masa. Antara ciri-ciri membezakan antara guru yang profesional dengan guru yang tidak; rujuk senarai semak berikut, dan marilah kita menukar sikap, persepsi dan posisi kita agar menjadi lebih perkasa dan berwibawa dalam melaksanakan tugas mulia sebagai seorang guru. Guru yang Profesional Profesional

Guru yang tidak

Mula kerja awal pagi loceng berbunyi

Mula kerja setelah

Sedia bergerak awal hari pagi Mengurus dengan merancang krisis Ada perancangan & matlamat Berpakaian secara 'profesional'

Sudah pun letih di awal Mengurus dengan Ada berbagai alasan Berpakaian selekeh

Guna waktu luang sebagai waktu mengumpat dan mengeji 'kerja'

Guna waktu luang

Suka ikuti latihan kerana berikan perkemdan pelik mengabangan profesional

Komplen tentang latihan

Dalam mesyuarat mereka duduk di mana mereka duduk di tepi mereka boleh belajar Cari perkara-perkara untuk dipuji untuk dikomplen Berusaha cari punca sesuatu tidak berjalan bila sesuatu tidak ber-

pa ianya perlu Dalam mesyuarat pintu Cari perkara-perkara Salahkan orang lain jalan

Sedia buat keputusan dan selesai masalah saya buat?"

Bertanya "Apa patut

Lihat pentadbir sebagai rakan kongsi sebagai tempat dalam pendidikan Melanggan dan membaca jurnal profesional sebagai membazir-

Lihat pentadbir melepaskan geram Fikir jurnal profesional kan wang sahaja

Mendapat penghormatan setiap hari dapat penghor-

Merungut kerana tidak matan

Buat yang terbaik buat

Buat apa orang lain

Kembangsuburkan kerjaya mereka mereka

Bimbang tentang kerja

Rasa dan bertindak 'empowered' seperti mangsa Sedia untuk belajar dan dapatkan bantuan atau terima bantuan

Rasa dan bertindak Tidak sedia belajar

Belanja wang untuk perkembangan profesio- Enggan belanja untuk perkembangan nal atau untuk bilik darjah profesional atau untuk bilik darjah Percaya anak didik boleh belajar, dan lihat degil, tidak tugas mereka membantu proses ini dan malas Melihat pekerjaan 'mengajar' sebagai satu mengajar sebagai satu kerja profesion paling mulia. sahaja.

Percaya anak didik bertanggungjawab, Melihat kerja dengan gaji lumayan

Memenuhi Tuntutan "Guru Mengajar Murid Belajar" Objektif kita akhirnya ialah memenuhi tuntutan konsep "guru mengajar murid belajar" dapat direalisasikan pada tahap paling optimum dan dapat pula kita buktikan menerusi

kerja-buat kita setiap hari dan waktu. Bagi mencapai tahap ini semua kita mestilah membetulkan iman (kepercayaan), bual (percakapan), dan amal (segala perlakuan) kita sentiasa selaras antara ketiga-tiga aspek tersebut. Memenuhi tuntutan "Guru Mengajar Murid Belajar" pula perlukan semua kita menjadi guru-guru yang sebenar guru "Ke Sekolah Tidak Jemu Mengajar Tidak Lesu"; yang membawa erti seseorang guru itu penuh iltizam, dedikasi, komited dan bertanggungjawab tidak akan mengkhianati tugasnya dan muridmuirdnya. Prinsipnya ialah guru-guru mesti faham bahawa tugas 'mengajar dan mendidik' pekerjaan yang sangat mulia. Janganlah rosakkan 'kemuliaan tugas' ini dengan perangai dan gelagat yang tersasar jauh daripada etika dan adab seorang guru yang mursyid. Guru-guru mestilah menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar (tanpa muslihat dan tipu helah) sebagai suatu ibadah. Guru-guru begini tidak akan cepat menyalahkan keadaan dan tempat sebelum menyalahkan diri terlebih dahulu di samping berusaha meningkatkan ketrampilan dan kewibawaan diri. Guru Sebenar Guru tidak akan melakukan sesuatu yang akan merosakkan organisasi seperti: selalu ponteng; banyak beri alasan dan helah; sering mengelakkan diri daripada menerima tugas dan tanggungjawab; menganggap sekolah hanya tempat kerja 'sementara' atau selalu beri alasan 'tidak cukup masa'. Guru sebenar guru tidak menunjukkan ciri-ciri 'orang malas' ketika di dalam kelas tetapi sebaliknya mengajar dengan penuh ceria dan dengan penuh semangat serta bersungguh-sungguh, memeriksa buku-buku tanpa bertangguh. Penutup Fahamlah kita bahawa kecemerlangan organisasi dan institusi amat bergantung kepada

