Copy Of Assignment B

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Copy Of Assignment B as PDF for free.

More details

  • Words: 2,775
  • Pages: 12
Pengenalan Kaunseling ialah merupakan satu proses yang menolong individu yang sedang didalam situas kebingungan dan di dalam dilema atau membetulkan seseorang individu supaya berkembang secara biasa mengikut norma masyarakat. Krumboltz (1965) menyatakan bahawa kaunseling ialah apa sahaja aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha untuk membantu klien menunjukkkan tingkah laku yang mendorong kepada penyelesaian masalah klien. Zainal Abidin (2002) pula mengutarakan bahawa kaunseling itu adalah satu perbincangan antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan, bersama-sama memikirkan dan meneliti beberapa alternatif untuk mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih. Jelaslah melalui dua definisi yang terdapat di atas tersebut dapat kita kata bahawa kaunseling itu sebenarnya satu perhubungan dua hala antara dua individu atau kelompok kecil individu yang berbincang mengenai masalah yang menganggu

perkembangan tingkah laku seseorang.

Kaunseling juga dapat ditarifkan sebagai satu pertolongan ke atas individu yang mengalami kemurungan, masalah tekanan jiwa, masalah pertumbuhan kendiri yang yang positif dan banyak masalah lain yang berkaitan dengan intrapersonal dan juga interpersonal seseorang individu itu. Kaunseling mempunyai lima matlamat utama iaitu; a) Memudahkan perubahan tingkah laku b) Meningkatkan keupayaan klien untuk memulakan dan meneruskan perhubungan c) Membantu keberkesanan klien mengurus diri d) Menggalakkan proses membuat keputusan dan e) Membantu perkembangan dan pencapaian potensi klien. Corey (1982) telah merumuskan matlamat kaunseling sebagai mewujudkan kesedaran diri klien dan bergerak ke arah kesedaran sepenuhnya tentang perkara-perkara dalaman dirinya dan membuat keputusan. Rogers (1961) mengatakan kauanseling bertujuan memperkembangkan dan memajukan diri sendiri. Tujuan tujuan lain kaunseling ialah menolong individu berasa lebih yakin dengan kekuatan dalam dirinya dan sanggup merancang sesuatu untuk memperbaiki diri sendiri. Selain daripada itu kaunseling juga bertujuan menolong individu untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan 1

orang lain. Ia juga menolong memperkembangkan personality individu kearah yang positif untuk menyelesaikan masalah kerumitan-kerumitan dalam kehidupannya dengan lebih berkesan.

1. Apakah matlamat kaunselor di dalam sesi kaunseling yang dikendalikan bersama Sal? Sal

telah datang berjumpa dengan kaunselor

untuk meminta bantunya

menyelesaikan kekusutan yang sedang dihadapi oleh Sal. Hasil dari sesi temubual pertama antara kaunselor dengan Sal, Sal telah meluahkan segala permasalahannya kepada kaunselor dengan terbuka. Dalam sesi penerokaan semasa temubual yang pertama 2

