MEMORANDUM CADANGAN DAN BANTAHAN DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH TEMERLOH (2007 – 2015)
JK BERSAMA PAKATAN RAKYAT DAERAH TEMERLOH 20hb Januari 2009
MEMORANDUM CADANGAN DAN BANTAHAN DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH DAERAH TEMERLOH (2007 – 2015)
JK BERSAMA PAKATAN RAKYAT DAERAH TEMERLOH 20hb Januari 2009
2
KANDUNGAN
Asas dan tujuan
4
Jawatankuasa Bersama Pakatan Rakyat Daerah Temerloh
6
Terma Rujukan
8
Temerloh: Profil
10
Daerah Temerloh dalam Pelan Fizikal Negara dan Rancangan Struktur Negeri Pahang
17
Draf Rancangan Tempatan Daerah Temerloh (2007-2015): Bantahan dan Cadangan
21
Penutup
40
Senarai Peta dan Ilustrasi
41
3
A.
ASAS DAN TUJUAN
i.
Memorandum ini disediakan sebagai suatu eksesais penglibatan pemajuan
awam tempatan
dalam seperti
penyediaan yang
rancangan
diperuntukkan
di
bawah subseksyen-subseksyen 9(1), 12A, 13(1), (2), 16B(2) dan (3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dengan tujuan-tujuan untuk memastikan rancangan-rancangan pemajuan yang dirancang dan dilaksanakan benar-benar dapat memenuhi hasrat dan pandangan masyarakat awam.
ii.
Memorandum ini juga disediakan sebagai suatu eksesais hak demokratik rakyat, khususnya penduduk tempatan, untuk turut terlibat dalam semua peringkat perancangan pembangunan,
sama
ada
sebelum,
semasa
atau
selepasnya; selain berperanan membantu pihak berkuasa tempatan sebagai pelaksana, membuat perancangan yang lebih berkesan atas kedudukan orang awam sebagai
---------------------------------------Nota: Atas permintaan Jawatankuasa Penduduk Kg Baru Cina, Temerloh, memorandum
ini
tidak
dikemukakan
olehnya.
memasukkan JK
berkenaan
Bantahan bersetuju
Bantahan dan Cadangan mereka secara bersendirian.
4
dan untuk
Cadangan
yang
mengemukakan
penduduk perancangan
tempatan
yang
tinggal
kerana
mereka
secara
di
kawasan
asasnya
lebih
mengetahui apakah yang sebenarnya diperlukan dalam kehidupan tempatan.
iii.
Memorandum ini adalah respons awam terhadap DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH TEMERLOH (20072015) yang telah dilancarkan secara rasmi pada 24hb November 2008, di Dewan Tun Razak, Temerloh, dengan tempoh bantahan asal berakhir pada 31hb Disember 2008, tetapi dilanjutkan kepada 21hb Januari 2009 atas permohonan yang kami buat melalui surat bertarikh 17hb
Disember
2008
selaras
dengan
peruntukan
Seksyen 13(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.
iv.
Memorandum ini diusahakan secara bersama-sama oleh parti-parti politik yang membentuk Pakatan Rakyat daerah Temerloh, individu, NGO dan orang awam yang tinggal di daerah Temerloh melalui sebuah Jawatankuasa Bersama yang telah ditubuhkan pada 10hb Disember 2008 sebagai sebuah organisasi ad-hoc rasmi yang bertanggungjawab
merancang,
mengurus
dan
menjalankan aktiviti-aktiviti penerangan, pengumpulan maklumat dan respons daripada orang ramai serta pihak-pihak berkepentingan, penelitian dan kajian serta akhirnya
menyediakan
sebuah
memorandum
rasmi
untuk dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan sebagai institusi perancang dan pelaksana rancangan pemajuan daerah.
5
B.
JAWATANKUASA
BERSAMA
PAKATAN
RAKYAT
DAERAH TEMERLOH BERHUBUNG DRAF RANCANGAN TEMPATAN
DAERAH
TEMERLOH
(2007-2015)
:
KOMPOSISI DAN AKTIVITI.
Mesyuarat penubuhan JK Bersama PR Temerloh yang diadakan pada 10hb Disember 2008 telah bersetuju membuat pelantikan berikut:
JK Induk
Pengerusi:
:
YB Syed Hamid Syed Mohamad (ADUN Kuala Semantan)
Timbalan (1)
:
YH Dato Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS, Kuala Krau)
Timbalan (2)
:
Tuan Hj Suhaimi Said (PKR, Kuala Krau)
Timbalan (3)
:
Sdr Woo Chee Wan (DAP, Temerloh)
Timbalan (4)
:
Sdr Ahmad Nizam Abd Hamid (PKR, Temerloh)
Timbalan (5)
:
Tuan Hj Jusoh Darus (PAS, Temerloh)
Setiausaha
:
Sdr Syed Putra Syed Ahmad
PRO
:
Sdr Hashim Abdullah
AJK
:
Lima (5) wakil daripada setiap parti.
