Contoh Kertas Kerja Lawatan Sambil Belajar.docx

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Contoh Kertas Kerja Lawatan Sambil Belajar.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,607
  • Pages: 12
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SMK RAWANG, KM 25.6 JALAN IPOH 48000 RAWANG, SELANGOR

1.0

PENDAHULUAN Berpegang kepada pepatah ‘jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman’, maka Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Rawang telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Singapura. Selain menjadi antara program tahunan, ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada pelajar-pelajar istimewa. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat pelajar. 2.0

RASIONAL Selaras dengan hasrat Negara untuk memasyarakatkan golongan berkeperluan khas di negara ini, maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar-pelajar pendidikan khas. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk meneroka masa depan yang lebih baik. 3.0

4.0

OBJEKTIF 1. Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada pelajar - pelajar pendidikan khas membina keyakinan diri melalui aktivti sosial yang bersesuaian. 2. Dapat membuka minda pelajar-pelajar pendidikan khas dengan suasana dan pengalaman yang baru. 3. Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan dengan dunia luar dan masyarakat. 4. Memberikan inspirasi kepada pelajar dan guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran untuk pendidikan khas.

DESTINASI Singapura & Johor Bharu

5.0

PERLAKSANAAN LAWATAN Tarikh Hari Masa

6.0

: 18 - 19 Oktober 2012 : Khamis - Jumaat : 7.00 pagi – bertolak 12.30 malam – tiba di Rawang

KUMPULAN SASARAN Program ini disasarkan kepada guru-guru, pelajar-pelajar dan PPM

PPKI, SMK Rawang. (Sekiranya tidak mahu meletakkan senarai nama peserta lawatan seperti di bawah anda boleh nyatakan jumlah pelajar dan guru yang mengikuti lawatan tersebut sahaja. Tujuan saya menyenaraikan nama peserta lawatan adalah bagi tujuan penajaan pihak tertentu sahaja). SENARAI NAMA PELAJAR-PELAJAR BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25.

NAMA PELAJAR Abdul Khalis bin Zainudin Chee Siew Chong Chong Ne Fong Hiran Raj a/l Ganesan Kannan a/l Mumudi Vanten Liew Wei Soing Mohammad Syazwan b Adanan Muhamad Firdaus b Hasim Muhamad Hazrul b Hussin Muhammad Afiq b Abdul Rahman Muhammad Afiq Iqmal b Muhammad Zaini Muhammad Haziq Hafiz b Nor Azizi Muhammad Roszaiman b Hasnol Nur Afiq Hakim b Mohd Aris Sulaiman bin Ismail Syukri bin Sallehudin Wong Jia Herng Wong Leong Chun Yong Wai Keat Ainur Shakira bt. Jamaludin Jamuna a/p Veraiah Nur Hamizah bt. Rosli Nurizzati bt. Sallehodin Raihana bt. Ahmad Than Kai Qi

SENARAI NAMA GURU & PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

9.

En. En. Pn. Pn. Pn. Pn. Pn. Pn. Pn.

NAMA Norkasani b. Kamar Md. Nawawi b. Hassan Marhaini bt. Dasiron Rosita bt. Mohd Said Nirmala a/p Palaniandy Siti Aishah bt. Khairudin Nur Hidayah bt. Abdul Aziz Mastura bt. Abd Hamid Wan Azita bt. Wan Yahya

10. 11. 12. 7.0

Pn. Noor Jannah bt. Salleh Pn. Hairani bt. Harun Pn. Asmahani bt. Hussin

ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA KUANTITI Bas (Duit LPBT) 1 x RM 3000.00 Pakej ke Singapura 25 x RM 236 .00 (Tanggungan Sendiri) (pel) 12 x RM 330.00 (guru) Jumlah

7.1

AHLI Pengerusi

: Pn. Hamidah bt. Husin (Pengetua SMK Rawang)

Naib Pengerusi

: En. Norkasani b. Kamar (Pen. Kanan PPKI, SMK Rawang) : Pn. Siti Aishah bt. Khairudin : Pn. Nirmala a/p Palaniandy : Pn. Nur Hidayah bt. Abdul Aziz : Pn. Mastura bt. Abd Hamid Pn. Noor Jannah bt. Salleh : Pn. Nirmala a/p Palaniandy : Pn. Marhaini bt. Dasiron Pn. Rosita bt. Mohd Said En. Md. Nawawi b. Hassan : Pn. Hairani bt. Harun Pn. Asmahani bt. Hussin