dengan kaunselornya, Sal telah menyatakan masalahnya iaitu ingin berpindah dari rumah yang telah dikongsinya dengan rakan seuniversiti dan yang telah dianggapnya sebagai keluarganya sendiri . Sal telah menyatakan sebab mengapa dia berfikir untuk berpindah dari rumah yang didudukinya sekarang kerana dia memerlukan rakan-rakan yang boleh berbincang mengenai pelajaran. Dalam masa yang sama juga keputusan peperiksaannya juga menurun. Bagi Sal dia perlu memperbaiki keputusan peperiksaan dengan kadar segera. Sal berpendapat salah satu cara untuknya memperbaiki keputusan peperiksaan itu ialah dengan mengadakan perbincangan dengan rakan-rakannya mengenai pelajarannya. Tetapi Sal tidak dapat mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan serumahnya itu bukan kerana mereka tidak mahu membantunya. Rakan-rakan serumah Sal juga mengambil berat akan diri Sal tetapi pada masa yang sama mereka tidak dapat membantu Sal seperti yang Sal harapkan kerana rakan-rakannya berlainan program pengajian daripada Sal. Kelima-lima rakannya itu mengambil program pengajian yang sama kecuali Sal. Oleh yang sedemikian walaupun rakan-rakan Sal merasa simpati terhadap Sal dan ingin sekali memberi bantuan yang sebanyak mungkin tetapi mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Sal kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang pengajian Sal. Pada masa yang sama Sal telah meluahkan masalahnya kepada rakan-rakan sepengajian dengannya, dan mereka sangat memahami keadaan diri Sal lalu menawarkan bantuan yang diharapkan Sal . Tetapi masalahnya rakan-rakan sepengajian itu tinggal berjauhan dengan Sal. Justeru itulah rakan-rakan sepengajian Sal telah mengajak Sal untuk berpindah dan tinggal menyewa dengan mereka. Bagi Sal itu merupakan satu tawaran yang sangat baik demi memperbaiki keputusan peperiksaannya. Sal, merasaserba salah bagaimana hendak memberitahu rakan-rakan serumahnya hasratnya untuk meninggalkan mereka dan berpindah ke tempat lain. Banyak persoalanpersoalan yang timbul dalam fikiran Sal bagaimana hendak menyatakan hasratnya itu, bagaimana pandangan rakan-rakannya nanti, sanggup atau tidak dia meninggalkan rakanrakan yang hubungan mereka sudah erat bagaikan sebuah keluarga itu semata-mata untuk 3

mencari rakan-rakan berbincang mengenai pelajaran. Ataukah bagaimana keputusan peperiksaan akhirnya nanti kalau dia tidak bertindak dari sekarang, sedangkan keputusan peperiksaan itu akan mempengaruhi masa depannya nanti. Sal betul-betul dalam dilema dan tidak tahu bagaimana hendak mencari jalan penyelesaian ke atas masalahnya itu. Kaunselor mendengar dan meneliti segala luahan perasaan Saldengan penuh rasa empati dan dapat merasai keresahan serta kerisauan yang bukan sahaja melalui tutur katanya malahan turut terpancar pada wajah Sal , kaunselor telah memecahkan situasi Sal kepada beberapa bahagian. Matlamat kaunseling yang hendak dicapai bagi kes Sal ialah membantu menggalakkan proses membuat keputusan. Pertama memfokuskan kepada matlamat yang ingin Sal capai iaitu untuk meningkatkan keputusan peperiksaannya. Dan yang kedua ialah melihat apakah situasi yang dapat membantu Sal mencapai matlamatnya. Seterusnya kaunselor mengarahkan Sal untuk mengenalpasti apakah kekangan-kekangan yang menghalangnya untuk mencapai matlamatnya itu. Di dalam kes yang Sal hadapi ini, kaunselor mendapati kliennya sudah ada satu cara yang pada pendapat kliennya boleh membantunya mencapai matlamatnya iaitu memperbaiki keputusan peperiksaannya. Kaunselor telah mendapati kliennya itu mengalami masalah untuk membuat keputusan bagaimana hendak menyatakan hasratnya untuk berpindah rumah. Baik kaunselor ataupun Sal menyedari bahawa keputusan yang akan diambil oleh Sal itu nantiadalah satu keputusan yang penting.

Dan tugas kaunselor disini ialah

membantu menggalakkan proses membuat keputusan yang efektif sambil memikirkan beberapa alternatif lain yang perlu diambil kira. Selain daripada itu juga kaunselor haruslah menolong kliennya itu untuk menilai beberapa risiko yang akan dihadapinya jika dia memilih untuk berpindah rumah dan juga mencari alternatif yang lain yang boleh membantu Sal untuk memperbaiki keputusan peperiksaannya itu. Kaunselor juga harus mengarahkan sesi kaunseling ini ke arah yang lebih jauh lagi untuk mendalami peribadi diriSal, iaitu kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri Sal yang kelaknya akan menjadi satu tunjang yang boleh membantu Sal menjayakan matlamat yang ingin dicapai pada akhir sesi kaunseling ini nanti. Ciri-ciri peribadi itulah pemangkin kearah kejayaan Sal dalam usahanya mencapai matlamat yang diingininya. 4