Ekoran mesyuarat penubuhan di atas, JK Bersama PR Temerloh turut bersetuju membentuk sebuah Panel Teknikal di bawah, yang dianggotai
oleh
individu-individu
pakar
bidang,
bagi
membantunya meneliti Draf Rancangan Tempatan terbabit, sekali gus mengemukakan syor dan pandangan yang bersesuaian. 6
Panel Teknikal
Pengerusi
: Tuan Hj Jusoh Darus
Setiausaha : Sdr Syed Putra Syed Ahmad Ahli
: Puan Fakriyatie Mohd Lotfie : Tuan Hj Ahmad Noh : Tuan Hj Sazali Abd Aziz : Sdr Abdullah Abd Karim : Sdr Musaniff Abd Rahman : Sdr Hassanudin Salim
Lanjutan
penubuhannya,
JK
Bersama
PR
Temerloh
telah
menjalankan beberapa aktiviti yang diamanahkan kepadanya, yang secara umumnya boleh dibahagikan kepada: (i) perundingan dan kepustakaan, dan (ii) penerangan dan lapangan.
(i)
Perundingan dan kepustakaan.
Aktiviti di bawah tajuk kecil ini terdiri daripada usaha-usaha perbincangan, kajian, pengumpulan maklumat dan brain-storming yang melibatkan JK Induk dan Panel Teknikal secara khusus. Secara keseluruhan Panel Teknikal telah mengadakan tiga (3) kali pertemuan khusus, sementara JK Induk telah bermesyuarat sebanyak lima (5) kali.
(ii)
Penerangan dan lapangan.
Aktiviti di bawah tajuk kecil ini terdiri daripada majlismajlis
penerangan
dan
dialog
umum
dengan
penduduk serta majlis perbincangan khusus dengan 7
pihak-pihak tertentu.
berkepentingan
Secara
dan
keseluruhan,
individu-individu JK
Bersama
PR
Temerloh ini telah mengadakan tujuh (7) majlis penerangan dan dialog umum, iaitu di (i) Kg Baru Cina, Temerloh, (ii) Taman Sri Kemuning, Temerloh, (iii) Kg Tanjung Besar, Paya Pulai, (iv) Taman Tualang Indah, Temerloh, (v) Darul Hikmah, Kerdau, (vi) Kg Teris, Lancang, dan (vii) Pejabat PKR, Kuala Krau.
C.
Dalam
TERMA RUJUKAN
meneliti
TEMERLOH
DRAF
RANCANGAN
(2007-2015),
bersetuju mengguna pakai
JK
Bersama
TEMPATAN PR
DAERAH
Temerloh
telah
Terma Rujukan berikut sebagai
rujukan dan panduan dalam semua kegiatan, kesimpulan, bantahan dan cadangan-cadangannya:
i.
Memaksimumkan
manfaat
pembangunan
dan
memastikan ia sampai dan boleh dinikmati oleh seramai mungkin rakyat.
ii.
Meminimumkan kos dan kesan buruk pembangunan, sama ada dalam bentuk kos ekonomi, kos sosial, kos alam sekitar, kos masa depan dan kos lepas.
iii.
Memastikan aktiviti pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan berupaya memenuhi keperluan semasa rakyat, sekali gus menjadi asas positif dan pemangkin kepada proses pembangunan dan keperluan masa depan mereka.
8
iv.
Memastikan aktiviti pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan
bukan
sahaja
berupaya
memenuhi
keperluan fizikal penduduk, tetapi turut berperanan memikul tugas pembudayaan/pengadaban manusia bagi melahirkan
sebuah
masyarakat
sivil/madani
yang
berbudaya, beradab, sejahtera dan berilmu melalui penyediaan kemudahan, suasana, ruang, alat, kegiatan dan kebiasaan yang menjurus kepada matlamat tersebut.
v.
Memastikan proses dan aktiviti pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan tidak mengabaikan, malah sebaliknya, berperanan mewariskan kecemerlangan dan memori kecemerlangan generasi lampau kepada generasi kini dan akan datang, sama ada dalam bentuk-bentuk fizikal, nilai, ilmu atau semangatnya dengan mengenal pasti, memulihara dan membangunkan lokasi, budaya, pengetahuan atau artifak berkaitan untuk dijadikan ciri kekal landskap fizikal dan nilai tempatan.
vi.
Memastikan proses dan aktiviti pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan turut berperanan untuk mengenal
pasti,
memulihara,
membangunkan
dan
mengeksploit ciri-ciri unik dan istimewa tempatan, sama ada dari segi geografi, sejarah, sosial dan lain-lain dalam pelbagai dimensinya sebagai identiti khas dan daya penarik daerah Temerloh.
vii.
Memastikan
berlakunya
penyelarasan
dalam
semua
aktiviti pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan di antara pelbagai agensi, jabatan, kementerian dan sebagainya bagi memaksimumkan impaknya, sekali gus 9
meminimumkan kos, kesan negatif serta pembaziran akibat kegagalan penyelarasan,
selain memastikan
proses pembangunan itu sendiri terarah bagi mencapai wawasan yang tunggal.
viii.
Memastikan proses dan aktiviti pembangunan yang dirancang
dan
undang-undang,
dilaksanakan peraturan,
benar-benar garis
mematuhi
panduan,
dasar,
prinsip serta amalan terbaik sedia ada dan diterima pakai di peringkat nasional dan antarabangsa.
ix.
