Dad Ah

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Dad Ah as PDF for free.

More details

  • Words: 1,481
  • Pages: 22
APA ITU DADAH? Istilah 'Drug' dalam bahawa Inggeris diertikan sebagai ubat-ubatan menurut Kamus Dewan. Untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada 'drug', perkataan 'use', 'misuse' atau 'abuse' perkataan drug. Manakala dalam Bahasa Malaysia, dadah merupakan istilah khusus yang dicipta untuk memberi pengertian penyalahgunaan. Ini bermakna perkataan 'penyalahgunaan' atau 'salahguna' tidak boleh diikuti dengan perkataan dadah. Perkataan 'dadah' sudah menunjukkan ia telah disalahgunakan. Dalam hal ini, perkataan 'penggunaan' atau 'penagihan' adalah perkataan yang sesuai digunakan bagi menggambarkan penggunaan dan juga masalah-masalah yang berkaitan dadah.

DADAH DAN CIRI - CIRINYA ‘Dadah' ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut : a) Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat b) (otak dan saraf tunjang); c) Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaanya adalah d) dilarang; e) Diperolehi secara haram; f)

Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan

g) meningkatkan daya tahan terhadap

dadah; dan h) Mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan i)

fungsi sosial.

JENIS - JENIS DADAH Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut : a) Opiat - Candu,morfin,heroin dan kodein b) Canabinoid - Ganja,kanabis dan hashish c) Stimulan - Methamphetamine (syabu),dadah sintetik (ecstacy) dan d) Depresen - Sedatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan barbiturat serta tranquilizer e) Halusinogen - Lysergic acid diethylamide (LSD) meskalin,psilosibin f) Takrif dadah tidak meliputi bahanbahan pelarut (gam dan petrol),

alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya.

Opiat :

Bunga Dan Buah Popi

Bes Morpin

Candu Mentah

Heroin

Canabiniod :

Minyak Hasish

Tembakau Ganja

Daun Ganja

Ganja Kering

Stimulan :

Pil Ectasy

Amphetamin

Syabu

Depresen :

Depresen

1. Terdapat dua jenis pergantungan kepada dadah apabila ianya digunakan secara kerap dan berterusan iaitu : a) Pergantungan Secara Psikik/Psikologikal

Pergantungan secara psikik/psikologikal merupakan satu keadaan di mana penagih mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi secara normal serta mencapai ketenangan jiwa dan sebagainya.

(b) Pergantungan Secara Fizikal

Pergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di mana badan penagih memerlukan dadah untuk proses fisiologi yang biasa dan jika penggunaan dadah dihentikan akan menimbulkan gejala-gejala tarikan. Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu dari segi tingkahlaku dan fizikal

seseorang penagih dadah yang ditunjukkan semasa tidak menggunakan dadah dalam masa yang tertentu. Antara tanda-tanda pergantungan ialah sakit perut, muntah-muntah, cirit birit, menggeletar dan sebagainya.

2. Daya tahan (keupayaan sel-sel tubuh badan menentang kesan-kesan dadah) 3. Daya tahan atau tolerance kepada dadah dikatakan meningkat apabila dos dadah yang biasa diambil tidak dapat memberi kepuasaan atau memberi kelegaan dalam mengatasi gejala tarikan. Dos dadah terpaksa ditambah

untuk mencapai tahap kepuasaan/kelegaan yang sama. Peningkatan daya tahan (keperluaan meningkatkan dos dalam setiap penggunaan) tidak semestinya berlaku kepada seseorang yang bergantung kepada dadah.

4. Seseorang bergantung kepada dadah apabila : a) Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam b) kehidupan seharian mengatasi lain-lain keperluan hidup c) seperti makanan dan minuman. d) Daya tahan meningkat. e) Mengalami gejala tarikan apabila tidak mengguna dadah. f) Merasa terdesak atau gian untuk

mengguna dadah, lebihg) lebih lagi bila cuba mengurangkan atau berhenti h) menggunakan dadah dan tidak dapat mengawal jumlah i) dan kekerapan penggunaan. j) Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula k) setelah berhenti mengguna dadah untuk beberapa waktu. 5. Faktor-faktor mempengaruhi kesankesan dadah ke atas seseorang berbeza mengikut individu dan bergantung kepada beberapa faktor seperti berikut : (a) Jenis Dadah Perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi sistem saraf pusat iaitu sama ada ia merosotkan (contohnya heroin) atau merangsangkan (contohnya amfetamin dan kokain) atau