Kaunselor akan memfokuskan sesi kaunseling ini ke arah matlamat Sal yang ingin berpindah dari rumah yang didudukinya selama setahun dengan rakan-rakannya yang sudah dianggap sebagai keluarganya sendiri. Kaunselor haruslah berupaya membawa kliennya itu membuat penerokaan yang lebih mendalam lagi lagi mengenai perasaannya dan juga hasratnya itu. Kaunselor perlu memberikan keyakinan dan ruang kepada kliennya untuk meneroka perasaannya dan menghuraikan lebih lanjut lagi mengenai perasaannya pada waktu itu. Kaunselor juga perlu memahami hubungan yang erat yang telah terjalin antara Sal dan rakan-rakannya menjadi satu halangan untuk Sal mengambil keputusan dengan drastik

Perlu diingatkan bahawa kaunselor tidak membantu

menunjukkan jalan atau pilihan yang manakah yang kliennya patut ambil.

Pada

peringkat ini kaunselor hanya membantu kliennya meneliti risiko-risiko yang bakal diambil oleh kliennya dan pada masa yang sama kliennya haruslah menyedari akan kehadiran risiko-risiko ini dan seterusnya menyediakan dirinya untuk menghadapi segala risiko dan kemungkinan itu dengan lebih positif lagi tanpa merasa kesal atau bersalah ke atas segala keputusan yang sudah dibuat. Sal haruslah dibimbing untuk memikirkan risiko yang akan dihadapinya sekiranya dia berpindah rumah contoh seperti dari segi kewangan, masa dan sebagainya. Seperti yang telah dijelaskan oleh Sal pada awal sesi temubual, dia mengatakan yang rumah baru yang dia ingin duduki itu jaraknya jauh dari unversiti berbanding dengan rumah yang sekarang dia diami. Anggaran seperti dari segi kewangan dan masa haruslah diteliti oleh Sal, contohya tinggal jauh mungkin memerlukan penggunaan wang yang lebih sedikit untuk diperuntukkan kepada perbelanjaan pengangkutan berbandingdengan tempat tinggalnya sekarang yang hanya dengan berjalan kaki untuk sampai ke universiti. Sal harus melihat dari segi penggunaan masa, apakah pula risiko yang bakal ditanggung oleh Sal dari segi masa. Anggaran dari sudut keselamatannya pula harus diambil kira memandangkan tempat tinggal yang akan didudukinya itu jauh dari universiti. Dalam menggalakkan proses membuat keputusan efektif ini juga kaunselor membantu kliennya mencari alternatif yang lain sebagai contoh bagaimana jika Sal mengambil keputusan untuk tidak pindah dari rumah itu. 5

Bagaimanakah Sal dapat

membantu dirinya memperbaiki keputusan peperiksaannya nanti tanpa terlalu bergantung kepada rakan-rakan untuk berbincang mengenai pelajarannya.

Kaunselor membantu

mengarahkan pemikiran kliennya untuk mencuba alternatif lain seperti mengunakan emel untuk

berbincang

dengan

rakan-rakanya

ataupun

membuat

kelompok

belajar

berkumpulan dan banyak lagi alternatif yang lain yang Sal boleh ambil kira dan melihatnya dari sudut yang positif. Setelah meneliti beberapa kemungkinan dan juga anggaran risiko yang akan dihadapi oleh kliennya, seterusnya proses untuk membuat keputusan itu sendiri terletak di tangan Sal untuk memilih sama ada untuk meneruskan niatnya itu untuk berpindah atau membatalkannya dan mencuba beberapa alternatif yang lain yang pada pendapat klien itu sendiri dapat membantunya memperbaiki keputusan peperiksaan yang akan datang. Hanya Sal yang akan dapat menentukan apakah matlamat dan hasrat yang ingin dicapai olehnya pada akhir sesi kaunseling inisama ada akan meneruskan rancangannya untuk pindah rumah atau tidak. Apa yang penting di sini ialah Sal sudah ada kekuatan untuk memberitahu rakan-rakannya bahawa dia perlu berbuat demikian kerana dia memerlukan rakan-rakan yang boleh membantunya berbincang mengenai pelajaran. Dan sekiranya dia mengambil keputusan untuk membatalkan hasratnya itu atas sebab hendak mencuba beberapa alternatif yang ada yang pada pendapatnya boleh juga membantunya untuk meningkatkan keputusan peperiksaannya itu. Kaunselor tidak boleh mempengaruhi Sal dalam sebarang menentukan keputusannya.