Memastikan
seramai
mungkin
penduduk
dapat
dilibatkan dalam proses perancangan dan pelaksanaan pembangunan supaya ia benar-benar mewakili kehendak dan aspirasi mereka.
D.
TEMERLOH: PROFIL
i. Profil Umum
Temerloh adalah sebuah daerah di Pahang Tengah. Bandar Temerloh yang terletak di pertemuan Sg Semantan dan Sg Pahang merupakan bandar kedua terpenting di Pahang selepas Kuantan. Selain bandar Temerloh, terdapat juga bandar-bandar lain di daerah ini, iaitu Mentakab, Lancang, Kuala Krau dan Kerdau. Daerah Temerloh bersempadan dengan daerah Maran di sebelah timur, Bentong di barat, Jerantut di utara dan daerah Bera di selatan.
10
Temerloh dihubungkan dengan Kuala Lumpur dan Kuantan oleh Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), selain jalan lama, masing-masing melalui Lancang dan Karak serta Maran dan Gambang.
Selain itu, terdapat juga jalan raya utama yang menghubungkan Temerloh dengan Jerantut dan Triang serta laluan kereta api yang menghubungkan daerah ini dengan rangkaian kereta api nasional sedia ada.
(Lihat : Peta 1 – PAHANG/Sumber: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang – di : http//jpbd.pahang.gov.my/)
11
(PETA 1 – PAHANG)
12
ii. Profil Semasa (Sumber: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang – di : http//jpbd.pahang.gov.my/)
13
(Lihat : PETA 2 – TEMERLOH/ Sumber: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang – di : http//jpbd.pahang.gov.my/)
PETA 2 - TEMERLOH
14
iii. Profil Sejarah
Menurut sejarawan, Almarhum Zakaria Hitam (Pak Zek), bandar Temerloh berkembang daripada sebuah petempatan kecil bernama Kuala Semantan.
Kuala Semantan sebenarnya merupakan sebuah kampung tua yang terletak di tebing Sungai Semantan. Menurut cerita lisan tempatan, nama Semantan berasal daripada perkataan ‘Seman Tahan’, yang merupakan nama panggilan seorang lelaki bernama Osman yang berasal dari Brunei dan menetap di kuala sungai tersebut. Beliau pandai bersilat dan dikatakan mempunyai ilmu kebal.
Justeru, ramailah orang yang datang berguru dengannya. Nama ‘Seman Tahan’ akhirnya masyhur dalam kalangan penduduk di sepanjang sungai yang tidak bernama itu ketika itu. Lamakelamaan sungai tersebut turut dikenali sebagai Sungai Seman Tahan, atau disebut Sungai Semantan sahaja.
Ekoran ramainya orang yang berpindah ke kuala sungai tersebut untuk belajar ilmu persilatan daripada ‘Seman Tahan’, ia akhirnya berkembang menjadi sebuah pekan dan tempat persinggahan yang terkenal sebelum kedatangan Inggeris lagi. Petempatan kecil itu terus berkembang dengan pembukaan kawasan petempatan dan pertanian baru sehingga akhirnya ia dikenali sebagai Temerloh.
Dua
peristiwa
besar
yang
berlaku
di
daerah
ini
telah
menempatkan nama Kuala Semantan/Temerloh dalam catatan besar sejarah negara. 15
Pertama ialah peristiwa Perang Semantan (1890-1894), yang merupakan penentangan penduduk tempatan yang dipimpin oleh Dato Bahaman bin Imam Nuh terhadap campur tangan Inggeris.
Kedua, kemunculan dan aktiviti kegiatan politik ‘kiri’
di bawah
pimpinan Ibrahim Hj Yaakob dan Ishak Hj Muhamad, menentang penjajahan Inggeris, yang menjadikan daerah Temerloh sebagai markas utama pergerakan mereka (1941-1945).
Kedua-dua peristiwa ini dan kemunculan ramai tokoh besar dan kecil daripada kalangan anak tempatan dan ‘orang luar’ yang menjadikan Temerloh kampung halaman mereka selepas itu bukan sahaja telah mengangkat kedudukan daerah ini dalam catatan sejarah negara, tetapi turut memberi sumbangan dan pengaruh yang besar kepada perjalanan sejarah itu sendiri.
Tempat-tempat seperti Kuala Semantan, Lubuk Terua, Batu Ampar, Kg Kelubi, Rumah Pasung Temerloh, Kg Buntut Pulau dan Kg Lubuk Kawah (sekadar menyebut beberapa nama) terus kekal sebagai lokasi-lokasi penting dalam sejarah negara, khususnya sejarah
perjuangan
kemerdekaan
dan
perjalanan
proses
politiknya.
Selain dua peristiwa besar itu, aktivisme masyarakat Temerloh terus kekal sehingga ke hari ini. Daerah Temerloh secara umumnya terus-menerus melahirkan individu cemerlang dalam pelbagai bidang kehidupan, sama ada politik, kepimpinan belia, pelajar, penulis, akademik, budaya, seni, sukan dan sebagainya sama ada di peringkat negeri atau nasional.
