Dad Ah

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Dad Ah as PDF for free.

More details

  • Words: 605
  • Pages: 3
Dadah ialah bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubasuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah/drug. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang). Oleh sebab perkataan 'drug' dipinjam daripada bahasa Inggeris, perkataan ini membawa banyak maksud. Perkataan 'drug' lebih banyak digunakan dalam bidang farmasi dan perubatan (iaitu ubat), manakala perkataan 'dadah' membawa imej yang lebih negatif iaitu ketagihan. Dadah ialah bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubasuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah/drug. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang). Dadah boleh dibahagi kepada beberapa jenis seperti Bahan farmaseutik atau lebih dikenali sebagai ubat. Ubat ialah dadah atau bahan yang diambil untuk mengurangkan simptom atau mengubat sakit. Secara umum, ubat dibahagi kepada dua kumpulan; (1) tanpa preskripsi (OTC - Over the Counter), iaitu ubat yang boleh dibeli di farmasi dan pasar raya tanpa sebarang halangan, dan (2) dengan preskripsi, iaitu ubat yang dibenar dan dicadangkan oleh doktor. Kebanyakan ubat OTC dianggap selamat untuk

kebanyakan orang jika diambil seperti dalam arahan. Walaubagaimanapun, perbezaan yang tepat antara OTC dan preskripsi bergantung kepada bidang perundangan. Ubat selalunya dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal. Ada sesetengah dadah telah dipatenkan, yang mana syarikat tersebut memegang hak milik untuk menghasil dan melesenkan sebatian dadah tersebut untuk tempoh masa tertentu. Ubat yang tidak berpaten, dipanggil ubat generik. Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Berlakunya Gejala Ketagihan Dadah Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya ketagihan dadah di kalangan masyarakat kita pada hari ini khususnya golongan remaja yang semakin meruncing. Antara puncanya ialah pengaruh rakan sebaya. Seperti yang kita ketahui, pengaruh rakan sebaya banyak mempengaruhi seseorang itu terjebak dalam kancah ketagihan dadah. Jika kita tersilap memilih rakan sebaya di sekeliling kita maka risiko untuk kita terpengaruh dan terjebak dalam gejala tidak sihat ini sangatlah tinggi. Hal ini dapat dijelaskan melalui sifat semula jadi manusia yang ingin diterima oleh sesebuah kelompok rakan sebaya, oleh itu seseorang akan mengikuti apa sahaja yang dilakukan oleh kelompok rakan sebayanya. Jika mereka melakukan sesuatu perkara itu haruslah bersama-sama untuk melakukannya supaya mereka tidak berasa disisihkan dan dipulaukan oleh rakan sebaya yang lain. Rakan sebaya yang mempunyai tabiat dan sikap yang buruk seperti menagih dadah akan cuba mempengaruhi rakan sebaya yang lain dengan apa cara sekalipun sehingga mereka terjebak bersama dalam penagihan dadah. Namun sekiranya mereka memilih rakan yang sebaliknya dan membawa mereka ke arah kebaikan secara tidak langsung hidup mereka pun akan berubah ke arah tersebut.

Faktor persekitaran juga mempengaruhi gejala dadah ini berlaku berleluasa di kalangan remaja dan masyarakat kita pada hari ini. Dalam konteks persekitaran yang dimaksudkan adalah keadaan tempat tinggal atau kawasan yang diduduki dan didiami oleh golongan remaja itu di mana kawasan tersebut merupakan sarang kepada pengedaran dan penagihan dadah. Kita dapat melihat dengan jelas sekiranya kawasan tersebut telah disenarai hitam oleh pihak berkuasa yang menjadi punca kepada gejala dadah ini berlaku secara tidak langsung mereka yang menduduki dan mendiami kawasan tersebut akan mudah memperolehi dadah tersebut dengan mudah sekali dan risiko untuk mereka terpengaruh adalah tinggi. Kawasan tersebut juga bukan hanya telah menjadi kawasan penagihan tetapi masalah sosial lain juga akan berlaku seperti kecurian, peragutan, perogolan dan pelacuran. Gejala dadah ini akan menyebabkan semua masalah sosial yang lain berlaku pada masa yang sama dan perkara ini jika tidak dipandang serius oleh semua pihak akan menyebabkan gejala ketagihan dadah di kalangan masyarakat kita ibarat barah yang merebak kehidupan masyarakat kita pada hari ini.

Related Documents

Dad Ah
November 2019 33
Dad Ah
June 2020 8
Dad Ah
June 2020 7
Dad
April 2020 36
Dad
April 2020 41
Rich Dad Poor Dad
December 2019 43