Dadahktrjrbr.docx

  • Uploaded by: Uzie Midin
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Dadahktrjrbr.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,658
  • Pages: 23
Jenis-jenis Dadah Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :

 Opiat dan Opiat sintetik  Stimulan  Ganja  Halusinogen  Depresen  Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna

Jenis-jenis opiat 1. Candu

Jenis-jenis Dadah

Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, mengajal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara. 2. Morfin

Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik. Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik Nama Jalanan : “M”, “White Powder”, “Monkey”, “Morpho”

Jenis-jenis Dadah Morfin Mentah  Bentuk blok / serbuk  Bertanda “999″  Mengandungi 70% – 90% morfin  Juga dipanggil Heroin No.1 Bes Morfin  Seperti serbuk kopi halus  Mengandungi 60% – 70% morfin Pil-pil Morfin  Mengandungi morfin sulfat / morfin hidroklorid  Pil kecil berwarna putih / coklat pucat

3. Heroin

Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin. Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap Nama Jalanan : “Fit”, “Fun”, tepung, cik putih, barang, “Penang pink” 4. Kodein

Jenis-jenis Dadah

Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk. Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik Nama Jalanan : Ubat batuk 5. Opiat Sintetik

Tablet Metahadone Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti “methadone”, “pethidine”, “dipipanone” dan “dextropropoxyphene”. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan

Jenis-jenis Dadah digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini “methadone”digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita. Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik Nama Jalanan : “Fizzies”, “Dollies”

STIMULAN Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau “Amphetamine-type-stimulants (ATS)” dan kokain. Jenis-jenis Stimulan 1. Amfetamin

Amfetamin Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine (ice/syabu) dan “Methylenedioxy methamphetamine” adalah dadah yang sangat berbahaya. Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur (“chasing the dragon”) 2. Methamphetamine

Syabu / Ice “Methaphetamine hydrochloride” merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas.

Jenis-jenis Dadah Contoh “methaphetamine hydrochloride” yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.

Alat untuk “chasing the dragon” Cara Menggunakan : Menghisap, menyedut (“chasing the dragon”) Nama Jalanan : “Ice”

3. Kokain

Serbuk Kokain Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan.

Jenis-jenis Dadah

Pokok Koka

Jenis-jenis Dadah

Daun Koka Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara Eropah.

Cocaine Snorting Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap Nama Jalanan : “Coke”, “Crack”, “Snow”, “Flake” Kokain “Freebase” adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain “Crack” adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk “granusles”. “Crack” mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.

4. MDMA

Jenis-jenis Dadah

Table yg mengandungi MDMA (Pil Ecstasy) “Methylenedioxy-methamphetamine” (MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin. Ia dipanggil “feel good drug” dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna muda. Cara Menggunakan : Menelan Nama Jalanan : “Ecstasy”, “XTC” Ganja/Kanabis

Jenis-jenis Dadah

Pokok Ganja Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok “cannabis sativa”. Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurangkurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana“tetrahydrocannabinol” (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama.

Jenis-jenis Dadah

Daun Ganja

Jenis-jenis Ganja/Kanabis 1. Kanabis Herba Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok “genus kanabis” yang dikeringkan dalam bentuk ketulan. Ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih kehijauan. Kandunan THC : 0.25% – 8% Cara Mengunakan : Menghisap, menelan (bersama makanan / minuman) Nama Jalanan : Ganja 2. Hashish

Hashish Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan dan dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin. Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam. Kandungan THC : 4% – 12% Cara Menggunakan : Menghisap 3. Minyak Hashish Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggunakan bahan pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah kepada udara.

Jenis-jenis Dadah Kandungan THC : Sehingga 60% Cara Menggunakan : Menghisap

“Bong” – Alat untuk menghisap ganja

Menghisap ganja menggunakan “Bong”

Jenis-jenis Dadah

“Bong” buatan sendiri menggunakan botol

Halusinogen

Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar. Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan. LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan. Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan “hippies” pada tahun 19601970. Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di negara-negara barat.