16
Sebagai contoh, dari segi kepimpinan pelajar di institus-institusi pengajian tinggi, daerah Temerloh, antara lain, pernah melahirkan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (2 orang), Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, Presiden Malaysian Islamic Study Group, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (2 orang), Presiden Persatuan Mahasiswa Akademi Islam Universiti Malaya, Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya, Setiausaha Agung dan Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Bendahari Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Ketua HEWI Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Ketua HEWI Persatuan Mahasiswa Akademi Islam Universiti Malaya (2 orang), Exco Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya dan Exco Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysaia.
E.
DAERAH TEMERLOH DALAM PELAN FIZIKAL NEGARA DAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PAHANG (20022020)
Kedua-dua rancangan di atas, iaitu Pelan Fizikal Negara (NPP) dan Rancangan Struktur Negeri (RSN) yang merupakan dasar dan penggerak utama pembangunan negara dan negeri sehingga tahun 2020, masing-masing telah memberi perhatian khusus kepada daerah Temerloh untuk dibangunkan sebagai: (i)
Pusat Pertumbuhan Bandar Masa Depan dan Pusat Pertumbuhan Desa, dan
(ii)
Pusat Separa Wilayah melalui pembangunannya sebagai: (a) pusat konurbasi Wilayah Tengah dan (b) hub pengangkutan dan komunikasi.
17
(Lihat : PETA 3 – MALAYSIA/Sumber: NPP, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia, di http://www.npptownplan.gov.my/) PETA 3 – MALAYSIA
18
Antara kriteria utama yang diunjurkan untuk dicapai oleh daerah Temerloh berdasarkan kedudukannya dalam NFP dan RSN ialah:
(i)
jumlah penduduk antara 30,000-300,000 orang
(ii)
status Majlis Perbandaran
(iii)
kepelbagaian badan dan kegiatan perdagangan runcit dan borong
(iv)
wujudnya kawasan industri pembuatan am
(v)
wujudnya sistem kereta api dan bas
(vi)
wujudnya kolej teknikal dan IPTS
(vii)
wujudnya Hospital Besar/Pakar
(viii) terbinanya Taman Wilayah.
(Lihat : PETA 4 – KONURBASI/Sumber: Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020)
19
PETA 4 – KONURBASI
20
F.
DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH TEMERLOH (2007-2015) : BANTAHAN DAN CADANGAN
Berdasarkan maklumat, fakta, dasar, terma, perundingan dan pertimbangan yang terkandung dalam Tajuk-tajuk A, B, C, D dan E di atas, maka JK Bersama Pakatan Rakyat Temerloh bersetuju untuk mengemukakan Bantahan dan Cadangan berikut sebagai input serta respons awam terhadap Draf Rancangan Tempatan Daerah Temerloh (2007-2015):
(a) Tagline, imej serta identiti bandar dan daerah Temerloh.
Tagline yang sesuai dan tepat memainkan peranan yang besar bukan sahaja dalam membentuk imej dan identiti, tetapi juga dalam memperkembang potensi serta menentukan arah dan hala tuju pembangunan sesuatu daerah atau negeri.
Berdasarkan kedudukan geografi, peranannya dalam sejarah negeri dan negara serta unjuran perkembangannya seperti yang terkandung dalam NPP dan RSN, Jawatankuasa ini mencadangkan supaya tagline sedia ada bagi bandar /daerah Temerloh, iaitu ‘Bandar Ikan Patin’ diubah kepada ‘GERBANG KHAZANAH ALAM DAN SEJARAH NEGERI PAHANG’ atau singkatnya ‘GERBANG KHAZANAH ALAM DAN SEJARAH’ (Gateway to the Natural Wonders and Proud History of the State of Pahang) .
Perubahan ini amat perlu kerana tagline sedia ada adalah terlalu remeh, terhad, malah demeaning, bagi sebuah daerah
21
yang begitu penting dan strategik, bukan sahaja dari segi kedudukan geografinya, tetapi juga dari sudut kekayaan sejarah serta peranan dan potensi masa depan.
Dari segi geografi, daerah Temerloh merupakan sendi utama yang menghubungkan Pantai Barat dengan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Lebuh Raya Pantai Timur sedia ada dan cadangan pembinaan terminal dan landasan kereta api laju semakin mengesahkan kepentingan strategik daerah ini.
Selain
itu,
ia
menghubungkan Temerloh,
juga
merupakan
utara
Pahang
seseorang
boleh
sendi
dengan
menaiki
penting
yang
selatannya.
kenderaan
darat
Dari ke
sebahagian besar tempat di Pahang dalam tempoh kurang 3 jam sahaja.
Dengan
kedudukan
yang
sedemikian
strategik,
Temerloh
benar-benar boleh dibangunkan sebagai pintu masuk langsung atau direct transit point ke hampir kesemua lokasi menarik pelancongan yang terdapat di negeri Pahang. (Lihat: PETA 5 – KEJIRANAN TEMERLOH)
22
PETA 5 – KEJIRANAN TEMERLOH
23
Dalam pada itu, peranan Temerloh dari segi sejarah negeri Pahang dan Malaysia tidak perlu diragui atau dipertikaikan lagi. Dengan kedudukannya yang penting dari segi ini, pembangunan daerah ini pada masa-masa akan datang harus dipupuk dan dibina sepenuhnya dari akar sejarahnya itu.