Sekirannya kliennya dapat membuat

keputusan yang akan diambilnya dengan rasa tenang dan penuh yakin dengan keputusan itu serta mengetahui risiko-risikonya sekali, ini menunjukkan bahawa sesi kaunseling yang telah dijalaninya itu telah berjaya membantu membuat satu keputusan yang efektif.

1. Sesi kaunseling sedikit sebanyak bergantungan kepada sikap yang ada pada seorang kaunselor. Bincangkan sikap kaunselor yang disenaraikan berikut. (a) Kongruen

6

Kongruen yang dimaksudkan di sini ialah satu usaha persepaduan secara sedar, secara disengajakan terhadap pengalaman yang wujud semasa dan kini agar ianya menjadi sebahagian serta sebati dengan swadiri.

Seolah-olah ciri pengalaman dalaman itu sebenar-benar meresapi

atau sebenar-benar dipunyai oleh kaunselor.Ketulenan sikap kaunselor ini haruslah sehaluan dengan tingkah laku dan tutur kata kaunselor. Seorang kaunselor yang memiliki sikap ini akan sentiasa tenang dan yakin semasa dalam sesi kaunseling. . (B) Empati Merujuk kepada kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk atau dunia klien dan membenarkan dirinya mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien sambil memahami dan menghayati pengertian proses kaunseling itu sendiri. Empati memberi pengertian bahawa seorang kaunselor itu benar-benar faham dan peka tentang keadaan dalaman baik dari segi pemikiran dan emosi yang sedang dirasai oleh kliennya. Elemen kefahaman kaunselor menjangkau kepada keupayaannya untuk menjiwai lunas-lunas serta liku perasaan yang sedang dialami klienya. Empati yang jitu akan menjamin pergerakkan ke arah hubungan yang akrab antara kaunselor dengan kliennya.Kaunselor bagaikan mengalami sendiri apa yang dialami oleh klien, kaunselor dapat mengambarkan perasaan kliennya dengan tepat.

( c ) Penerimaan Tanpa Syarat Seseorang kaunselor tidak menghukum , melabelkan kliennya dan menilai sesuatu terhadap kelakuan kliennya. Kaunselor haruslah menerima klien sebagai manusia yang unik yang mempunyai kelebihan dan kelemahan serta identitinya yang tersendiri.Penerimaan ini menunjukkan tidak ada penilaian positif atau negatif yang dilakukan. Penerimaan tanpa syarat bukan hanya diberitahu oleh kaunselor kepada kliennya melalui pertuturan sahaja malahan ia juga harus digambarkan melalui air muka dan tingkah laku bukan verbal baik semasa menyambut klien atau semasa sesi kaunseling itu dijalankan malahan jika diluar sesi sekalipun contohnya jika kaunselor terjumpa kliennya di mana-mana sahaja. (C)

Sesi kaunseling melibatkan sebanyak lima tahap penting, dan salah satu tahap berkenaan Tahap Membina Hubungan. 7

i.