Depresen 1. Ubat “Depresen”

Jenis-jenis Dadah

Barbiturates Ubat “depresen” termasuk juga ubat-ubat “sedative” dan “tranquilizer”. Ubat-ubat ini bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh.

Tranquilizer

Contoh ubat “sedative” ialah “barbiturates” manakala contoh “tranquilizer”ialah “erimin-5″, “rohypnol” dan“valium”.

Pil Erimin-5 yg mudah didapati di dalam disko

Jenis-jenis Dadah “Erimin-5″ sejenis “sedative” yang kerap disalahgunakan oleh mereka yang menyalahguna “club drugs”untuk membantu mereka kembali ke kehidupan rutin. Penagih heroin juga menganggap “erimin-5″ sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran haram heroin tinggi. “Rohypnol” sejenis “sedative” yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahguna di kelab malam bukan sahaja sebagai “club drugs”, bahkan juga sebagai “rape drugs” oleh perogol. “Rohypnol” boleh mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan bersama alkohol. 2. Alkohol Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung kelab-kelab malam. Alkohol juga bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan fungsi dan reaksinya. Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri. Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh membawa maut. 3. GHB

GHB “Gamma-hydroxybutyrate” (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk putih, pil dan kapsul. GHB atau “gamma-hydroxybutyric acid” tidak pernah diiktiraf sebagai ubat dan dikeluarkan dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian.

Jenis-jenis Dadah

GHB juga kerap disalahgunakan sebagai “rape drugs” kerana boleh memitamkan mangsa dalam tempoh beberapa minit sahaja. Cara Menggunakan : Menelan Nama Jalanan : “G”, “Grieviuos bodily Harm”, “Liquid Ecstasy”

4. Ketamin

Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin yang digunakan dalam bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh menyebabkan pengguna tertidur dengan cepat.

Jenis-jenis Dadah

Menyedut Ketamin Melalui Hidung (Snorting) Ketamin dalam bentuk tepung putih pula disalahgunakan dengan cara “smoked”atau “snorted” untuk mendatangkan khayalan seperti bius. Ubat-ubatan dan Bahan Yang Disalahguna 1. Steroid

Produk Steroid yg popular di kalangan ahli bina badan Steroid sejenis ubat yang merupakan hormon testeron sintetik. Steroid digunakan oleh doktor untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain. Steriod kerap disalahgunakan oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru yang menunjukkan steroid tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatkan kekuatan fizikal.

Jenis-jenis Dadah

Steroid mempercepatkan proses pembesaran otot bagi ahli bina badan Penyalahgunaan steroid mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti boleh menyebabkan kanser hati. 2. Gam, Petrol dan Inhalan Lain Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh menghasilkan kesan seperti dadah apabila disalahgunakan.

Menghidu gam akan menyebabkan kerosakan otak yg kekal (gila) dalam masa yg singkat

Jenis-jenis Dadah Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang itu ketagihan.

Gejala menghidu gam di kalangan remaja wanita juga semakin serius :SUMBER Kini Kerajaan Malaysia sedang dalam proses menggubal akta Bahan Mengkhayalkan agar gejala penyalahgunaan bahan seperti ini dapat ditangani. 3. Daun Ketum

Daun Ketum

Daun ketum atau “species mytragynine” yang telah disenaraikan sebagai racun dan bahan psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan rakyat di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia. Pokok Ketum ialah sejenis tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

Jenis-jenis Dadah

Air Ketum Terdapat juga di sesetengah tempat di mana daun ketum direbus bersama-sama dengan ubat nyamuk, supaya memberi kesan yg lebih kuat kepada peminumnya. Ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003. 4. Ubat-ubatan Selain daripada ubat bius dan “depresen”, lazimnya ubat-ubatan yang kerap disalahguna adalah berkaitan dengan ubat penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan sakit (“pain killer”) dan sebagainya. Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangan akan menyebabkan kebergantungan kepada ubat-ubatan berkenaan.