Lokasi, sejarah dan unjuran dasar negara/negeri harus dieksploit dan digembleng sebagai faktor penentu utama ke atas watak, arah dan emphasis semua kegiatan pembangunan daerah Temerloh dengan tagline ‘GERBANG KHAZANAH ALAM DAN SEJARAH NEGERI PAHANG’.
(b) Projek-projek utama
Cadangan dan bantahan di bawah tajuk kecil ini dibuat secara berpilih-pilih berdasarkan senarai cadangan Projek-projek Utama serta perinciannya yang terkandung dalam Draf Rancangan Tempatan
Daerah
Perkhemahan
Temerloh
Kuala
(2007-2015),
Gandah,
(ii)
Projek
iaitu;
(i)
Tapak
Pertanian
Moden
Lanchang, (iii) Laluan Kereta Api Laju, (iv) Pembesaran Taman Perindustrian Temerloh, (v) Taman Wilayah atau Wetlands, (vi) SOHO (Small Office Home Office), (vii) Temerloh Central Park, (viii) IPTA dan (ix) Pengekalan Paya Sebagai Outlet Tadahan.
Secara
umum,
JK
Bersama
PR
Temerloh
menerima
baik
kebanyakan daripada perancangan yang dibuat sebagai sesuatu yang positif dan wajar. Justeru, sebahagian besar Cadangan dan Bantahan yang dikemukakan di sini tidak bersifat bantahan mutlak
atau
outright
penambahbaikan
objection,
kepadanya
sebaliknya
berdasarkan
24
lebih
bersifat
pertimbangan-
pertimbangan yang lebih luas dan merata hasil daripada sesi-sesi perbincangan serta dialog yang diadakan dengan masyarakat setempat dan pihak-pihak berkepentingan lain.
i.
Laluan kereta api laju dan Terminal Pengangkutan Bersepadu Temerloh (TITT).
JK Bersama PR Temerloh berpendapat dan mencadangkan supaya tapak TITT yang dirancang untuk ditempatkan di pinggir Taman Sri Kemuning dan jajaran laluan keretapi laju yang melingkari selatan bandar Temerloh dan utara bandar Mentakab dari Taman Mentakab Indah melalui Kg Tg Kerayong, Kg Sungai Dingin, Kg Chatin, Kg Penak, Kg Bukit Kelulut, Kg Buntut Pulau dan menembusi arah selatan dan timur Paya Pulai menuju ke daerah Maran dipindahkan supaya selari dengan jajaran Lebuh Raya Pantai Timur dengan tapak TITT ditempatkan di sebelah utara Kawasan Perindustrian Songsang.
Cadangan memindahkan lokasi TITT dan jajaran laluan kereta api laju ini dibuat berdasarkan pertimbangan-pertimbangan berikut:
i.i. menghindari kesesakan lalu lintas, pencemaran udara dan bunyi serta isu-isu keselamatan lain terutamanya di kawasan petempatan
dan
kampung-kampung
terbabit,
persimpangan
empat Songsang, jalan Temerloh-Mentakab dan jalan TemerlohTriang.
i.ii. menghindari penyempitan dan pengehadan kawasan potensi pembangunan bandar Temerloh dari semua sudut, iaitu oleh Sg Semantan dan Sg Pahang dan jajaran laluan kereta api laju seperti yang dicadangkan. Dengan perkataan lain, sekiranya jajaran 25
kereta api laju seperti yang dirancang itu diguna pakai, bandar Temerloh akan ‘terkepung’ sepenuhnya oleh ‘sempadan’ semula jadi (sungai) dan buatan (laluan kereta api)
i.iii. meminimumkan kos ambil alih tanah dan kerugian tanah berstatus primeland TITT
yang
kerana jajaran laluan keretapi dan lokasi
dicadangkan
kebanyakannya
melalui
kawasan
petempatan dan kampung sedia ada, sementara jajaran dan lokasi baru yang dicadangkan adalah umumnya sebaliknya.
i.iv. memaksimumkan dan melestarikan kesan pembangunan untuk
turut
meliputi
kawasan-kawasan
di
sepanjang
jalan
Temerloh-Jerantut, khususnya Songsang, Kerdau dan Kuala Krau yang
sehingga
kini
agak
ketinggalan
dari
arus
utama
pembangunan.
i.v. dengan matlamat menjadikan Temerloh pintu masuk langsung ke
negeri
Pahang,
khususnya
untuk
tujuan
pelancongan,
penempatan TITT bersebelahan atau berhampiran dengan LPT dan jalan Temerloh-Jerantut sedia ada akan mengukuhkan lagi usahausaha ke arah pencapaiannya.
ii.