Nyatakan EMPAT tugas utama kaunselor di tahap ini. Tahap Membina Hubungan adalah tahap permulaanyang penting sebelum memulakan

sesuatu proses kaunseling. sejauh

Kejayaan sesuatu proses kaunseling bergantung kepada

mana keberkesanan seseorang kaunselor itu mewujudkan satu suasana yang

terapeutik untuk membuat kliennya berasa yakin dengan proses kaunseling yang dijalaninya itu. Seorang kaunselor perlu melaksanakan keempat-empat tugas penting pada tahap ini. Merujuk kepada kes Sal, sebelum kaunselor mula membuat penerokaan masalah kliennya kaunselor haruslah perlu mewujudkan satu suasana yang boleh menggalakkan interaksi. Pada permulaan proses kaunseling ini Sal mungkin masih lagi teragak-agak dengan keputusannya untuk berjumpa dengan kaunselor. Ada banyak persoalan yang timbul di minda klien bila datang berjumpa dengan kaunselor. Bagi Sal apakah masalah satu masalah yang begitu susah untuk diselesaikan sehingga memerlukan bantuan dan bimbingan dari seorang kaunselor. Di sini tugas kaunselor menjadikan bahawa kliennya telah memilih jalan yang betul iaitu membawa masalahnya berjumpa dengan kaunselor.

Kaunselor haruslah

menunjukkan dirinya bersedia membantu kliennya dengan menunjukkan rasa hormat dan minatnya terhadap kliennya bukan satu kepura-puraan. Kaunselor perlu berkomunikasi dengan penuh jujur dan memahami masalah kliennya. Mewujudkan suasana yang mesra dan terapeutik adalah penting supaya kliennya lebih terbuka. Kaunselor perlu mendengar dengan secara intensif dan cuba memahami masalah klien dari perspektif kliennya sendiri Tugas yang seterusnya yang harus dilaksanakan oleh kaunselor pada peringkat ini ialah menentukan matlamat awal kaunseling. Bagi kes Sal matlamat awal kaunseling ialah menentukan apakan masalah sebenar yang dihadapi oleh Sal. Kadang-kadang klien datang dengan membawa satu masalah yang di sangka itulah punca yang menyebabkan timbul segala kekusutan ada masalah yang pendam yang lain yang merupakan masalah sebenar yang mewujudkan masalah itu berlaku. Tugas kaunselor perlulah jelas di sini iaitu tidak hanya berkomunikasi berkisar tentang matlamat yang yang kliennya boleh nampak tetapi juga ada kemungkinan-kemungkinan yang lain yang kliennya belum 8

terfikirkan lagi. Kaunselor haruslah membantu kliennya mengenali dirinya dengan lebih mendalam lagi dan seterusnya memastikan matlamat yang dia ingin capai setelah tamat sesi kaunseling itu nanti. Tugas ketiga kaunselor ialah menstrukturkan hubungan dengan kliennya. Kaunselor perlu menjelaskan kepada kliennya tentang proses kaunseling.

Kaunselor harus

menerangkan kepada Sal bahawa dia hanya membantu memikirkan isu-isu yang berkaitan dengan masalah klien, cuba memahami diri klien dan mendapatkan maklumat yang seberapa banyak dari klien untuk diteliti dan timbangkan bersama-sama. Kaunselor harus menerangkan kepada kliennya tentang beberapa perkara yang perlu diperjelaskan pada awal pertemuan seperti masa bertemu, berapa lama setiap sesi pertemuan akan berlangsung, jarak kekerapan berjumpa dan berberapa perkara lain termasuk penetapan hari temujanji. Aspek kerahsiaaan haruslah diberi penekanan pada peringkat awal pertemuan dengan klien. Jika kaunselor gagal menstruktur dengan baik aspek kerahsiaan ini kemungkinan besar klien akan hilang keyakinan kepada kaunselornya dan kliennya mungkin menunjukkan sikap yang agak tertutup dan pasif sepanjang sesi kaunseling dijalankan. Di sinilah tugas keempat yang perlu kaunselor tunjukkan kepada kliennya iaitu tugasnya membina kepercayaan klien terhadap kaunselor dan juga seluruh proses sesi kaunseling itu sendiri. Kaunselor haruslah menunjukkan sikap , sifatnya dan juga tingkah lakunya yang beretika tinggi dan mempunyai kemahiran yang tinggi. Sikap kaunselor haruslah selari dengan percakapan dan pertuturannya dan juga bahasa dan nada yang digunakan oleh kaunselor dalam membina kepercayaan kliennya.