Apakah yang Dimaksudkan dengan Pergantungan Kepada Dadah Pergantungan kepada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya yang wujud daripada penggunaan dadah secara berterusan atau pada waktu-waktu tertentu. Dua jenis pergantungan kepada dadah apabila ianya digunakan secara kerap dan berterusan ialah: 1. Pergantungan secara fizikal Pergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di mana badan penagih memerlukan dadah dihentikan akan menimbulkan gejala-gejala tarikan. Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu dari segi tingkahlaku dan fizikal seseorang penagih dadah yang ditunjukkan semasa tidak menggunakan dadah dalam masa tertentu. Antara tandatanda pergantungan fizikal ialah sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit, menggeletar dan sebagainya. 2. Pergantungan secara psikologikal Pergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu keadaan di mana penagih mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi secara normal serta mencapai ketenangan jiwa. Daya tahan (keupayaan sel-sel tubuh badan menentang kesan-kesan dadah) Daya tahan atau “tolerance” kepada dadah dikatakan meningkat apabila dos dadah yang biasanya diambil, tidak dapat memberi kepuasan atau memberi kelegaan dalam mengatasi gejala tarikan. Dos dadah terpaksa ditambah untuk mencapai tahap kepuasan dan kelegaan yang sama. Apabila pergantungan ini telah terbina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya dengan serta-merta.

Jenis-jenis Dadah Seseorang itu dikatakan telah bergantung pada dadah apabila :  Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian mengatasi keperluankeperluan hidup yang lain seperti makanan dan minuman.  Daya tahan meningkat.  Mengalami gejala tarikan apabila tidak menggunakan dadah  Berada terdesak atau gian untuk menggunakan dadah lebih-lebih lagi apabila cuba mengurang atau dapat mengawal jumlah dan kekerapan penggunaan.  Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti menggunakan untuk beberapa waktu.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan-kesan dadah : a) Jenis dadah Perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi system saraf pusat iaitu sama ada ia merosakkannya (contohnya heroin) atau merangsangkan (contohnya amfetamin dan kokain) atau merosak dan merangsangkan (contohnya ganja). b) Jumlah digunakan Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar, contohnya dos kecil heroin mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euphoria berbanding dengan dos besar yang mana akan menyulitkan pernafasan dan membawa maut .c) Cara penggunaannya Kesan dadah bergantung kepada cara penggunaannya (samada ditelan, disuntik, dihidu, dihisap atau diguna bersama dadah lain), jangka masa dan kekerapan mengguna. d) Keadaan individu Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya tahan, pengalaman penggunaan dadah & aktiviti penagih

Sebab-sebab Seorang Mengambil Dadah Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun. Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi. Di antara faktor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan dadah adalah kerana :  Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba untuk merasainya sendiri  Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah tersebut.  Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.  Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.  Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.  Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu dan bapanya.  Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara yang memberi manfaat dan berfaedah.  Masalah dan tekanan rumah tangga  Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak.  Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya dengan cara menjadi pengedar.  Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar-pengedar untuk mempengaruhi pengguna baru.

Jenis-jenis Dadah  Kurangnya pengetahuan agama, penghayatan nilai-nilai serta amalan agama.

Akibat Penagihan Dadah Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :  kesan kepada penagih  kesan kepada keluarga  kesan kepada masyarakat  kesan kepada Negara 1. Kesan Kepada Penagih  Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.  Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja.  Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam khayalan.  Pitam, pengsan, & berperasaan ganas  Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut. 2. Kesan Kepada Keluarga  Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga  Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya.  Rumah tangga menjadi porak peranda.  Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.  Anak-anak menjadi terabai & seterusnya mengundang masalah sosial kepada mereka. 3. Kesan Kepada Masyarakat  Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan & samun  Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah.  Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah. 4. Kesan Kepada Negara Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan. Kos tersebut termasuklah :  Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.  Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah  Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.  Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku  Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.  Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.

Tanda dan Kesan-Kesan Penagihan Dadah Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah :  Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja.  Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.  Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.  Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.  Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau dimiliki.

Jenis-jenis Dadah  Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu.  Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja.  Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.  Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.  Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga.  Terdesak menjual barang-barang peribadi seperti pakaian, telefon bimbit dan sebagainya.  Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah. Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus-terang kepada diri yang berkaitan ataupun merujukkannya kepada pakar-pakar perubatan

More Documents from "Uzie Midin"