Taman Wilayah atau Wetlands
JK Bersama PR Temerloh mengalu-alukan cadangan membina sebuah Taman Wilayah/Wetlands di lokasi yang ditetapkan, sekali gus
berbesar
hati
mengemukakan
penambahbaikan berikut;
26
cadangan-cadangan
ii.i. adalah dicadangkan komponen sebuah Padang Golf Domestik ditiadakan (atau dipindahkan) dan digantikan dengan komponen berikut;
(a) sebuah Muzium Pahlawan yang mengetengahkan tokoh, individu atau kumpulan individu dan pertubuhan dari daerah Temerloh dan negeri Pahang amnya yang pernah mencipta nama dan menyumbang bakti dalam semua bidang kehidupan kepada masyarakat dan negaranya. Galeri Tokoh sedia ada yang telah dibangunkan oleh pihak MPT boleh dijadikan asas yang baik kepada cadangan ini.
(b) sebuah
Muzium
Sungai
dan
Akuarium
yang
mengetengahkan semua maklumat yang perlu dan sesuai tentang sungai-sungai yang terdapat di negeri Pahang dari segi sejarah, peranan, sifat dan lain-lain, sesuai dengan kedudukan
Sungai
Pahang
sebagai
sungai
utama
di
Semenanjung Malaysia.
Sebagai natural extension kepada Muzium Sungai adalah dicadangkan
sebuah
Kompleks
Akuarium
yang
mempamerkan hidupan-hidupan yang terdapat di sungaisungai kita.
Dua komponen baru bagi menggantikan sebuah Padang Golf Domestik ini adalah difikirkan lebih sesuai dan besar manfaatnya
dari
segi
upayanya
menarik
kedatangan
pelancong, menjana pendapatan, membentuk budaya tinggi masyarakat dan boleh pula dinikmati oleh lebih ramai orang.
27
(Lihat: PETA 6 – TAMAN WILAYAH ATAU WETLANDS /Sumber: Ringkasan Eksekutif Rancangan Tempatan Daerah Temerloh)
PETA 6 - TAMAN WILAYAH ATAU WETLANDS
28
(c) adalah dicadangkan supaya komponen Tapak Sawah Padi yang
dirancang
di
Taman
Wilayah/Wetlands
ini
dikembangkan menjadi sebuah Kampung Budaya Pesawah Padi Melayu yang lengkap dengan ciri-ciri tradisinya, baik dari
segi
binaan
fizikal
maupun
kegiatan-kegiatan,
permainan dan aktiviti budayanya.
(d) adalah juga dicadangkan diwujudkan sebuah Mercu Tanda Arah dan Jarak yang menunjukkan bandar-bandar utama dunia di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai di kawasan
Taman
pelancongan
dan
Wilayah juga
ini
sebagai
pernyataan
suatu
kesedaran
gimik tentang
kedudukan daerah Temerloh di dunia. (Lihat: FOTO 1 – TANDA ARAH - NARVIK, NORWAY)
29
FOTO 1 – TANDA ARAH - NARVIK, NORWAY
iii.
Tapak Perkhemahan Kuala Gandah
Adalah dicadangkan kawasan yang ditandakan sebagai Zon Ecopelancongan dengan komponen-komponen sedia ada seperti Pusat Latihan Gajah dan Pusat Latihan Hidupan Liar serta cadangan tapak
Perkhemahan
Kuala
Gandah 30
diperkembangkan
dan
diperkukuh Wilayah
sepenuhnya
bertemakan
dengan
Hutan
mewujudkan
sebuah
Hujan Khatulistiwa
Zoo
bertaraf
antarabangsa di situ.
Dengan cadangan sebuah jalan baru yang menghubungkan bandar Lanchang dengan bandar Kuala Krau, sedia adanya Pusat Penyelidikan Perhilitan di Pos Lompat, Rizab Hidupan Liar Krau dan Hutan Simpan Krau di kawasan itu, cadangan ini adalah merupakan a natural and logical development kepada kawasan tersebut. (Lihat: PETA 7 – KUALA GANDAH/ /Sumber: Ringkasan Eksekutif Rancangan Tempatan Daerah Temerloh)
31
PETA 7 – KUALA GANDAH
32
Zoo yang dikategorikan sebagai soft development adalah paling sesuai dengan sifat dan sensitiviti ekologi kawasan tersebut, tetapi pada saat yang sama boleh dijadikan pemangkin kepada kegiatan ekonomi dan pertumbuhan lain di situ dan memastikan ia tidak ketinggalan berbanding kawasan-kawasan lain.
Selain itu, ketiadaan sebuah zoo yang bertaraf antarabangsa dan boleh
dibanggakan
di
negeri
Pahang
adalah
sesuatu
yang
sesungguhnya memalukan dan boleh dianggap kecacatan. Sebagai sebuah negeri luas yang kaya dengan hutan tropika dan segala fauna dan flora yang terdapat di dalamnya, sebuah zoo sedemikian seharusnya menjadi suatu kewajipan.
Sekiranya negeri kecil seperti Melaka atau negara pulau seperti Singapura boleh menjadikan zoo sebagai antara tarikan utama pelancongnya,
maka
semestinya
negeri
Pahang
seharusnya
berupaya menawarkan sesuatu yang jauh lebih baik.