merosot dan merangsangkan (contohnya ganja). b) Jumlah Digunakan Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar, Cthnya, dos kecil heroin mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euforia berbanding dengan dos besar yg akn menyulitkan nafasan dan membawa maut. c) Cara Penggunaannya Kesan dadah bergantung kepada cara (sama ada ditelan, suntik, hidu, hisap atau diguna bersama dadah lain), jangkamasa dan kekerapan mengguna. d) Keadaan Individu Kesan adalah bergantung kepada

umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya tahan, pengalaman penggunaan dadah, 'mood' dan aktiviti penagih. e) Situasi Ketika Mengguna Keadaan/tempat mengguna dadah dan sama ada atau tiada orang lain hadir bersama.

SEBAB - SEBAB PENGAMBILAN DADAH Profil Penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15 - 25 tahun. Sebahagian besarnya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan,

swasta ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi. Di antara faktor-faktor yang mendorongkan mereka mengguna dadah ialah kerana : (1) (2) (3) (4)

Keseronokan; Perasaan ingin tahu; Pengaruh rakan sebaya; Meningkatkan keseronokan seksual. (5) Secara tidak langsung selepas menerima rawatan perubatan; (6) Secara tidak sengaja; dan (7) Mengatasi tekanan jiwa.

AKIBAT PENAGIHAN DADAH Kesan dadah boleh dilihat dari 4 sudut iaitu: (1) Akibat ke atas penagih Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri. Si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih

dadah, penjenayah serta penipu. Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya. Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengasan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana menambil dadah berlebihan. Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan lainnya.

(2) Akibat ke atas keluarga penagih

Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat. Diri penagih boleh Diri penagih boleh menjadi bebanan kepada keluarganya kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan

wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah menjadi musnah. Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perpisahan dan penceraian di antara ahli keluarga mungkin berlaku.

(3) Akibat ke atas masyarakat Suasana hidup di dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompak dan lainlain yang dilakukan oelh penagihpenagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah. Didapati 40% daripada

banduan penjara adalah pesalah dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu mengganggu keamanan, ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara. Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan dadah. Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah.

(4) Akibat ke atas negara Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi kos nyata (tangible) dan kos tidak nyata (intangible). Kos nyata termasuklah : a)

Kehilangan/kerugian akibat

b) c) d)

pengurangan daya pengeluaran ekonomi. Kos bagi menyediakan kemudahan 2 rawatan dan pemulihan penagih dadah. Bagi menyelenggara program 2 pencegahan; Kos krn kerugian akibat drpd aktiviti 2 jenayah yg berkaitan; dan kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambahkan bilangan anggota polis,kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital…..

Kos tidak nyata yang mengakibatkan kerugian lebih besar yang mana sukar ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yang dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh

penagih dan pengedar dadah. Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan, kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur di antara 20 - 29 tahun. Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa. Kesan dadah yang lebih buruk kepada negara ialah dari segi keselamatan dan ketahanan negara. Pengganas komunis dan anasir subvertif boleh menggunakan dadah sama ada a)

Untuk menghancurkan nilai-nilai, akhlak dan maruah negara secara langsung;

b)

Untuk menjadikan dadah sebagai punca kewangan bagi membiayai perjuangan mereka dan secara tidak langsung mendatangkan kesan buruk kepada keselamatan negara.

Kegiatan seperti ini telah terbukti di negara Burma, Afghanistan dan di beberapa buah negara Latin Amerika serta semasa penyerahan Hong Kong ke tangan British selepas Perang Candu di abad Kelapan belas.

TANDA - TANDA PENAGIHAN DADAH Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti rupa, sikap, tabiat dan tingkahlaku. Beberapa tanda umum yang boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah :

• Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja; • Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya; • Mengelakkan diri daripada tanggungjawab; • Kemerosotan rupa paras dan kebersihan diri; • Tabiat suka menyembunyikan apaapa yang dilakukan atau yang dimiliki; • Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu; • Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja; • Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah; • Meminta wang secara berlebihan

daripada keluarga; • Suka meminjam wang daripada kawan-kawan atau mencuri barangbarang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga; • Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab, seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah;

Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus terang kepada diri yang berkaitan ataupun merujukkannya kepada pakar-pakar perubatan.

Related Documents

Dad Ah
November 2019 33
Dad Ah
June 2020 8
Dad Ah
June 2020 7
Dad
April 2020 36
Dad
April 2020 41
Rich Dad Poor Dad
December 2019 43