Contoh Kertas Kerja Kejohanan Merentas Desa.docx

  • Uploaded by: Ciku Blur
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Contoh Kertas Kerja Kejohanan Merentas Desa.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 664
  • Pages: 5
SMK MIRI KERTAS KERJA JOGATHON PIBG TAHUN 2017 ANJURAN PERSATUAN IBUBAPA GURU-GURU (PIBG)

1.0

PENGENALAN

Aktiviti Jogathon PIBG telah diadakan sejak tahun 2007 dan mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat. Aktiviti Jogathon PIBG diadakan pada bulan April dan mendapat sambutan daripada kalangan pelajar,guru,ibubapa dan masyarakat setempat, Tahun 2017 , pihak sekolah menganjurkan aktiviti ini melalui Jawatankuasa Ibubapa Guru-guru (PIBG). Aktiviti ini akan berlangsung pada 22 April 2017 dan di jangka seramai 1500 orang pelajar dan ibubapa hadir. Aktiviti Jogathon PIBG ini adalah aktiviti Kokurikulum yang melibatkan setiap murid.Dengan tujuan pengkayaan pengalaman pelajar di luar bilik darjah ,maka aktiviti Jogathon PIBG dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental,minat,bakat,jasmani,rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif . 2.0

RASIONAL

2.1

Membina dan meningkatkan minat dan bakat pelajar dalam aktiviti larian.

2.2

Membentuk pelajar yang berdisiplin, bertanggungjawab dan mempunyai semangat juang yang tinggi.

2.3

Keseimbangan perkembangan mental dengan perkembangan rohani,jasmani dan emosi pelajar.

2.4

Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan.

2.5

Membina dan meningkatkan kerjasama dan hubungan dua hala yang baik antara sekolah dan masyarakat.

2.6

Melahirkan generasi muda yang mempunyai jati diri yang kuat dan berwawasan.

3.0

MATLAMAT Matlamat utama aktiviti Jogathon PIBG adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara.Antara matlamat Jogathon PIBG yang hendak dicapai ialah seperti berikut:

3.1

Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani,jasmani, dan emosi pelajar-pelajar.

3.2

Membina dan meningkatkan minat dan bakat pelajar-pelajar dalam aktiviti larian.

3.3

Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dikalangan pelajar dalam sekolah dan di antara sekolah.

3.4

Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan.

3.5

Membantu PIBG mendapat sumbangan kewangan daripada ibubapa dan masyarakat tempatan.

4.0

OBJEKTIF

Diharapkan aktiviti ini akan dapat : 4.1

Mencungkil dan memperkembang bakat serta potensi pelajar

4.2

Mewujudkan platform yang kondusif bagi para pelajar,guru,ibu bapa dan masyarakat setempat bertemu dan bertukar-tukar fikiran bagi mengukuhkan integrasi nasional.

4.3

Menanam nilai-nilai moral murni khasnya semangat dan perasaan kasih sayang pelajar terhadap sekolah.

4.4

Mengutip derma secara sukarela daripada ibu bapa pelajar bagi membiayai pelbagai kos perbelanjaan aktiviti ini, kos penganjuran aktiviti bersifat akademik atau kokurikulum demi kepentingan semua pelajar.

4.1.1 Perincian objektif-objektif utama aktiviti: 4.1.1.1

Memberi peluang kepada para pelajar untuk bergiat secara aktif dalam kegiatan kokurikulum yang berfaedah.

4.1.1.2

Menanam dan menyemarakkan semangat dan perasaan kasih sayang terhadap sekolah di kalangan pelajar.

4.1.1.3

Memberi peluang kepada pelajar dan guru untuk memperkembag dan mengenalpasti pencapaian serta keupayaan diri.

4.1.1.4

Mewujudkan platform yang kondusif bagi para pelajar,guru,ibu bapa dan masyarakat setempat yang berbilang bangsa bertemu dan bertukar-tukar fikiran demi mengukuhkan integrasi nasional.

4.1.1.5

Mengutip derma dalam bentuk sumbangan melalui ibu bapa dan saudara pelajar secara sukarela bagi membiayai pelbagai kos perbelanjaan aktiviti ini dan mengisi dana pendidikan untuk menganjur aktiviti bersifat akademik atau kokurikulum demi kepentingan semua pelajar.

5.0

SASARAN Seramai 960 orang pelajar dari Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan Lima akan terlibat dalam aktiviti ini.

6.0

TARIKH,MASA DAN TEMPAT

Tarikh

:

22 April 2017 (Sabtu)

Masa

:

Bermula 7.00 pagi

Tempat

:

7.0

TENTATIF PROGRAM

ATURCARA 6.3O PAGI

: KEHADIRAN PARA PESERTA DAN GURU

6.45 PAGI

: PENDAFTARAN PARA PESERTA

7.30 PAGI

: PELEPASAN PESERTA -LELAKI 15TKB -PEREMPUAN 15TKB -PEREMPUAN 18TKB

-LELAKI 18TKB 10.00 PAGI

: SEMUA PELAJAR BERKUMPUL DALAM DEWAN TERBUKA

10.15 PAGI

: UCAPAN ALU-ALUAN TUAN PENGETUA

10.25 PAGI

: UCAPAN PENUTUPAN OLEH YDP PIBG

10.30 PAGI

: MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

11.00 PAGI

: MAJLIS BERSURAI

8.0

ANGGARAN PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN

8.1

PERBELANJAAN

JUMLAH

Peralatan Kecemasan

RM 300.00

Minyak Motor Peronda

RM 100.00

Elaun pegawai Keselamatan

RM 300.00

Hadiah,medal dan cenderamata

RM2800.00

Pelbagai Pembelian Alatan

RM 700.00

Kad Jogathon

RM 800.00

Jumlah Keseluruhan

RM 5000.00

______________________________________________________________________________

8.2

PENDAPATAN

JUMLAH

Jangkaan wang dermaan ibu bapa

RM 50,000.00

Jumlah Keseluruhan

RM 50,000.00

______________________________________________________________________________

8.3

PENDAPATAN BERSIH DIJANGKA

11.0

PENUTUP

RM 45,000.00

Berlandaskan prinsip semua pelajar boleh di latih dan boleh melatih diri sendiri serta rakan sebaya; maka diharapkan aktiviti kokurikulum ini dapat menyediakan pelbagai pengalaman yang bermanfaat untuk perkembangan mental,minat,bakat,jasmani,rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif bagi semua pelajar.

Nama Disediakan oleh:

Jawatan Penolong Kanan Kokurikulum

Disahkan oleh: Pengetua

Tarikh

Tandatangan

Related Documents


More Documents from ""