Setiausaha Bendahari AJK Pengangkutan AJK Dokumentari/Dokumentasi

AJK Makanan dan Minuman AJK Disiplin

AJK Keselamatan/kebersihan

7.2

JAWATANKUASA

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA

JUMLAH RM 3000.00 RM 5900.00 RM 3960.00

RM 12860.00

PELAKSANA

1. Setiausaha : Menyediakan surat menyurat, menghubungi pihak-pihak yang terlibat dengan proram lawatan. Memaklumkan kepada Pengerusi/Naib Pengerusi tentang perkembangan terkini urusan program. Membuat follow up pada setiap AJK. Menyediakan semua tindakan AJK. 2. Bendahari : Menerima wang pendapatan, kutipan dan sumbangan. Mengawasi perbelanjaan dan menyelaraskan wang keluar masuk. 3. AJK Pengangkutan : Menghubungi pihak bas – sebuah bas, bayaran, memastikan bas mempunyai permit dan insurans serta memastikan kedudukan pelajar semasa di dalam bas. 4. AJK Makanan & Minuman : Menguruskan makan dan minum pelajar sepanjang lawatan. 5. AJK Dokumentasi/dokumentari : Menyediakan peralatan untuk dokumentari/dokumentasi (kamera, videocam) dan mendokumentasikan aktiviti sepanjang program berlangsung. 6. AJK Disiplin : Memastikan disiplin pelajar sepanjang aktiviti dijalankan. 7. AJK Keselamatan & Kebersihan : Mengawasi keselamatan peserta sepanjang program berjalan. Menyediakan plastik (sampah dan muntah) serta first aid. Memastikan kebersihan sepanjang perjalanan dan penginapan. 7.3

TENTATIF LAWATAN

HARI PERTAMA 7.00 AM BERTOLAK KE JOHOR BHARU 12.00 PM MAKAN TENGAHARI DI JB 1.00 PM CHECK IN HOTEL 2.00 PM LAWATAN SEKITAR JB 7.00 PM BERIADAH DI DANGA BAY 9.00 PM BALIK KE HOTEL HARI KEDUA 7.00 AM SARAPAN PAGI DI HOTEL DAN CHECK OUT 8.00 AM BERTOLAK KE SINGAPURA 9.30 AM MELAWAT SENTOSA ISLAND 10.00 AM UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE (USS) 7.00 PM BERTOLAK DARI SINGAPURA 12.30 AM DIJANGKA TIBA DI RAWANG

7.4 PENUTUP Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru kepada pelajar-pelajar pendidikan khas SMK Rawang. Melalui program ini juga pelajar diberi pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

…………………………………….. (SITI AISHAH BT. KHAIRUDIN) Setiausaha Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Rawang

…………………………… (NORKASANI B. KAMAR) Penolong Kanan Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Rawang

*(Boleh ditukar kepada Setiausaha Program Lawatan) Disahkan oleh : …………………………… (HAMIDAH BT. HUSIN) Pengetua SMK Rawang

SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL SEBERANG PERAI BUKIT MINYAK 14000 BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TAMAN TAMADUN ISLAM DI PULAU WAN MAN, TERENGGANU DARUL IMAN

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 2013

1.0 PENGENALAN Kecemerlangan pendidikan haruslah sejajar dengan wawasan 2020 untuk melahirkan generasi yang berkebolehan dalam apa jua bidang yang diceburi. Pelajar-pelajar perlu didedahkan dan

diberi peluang untuk memperolehi seberapa banyak pengalaman dan pengetahuan bagi mempertingkatkan keyakinan diri mereka untuk menjayakan hasrat negara yang dicita-citakan. Sehubungan dengan itu, demi memastikan kecemerlangan pelajar dalam pelbagai bidang, mereka perlu dibimbing bukan sahaja dari segi intelek semata-mata tetapi juga perlu seimbang dari segi rohani, jasmani dan emosi. Keseimbangan dari segala aspek perlu untuk memupuk semangat pelajar mempertingkatkan mutu pelajaran mereka dari semasa ke semasa.