Kaunselor mestilah sentiasa

menunjukkan yang dia bukan sahaja bersimpati dengan apa yang kliennya hadapi, malahan juga keupayaan kaunselor menunjukkan ketulenan sikapnya terhadap klien. Seorang kaunselor haruslah kongruen, menerima tanpa syarat dan berupaya berempati.

a. Tuliskan SATU dialog yang dilakukan oleh kaunselor pada tahap ini. Kaunselor :

Selamat pagi sal , sila masuk, bagai mana keadaan sal pagi ini? 9

baiklah sal, sila duduk. Sebelum kita memulakan sesi kaunseling kita pada pagi ini, saya kaunselor anda, cikgu margaret akan menjalankan sesi ini selama 45 minit. Saya akan memberikan sal masa untuk mengisi satu boring maklumat berkenaan diri sal. Baiklah sal, sesi yang kita adakan ini adalah rahsia. Bermakna, segala perkara yang sal kongsikan

bersama

saya

akan

dirahsiakan daripada pengetahuan rakan-rakan sal, guru kelas dan guru-guru

lain

kecuali

ada

sesuatu

perkara

yang

akan

membahayakan diri sal, maka saya terpaksa memberitahu perkara tersebut kepada pihak-pihak tertentu. Sal

:

Baiklah, saya faham dan akan mematuhi seperti mana yang cikgu nyatakan.

Kaunselor

:

Baiklah, Sal kita akan mulakan sesi dengan memberikan peluang Kepada Sal menerangkan pemasalahan yang mengganggu Sal.

(C)

Sesi kaunseling melibatkan pelbagai kemahiran termasuk tingkahlaku verbal. a. Tuliskan SATU dialog minta penjelasan lanjut yang digunakan dalam sesi di atas. Kaunselor

:

Tadi saya mendengar anda berada di dalam kebingungan dan serba salah.Boleh tak Sal jelaskan dengan lebih lanjut lagi

mengapakah

Sal berada di dalam keadaan tersebut. Apakah yang menyebabkan Sal berada di dalam keadaan serba salah?

Sal

:

Saya sebenarnya bercadang untuk berpindah rumah. Tetapi saya tidak tahu bagaimana hendak memberitahu mereka hasrat saya tu. Saya sendiri juga terasa berat hati untuk meninggalkan mereka, mereka tu sudah saya anggap bagai keluarga saya sendiri. Susah senang saya selama ini merekalah tempat saya mengadu. merekajuga amat baik hati dan mengambil berat kebajikan saya 10

selama kami tinggal bersama dalam masa setahun ini. Saya merasa tidak selesa tinggal bersama mereka kerana tidak ada teman dengan saya berbincang masalah pelajaran. b. Tuliskan SATU dialog menyemak persepsi yang digunakan di dalam sesi di atas. Kaunselor

:

Sal bercadang hendak pindah rumah kerana tidak selesa tinggal bersama rakan-serumah anda yang tidak dapat membantu anda dalam membincangkan masalah pelajaran anda. Benarkah begitu?

Sal

:

Ya, itulah sebabnya saya hendak duduk dengan rakan yang se pengajian saya supaya saya dapat berbincang mengenai masalahmasalah pelajaran saya dan seterusnya dapat membaiki keputusan peperiksaan saya telah menurun.

Kaunselor

:

Oh..begitu. Adakah masalah itu masih mengganggu tugas seharian Sal?

Sal

:

Ya, saya buntu memikirkan masalah ini..setiap masa saya rasa tertekan untuk membuat keputusan.

11

RUJUKAN Dr. Zainal Abidin Ahmad & Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad (2009). Modul: Bimbangan dan Kaunseling. OUM: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi

12

Related Documents

Copy Of Assignment B
June 2020 5
B Copy Copy
May 2020 9
Copy Of Csm 03 Assignment
October 2019 5
Copy Of Copy Of Flip
November 2019 71