Lokasi tepat bagi cadangan Zoo Wilayah ini boleh ditentukan kemudian, tetapi adalah dicadangkan ia ditempatkan berhampiran dengan Pusat Penyelidikan Perhilitan yang sedia terdapat di Pos Lompat.
33
(C ) Cadangan dan Bantahan lain
i.
Cadangan pembinaan Dataran Patin dengan komponenkomponen gerai makan berasaskan ikan patin, pusat jualan
cenderahati
dan
pusat
jualan
peralatan
memancing adalah dibantah sama-sekali. Sebaliknya Lot 1953 seluas 1 hektar yang ditanda untuk tujuan itu hendaklah dijadikan Dataran Sejarah/Pahlawan dengan komponen utama seperti Monumen Sejarah dan Pusat Maklumat.
Bantahan
dan
cadangan
ini
dibuat
berdasarkan
pertimbangan sejarah bahawa lokasi di sekitar Kuala Semantan adalah ‘kawasan keramat’ dalam catatan perjuangan kemerdekaan negara, khususnya pada era kebangkitan Dato Bahaman menentang campur tangan Inggeris, dan seharusnya dipulihara dan dimuliakan sewajarnya.
Sebarang
cadangan
untuk
membina
tapak-tapak
perniagaan dan lain-lain hendaklah ditempatkan di sekitar kawasan esplanade dan Pekan Sehari sedia ada yang
boleh
dihubungkan
dengan
Dataran
Sejarah/Pahlawan itu kelak dengan sebuah jambatan gantung (cadangan).
Dalam pada itu Dataran Sejarah/Pahlawan itu sendiri boleh dibangunkan sebagai pusat kegiatan budaya dan seni, sama ada secara tetap atau berkala. MPT misalnya, boleh menganjurkan Pertandingan Silat Antarabangsa, Pertandingan Mencipta Lagu dan Sajak Patriotik dan 34
lain-lain secara tahunan atau dwi-tahunan yang sesuai dengan imej lokasi tersebut sebagai suatu usaha untuk memperkenalkannya dan juga menarik pelancong ke daerah Temerloh.
ii.
Cadangan Pelabuhan Darat dengan kawasan tambahan Industri
seluas
370.8
hektar
adalah
bersempadan
dengan kawasan kediaman, iaitu Taman Tualang Indah. Adalah penting wujudnya satu Zon Penampan di antara dua kawasan ini supaya kesihatan penduduk dan keselamatan alam sekitar terjamin dalam jangka masa panjang.
Kesan kawasan industri ini tidak dapat dilihat pada masa sekarang
tetapi
pada
masa
akan
datang
apabila
kesihatan penduduk terjejas, kos ini akan ditanggung oleh kita semua, iaitu rakyat Malaysia/pembayar cukai. Oleh
yang
demikian
langkah
pencegahan
mestilah
diambil sebelum kemudaratan berlaku.
iii.
Sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam amat diperlukan di daerah Temerloh, tempat yang sesuai adalah di Kerdau dengan tujuan ‘membuka’ kawasan ini, di samping kesesuaian dengan jalinan jalan raya dan kereta api laju yang dicadangkan.
Kewujudan sebuah IPTA akan mewujudkan masyarakat madani di daerah Temerloh, masyarakat berilmu yang akan memberi kesan limpahan yang positif kepada seluruh penduduknya. pertambahan
penduduk 35
Ia juga akan mempercepat di
daerah
Temerloh
dan
sekiranya langkah ini tidak diambil akan melambatkan kadar pertambahan.
Daerah Temerloh hendaklah dengan serius membuat bidaan supaya sebuah IPTA dapat didirikan di samping mempersiapkan diri setiap ahli masyarakat agar bersedia dengan kewujudannya.
Sekiranya sebuah IPTA yang selengkapnya tidak dapat diwujudkan, sebuah Kolej Universiti adalah memadai dengan
pengkhususan
berkenaan
Perhutanan
dan
Perhutanan Semula (Forestry and Reforestation), Zoologi, Industri Sungai, Herbalogi di samping bidang lain yang umum seperti Ekonomi dan Pertanian.
Sebuah Kolej Universiti yang berpengkhususan ini dapat memanfaatkan alam dan bumi di sekeliling kita yang sememangnya kaya dengan pelbagai flora dan fauna. Ia dapat menjadi jambatan yang menghubungkaitkan IPTA tersebut dengan penyelidikan dan pendidikan yang turut dijalankan
oleh
pelbagai
agensi
lain
seperti
Pusat
lain
menunjukkan
Penyelidikan Perhutanan (FRIM).
Pengalaman bahawa
dari
daerah
tempat-tempat yang
mempunyai
sebuah
universiti
berkembang lebih pesat ke arah perbandaran yang positif,
contohnya
daerah
Kemaman
di
Terengganu
mempunyai sebuah Kolej Universiti yang dahulunya dikenali sebagai TATI (Terengganu Advanced Technical Institute).
36
TATI
berasaskan
kesan
petroleum di Kerteh.
hasil
limpahan
industri
Hal ini berbeza dengan negeri
Pahang kerana selain Universiti Malaysia Pahang, tidak ada universiti lain dengan kampus induk.
Kampus-
kampus yang ada di negeri Pahang hanyalah kampuskampus cawangan.
iv.