2.0 RASIONAL Lawatan sambil belajar ini dirancang dan akan dilaksanakan untuk membantu mereka menimba pengalaman yang sebelum ini mereka tidak rasai di sekolah. Selain itu, ia dapat menjana perkembangan minda dan memupuk pemikiran yang positif serta membina. Di samping itu dapat mewujudkan keselesaan fikiran dan keseimbangan emosi dalam usaha melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pelajar.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Pelajar dapat menimba pengalaman yang baru yang boleh didapati ditempat yang akan dilawati yang berkisar dengan sejarah ketamadun Islam suatu masa dahulu. 3.2 Pelajar dapat menjana minda untuk menimba ilmu pengetahuan melalui aktiviti-aktiviti sepanjang lawatan. 3.3 Pelajar dapat menanam sifat kerjasama melalui aktiviti yang dijalankan. 3.4 Pelajar dapat membentuk sahsiah diri yang baik, selain diharapkan dapat memantapkan disiplin diri pelajar melalui penerapan aktiviti luar. 3.5 Pelajar dapat membina semula keyakinan terhadap pelajaran dan akan berusaha untuk mempertingkatkan prestasi pelajaran.

4.0 HASIL PEMBELAJARAN Di akhir lawatan sambil belajar ini, pelajar akan dapat menghasilkan catatan pengalaman yang ditulis di setiap tempat lawatan/ aktiviti. Catatan pengalaman ini akan ditulis oleh setiap pelajar

semasa lawatan tersebut.Jurnal ini akan dipamerkan di papan Persatuan Pendidikan Islam SMVSP. 5.0 PESERTA LAWATAN Lawatan sambil belajar ini akan disertai seramai 36 orang pelajar terpilih dari Panitia Pendidikan Islam Tingkatan 4 & 5. Lawatan ini turut disertai oleh 6 orang guru.

6.0 TARIKH LAWATAN Lawatan sambil belajar ini dijadualkan pada 19 – 21 April 2013.

7.0 TEMPAT-TEMPAT YANG AKAN DILAWATI Antara tempat-tempat yang akan dilawati seperti yang berikut: 

Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu



Balai Cerap di Kuala Terengganu



Kilang Keropok Lekor di Kg Losong



Lata Tembakah

8.0 PERUNTUKAN KEWANGAN BIL

PERKARA

1.

Pengangkutan

2.

Makan/minum

PERUNTUKAN Bas Sekolah

RM 35 X 36 orang (untuk 3 hari) = RM 1260.00

RM 20X 36 orang (sekali masuk) = RM 720.00 3.

Bayaran masuk ke Taman Tamadun Islam dan River Cruise

SUMBER Tajaan sekolah

Tajaan dan sumbangan sekolah dan duit pelajar

JUMLAH BESAR

= RM 1980.00

9.0 TENTATIF PROGRAM 19 April 2013 ( Jumaat )

3.00 ptg

-

Bertolak dari MVSPPP ke Terengganu

9.00 malam

-

Berehat di di Wakaf Che Yeh dan makan malam

11.00 malam -

Menginap di Sek Men Teknik Pasir Mas

20 April 2013 ( Sabtu ) 7.00 pagi

-

Sarapan

8.00 petang

-

Bertolak ke Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man

12.30 tgh hari -

Makan di Restoren Nasi Kukus dan bersolat di Masjid Kuala Terengganu

2. 00 petang

-

Bertolak ke Sekolah Imtiaz, Bandar Kuala Terengganu bagi tujuan melihat kemajuan dan kecemerlangan para pelajar di sekolahyang merupakan antara terbaik di negeri Terengganu.

6.00 petang

-

Bermalam di S M Teknik Kuala Terengganu

21 April 2013 (Ahad) 8.00 pagi

- Sarapan pagi

9.00 pagi

- Bertolak dari SM Teknik Kuala Terengganu

10. 00 pagi

- Singgah di Kedai Payang, Kuala Terengganu - Singgah di kedai kerepok lekor dan losong

12. 00 tgh hari

- Bertolak pulang ke SMV SPPP

Melalui lawatan ini, diharapkan para pelajar akan menambahkan pengalaman dan pengetahuan serta mengenali potensi diri ke arah mempertingkatkan keupayaan masing-masing dan menjadi pelajar yang cemerlang.

Disediakan oleh: ............................................. Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar Guru Panitia Pendidikan Islam Sek Men VokasionalSeberang Perai

Related Documents