mutu jatidiri individu yang berada di dalamnya sama ada ia seorang guru, pembantu tadbir, pembantu am rendah atau pun pekerja rendah awam; yang semuanya mempunyai 'amanah tugas' dan tanggungjawab yang sudah jelas dan terperinci yang tidak boleh kita dakwa bahawa kita tidak tahu mengenainya. Marilah kita menginsafinya dengan setulus ikhlas bahawa sebarang 'defisit pembelajaran' misalnya adalah kerana kita selaku guru-guru yang tidak mengutamakan masa sebaik mungkin semasa mengajar selama ini. Bagaimana pula kita akan dapat memenuhi tuntutan bekerja 8 jam sehari seperti yang sedang diuraurakan oleh pihak Kementerian Pendidikan jika waktu bekerjas 5½ jam sekarang ini pun kita sudah "lesu dan layu?" www.angelfire.com/journal2/fakir_zamani/ceramah3.htm

Pantun Lagu Joget Pahang Dari Melaka pergi ke Pahang Singgah di Johor beli barangan Kami mengucap Selamat Datang Apa yang kurang dikeji jangan Negeri Pahang aman sentosa Kaya dengan tumbuh-tumbuhan Niat di hati nak buat jasa Mudah-mudahan Tuhan makbulkan Pukul gendang kulit kerbau Dalam majlis tari-menari Kami ini dagang merantau Mengharap belas orang di sini Pantun Lagu Sri Mersing Seri Mersing lagulah Melayu Dikarang oleh biduan dahulu

Hatiku rungsing bertambah pilu Mengenang nasib untung diriku Tidaklah boleh selandak padi Sekamlah juga ditumbuk luluh Tidak boleh kehendak hati Kehendak Allah juga yang sungguh Tidaklah boleh dikenang-kenang Airmataku jatuh berlinang Karam dilaut boleh kurenang Karamlah di hati bila nak senang? Pagi-pagi pergi ke sawah Hendak ditajak pokok mengkudu Luka ditangan nampak berdarah Luka dihati siapa yang tahu? Asal kapas menjadi benang Dari benang menjadi kain Barang yang lepas jangan dikenang Sudah menjadi hak yang lain Pantun Lagu Tanjung Katung Di Tanjung Katung airnya biru Disitulah tempat mencuci mata Duduk sekampung lagikan rindu Inikan pula jauh di mata Kalau tidak kelapa puan Tidaklah puan kelapa bali Harap-harap kepada tuan Tidak tuan siapa lagi? Pucuk pauh delima batu Genggam di dalam tangan Tuan jauh beribu batu Hilang mata di hati jangan Anak ayam turun lapan Mati seekor tinggal tujuh Duduk berdoa kepada Tuhan Supaya terang jalan bersuluh Anak ayam turunnya lima Mati seekor tinggal empat

Turut mengikut alim ulama Supaya betul jalan makrifat Anak ayam turunnya lima Mati seekor tinggal empat Kita hidup mesti beragama Supaya hidup tidaklah sesat

OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat. Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidanganpersidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Related Documents