Terdapat lima (5) kawasan yang jelas terlibat dengan projek meluruskan Sungai Semantan yang bertujuan baik, iaitu untuk mengelakkan banjir di kawasan ini dan di sekitarnya.
Projek ini jika hendak dilaksanakan
perlulah membuat penelitian berserta
langkah-langkah
yang rapi untuk mengelakkan kesan-kesan negatif yang berpanjangan.
Pelaksanaan projek ini akan menyebabkan perubahan terhadap alam sekitar dan sekaligus mengakibatkan habitat di sungai akan terjejas dan seterusnya terhapus. Penghapusan ini berlaku dengan cara apabila sungai telah
diluruskan,
tiada
lagi
lubuk-lubuk
dalam
di
sepanjang sungai ini, sedangkan lubuk-lubuk ini secara semula jadinya adalah tempat benih-benih hidupan sungai
terhasil.
Apabila
sungai
diluruskan
berkemungkinan para nelayan yang menjadikan sungai sebagai sumber rezeki mereka akan kehilangan mata pencarian.
Oleh yang demikian, kajian yang terperinci
hendaklah dibuat sebelum pelaksanaan projek ini.
37
v.
Tanah perkuburan
Selain
memikirkan
kepentingan
yang
hidup,
Draf
Rancangan Tempatan juga hendaklah memikirkan isu tanah
perkuburan
dengan
serius.
Pihak
kerajaan
tempatan perlu merancang kawasan perkuburan yang bersistematik untuk semua agama sama ada di bandar atau di luar bandar.
Perkara ini ada kewajarannya
kerana pembangunan kediaman dan komersil sangat berkembang maju, sedangkan tanah perkuburan untuk penduduk
tidak
disediakan.
Cadangan
ini
perlulah
dipertimbangkan kerana apabila hampir semua tanah di dalam
bandar
dimajukan,
hal
ini
bererti
tanah
perkuburan akan datang hanya akan berada di luar kawasan bandar.
Proses mengenal pasti tanah perkuburan hendaklah dibuat dengan segera kerana jika tiada tanah kerajaan yang sesuai, tanah-tanah persendirian perlulah diambil. Prasarana
yang
bersesuaian
hendaklah
disediakan
seperti jalan , bekalan elektrik dan bekalan air.
Perkara ini penting kerana jika kawasan perkuburan jauh dari bandar, kemudahan ini boleh menyegerakan segala urusan terutamanya jika urusan pengebumian dilakukan pada waktu malam
Bagi
tanah
perkuburan
orang
Islam
pula,
pentadbirannya hendaklah dibuat dengan betul dengan menyeragamkan
saiz tanah kubur supaya penggunaan
tanah dapat dioptimumkan. 38
Di negeri Selangor, tanah
kubur diberikan nombor-nombor plot dan pemilihan tempat mengikut susunan.
Dengan itu penggunaan
tanah boleh dimanfaatkan dengan sempurna.
vi.
Bagi kawasan-kawasan yang tiada sistem pengangkutan awam
yang
diberikan.
sempurna,
perhatian
segera
perlulah
Sebagai contohnya, penduduk di Taman
Tualang Indah, mahu agar sebuah sekolah dibina di taman tersebut sedangkan dalam jarak tidak sampai lima (5) kilometer terdapat sebuah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah. Hal ini berlaku kerana pelajar sukar ke sana disebabkan tiada pengangkutan awam, iaitu bas dan tempat menunggu bas. Oleh yang demikian selain penyediaan prasarana yang baharu, prasarana sedia ada hendaklah dinaiktarafkan.
vii.
Di kawasan Blok Perancangan Kecil (BPK)
seperti
Kerdau, perkara asas mengenai keselamatan, kesihatan dan pendidikan penduduk perlu diambil perhatian serius dalam
draf
rancangan
tempatan
kerana
walaupun
dikategorikan sebagai kawasan subbandar, ulitiliti di kawasan ini sangat berkurangan. Contohnya, penduduk Kerdau memerlukan kemudahan balai polis dan klinik kesihatan. dimaksudkan
Oleh
hal
dalam
yang
sedemikian
cadangan
sebelum
bersesuaian ditempatkan di Kerdau.
39
IPTA ini
yang sangat
G.
PENUTUP
Maka besarlah harapan kami supaya segala pandangan, cadangan dan
bantahan
yang
dikemukakan
dalam
memorandum
ini
mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak berkuasa.
Kami juga dengan ini memohon supaya suatu sesi pendengaran awam
(public
inquiry)
diadakan
bagi
memperhalusi
dan
mempertimbangkan setiap perkara yang dibangkitkan dalam memorandum ini selaras dengan Seksyen 14(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.
40
SENARAI PETA DAN ILUSTRASI
PETA 1 – PAHANG
PETA 2 – TEMERLOH
PETA 3 – MALAYSIA
PETA 4 – KONURBASI
PETA 5 – KEJIRANAN TEMERLOH
PETA 6 – TAMAN WILAYAH ATAU WETLANDS
FOTO 1 – TANDA ARAH: NARVIK, NORWAY
PETA 7 – KUALA GANDAH
41